Upload
others
View
58
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TEKS UCAPAN
DATO' SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH MAMPU
PERASMIAN SEMINAR GALERI APLIKASI MUDAH ALIH KERAJAAN
(GAMMA)
TEMA “MOBILITI, GAYA HIDUP PINTAR”
ATAU “MOBILITY, SMART LIFESTYLE”
17 FEBRUARI 2016 (RABU)
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PEJABAT
LAMA), JALAN IMPACT, CYBERJAYA
1
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,
Salam “1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”,
Salam Sehati Sejiwa.
Yang Dihormati Saudara/saudari
Pengacara Majlis
Yang Berusaha
Dr. Aizi Razman bin Ismail,
Timbalan Ketua Pengarah
(Transformasi & Pemodenan
Pengurusan) MAMPU;
2
Yang Berusaha
Dr. Suhazimah binti Dzazali,
Timbalan Ketua Pengarah (Teknologi
Maklumat dan Komunikasi - ICT)
MAMPU;
Yang Berusaha
En Adrian bin Abdul Ghani,
Pengarah Kanan
Bahagian Perkhidmatan Digital Dan
Landasan Data
Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM),
3
Yang Berusaha
En Roosly bin Abu Hashim
Ketua Pegawai Eksekutif
DAPAT Vista (M) Sdn Bhd
Ketua-Ketua Pegawai Maklumat atau
Chief Information Officer (CIO) dan
Pengurus ICT dari agensi-agensi
Kerajaan
Yang diraikan barisan penerima
Anugerah penghargaan GAMMA, dan
pemenang-pemenang APPGENATION
4
YBhg. Datuk-Datuk /Dato’-Dato’/ Datin-
Datin/ YBrs. Dr./ Tuan-Tuan dan Puan-
Puan yang saya hormati sekalian
1. Alhamdulillah, syukur kita ke
hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-
Nya kita dapat bersama-sama
melaksanakan Seminar Aplikasi
Mudah Alih Kerajaan atau ringkasnya
GAMMA yang bertemakan “Mobiliti,
Gaya Hidup Pintar” atau “Mobility,
Smart Lifestyle” yang julung kalinya
diadakan pada hari ini. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Pengerusi
Suruhanjaya Komunikasi dan
5
Multimedia Malaysia (SKMM), YBhg.
Dato’ Sri Dr. Halim Shafie atas
kerjasama yang diberikan pihak SKMM
bagi menjayakan seminar ini sebagai
tanda sokongan terhadap transformasi
perkhidmatan digital kerajaan yang
dilaksanakan oleh MAMPU.
2. Saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada pegawai-pegawai MAMPU
atas inisiatif menganjurkan seminar ini.
Sesungguhnya seminar ini merupakan
satu platform yang terbaik bagi semua
rakan strategik untuk berkongsi idea
dan strategi mempergiatkan
6
pembangunan aplikasi mudah alih
kerajaan bagi meningkatkan sistem
penyampaian perkhidmatan kerajaan.
3. Sinergi daripada seminar ini
akan mencetuskan pelbagai idea dan
inisiatif baharu berimpak tinggi yang
memberi manfaat kepada seluruh
pihak dalam memantapkan sistem
penyampaian perkhidmatan di Sektor
Awam. Oleh itu, saya ingin
menzahirkan penghargaan kepada
semua pembentang dan ahli panel
yang terlibat dalam pembentangan dan
sesi perbincangan panel nanti.
7
Hadirin yang dihormati sekalian,
PENGENALAN
4. Perkhidmatan Kerajaan melalui
telefon mudah alih dengan
menggunakan gerbang perkhidmatan
Kerajaan telah diperkenalkan sejak
2008 dengan inisiatif mySMS 15888.
Seterusnya pada 2011, inisistif myGov
Mobile diperkenalkan yang
merangkumi perkhidmatan mySMS,
myMMS, myUSSD, myPay dan
myApp. Sehingga kini, sebanyak 396
Agensi telah menggunakan gerbang-
gerbang di myGov Mobile dengan
8
menyediakan lebih 4,000
perkhidmatan melalui telefon mudah
alih.
5. Statistik yang dikeluarkan oleh
SKMM melalui Buku Maklumat Statistik
Komunikasi dan Media Q2 2015
menyatakan bahawa, kadar
penembusan internet adalah 70%
daripada 30.49 juta penduduk
Malaysia. Seramai lebih 22 juta rakyat
melanggan perkhidmatan 3G, malah
kadar penembusan telefon mudah alih
mencapai 144.8%. (rakyat mempunyai
satu atau lebih telefon mudah alih).
9
6. Menurut sumber Mindshare
Research pula, peratus akses ke
internet melalui telefon pintar dan tablet
berbanding akses melalui desktop atau
komputer riba adalah 64% nisbah 36%
(64%:36%)
7. Menyedari perkembangan
teknologi dan penggunaan ‘Smart
Phone’ ini, Kerajaan sedang
menambah bilangan sistem
penyampaian perkhidmatan,
khususnya pembangunan aplikasi-
aplikasi mudah alih dan aplikasi
pembayaran melalui telefon mudah
alih. Seterusnya, Kerajaan
10
menyediakan satu Galeri Aplikasi
Mudah Alih Kerajaan Malaysia
(GAMMA) iaitu sebuah galeri berpusat
dan sahih bagi semua aplikasi mudah
alih yang dibangunkan oleh agensi
Kerajaan. Ini adalah untuk
memudahkan rakyat memuat turun
aplikasi yang diperlukan. Sekiranya
Galeri ini tidak diwujudkan, rakyat perlu
mencari aplikasi yang diperlukan dari
google playstore, iOS Store atau
windows store yang mungkin tidak
pasti kesahihannya. GAMMA telah
dilancarkan pada 8 Oktober 2015 di
Forum Dan Wadah Perkhidmatan
11
Digital Kerajaan 2015 oleh YBhg. Tan
Sri Ketua Setiausaha Negara.
8. Kerajaan turut menyediakan
Aplikasi App Generator (atau
ringkasnya App Gen) yang merupakan
tools atau alat pembangunan aplikasi
untuk memudahkan pembangunan
aplikasi mudah alih oleh agensi
kerajaan. Dengan menggunakan
AppGen, aplikasi mudah alih dapat
dibangunkan dengan mudah dan
pantas dengan tujuan supaya pihak
agensi boleh membangunkan sendiri
aplikasi-aplikasi mudah alih. Selain itu,
lebih banyak aplikasi mobil yang
12
menyokong sistem penyampaian
perkhidmatan awam dapat dibina
melalui pengaplikasian Data Terbuka
Sektor Awam secara secara co-
creation dengan komuniti umum atau
industri selain pihak sektor awam.
9. Sehingga kini, sebanyak 66
aplikasi telah berjaya didaftarkan ke
portal GAMMA. Daripada jumlah ini
sebanyak 32 aplikasi mudah alih
dibangunkan dengan kerjasama
MAMPU manakala 34 aplikasi lagi
dibangunkan oleh agensi. Tahniah
diucapkan kepada agensi yang terlibat.
Masih ada lagi aplikasi yang
13
dibangunkan oleh agensi yang belum
dimuat naik ke GAMMA. Mana-mana
agensi yang telah membangunkan
aplikasi mudah alih dan belum dimuat
naik ke GAMMA boleh berbuat
demikian dengan menghubungi pihak
MAMPU.
PERTANDINGAN 24 JAM
MEMBANGUNKAN APLIKASI
MUDAH ALIH KERAJAAN
10. Sebagai usaha untuk
menggalakkan penggunaan App Gen
di kalangan agensi Kerajaan, MAMPU
telah menganjurkan pertandingan 24
14
jam membangunkan aplikasi mudah
alih menggunakan App Gen atau
ringkasnya APPGENATION. Sambutan
yang diterima amatlah menggalakan.
Seramai 40 kumpulan telah berjaya
menyertai pertandingan ini. Tahniah
diucapkan kepada pemenang–
pemenang yang berjaya
membangunkan aplikasi dalam tempoh
yang diberikan. Adalah menjadi hasrat
MAMPU untuk mengadakan
pertandingan ini sebagai acara
tahunan sekiranya bersesuaian.
Hadirin yang dihormati sekalian,
15
AMANAT GCIO – FOKUS 2016 DAN
HALATUJU RMKE-11
11. Kerajaan telah melaksanakan
pelbagai usaha bagi
mengarusperdanakan transformasi
digital Sektor Awam ke arah
pemerkasaan sistem penyampaian
perkhidmatan yang efsien, inovatif dan
berkualiti. Dalam senario global,
kebanyakan negara maju telah
mengambil langkah untuk memperbaiki
inisiatif-inisiatif Sektor Awam ke arah
E-Government dengan memberi
penekanan kepada infrastruktur ICT
dan Kerajaan 3.0 berteraskan cloud
16
computing dan Green ICT.
12. RMKe-11 akan memberi tumpuan
dalam ICT untuk mentrasformasi
perkhidmatan awam bagi
meningkatkan produktiviti. Lima (5)
bidang fokus yang akan diberi tumpuan
adalah mempertingkatkan
penyampaian perkhidmatan dengan
mengutamakan rakyat,
merasionalisasikan institusi sektor
awam untuk meningkatkan produktiviti
dan prestasi, memperkukuh
pengurusan bakat untuk perkhidmatan
awam masa hadapan,
mempertingkatkan pengurusan projek
17
untuk menghasilkan outcome yang
bersifat value added serta
memanfaatkan pihak berkuasa
tempatan bagi menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti.
Hadirin yang dihormati sekalian,
PENUTUP
13. Adala diharapkan seminar ini
dapat mencapai matlamat untuk
perkongsian maklumat
memperbanyakkan pembangunan
aplikasi mudah alih kerajaan dan
seterusnya meningkatkan sistem
18
penyampaian perkhidmatan awam.
14. Maka, dengan lafaz
Bismillahirahmanirahim saya dengan
rasa sukacita merasmikan Seminar
Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan
(GAMMA).
Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah wasalam
mualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Terima kasih.