14
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU KARNIVAL KOKURIKULUM 2012 Masa Cue Ann Syam Sebaik sahaja tetamu tiba di stadium Mengumumkan, ketibaan: 1. Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, 2. Tn. Hj. Hassan Bin Pardi, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu diiringi ketua-ketua jabatan dan para pensyarah. Syam Nyanyian lagu-lagu rasmi Selepas nyanyian tamat Hadirin yang dimuliakan, Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta, marilah sama-sama kita singkap Majlis Penutupan Minggu Karnival Kokurikulum dengan berdiri tegak untuk menyanyikan lagu negaraku, Lagu negeri Melaka dan Lagu IPGM dengan penuh bersemangat. ------------------- Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Perbarisan keluar Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Kita baru sahaja menyaksikan perbarisan keluar anggota unit beruniform Kadet Remaja Sekolah dan juga pengakap . Perbarisan ini disertai seramai 30 orang ahli KRS yang diketuai oleh Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah, Saudari Siti Aisyah dan 30 orang ahli Pengakap yang diketuai oleh Saudari ________________________________________________________ __. Ainu n Aluan Bismillah .. ……… Assalamualaikum W.B.T, Salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Adat kita menyambut tetamu, Salam dihulur mesra bertamu, Hamparkan tikar lebarkan pintu, 1

Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TEKS MC

Citation preview

Page 1: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU KARNIVAL KOKURIKULUM 2012

Masa Cue Ann

Syam Sebaik

sahaja

tetamu tiba

di stadium

Mengumumkan, ketibaan:

1. Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah Institut Pendidikan

Guru Kampus Perempuan Melayu,

2. Tn. Hj. Hassan Bin Pardi, Timbalan Pengarah IPG Kampus

Perempuan Melayu diiringi ketua-ketua jabatan dan para

pensyarah.

Syam Nyanyian

lagu-lagu

rasmi

Selepas

nyanyian

tamat

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta, marilah

sama-sama kita singkap Majlis Penutupan Minggu Karnival

Kokurikulum dengan berdiri tegak untuk menyanyikan lagu

negaraku, Lagu negeri Melaka dan Lagu IPGM dengan penuh

bersemangat.

-------------------

Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi. Hadirin dipersilakan

duduk.

Perbarisan

keluar

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Kita baru sahaja menyaksikan

perbarisan keluar anggota unit beruniform Kadet Remaja Sekolah

dan juga pengakap . Perbarisan ini disertai seramai 30 orang ahli

KRS yang diketuai oleh Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah,

Saudari Siti Aisyah dan 30 orang ahli Pengakap yang diketuai oleh

Saudari

______________________________________________________

____.

Aluan Bismillah………..

1

Page 2: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Ainun

Assalamualaikum W.B.T, Salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Adat kita menyambut tetamu,

Salam dihulur mesra bertamu,

Hamparkan tikar lebarkan pintu,

Pemanis bicara aluan didahulu.

1) Yang Berbahagia Puan Tumerah Binti Rosmin,

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan

Melayu

2) Yang Berusaha, Tn. Hj. Hassan Bin Pardi,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu

3) Yang Berusaha, En. Zaini Bin Abd. Aziz,

Ketua Unit, Unit Kokurikulum

4) Yang Berusaha, Dr. Hj. Mihat bin Dolah,

Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar

5) Yang Dihormati Saudari Siti Umairah Binti Othman,

Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

6) Pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, ketua -

ketua unit, para pensyarah, barisan Jawatan Kuasa

Perwakilan pelajar seterusnya siswi guru sekalian.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke majlis

Perasmian Penutupan Minggu Karnival Kokurikulum bagi tahun

2012 peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu.

Hadirin sekalian,

Minggu Karnival Kokurikulum bertujuan memberi pengiktirafan dan

2

Page 3: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

penghargaan kepada sumbangan siswi guru dalam bidang

kokurikulum di peringkat institut, SIPMA, IPT Melaka, SUKMA dan

sebagainya. Karnival ini juga bertujuan untuk mencungkil dan

mengembangkan bakat siswi guru dalam bidang sukan, unit

beruniform, dan berpersatuan yang terpendam dalam kalangan

pelajar.

Selain itu, karnival ini juga menggalakkan pengaplikasian

pengetahuan dalam pengurusan dan kepegawaian yang telah

dipelajari dalam kokurikulum serta memberi pengalaman langsung

kepada siswi guru untuk mengelolakan sesuatu pertandingan.

Syam Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Tangan ditadah penuh inayah,

Majlis dibuka penuh rahmat,

Mohon keberkatan serta hidayah,

Moga majlis sentiasa selamat.

Sidang hadirin sekalian,

Bagi mendapat keberkatan dan keredhaan,marilah sama- sama kita

mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nasri bin Abdullah, Ketua Unit Pembangunan Insaniah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(pause)

Amin-amin ya rabbal alamin

Terima kasih diucapkan kepada

Ustaz Mohd Nasri bin Abdullah atas pimpinan bacaan doa

sebentar tadi.

Hadirin yang budiman,

3

Page 4: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Syam Deklamasi

sajak

Sebagai pembuka tirai persembahan, majlis dengan ini menjemput

saudari Amirah Asyikin Binti Isni, siswi guru dari unit PISMP PK 3

Semester 8 untuk mendeklamasikan sajaknya yang bertajuk

Menjunjung Perjuangan

Dipersilakan.

(pause)

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Syam

Kawad

formasi

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan persembahan kawad formasi

yang akan dipersembahkan oleh kadet Remaja Sekolah dari PISMP

semester 4 dibawah bimbingan Mejar KRS Azman Bin Kanil dan

Mejar KRS Zainal Abidin Bin Samsudin. Marilah sama-sama kita

saksikan persembahan tersebut.

Begitulah tadi persembahan kawad formasi yang dipersembahkan

oleh kadet Remaja Sekolah dari PISMP semester 4. Kesemua

anggota Kadet Remaja Sekolah tersebut telah ditauliahkan sebagai

Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah.

Syam Persembaha

n Nyanyian

Irama

Hadirin Sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian irama malaysia

yang akan disampaikan oleh Finalis Pertandingan Irama Malaysia

iaitu Saudari Amirah Asyikin , Alizatul Aisyah , Nabila Huda dan

pasangannya Natasya Anisha dengan lagu mereka, Nirmala..

Dipersilakan

(pause)

Terima Kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar

tadi.

4

Page 5: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Syam Senam robik Meneruskan agenda persembahan pada pagi ini, dipersilakan siswi

guru dari PISMP semester 6 untuk mempersembahkan senamrobik

mereka. Dipersilakan.

(pause)

Demikianlah tadi persembahan senamrobik oleh siswi guru PISMP

semester 6. Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu

bertenaga.

Syam Pendidikan

pergerakan

Hadirin yang budiman,

Untuk persembahan terakhir kita pada hari ini, majlis dengan ini

menjemput siswi guru PPISMP PK Jun 2012 untuk membuat

persembahan mereka.

Dipersilakan

(pause)

Terima kasih diucapkan kepada siswi guru PPISMP PK Jun 2012

atas persembahan yang sangat kreatif sebentar tadi.

5

Page 6: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Syam

Ucapan

Ketua Unit

Kokurikulum

Selepas

ucapan tamat

Hadirin sekalian,

Persada ucapan pada pagi ini dimulakan dengan En. Zaini Bin Abd.

Aziz, Ketua Unit,Unit Kokurikulum merangkap pengerusi Minggu

Karnival Kokurikulum

Untuk tampil kehadapan bagi menyampaikan ucapan.

(pause)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Syam

Ucapan

pengarah

Selepas

ucapan tamat

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang merasmikannya

Sidang hadirin sekalian,

Untuk menyempurnakan majlis pada hari ini, dipersilakan Puan

Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPGK PM bagi menyampaikan

ucapan seterusnya menutup rasmi Minggu Karnival Kokurikulum

bagi tahun 2012.

Majlis dengan penuh rasa takzimnya mempersilakan.

(pause)

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Tumerah

Binti Rosmin atas ucapan perasmian sebentar tadi

Penyampaia

n hadiah

kemenanga

n

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan penyampaian hadiah

sempena Minggu Karnival Kokurikulum peringkat IPG Kampus

Perempuan Melayu. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Minggu

Karnival Kokurikulum ini telah berlangsung selama satu minggu

bermula dari 8 Oktober hingga 12 Oktober 2012.

6

Page 7: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Ainun

Selepas

tamat

penyampaia

n hadiah

Pelbagai pertandingan telah dijalankan bagi mencungkil bakat dan

memberi peluang kepada guru pelatih untuk melibatkan diri dalam

bidang kokurikulum.

Antara pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Minggu

Karnival Kokurikulum ini ialah pertandingan kawad kaki, bantu mula,

bola jaring, hoki, squash, bola baling, bola tampar, badminton,

nyanyian lagu irama malaysia, dan nyanyian lagu puisi.

Bagi menyempurnakan majlis,

dipersilakan Puan Tumerah Binti Rosmin, pengarah IPG Kampus

Perempuan Melayu diiringi En. Zaini Bin Abdul Aziz, Ketua Unit

Kokurikulum untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan

penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Sebagai tanda terima kasih, Unit Kokurikulum berbesar hati memberi

penghargaan kepada pengelola program di atas komitmen dan

kerjasama yang diberikan.

1) Oleh itu, dijemput wakil dari kawad farmasi KRS semester 4

untuk mengambil hadiah.

2) Seterusnya dijemput pengarah program Malam Irama

Malaysia untuk mengambil hadiah

3) Wakil dari Pasukan Senam Aerobik

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi

pertandingan yang telah berlangsung sepanjang karnival

kokurikulum.

1) Bagi pertandingan bola jaring,

7

Page 8: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Naib Johan disandang oleh unit DPLI Sejarah Ambilan Disember 2011Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Seterusnya Johan bagi pertandingan bola jaring dimenangi

oleh

unit DPLI Pra Sekolah Ambilan Disember 2011

2) Bagi pertandingan hoki, Naib Johan disandang oleh unit

PISMP Bahasa Inggeris 2 Ambilan Januari 2012Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan hoki menangi oleh

unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2012

3) Seterusnya bagi pertandingan bola baling, Naib Johan disandang oleh unit

PISMP Pendidikan Seni Visual Ambilan Januari 2012Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan bola baling dimenangi oleh

unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2010

4) Bagi pertandingan bola tampar, Naib Johan disandang oleh unit

PISMP Bahasa Inggeris 1 Ambilan Januari 2012Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan bola tampar dimenangi oleh unit

8

Page 9: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

PISMP Pengajian Agama Ambilan Januari 2012

5) Seterusnya bagi pertandingan kawad kaki, Naib Johan disandang oleh unit beruniform Kadet Remaja Sekolah semester 4Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan kawad kaki dimenangi oleh

Unit beruniform pengakap semester 4. Untuk pengetahuan

hadirin sekalian, Johan bagi pertandingan Kawad Kaki ini

akan menerima Piala Pusingan.

6) Seterusnya bagi pertandingan Pertolongan Cemas/ bantuan permulaan, Naib Johan disandang oleh KRS DPLI Ambilan Disember 2011Diminta wakil untuk tampil mengambil hadiah.

Johan bagi pertandingan Pertolongan Cemas/ bantuan permulaan dimenangi oleh

Pengakap Semester 4

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Pentauliahan dan Tamat Kursus kepada

7) Leftenan Muda KRS dari PISMP Semester 4 yg diketuai oleh

_______________________________

8) Seterusnya Leftenan Muda KRS dari kumpulan DPLI yang

diketuai oleh

______________________________________________

9

Page 10: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

9) Bagi unit beruniform pengakap, dijemput wakil PISMP

Semester 4 bagi menerima Sijil Pentauliahan dan Tamat

Kursus, Kursus Manikayu Peringkat 3.

10)Dijemput juga wakil dari kumpulan DPLI Ambilan Disember

2011 yang juga telah berjaya dalam Kursus Manikayu

Peringkat 3.

Diminta Puan Pengarah, Puan Tumerah binti Rosmin untuk terus

berada di bawah bagi penyampaian hadiah seterusnya.

Sebagai tanda penghargaan kita,

Kepada mereka yang telah berbakti,

Anugerah dan penghargaan terus dicipta,

Untuk meraikan kecemerlangan yang dikecapi.

Kini tibalah masa yang di tunggu-tunggu, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum bagi tahun 2012. Anugerah ini

dibahagikan kepada tiga kategori,

Kategori pertama Sukan dan permainan

Kategori kedua Unit beruniform,

Kategori ketiga Persatuan dan seni budaya.

Bagi kategori pertama Sukan dan permainan, guru pelatih ini telah

menjadi

1) Johan Bola Baling bagi Minggu Kokurikulum bagi tahun 2011

2) Mendapat tempat ketiga dalam Festival Hoki Guru Muda 2011

3) Beliau juga pernah menjadi pegawai teknik olahraga

Kejohanan Trek dan Padang di MSSC Penggaram, MSSD

Batu Pahat, World 100th Athletics Day 2012 dan 70th Negeri

Sembilan Open Athletics Championship 2012.

4) Ekoran itu, beliau telah mendapat pengiktirafan Pegawai

10

Page 11: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Teknikal Olahraga Peringkat Kebangsaan

5) Selain itu, beliau juga memperolehi Sijil Kejurulatihan Bola

Jaring Level O.

6) Beliau juga merupakan sukarelawan Minggu Karnival

Kokurikulum 2012 dengan menjadi pengadil bola tampar dan

bola baling.

7) Beliau juga merupakan Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi

JPP IPGK Perempuan Melayu. Hal ini membuktikan bahawa

beliau bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah

beliau juga cemerlang dalam Kepimpinan Sukan di peringkat

IPG.

Anugerah kecemerlangan kokurikulum bagi kategori Sukan dan

Permainan disandang oleh insan yang dilahirkan pada 10 Disember

1989, dijemput Saudari AZIMAHTUL NADIAH BT UMORUDDIN dari unit PISMP Pendidikan Khas 3 Ambilan Januari 2009.

Bagi kategori unit beruniform, guru pelatih ini merupakan

1) Pengerusi Unit Beruniform Pengakap bagi tahun 2010

2) Pengerusi Kursus Penerangan Peringkat l dan Kursus

Manikayu Peringkat ll.

3) Beliau juga merupakan pengerusi Perkhemahan unit

beruniform PISMP Ambilan Januari 2009 bagi tahun 2010.

4) Selain itu, beliau juga menyertai Jambori Pengakap Peringkat

Kebangsaan bagi tahun 2010 di Tanjung Laboh, Batu Pahat,

Johor.

11

Page 12: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Anugerah kecemerlangan kokurikulum bagi kategori Unit Beruniform

disandang oleh insan yang memegang no kad pengenalan 890624-

03-5584. Dijemput Saudari NUR AMALINA BINTI MAT JUSOH dari

unit PISMP Pendidikan Khas 2 Ambilan Januari 2009.

Seterusnya bagi kategori persatuan dan seni budaya, guru pelatih ini

merupakan

1) Wakil IPGK Perempuan Melayu ke Pertandingan Pantun Sirih

Berlipat Pinang Berkacip bagi tahun 2009 dan Johan Zon

Tengah dan Selatan bagi tahun 2010. Beliau juga telah

dinobatkan sebagai pemantun terbaik dalam pertandingan

tersebut.

2) Seterusnya, beliau juga merupakan wakil IPGK PM bagi

Pertandingan Syair Negeri Melaka

3) Beliau juga pernah menyandang tempat ketiga Pertandingan

Seni Suara Peringkat IPGK PM bagi tahun 2011

4) Selain itu, beliau juga mewakili IPGK PM ke KAGUM Teater

Muzikal dan Mono Drama pada tahun 2010 dan 2012.

5) Beliau juga merupakan Pengerusi Biro Sastera dan Budaya

JPP IPGK PM bagi tahun 2010/2011.

6) Pencapaian terbaharu beliau ialah beliau telah mengungguli

tempat pertama bagi pertandingan Nyanyian Irama Malaysia

Peringkat IPGK PM yang telah berlansung pada Selasa yang

lalu.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Saudari Amira Ashikin binti Isni dari unit PISMP Pendidikan Khas 3 Ambilan

Januari 2009 selaku pemegang Anugerah kecemerlangan

kokurikulum tahun 2012 bagi persatuan dan seni budaya.

Ainun Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah atas kesudian

12

Page 13: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Tamat

penyampaian

hadiah

menyempurnakan majlis penganugerahan sebentar tadi.

Syabas dan tahniah diucapkan, kita berikan tepukan yang gemuruh

kepada penerima-penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2012.

Semoga anugerah yang diterima akan menjadi pembakar semangat

untuk menabur bakti dan jasa apabila bergelar seorang guru kelak.

Syam Persembaha

n nyanyian

Selepas

persembahan

tamat

Hadirin sekalian,

Untuk memeriahkan lagi anugerah kecemerlangan Kokurikulum

2012, dipersilakan saudari Syaidatul Nadira Binti Shaharom, siswi

guru dari PISMP MT JAN 2010 dengan persembahan nyanyian

Gemuruh Suara. Dipersilakan.

(pause)

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Syaidatul Nadira Binti

Shaharom atas persembahan sebentar tadi. Kelunakan suara

beliau membuktikan sememangnya beliau layak menyandang

gelaran Juara Pertandingan Bintang Klasik Nasional Peringkat Asia

pada tahun 2010, dan juga Pertandingan Bintang Radio Klasik

Peringkat Asia tenggara di Indonesia pada tahun yang lalu.

Syam Jamuan /

bersurai

Terang memancar sinar mentari,

Mega berarak cuaca pun teduh;

Berakhir sudah majlis dirai,

Hanya menanti tirai dilabuh.

13

Page 14: Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kokurikulum 2012

Sidang hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan nyanyian sebentar tadi, maka

berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan

----------------------------------

Sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan kami sendiri, dan

yang baik itu datang dari-Nya Yang Maha Esa. Sekian sahaja majlis

kita pada hari ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan

kalam suci wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum w.t.b

Majlis mempersilakan dif – dif jemputan untuk menikmati jamuan

yang telah disediakan.

Mengumumkan Puan Pengarah serta dif-dif jemputan meninggalkan

persada majlis.

14