4
KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA TEKS CATATAN Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim, guru-guru seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Negara Mesir lokasi utama Nabi Yusuf dengan Zulaikha ini kisahnya Pengenalan:pant un dua rangkap Nabi Yusuf a.s adalah manusia pilihan Allah. Beliau merupakan anak kesayangan Nabi Yaakub a.s. (1) *Cantik dan menarik itulah Zulaikha Isteri pembesar Mesir, Al-Aziz gelarannya "Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya.” (2) (Surah Yusuf : ayat 7) Nabi Yusuf a.s mempunyai keturunan yang mulia(3). Ayah, datuk dan moyangnya juga merupakan seorang nabi iaitu Yaakub, Ishak dan Ibrahim. Kes penyamaran sebagai kerabat di raja merupakan sesuatu yang tidak patut berlaku(4). Jadilah sepertimana asalnya kita kerana setiap manusia itu sangat mulia di sisi Allah. (1) Pengenalan * pantun (2) Dalil (3) Pengajaran (4) Isu Semasa Akibat hasad dengki dan iri hati, Nabi Yusuf menjadi mangsa konspirasi saudara-saudaranya. Lalu baginda dibuang ke dalam perigi nun jauh dari kampung halamannya.(1) *Kafilah berhenti mencari air Selamatlah baginda dari bencana Lalu dijual di Negara Mesir (1) Isi *nasyid sepohon kayu

TEKS bercerita

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MTQ

Citation preview

Page 1: TEKS bercerita

KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA

TEKS CATATAN

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.Terima kasih pengacara majlis, barisan panel hakim, guru-guru seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Negara Mesir lokasi utamaNabi Yusuf dengan Zulaikha ini kisahnya

Pengenalan:pantun dua rangkap

Nabi Yusuf a.s adalah manusia pilihan Allah. Beliau merupakan anak kesayangan Nabi Yaakub a.s. (1)

*Cantik dan menarik itulah Zulaikha Isteri pembesar Mesir, Al-Aziz gelarannya

"Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya.” (2)

(Surah Yusuf : ayat 7)

Nabi Yusuf a.s mempunyai keturunan yang mulia(3). Ayah, datuk dan moyangnya juga merupakan seorang nabi iaitu Yaakub, Ishak dan Ibrahim.

Kes penyamaran sebagai kerabat di raja merupakan sesuatu yang tidak patut berlaku(4). Jadilah sepertimana asalnya kita kerana setiap manusia itu sangat mulia di sisi Allah.

(1) Pengenalan

* pantun

(2) Dalil

(3) Pengajaran

(4) Isu Semasa

Akibat hasad dengki dan iri hati, Nabi Yusuf menjadi mangsa konspirasi saudara-saudaranya. Lalu baginda dibuang ke dalam perigi nun jauh dari kampung halamannya.(1)

*Kafilah berhenti mencari air Selamatlah baginda dari bencana Lalu dijual di Negara Mesir Milik Al-Aziz, pembesar Negara

Dan mereka menjualnya(Yusuf) dengan harga rendah, iaitu beberapa dirham sahaja, sebab mereka tidak tertarik kepadanya.(2)

(Yusuf : ayat 20)

(1) Isi

*nasyid sepohon kayu

(2) Dalil

(3) Pengajaran

Page 2: TEKS bercerita

KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA

Menjauhi hasad dengki sangat dituntut di dalam agama(3).

Disebabkan penyakit inilah terjadinya kes-kes pembunuhan(4) di kalangan masyarakat tanpa rasa belas kasihan.

(4) Isu Semasa

*Membesar Yusuf di dalam istana Zulaikha tertarik memandang wajahnya Bertambah tampan lalu digoda Ditepis oleh Iman dan taqwa(1)

“Dan ketika dia telah cukup dewasa Kami berikan kepadanya kekuasaan dan ilmu. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik”(2)

(Yusuf : ayat 22)

Kisah Zulaikha menggoda Nabi Yusuf tersebar di serata negeri. Ini mengundang tanggapan negatif terhadap dirinya.

Hiasilah diri dengan sifat mulia agar tidak dipandang hina(3).

Program Imam Muda menggalakkkan masyarakat mencontohi kemuliaan peribadi dan tingkah laku ikon-ikonnya(4). Disamping memberi kesan kepada masyarakat, ia juga mendidik individu berkenaan menjadi insan soleh di sisi Allah.

(1) Isi *syair

(2) Dalil

(3) Pengajaran

(4) Isu semasa

Bagi membersihkan namanya, Zulaikha sengaja merancang sebuah jamuan khas untuk isteri-isteri para pembesar.(1)

Sedang asyik para tetamu berbual sambil memotong buah, Yusuf keluar lalu diperkenalkan. Semua mata tertumpu pada ketampanan dan kesucian wajahnya sehingga tanpa sedar rupanya pisau itu terhiris jari mereka sendiri.

*Yusuf merayu serta berdoa Bagi menghindar dosa dan noda Permintaan diterima Yang Maha Esa Diri difitnah lalu dipenjara

‌“……Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan….”(2)

(Al-Baqarah : ayat 191)

Sikap suka memfitnah perlu dijauhi oleh setiap muslim kerana ianya

(1) Isi

*Sajak

(2) Dalil

(3) Pengajaran

Page 3: TEKS bercerita

KISAH NABI YUSUF DENGAN ZULAIKHA

boleh memporak perandakan kehidupan masyarakat(3).

Tambahan lagi media penyebarannya berkembang luas termasuklah melalui SMS, Facebook, Twitter dan sebagainya.(4)

(4) Isu Semasa

Setelah pelbagai ranjau dan ujian dilalui sepanjang hidupnya Yusuf diangkat menjadi mulia kerana jasanya menyelamatkan Negeri dari bencana.(1)

Dilantik Yusuf jadi menteriKerana bakat mentafsir mimpiBijak dan pandai tadbir negeriRakyat sejahtera aman harmoni

Ketika dia (Raja) telah bercakap dengannya (Yusuf), raja berkata,”sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang

berkedudukan tinggi di lingkungan kami dan dipercayai”(2)(Yusuf: ayat 54)

Bertemu semula Yusuf dan Zulaikha.Lalu berkahwin hidup bahagia

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah(3).

Perkahwinan beramai-ramai(4) anjuran Baitulmal merupakan langkah yang amat baik bagi membantu golongan sederhana membina keluarga. Dengan ini masalah sosial dapat ditangani.

Kesabaran Yusuf perlu dicontohiAgar hidup aman diberkati Ilahi(5)

Sekian Wabillahi Taufiq Wal HidayahWassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

(1) Isi

*Nasyid iman mutiara (chorus:iman tak dapat diwarisi…)

(2) Dalil

*pantun

(3) Pengajaran

(4) Isu Semasa

(5) Penutup

CADANGAN SOALAN SPONTAN:

1- JIKA ANDA SEORANG PENGAWAS SEKOLAH, APAKAH TINDAKAN ANDA SEKIRANYA BERLAKU PERGADUHAN DI DEPAN MATA ANDA?

2- SEBAGAI SEORANG PELAJAR, APAKAH PERANAN UTAMA ANDA DI SEKOLAH DAN KELAS?

3- SEBAGAI PELAJAR ISLAM, APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA APABILA MELIHAT KAWAN-KAWAN YANG BERAGAMA ISLAM TIDAK MENUNAIKAN SOLAT?