Teks Pengacaraan Majlis New New New

  • View
    301

  • Download
    15

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

Text of Teks Pengacaraan Majlis New New New

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

LAPORAN AJK PENGACARAAN MAJLIS

PROFIL DIRI

NAMA

: SALENDA BINTI SAID

NO. KAD PENGENALAN

: 950709-12-5652

NO. TELEFON

: 013-8605582

E-MEL

: [email protected]

: KUALA DUA, KINARUT, PAPAR SABAH.

KUMPULAN

: 2PISMP RBT AMBILAN JUN 2014

NAMA PENSYARAH

: HJ. SUHAIMY BIN HJ. AHMAD

PROFIL DIRI

NAMA

: Muhd Faiz Bin Md Yasin

NO. KAD PENGENALAN

: 940324-04-5433

NO. TELEFON

: 017-2406695

E-MEL

: [email protected]

ALAMAT

: Kg Kandang Melaka

KUMPULAN

: 2PISMP RBT AMBILAN JUN 2014

NAMA PENSYARAH

: HJ. SUHAIMY BIN HJ. AHMAD

SEBELUM

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Seminar Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 2015 anjuran pelajar 2PISMP Rekabentuk dan Teknologi akan diadakan pada 31 March 2015. Oleh itu, Ahli Majlis Tertinggi telah melantik Salenda Said dan Muhd Faiz bin Md Yasin selaku pengacara majlis. Sepanjang proses merancang seminar ini, ajk pengacaraan majlis telah melakukan banyak kolaborasi dengan ahli jawatankuasa yang lain seperti ajk buku program, ajk perhubungan, pengerusi dan naib pengerusi, ajk kehadiran, dan ajk siaraya bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting yang perlu ada dalam skrip pengacaraan nanti. Setelah melakukan kerjasama dengan ahli jawatankuasa lain, kami telah menghasilkan skrip penuh sepanjang perlaksanaan majlis seminar nanti. Tambahan lagi, kami juga telah menyediakan skrip ucapan untuk Dr Muhamad Nor bin Muhamad Taib Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik bagi slot ucapan dan perasmian beliau mengikut tentatif majlkis seminar nanti. Setelah itu, kami selaku pengacara majlis juga melakukan kolaborasi dan meminta jasa baik pensyarah daripada jabatan bahasa bagi memeriksa skrip dan bahasa. Kami telah meminta bantuan daripada En Mahidin Bin Awg. Itam dan Puan Siti Zubaidah. Pada 30 March 2015 bersamaan hari isnin, kami telah menjalankan sesi raptai penuh seminar. Saat itu, berlaku banyak perubahan yang perlu dibaiki dalam skrip pengacaraan majlis. Berikut merupakan skrip penuh sepanjang seminar berlaku nanti.

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

SEMINAR KAJIAN KURIKULUM KHSR/RBT

LINDAHadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis diminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan juga diminta mengikuti program ini sehingga ke akhir majlis.

Terima kasih atas kerjasama semua.

KETIBAAN VIPFAIZMengumumkan ketibaan Dr. Mohamad Nor Bin Mohamad Taib Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek Negeri Sembilan diiringi oleh Puan Jamilah Bt Idris Ketua Jabatan Rekabentuk Dan Teknologi IPG Kampus Pendidikan Teknik.

[NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN NEGERI SEMBILAN]

Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

KATA ALU-ALUANLINDA

FAIZ

LINDAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.

Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.

Sayang selasih berisi minyak,

Bunga cengkih di atas jerami,

Terima kasih banyak-banyak,

Sudi datang ke majlis kami.

Yang berusaha,

Dr Mohamad Nor Bin Mohamad Taib,

Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Yang dihormati,

Puan Jamilah Bt Idris

Ketua Jabatan Rekabentuk Dan Teknologi IPG Kampus Pendidikan Teknik

Para Penceramah Jemputan yang dihormati,

Para Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik

Serta, siswa siswi pendidik sekalian.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

BACAAN DOAFAIZ

LINDAIkan merah dijual di pekan,

Syukur gembira dapat sebaldi,

Cuaca cerah turut mengizinkan,

Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis, dijemput saudara Syuriansyah Bin Ishak untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini berjalan dengan lancar.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

UCAPAN PENGERUSILINDAHadirin sekalian,

Seminar Kajian Kurikulum KHSR/ RBT ini merupakan satu tugasan kerja kursus bagi subjek Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah / Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3033). Kursus ini bagi pelajar semester 2pismp RBT ambilan Jun 2014 dibawah bimbingan Tn. Hj. Suhaimy Bin Ahmad juga selaku pensyarah penilai bagi seminar Kajian Kurikulum KHSR/RBT. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada siswa siswi pendidik Reka Bentuk dan Teknologi tentang perkembangan Kurikulum KHSR / RBT. Dengan ini, majlis menjemput saudara Mark Heysley Anak Diger selaku pengerusi bagi program seminar kajian kurikulum KHSR/RBT untuk memberikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Mark Heysley Anak Diger.

PERASMIAN MAJLISFAIZ

LINDA

FAIZSekapur sirih tiada berharta,

Buat santapan untuk pahlawan,

Tampillah tuan kami meminta,

Madah ucapan kata aluan.

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami,Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Dr Mohamad Nor Bin Mohamad Taib Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik bagi memberikan ucapan seterusnya merasmikan program seminar kajian kurikulum KHSR/RBT.

[UCAPAN PENGARAH]

[VIDEO]

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohamad Nor bin Mohamad Taib di atas perasmian sebentar tadi

[SLOT 1]

Penceramah 1LINDAHadirin yang dimuliakan,

Kini tiba masanya kita menjemput penceramah jemputan Tn. Hj Mazlan bin Hj Talib yang merupakan Ketua Unit, Rekabentuk dan Teknologi, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menyampaikan ceramah bertajuk REKABENTUK KANDUNGAN KURIKULUM KHSR/RBT.

[BIODATA PENCERAMAH]

Sebelum kita mendengar ceramah daripada Tn. Hj Mazlan, marilah kita bersama-sama mengenali diri beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SESI SOAL JAWAB

(5 minit)LINDASeterusnya, majlis membuka peluang kepada para hadirin untuk mengajukan sebarang soalan kepada Tn. Hj Mazlan Bin Hj Talib.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mazlan Bin Hj Talib diatas perkongsian ilmu sebentar tadi. Diharap para hadirin dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang boleh memperkembang pengalaman dan kemahiran diri.

(penceramah rest 5 minit)

Tayangan videoFAIZHadirin yang dikasihi,

Marilah kita menyaksikan tayangan video mengenai segala aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar 2PISMP RBT Ambilan Jun 2014 sepanjang meniti pengajian di IPG kampus Pendidikan Teknik.

Penceramah 2FAIZ

LINDAMajlis diteruskan dengan sesi ceramah daripada Tn Hj Mazlan bin Hj Talib dengan ceramah beliau yang bertajuk ANALISIS KURIKULUM KHSR/RBT. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

[SESI SOAL JAWAB]

Majlis sekali lagi membuka peluang kepada para hadirin untuk mengajukan sebarang soalan kepada Tn Hj Mazlan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj Mazlan bin Hj Talib atas penyampaian ceramah sebentar tadi. Semoga ceramah yang disampaikan dapat dijadikan manfaat buat kita semua.

[PEMBERIAN CENDERAMATA]

Dengan ini majlis dengan segala hormatnya menjemput Dr Mohamad Nor Bin Mohamad Taib diiringi oleh Puan Jamilah Bt Idris untuk memberikan cenderamata kepada penceramah jemputan kita pada hari ini.

Dijemput Tn Hj Mazlan bin Hj Talib Ketua unit Rbt, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohamad Nor Bin Mohd Taib dan Puan Jamilah Bt Idris di atas kesudian memberikan cenderamata sebentar tadi.

KUDAPANFAIZRumpun nipah tepi telaga,

Diambil orang buat nira,

Hidangan di meja sudah tersedia,

Jemput semua menjamu selera.

Dengan berakhirnya ceramah sebentar tadi, majlis menjemput para hadirin untuk menjamu kudapan yang disediakan. Majlis menjemput tetamu vip jemputan dan para pensyarah untuk bergerak keluar ke bilik tutorial 29/30 manakala para peserta boleh lah bergerak ke lobi dewan kuliah bagi menjamu selera. Majlis akan bersambung pada pukul 10.30 pagi nanti. Mohon kerjasama peserta dapat menghadirkan diri tepat pada masa yang ditetapkan. Terima Kasih.

[SLOT 2

PELAJAR 1LINDAAssalamualaikum wbt dan selamat pagi,

Majlis mengucapkan terima kasih atas kerjasama para hadirin. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama menyaksikan pembentangan pelajar dari 2PISMP RBT. Dengan ini dijemput saudara Amirul Izzad bin Rosli dengan pembentangan yang bertajuk CABARAN KURIKULUM KHSR/RBT.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Amirul Izzad Bin Rosli atas pembentangan sebentar tadi.

PELAJAR 2FAIZSeterusnya, majlis beralih kepada sesi pembentangan daripada saudari Edalyia Anak Amie dengan pembentangan yang bertajuk Penilaian Kurikulum KHSR/RBT. Majlis mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari Edalyia Anak Amie atas pembentangan sebentar tadi

PELAJAR 3LINDAMajlis diteruskan dengan pembentangan pelajar daripada saudara Ahmad Muaz Bin Zainal Abidin dengan pembentangan yang bertajuk PERLAKSANAAN KURIKULUM KHSR/RBT DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIK