7
Teks Juruacara Pertandingan Bercerita Klu Teks Catatan Kata Aluan Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau dihujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Bismillahi rahmanir rahim. Assalamualaikum wbt Yang Berbahagia Dr. Hasnah binti Awang Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh, Yang dihormati Encik Kogilan, peserta- peserta dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Selamat datang ke Pertandingan Bercerita Peringkat Kelas 5 Bestari tahun 2015. Perkenalkan Hakim Sebelum kita teruskan kelangsungan majlis , eloklah saya memperkenalkan barisan pena hakim yang menarajui teras keadilan pada hari ini. 1. Dr. Hasnah binti Awang selaku Ketua Hakim 2. Cikgu Kogilan selaku hakim kedua

Teks Juruacara Pertandingan Bercerita

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks mc

Citation preview

Page 1: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita

Teks Juruacara Pertandingan Bercerita

Klu Teks Catatan

Kata Aluan

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau dihujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahi rahmanir rahim.

Assalamualaikum wbt

Yang Berbahagia Dr. Hasnah binti Awang

Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh,

Yang dihormati Encik Kogilan, peserta-peserta dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Pertandingan Bercerita Peringkat Kelas 5 Bestari tahun 2015.

Perkenalkan Hakim

Sebelum kita teruskan kelangsungan majlis , eloklah saya memperkenalkan barisan pena hakim yang menarajui teras keadilan pada hari ini.

1. Dr. Hasnah binti Awang selaku Ketua Hakim2. Cikgu Kogilan selaku hakim kedua

Pertandinga

Page 2: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita

n Bercerita Baiklah pertandingan bercerita pada kali ini dimulakan dengan mempersilakan ….

Nama Peserta:

Kumpulan :

Terima kasih.

Seterusnya dipersilakan………….

Nama :

Kumpulan :

Akhir Begitulah tadi berakhirnya, pertandingan bercerita peringkat kelas 5 Bestari.

KALAU BERKAYUH DAH SAMPAI KE MUARA KALAU BERENANG DAH SAMPAI KE TEPIAN KALAU BERLARI DAH SAMPAI KE GARISANKALAU BERJALAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG

Sekian, terima kasih.

Majlis Penyampaian Hadiah

Page 3: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita

Penyampaian

Sijil Penghargaa

n

Salam sejahtera kita bertemu lagi dalam majlis penutupan Pertandingan Bercerita.

Baiklah, kita teruskan kelangsungan majlis dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan barisan hakim.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati Encik Kogilan untuk mengiringi Yang Berbahagia  Dr Hasnah bt Awang

Pesyarah Jabatan Pengajian Melayu untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah sagu hati pertandingan bercerita peringkat kelas 5 Bestari.

Dipersilakan …………………………………………………………….

Daripada kumpulan ……………………………………………………………..

Seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Tempat ketiga dimenangi oleh…………………………………………. daripada kumpulan ………………………………

Naib Johan dimenangi oleh…………………………………………. daripada kumpulan ………………………………

Johan Pertandingan Bercerita Peringkat Kelas 5 Bestari jatuh kepada……………………………………….. daripada kumpulan …………………..

Seterusnya majlis mempersilakan Encik Kogilan untuk menyampaikan cendera hati kepada Dr.

Page 4: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita

Hasnah binti Awang kerana sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.

Penutup Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Manakala kepada yang tidak bernasib baik, kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah kegagalan sebagai pembakar semangat untuk mencuba pada masa akan datang.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, terimalah dua rangkap pantun dari saya;

Gugur menguning buah kuini

Menghijau pohon subur berbaja;

Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap lupakan saja.

Sebarang kelemahan harap dimaafi

Segala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih daun keladi

Kenangan nan indah simpanlah di hati.

Sekian, terima kasih.

Page 5: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita
Page 6: Teks Juruacara Pertandingan Bercerita