38
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN Teks ini saya buat untuk Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah saya. Bolehlah buat panduan bagi sesiapa yang ditugaskan menjadi pengacara majlis.. Bukanlah bagus sangat.. tapi bolehlah.. cuma edit lah untuk kesesuaian. TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010 Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh teks pengacara majlis..ambil di internet..terima kasih pada yang menyumbang

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGANTeks ini saya buat untuk Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah saya. Bolehlah buat panduan bagi sesiapa yang ditugaskan menjadi pengacara majlis.. Bukanlah bagus sangat.. tapi bolehlah.. cuma edit lah untuk kesesuaian.

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010

Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.Pagi yang indah penuh ceria.hari yang berbahagia penuh bermaknakita raikan,Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.PerlisYang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S).Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1,Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.Guru-guru SKPBS, murid-murid,seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010.Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan

saya Puan Noranizah Omar,akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas ucapan tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan JPN )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk Kitaran Hidup Rama-Rama. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Pra sekolah;Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Tempat pertama: Hanis Idayu binti. HasharTempat kedua : Nur Anis Shahida binti HarizanTempat ketiga : Nur Ain Hidayah binti. Mohd. Fauzi

Kelas 1 ARIFTempat pertama: Intan Syazwani binti. NordinTempat kedua : Amisha binti. JapperiTempat ketiga : Bashirah Balqis binti. Hamdan

Kelas 1 BESTARITempat pertama: 1. Muhammad Haiqal Furqan b.RoslyTempat kedua : Nur Fatin Nadirah binti. AznanTempat ketiga : Amirul Hafiz b. Hamizan

Kelas 2 ARIFTempat pertama: Aisyah Humaira binti. SyaharTempat kedua : Muhd. Adha Ashraffi b. Mohd.ArifTempat ketiga : Fatin Athirah binti.Mohd.Tarmizi

Kelas 2 BESTARITempat pertama: Muhd.Asyraf b. Abd. AzizTempat kedua : Muhd. Aqil b. HerwandiTempat ketiga : Nor Syazwan Fikri b. Abdul Raman

Kelas 3 ARIFTempat pertama: Farah Adibah binti.Mohd. TarmiziTempat kedua : Fathin Nadia binti. JamilTempat ketiga : Nurmisha Maisarah binti. Yazid

Kelas 3 BESTARITempat pertama: Siti Nur Alia Natasha binti. JafriTempat kedua : Ana Natsha binti. Amir HamzahTempat ketiga : Muhd.Daniel b.Mohd. Norsham

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Murid Tahun 1:NurBalqisSyazwani binti.Norhisyam (BM Pmhman, Pen Muzik)Intan Syazwani binti. Nordin (BM Pmhman, Bm Penulisan, BIng, Sains P.Agama Islam)Intan Juliana binti. Johari(BM Penulisan, PJK)Danish Daniel b. Zambri (BM pemahaman, Matematik)Muhd.Haiqal Furqan b.Rosly (BM penulisan)Muhd.Hanif b.Nordin (BM penulisan)Muhd.Hairi b. Abd.Rahman (BM penulisan)Nurul Najihah binti.Rahimi(BM penulisan)Amisha binti. Japperi(BM penulisan, Bahasa Arab)Ain Nur Fitrah binti.Nabillah (BM penulisan)Suraya Mohd Fazli (PJK)

Tahun 2Fatin Athirah binti. Md.Tarmizi (BM Pemhman, BI, Sains ,P. Muzik)Nurul Natasha binti Zainon(BM Penulisan, B. Arab)Aisyah Humaira binti. Syahar(BM penulisan, BI, Matematik.Aisyah Humaira binti. Syahar (BM Penulisan, BI, Matematik)Nur Anisha binti.ShafeqMohamad (B.Ing)Hidayah binti. Hashim (P. Agama Islam, PJK)Mohd.Adha Ashraffi b.Mohd Arif (P agama Islam, Pend Muzik)Muhd.Danial Haikal b. Norpendi (P.muzik)

Tahun 3Farah Adibah binti.Md.Tarmizi (BM Pemahaman, BI, Matematik)Nurmisha Maisarah binti.Yazid (BM Pemahaman, B. Arab)Fathin Nadia binti. Jamil (BM Penulisan, Sains, Pend Muzik)Muhd.Iffan b. Ahmad Basri (P. Agama Islam)NurAqilah binti. Azman (PJK)Nuraina Shafika binti Rahmad (P.Muzik)

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Hassan B Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha PuanHajjah Rokiah Bt Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) bagi menyempurnakan agenda.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hassan B Hashim .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg BerusahaTuan Haji Hassan B Hashim diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan dikehendaki masuk semula pada ...................................................

**************(rehat)

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang bertajuk Damai Yang Hilang Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.

Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati,Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sekolah KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya.Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu Mini Konvokesyen. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan rekoder)

Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan majlis.

(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas

Kelas 4 ArifTempat pertama: Intan Suraya bt. JohariTempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. RodziTempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol

Kelas 4 BestariTempat pertama: Hanesya Hezanea bt. HafifiTempat kedua : Muhd. Faizal B. AbdullahTempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi

Kelas 5 ArifTempat pertama: Nurul Nasuha bt. NazriTempat kedua : Nursyazwani bt. ShahidanTempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi

Kelas 5 BestariTempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. WahabTempat kedua : Nur Hidayah bt. YusnizalTempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Tahun 4:

Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :Tahun 5:

NurSyazwani bt. Shahidan( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)

Nurul Nasuha bt. Nazri(B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)

Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)Nur Shahirah bt. Halim (PJK)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). untuk menyempurnakan majlis diiringi oleh Puan Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.

(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua)Tahun 6.Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelasKelas 6 ArifTempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. AzisTempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. RozainTempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad BasriKelas 6 BestariTempat pertama: Siti Nur Asyura bt. NazriTempat kedua : Nurul Shafika bt. NorhanTempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail

Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K. Tmptan)Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)

Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:

Nur Farhana bt. RahimiJunaidah Juliza Farahana bt. JantanNur Diyana bt. Amiral YahsubiAin Nur Iman bt. ShurizanNur Affika bt. ZabreeNur Awatif bt. AzizanSiti Haida Amira bt. MazriNur Aiyani bt. SidikNur Zetty Farhanim bt. ZambriNur Shahira SharifNur Hidayah bt. NordinHanif b. Abd. WahabIzman Arif b. AzizanRafiziamirun b. SazaliMuhd. Farif Aiman b.YusofMohd Saiful Nizam B. Rosli.

Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:

*************(Lampiran)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.

Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk Keluarga Bahagia. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis mempersilakan.

**************(Persembahan nasyid)

Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

Warga dewan sekalian,Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid

Ketua Pengawas Muhd. Alif Ajwad b. azisPen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain

Ketua Pengawas Perpustakaan Hanif b. abd. WahabPen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi

Tokoh NILAM Tahap 1 Farah Adibah bt. Mohd. TarmiziTahap 2 Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi

Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. AzisHadirin sekalian,Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang sukan dan permainan.

Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat tinggi di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola tampar, sepak takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.

Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat tinggi bagi peringkat sekolah.

Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi yang konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6

Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.Prasekolah Hanis Idayu bt. Hashar2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi5 Arif - Hazwani bt. Halim- Nur Husnina bt. Hassan5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof- Nur Awatif bt. Azizan- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain- Nor Shafira bt. Idris6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani- Farah Nur Fakhira bt. Rozali

Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg Kurung Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.

Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1 hinggalah kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran, kuiz agama,..

Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000 tahun lagi.Beliau telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis.Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain...insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,Majlis anugerah telah disempurnakan,Sekalung penghargaan kami hulurkan,Segulung tahniah kami ucapkan....

Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS 2010. Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan kecemerlangan SKPBS.

*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaatMenjadi ingatan sepanjang zamanAmalan sepakat membawa berkatHidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patahBanyak kain tidak berjahitKalau ada silap dan salahJangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik......