3
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai matidan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (3:185)Selimut PutihBila Izrail datang memanggilJasad terbujur di pembaringanSeluruh tubuh akan menggigilTerbujur badan dan kedinginanTiada lagi gunanya hartaKawan karib sanak saudaraJikalau ada amal di duniaItulah hanya pembela kitaJanganlah mahu disanjung - sanjungEngkau digelar manusia agungSedarlah diri tahu diuntungSebelum masa keranda diusungDatang masanya insaflah diriSelimut putih pembalut badanTinggal semua yang dikasihiBerbaktilah hidup sepanjang zamanDan saksikan... bahawa KEMATIAN ITU ADALAH BENAR. DAN..SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI! Berikut adalah teks talqin yang hampir pasti akan dibacakan kepada setiaporang yang baru dikebumikan termasuk setiap daripada kita apabila sampaisaat dan ketika yang bakal menjelma secara tiba-tiba. Semuga melaluinyaakan menjadi pemangkin untuk kita terus melakukan yang terbaik di dalamsetiap pekerjaan kita seharian (‘ibadah khusus dan umum – fardhu ain danfardhu kifayah) yang bakal kita raih keuntungannya di Negeri akhirat kelakInsya Allah. TEKS TALQIN Bismilla hir rahma nir rahim.Mahasuci Allah yang bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasamematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Allah yang menjadikan mati danhidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Allah yang menjadikan lubang kubur, sebesar-besar pengajaran untukmenjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepadaorang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan hancurdan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar danmempunyai kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadaphadirat Allah swt.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA,hendaklah kamu ingat akan janji- janji Allah yang kamu bawa bersama-samadari dunia ini. Sekarang kamu

Teks Talkin Pentomen (1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bacaan

Citation preview

Page 1: Teks Talkin Pentomen (1)

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai matidan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (3:185)Selimut PutihBila Izrail datang memanggilJasad terbujur di pembaringanSeluruh tubuh akan menggigilTerbujur badan dan kedinginanTiada lagi gunanya hartaKawan karib sanak saudaraJikalau ada amal di duniaItulah hanya pembela kitaJanganlah mahu disanjung - sanjungEngkau digelar manusia agungSedarlah diri tahu diuntungSebelum masa keranda diusungDatang masanya insaflah diriSelimut putih pembalut badanTinggal semua yang dikasihiBerbaktilah hidup sepanjang zamanDan saksikan... bahawa KEMATIAN ITU ADALAH BENAR. DAN..SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI!

Berikut adalah teks talqin yang hampir pasti akan dibacakan kepada setiaporang yang baru dikebumikan termasuk setiap daripada kita apabila sampaisaat dan ketika yang bakal menjelma secara tiba-tiba. Semuga melaluinyaakan menjadi pemangkin untuk kita terus melakukan yang terbaik di dalamsetiap pekerjaan kita seharian (‘ibadah khusus dan umum – fardhu ain danfardhu kifayah) yang bakal kita raih keuntungannya di Negeri akhirat kelakInsya Allah.

TEKS TALQIN

Bismilla hir rahma nir rahim.Mahasuci Allah yang bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasamematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Allah yang menjadikan mati danhidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Allah yang menjadikan lubang kubur, sebesar-besar pengajaran untukmenjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepadaorang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan hancurdan binasa, melainkan zat Allah Taala. Dialah Tuhan yang Maha besar danmempunyai kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadaphadirat Allah swt.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang kamu bawa bersama-samadari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamutelah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnyamelainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlahwahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikatsebagai wakil Allah menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlahkamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau sertajanganlah kamu bersusah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBUSAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah swt, sebagaimana kamujuga.Apabila mereka menyoal kamu dengan berkata: Siapakah Tuhan kamu? SiapakahNabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan dan iktikad kamu? Apakah kalimah yang kamu bawabersama-sama kamu?Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat danterang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan janganlahbergopoh-gapah, hendaklah kamu jawab dengan tenang dan berhati-hati.Hendaklah kamu menjawab : Allah Taala Tuhanku, Nabi Muhammad saw nabiku,Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku,sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semuaorang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masahidup sehingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad durrasulullah".Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dugaan yang palingbesar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang berada di dalam alam Barzakh,sehingga sampai

Page 2: Teks Talkin Pentomen (1)

ke satu masa yang dijanjikan kelak, kamu akan dibangunkansemula untuk berkumpul di Padang Mahsyar dan akan diadili di MahkamahAllah Rabbul Jalil.Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati itu adalahbenar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpuldan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segalaamalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, syurga danneraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan berlaku,Kami ucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah,  kami menyerahkan kamukepada Allah swt. Semuga Allah swt akan memberi kesejahteraan dankeselamatanNya kepada kamu.Semuga Allah jualah yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa,mudah-mudahan Allah swt menaruh kasihan belas kepada kamu yang berdagangseorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Allah akan memberikeampunan dan memaafkan kepada kesalahan kamu serta menerima segala amalkebajikan kamu.Ya Allah, Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksamayat ini dengan kemegahan penghulu kami Nabi Muhammad SAW.Subha na rabbika rabbil ‘izati amma ya sifun wasalamun ‘alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin.Al-Fatihah Laman Hidayah hari ini telah genap berusia setahun, terima kasih diatas sokongan semua 25hb Mar 2004 – 25hb Mar 2005 *kearah warga kerja yang bermaklumat dan bertaqwa*Sekian, Wallahu a’lam.