2
Yang Berhormat ……………………. Biro Rekreasi Wanita dan Pemuda Persatuan Tionghua Kota Belud Yang Berusaha Pemangku Guru Besar Puan Sally Tham, Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Para ibu bapa, Guru-guru, murid-murid yang dikasihi. Selamat malam dan salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur, Puan Sally Tham dan ahli jawatankuasa kerana telah menganjurkan Pesta Tanglung tahun 2014 ini dengan jayanya. Sambutan baik warga sekolah, ibu bapa dan murid-murid terhadap Pesta Tanglung ini telah membuktikan bahawa Pesta Tanglung yang berasal daripada masyarakat Cina semakin menarik minat dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya berasa gembira kerana aktiviti ini bukan sahaja disambut oleh murid berketurunan Cina tetapi ia turut disertai oleh murid pelbagai kaum. Keadaan ini menunjukkan kaum-kaum lain juga berminat untuk mempelajari dan mengetahui budaya Tionghua yang unik dan berpelbagaian ini. Selain itu, Pesta Tanglung ini tidak merupakan perayaan yang diraikan oleh kaum Cina sahaja tetapi ia sememangnya diraikan oleh semua kaum untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia. Pesta Tanglung atau juga dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan adalah merupakan aktiviti tahunan Persatuan TiongHua dan telah dijalankan setiap tahun. Di samping itu, perayaan Pesta Tanglung ini juga bertujuan supaya masyarakat Cina dapat berkumpul bersama dalam mengekalkan warisan budaya masyarakat Cina. Walaupun kita semua dihimpit oleh kesibukan dengan pekerjaan masing-masing, semangat dan sikap proaktif pihak sekolah yang sentiasa aktif di dalam kegiatan berpersatuan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di peringkat sekolah sebegini harus diberi pujian. Ia secara refleksi menggambarkan sikap kita semua yang sentiasa berpegang kuat kepada adat dan budaya tinggalan nenek-moyang dan berbangga meneruskan tradisi tersebut walaupun pengaruh-pengaruh budaya luar sekarang ini sangat menghakis nilai-nilai ketimuran yang menjadi kebanggaan kita semua. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi. Penganjuran Pesata Tanglung pada hari ini sudah pasti mempunyai matlamat atau objektifnya yang tersendiri. Saya percaya dengan adanya sambutan sebegini, ia secara jelas memberi peluang

teks ucapan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks ucapan

Citation preview

Yang Berhormat . Biro Rekreasi Wanita dan Pemuda Persatuan Tionghua Kota BeludYang Berusaha Pemangku Guru Besar Puan Sally Tham,Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Para ibu bapa, Guru-guru, murid-murid yang dikasihi.Selamat malam dan salam sejahtera saya ucapkan.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur, Puan Sally Tham dan ahli jawatankuasa kerana telah menganjurkan Pesta Tanglung tahun 2014 ini dengan jayanya. Sambutan baik warga sekolah, ibu bapa dan murid-murid terhadap Pesta Tanglung ini telah membuktikan bahawa Pesta Tanglung yang berasal daripada masyarakat Cina semakin menarik minat dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Tuan-tuan dan puan-puan,Saya berasa gembira kerana aktiviti ini bukan sahaja disambut oleh murid berketurunan Cina tetapi ia turut disertai oleh murid pelbagai kaum. Keadaan ini menunjukkan kaum-kaum lain juga berminat untuk mempelajari dan mengetahui budaya Tionghua yang unik dan berpelbagaian ini. Selain itu, Pesta Tanglung ini tidak merupakan perayaan yang diraikan oleh kaum Cina sahaja tetapi ia sememangnya diraikan oleh semua kaum untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia. Pesta Tanglung atau juga dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan adalah merupakan aktiviti tahunan Persatuan TiongHua dan telah dijalankan setiap tahun. Di samping itu, perayaan Pesta Tanglung ini juga bertujuan supaya masyarakat Cina dapat berkumpul bersama dalam mengekalkan warisan budaya masyarakat Cina. Walaupun kita semua dihimpit oleh kesibukan dengan pekerjaan masing-masing, semangat dan sikap proaktif pihak sekolah yang sentiasa aktif di dalam kegiatan berpersatuan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti di peringkat sekolah sebegini harus diberi pujian. Ia secara refleksi menggambarkan sikap kita semua yang sentiasa berpegang kuat kepada adat dan budaya tinggalan nenek-moyang dan berbangga meneruskan tradisi tersebut walaupun pengaruh-pengaruh budaya luar sekarang ini sangat menghakis nilai-nilai ketimuran yang menjadi kebanggaan kita semua. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi.Penganjuran Pesata Tanglung pada hari ini sudah pasti mempunyai matlamat atau objektifnya yang tersendiri. Saya percaya dengan adanya sambutan sebegini, ia secara jelas memberi peluang kepada kaum lain untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat budaya masyarakat kaum Tionghua. Penganjuran program ini secara tidak langsung juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan dan ikatan persahabatan sesama warga sekolah dan masyarakat di luar sana. Sebelum mengakhiri ucapan, syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang telah bekerjasama dalam menganjurkan Pesta Tanglung ini yang pasti akan tercatat sebagai memori yang cukup manis dan indah buat kita semua.Akhir kata, adalah menjadi harapan saya supaya program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan pihak sekolah lebih giat lagi dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat melibatkan semua warga sekolah. Semoga Pesta Tanglung yang sedang berlangsung ini berjalan dengan lancar.Dengan kata-kata itu, saya dengan bangganya merasmikan Malam Pesta Tanglung Peringkat Sjkc Chung Hwa Kota Belud 2014. Sekian, terima kasih.