8
TEKS PERHIMPUNAN BERSAMA PENGARAH (TANPA PELANCARAN PROGRAM) ACARA TEKS PERARAKAN MASUK VIP Mengumumkan perarakan masuk: Yang Berbahagia Pn. Rubiah Bt. Ahmad Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Diiringi Timbalan Pengarah,Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan barisan ahli jawatankuasa perwakilan pelajar ke 49 PERMULAAN Hadirin dan Hadirat diminta bersedia bagi menyanyikan tiga buah lagu, Negaraku Bangsa Johor & Semaian Subur Majlis dipersilakan lagi dgn bacaan ikrar yg akan dipimpin oleh saudara Mior Amir Arif bersama saudara Choo Eng Chiang & Sivanesan Velavan. Dipersilakan Yang berbahagia puan, hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan duduk. Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu dan bacaan ikrar sebentar tadi.

Teks Pengacara Perhimpunan Bersama Pengarah Pelancaran Kemerdekaan 2015

  • Upload
    deva

  • View
    266

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

njn

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Perhimpunan Bersama Pengarah Pelancaran Kemerdekaan 2015

TEKS PERHIMPUNAN BERSAMA PENGARAH (TANPA PELANCARAN PROGRAM)

ACARA TEKS

PERARAKAN

MASUK VIP

Mengumumkan perarakan masuk:

Yang Berbahagia

Pn. Rubiah Bt. Ahmad

Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Diiringi Timbalan Pengarah,Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan

barisan ahli jawatankuasa perwakilan pelajar ke 49

PERMULAAN Hadirin dan Hadirat diminta bersedia bagi menyanyikan tiga buah lagu,

Negaraku

Bangsa Johor &

Semaian Subur

Majlis dipersilakan lagi dgn bacaan ikrar yg akan dipimpin oleh saudara

Mior Amir Arif bersama saudara Choo Eng Chiang & Sivanesan

Velavan. Dipersilakan

Yang berbahagia puan, hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan duduk.

Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu dan bacaan ikrar sebentar

tadi.

SALUTASI MAJLIS Selamat sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Muafakat Johor

Page 2: Teks Pengacara Perhimpunan Bersama Pengarah Pelancaran Kemerdekaan 2015

Yang Berbahagia,

Pn. Rubiah Bt. Ahmad

Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Yang Berusaha,

Dr. Yazid Bin Abdul Manap

Timbalan Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan IPG Kampus

Temenggong Ibrahim

Yang Berusaha,

Dr. Mazlan Bin Aris

Timbalan Pengarah Akademik IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Yang Dihormati,

Tn. Hj. Abd. Manaf Bin Bejau

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Yang Dikasihi,

Saudara Sebastian a/l Mohanadas

Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke- 49

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, para pensyarah,

Barisan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-49

Barisan Ahli Jawatankuasa Perhimpunan

dan siswa siswi guru yang dihormati sekalian.

ALU-ALUAN Mencari umbut dipohon rumbia,

Page 3: Teks Pengacara Perhimpunan Bersama Pengarah Pelancaran Kemerdekaan 2015

Buat bekalan dagang petani,

Salam diberi penuh ceria,

Buat hadirin yang dihormati.

Syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka

dapatlah kita berkumpul beramai-ramai pada pagi ini bagi menjayakan

Majlis Perhimpunan bersama Pengarah kelolaan Siswa Siswi Guru Semester

3 PISMP Matematik dan Sains Ambilan Jun 2014 dengan kerjasama

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke-49 dan diselia oleh Jabatan Hal Ehwal

Pelajar.

Selamat datang kami ucapkan.

BACAAN DOA BULUH DIASAH JALINAN DISEMAT,

GUBAHAN DIOLAH BAWA BERANGKAT,

BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,

MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

Yang Berbahagia Puan, serta hadirin sekalian.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan

saudara Aqil bin Osman daripada 2 DPLI PPC untuk memimpin bacaan doa.

Dengan sukacitanya, dipersilakan.

***

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Page 4: Teks Pengacara Perhimpunan Bersama Pengarah Pelancaran Kemerdekaan 2015

Sambutannya berulang lagi

saban tahun ia kembali

keranamu Malaysia aku di sini

menabur bakti ibu pertiwi.

Jalur gemilang berkibar megah

sana sini mencipta indah

namun segelintir tiada endah

satukan hati bukannya mudah.

Hanya Malaysia negara tercinta

pejuang bersusah untuk merdeka

jangan siakan apa yang ada

sayangilah tumpah darah kita.

Yang Berbahagia Puan, Hadirin & Hadirat sekalian,

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan tema Sambutan Hari

Kemerdekaan tahun ini ialah sehati sejiwa yang diumumkan oleh Menteri

Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Tema sehati sejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan

dan kemanusia seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat

kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka ada.

Untuk itu marilah kita bersama-sama menonton video kemerdekaan. Dengan

ini dipersilakan.

UCAPAN PENGARAH PERGI KE KOTA BELI SELASIH,

SAYANG SI DARA BUAT HALWA,

BERILAH UCAPAN SIMPULAN KASIH,

SULAMAN PERASMIAN MENYATUKAN JIWA

Majlis kini dengan segala hormat dan takzimnya menjemput dan

mempersilakan

Page 5: Teks Pengacara Perhimpunan Bersama Pengarah Pelancaran Kemerdekaan 2015

Yang Berbahagia

Pn Rubiah Bt. Ahmad

Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Untuk menyampaikan amanat beliau seterusnya merasmikan bulan

kemerdekaan. Dipersilakan puan.

(Ucapan Selesai)

(Selepas banner turun)

Para hadirin dan hadirat dipersilakan untuk berdiri untuk laungan Merdeka.

Para hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan

Pengarah atas ucapan dan perasmian bulan kemerdekaan sebentar tadi.

Semoga segala amanat dan pesanan beliau dapat dijadikan pedoman dan

pengajaran buat kita semua.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi sajak bertema

Kemerdekaan. Sajak ini akan dideklamasikan oleh saudari Agnes lee

daripada opsyen 1PISMP TESOL.dgn segala hormat majlis mempersilakan.

Terima kasi diucapkan kepada saudari

Kini, para hadirin & hadirat dipersilakan berdiri mari kita sama-sama

menyanyikan 3 buah lagu patriotik iaitu Tanggal 31, Keranamu Malaysia dan

1 Malaysia. Semua siswa siswi diminta mengibarkan bendera kecil bersama

lagu yang dinyanyikan.

Untuk pengetahuan siswa siswi sekalian, berikut ialah program yang bakal

Page 6: Teks Pengacara Perhimpunan Bersama Pengarah Pelancaran Kemerdekaan 2015

dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan iaitu Pertandingan kata-kata hikmah

kemerdekaan di blok kediaman, selfie bersama Jalur Gemilang dan Kibaran

mengikut kolej kediaman. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi

Biro Kesenian dan Kebudayaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke-49.

PENUTUP Yang Berbahagia Puan, hadirin dan hadirat sekalian,

Dari Kedah Ke Pekan Sari,

Beli Suasa Di Kota Tinggi;

Selesai Sudah Tugas Diberi,

Di Lain Masa Bersua Lagi.

Mewakili ahli jawatankuasa majlis, kami ingin menghulur sepuluh jari,

memohon sejuta kemaafan andai terdapat salah dan silap sepanjang kami

mengacarakan majlis pada pagi ini. Semoga segala yang jernih dapat

dijadikan sebagai panduan dan segala yang keruh dapat dijadikan sempadan

dan pengajaran. Kami juga ingin mengucapkan mengucapkan jutaan terima

kasih kepada semua pihak atas kesudian anda semua menghadiri majlis pada

pagi ini.

LAGU IPG Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita

menyanyikan lagu rasmi Institut Pendidikan Guru.

Yang berbahagia Puan serta hadirin dan hadirat sekalian diminta untuk

berdiri.

PENUTUP Dengan berakhirnya lagu rasmi Institut Pendidikan Guru sebentar tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada pagi.

Sekian sahaja daripada kami, sekian terima kasih.

PERARAKAN

KELUAR VIP

Mengumumkan perarakan keluar

Yang Berbahagia

Page 7: Teks Pengacara Perhimpunan Bersama Pengarah Pelancaran Kemerdekaan 2015

Pn. Rubiah Bt. Ahmad

Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Diiringi Timbalan Pengarah,Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan

barisan ahli jawatankuasa perwakilan pelajar ke 49