2
Salam dan selawat Sekalung aprisiasi buat pengacara majlis, barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan, sahabat sahabiah peserta pertandingan serta warga dewan yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan inayah beserta kekuatan yang diberikannya, kita masih lagi diberikan dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam dan kerana dua nikmat ini jugalah, kita masih diberi peluang untuk bersama-sama menghadiri majlis yang penuh gemilang ini. Hadirin dan hadirat yang dikasihi Allah sekalian, Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat satu fahaman yang dibawa oleh kaum musyrikin bagi menutup kejahilan yang telah menyelaputi diri mereka. Mereka beranggapan bahawa penyembahan terhadap berhala yang dilakukan oleh mereka dan generasi sebelumnya serta pengharaman makanan yang tidak mengikut syariat Allah s.w.t adalah masyiah Ilahiyyah iaitu kehendak Ilahi. Mereka berkata, “Andai Allah s.w.t menghendaki, nescaya kami tidak menyembah sesuatu selain Dia dan tidak mengharamkan sesuatu tanpa izin dan perintahNya.” Allah s.w.t telah menolak alasan yang telah diberikan oleh mereka. Hal ini demikian kerana Allah s.w.t telah mengutuskan setiap kaum dengan rasul agar peringatan daripada Allah s.w.t dapat disampaikan kepada mereka yang lalai. Maka, mereka telah diberikan pilihan untuk memilih atau kebaikan atau keburukan. Rentetan daripada fahaman tersebut, Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an- nahlu ayat 36 : 36. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya. Jadi, suka saya mentafsirkan ayat 36 dari surah An-Nahlu ini agar segala pengajaran dan pedoman yang ingin disampaikan dapat kita sama-sama hayati.

TEKS TAFSIR 2013 (2).docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks

Citation preview

Page 1: TEKS TAFSIR 2013 (2).docx

Salam dan selawat

Sekalung aprisiasi buat pengacara majlis, barisan panel hakim yang bertunjangkan keadilan, sahabat sahabiah peserta pertandingan serta warga dewan yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan inayah beserta kekuatan yang diberikannya, kita masih lagi diberikan dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam dan kerana dua nikmat ini jugalah, kita masih diberi peluang untuk bersama-sama menghadiri majlis yang penuh gemilang ini.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi Allah sekalian,

Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat satu fahaman yang dibawa oleh kaum musyrikin bagi menutup kejahilan yang telah menyelaputi diri mereka. Mereka beranggapan bahawa penyembahan terhadap berhala yang dilakukan oleh mereka dan generasi sebelumnya serta pengharaman makanan yang tidak mengikut syariat Allah s.w.t adalah masyiah Ilahiyyah iaitu kehendak Ilahi. Mereka berkata, “Andai Allah s.w.t menghendaki, nescaya kami tidak menyembah sesuatu selain Dia dan tidak mengharamkan sesuatu tanpa izin dan perintahNya.”

Allah s.w.t telah menolak alasan yang telah diberikan oleh mereka. Hal ini demikian kerana Allah s.w.t telah mengutuskan setiap kaum dengan rasul agar peringatan daripada Allah s.w.t dapat disampaikan kepada mereka yang lalai. Maka, mereka telah diberikan pilihan untuk memilih atau kebaikan atau keburukan.

Rentetan daripada fahaman tersebut, Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-nahlu ayat 36 :

36. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada Yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula Yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah Bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan Rasul-rasulNya.

Jadi, suka saya mentafsirkan ayat 36 dari surah An-Nahlu ini agar segala pengajaran dan pedoman yang ingin disampaikan dapat kita sama-sama hayati.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,

Dalam ayat ini terdapat tiga tunjang utama yang dapat kita perhalusi. Tunjang yang pertama ialah mengenai matlamat pengutusan seorang rasul. Firman Allah s.w.t :

36. dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".

Berdasarkan ayat tersebut, matlamat pengutusan seorang rasul adalah untuk mengajak manusia menyembah Allah s.w.t.