3
Yang dihormati, Tn Hj Mohd Ali Hanapiah Bin Ali Murtada, YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru, SK Kg. Rinching Penyumbang-penyumbang/Tetamu Jemputan/ Ibu Bapa yang dihormati sekalian Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Yang Berusaha Encik Razak Bin Said, Guru Besar SK Kg. Rinching Barisan guru-guru penolong kanan Puan Latifah Binti Said, Guru Penolong Kanan pentadbiran Encik Joseph Lincoln A/L J. Samuel, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Puan Jamaliah Binti Abd Hamid, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Rakan-rakan guru, Serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...... Selamat datang kami ucapkan, Ucapan bismillah pembuka acara Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan Ummul Kitab- Al- Fatihah

Teks Ucapan Iftar 2016

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Majlis Berbuka Puasa 2016

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Iftar 2016

Yang dihormati,

Tn Hj Mohd Ali Hanapiah Bin Ali Murtada,

YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru,

SK Kg. Rinching

Penyumbang-penyumbang/Tetamu Jemputan/ Ibu Bapa yang dihormati sekalian

Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa

Yang Berusaha

Encik Razak Bin Said,

Guru Besar SK Kg. Rinching

Barisan guru-guru penolong kanan

Puan Latifah Binti Said,

Guru Penolong Kanan pentadbiran

Encik Joseph Lincoln A/L J. Samuel,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Jamaliah Binti Abd Hamid,

Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Rakan-rakan guru,

Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh......

Selamat datang kami ucapkan,

Ucapan bismillah pembuka acara

Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan Ummul Kitab- Al-Fatihah

Page 2: Teks Ucapan Iftar 2016

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat ilahi, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam Program Perdana Berbuka Puasa, SK Kg. Rinching bagi tahun 2016 Masihi bersamaan 1437 Hijrah.

Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.

Allah telah berfirman.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

(surah al-baqarah ayat 183)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput

Al Fadhil Ustaz Rusli Bin Yusuf

untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan ini mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz

atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:”Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.

Hadis Riwayat at-tirmidzi

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Majlis seterusnya menjemput , Tn Hj. Mohd Ali Hanapiah bin Ali Murtada YDP PIBG ke hadapan dengan diiringi Encik Razak Bin Said, Guru Besar SK Kg. Rinching untuk menyampaikan Agihan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim dan Miskin SK Kg. Rinching.

Terima kasih kepada Tn Hj. Mohd Ali Hanapiah Bin Ali Murtada dan Encik Razak Bin Said atas penyampaian sumbangan anak-anak yatim dan miskin sebentar tadi.

Page 3: Teks Ucapan Iftar 2016

Di sini, saya mahu mengambil kesempatan mewakili pihak sekolah, berbesar hati merakamkan kesyukuran dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang telah banyak menabur bakti dan jasa untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin serta penganjuran majlis berbuka puasa bersama-sama pada hari ini. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Terima kasih sekali lagi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Untuk makluman

Kita akan berbuka puasa dengan kurma dan air mineral terlebih dahulu. Seterusnya kita akan solat maghrib berjemaah, makan malam pada jam 8, solat isyak berjemaah, solat hajat berjemaah, solat terawih, tazkirah dan akhir sekali moreh. Para hadirin dijemput bersama-sama mendirikan solat berjemaah yang akan di adakan di dewan sebentar lagi.

Majlis berehat seketika bagi persediaan untuk berbuka puasa.

Bagi membacakan doa berbuka puasa majlis menjemput Saudara ______________

Dipersilakan.

Azan Maghrib bakal berkumandang sebentar lagi, dijemput saudara_____________

mengazankan azan maghrib dan menandakan telah masuk waktu berbuka.

Dipersilakan.