Teks Ucapan Jasamu Dikenang

Embed Size (px)

Citation preview

Bismillahir Rahmanir Rahim, Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengacara Majlis, Yang Amat Berbahagia .

Tetamu-Tetamu Khas Yang Diraikan, Yang Dihormati Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri Puan Sri, Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan, dan Para Hadirin dan Hadirat Yang Dirahmati Allah Sekalian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama lagi pada hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan majlis perpisahan Jasamu Dikenang yang penuh bermakna dan penuh erti pada malam ini. 2. Saya bagi pihak Kementerian juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kesemua tetamu-tetamu kehormat, terutama sekali kepada .. kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk menghadirkan diri ke majlis perpisahan ini.

Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian, 3. Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell 4. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana perpisahan kedua-dua pemimpin yang kita amat sayangi dan cintai. Pada saya, kedua-dua pemimpin ini bukan sahaja pemimpin, tetapi saudara kita dalam keluarga besar Kementerian Pertahanan ini.

5. Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan . di Kementerian. Sesungguhnya, pemergian kedua-dua mereka ini memberi kesan kepada kita malah menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi kedua-dua pemimpin ini. 6. Lembut, tenang dan berjiwa rakyat. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama tahun iaitu mulai tahun hingga serta memegang jawatan sebagai . pada ... 7. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan, perkembangan dan pembangunan Malaysia . .. bukan sahaja seorang yang berjiwa rakyat, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan rakyat dan negara melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni, malah pengorbanan beliau tiada tolok bandingnya. Hadirin dan Hadirat sekalian, 8. Kepimpinan selama memimpin organisasi telah pun membuktikan bahawa beliau adalah tokoh yang berwibawa dan kepimpinan beliau tiada tandingannya. Kami, sebagai warga Kementerian amat berbangga sekali kerana sempat menerima pimpinan beliau. Walaupun perkhidmatan beliau tidak lama di Kementerian namun dengan ketokohan, kecermerlangan dan sikap dedikasi beliau telah memberikan satu suntikan semangat dan azam yang berkobar-kobar kepada seluruh warga Kementerian dalam meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Hadirin dan Hadirat sekalian,

9. Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose. Itulah .. yang merupakan Mantan ... Beliau telah memulakan karier sebagai pada 1995 dan memegang jawatan ..mulai Mac 2008 sehingga April 2009. Beliau yang juga sinonim dengan panggilan ayahanda amat popular di kalangan warga Kementerian. Sikap beliau yang berdedikasi, passionate terhadap tugas dan tanggungjawab, berpegang teguh pada prinsip dan pada masa yang sama memiliki homurous sense. Malah juga dikenang sebagai .. yang begitu down to earth dan memahami. 10. Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going, dan sentiasa berusaha mempermudah urusan serta tidak menyusahkan orang yang menghadapi masalah dan kesusahan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya oleh warga Kementah. Hadirin dan Hadirat sekalian, 11. Kini, Kementerian akan kehilangan orang pemimpin yang berwibawa, berjasa, dan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma. Kehilangan mereka amat dirasai oleh semua terutama warga Kementah. Bak kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. 12. Pastinya kita semua akan merindui gelak tawa ... Dengan hati yang berat, perpisahan dengan . kami relakan jua dan InsyaAllah, persahabatan kita tidak akan terhenti di sini dan akan terus berpanjangan. Memories last forever, never do they die. Friends stay together, never say goodbye 13. Pada kesempatan ini, saya bagi pihak warga Kementerian merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada . di atas sumbangan dan komitmen mereka sepanjang tempoh perkhidmatan di Kementerian. Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada . dan keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara

14. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya menghadiahkan pantun khusus untuk ..: Tuai Padi Antara Masak Esok Jangan Layu-layuan Intai Kami Antara Nampak Esok Jangan Rindu-Rinduan Kalau ada pauh didaik Bawa sebiji ke tanah seberang Kalau ada budi yang baik Sampai mati dikenang orang. 15. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada YABhg. Tun dan YB Datuk Wira. Sekian, Terima Kasih.Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.