Upload
truongdat
View
265
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BIL. 5/2014
_______________________________________
22 MEI 2014 (KHAMIS)
IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
1
Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara
Majlis,
Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
2
MUKADIMAH
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia
Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Mei 2014
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada
warga kerja Bahagian Khidmat Pengurusan
(BKP), penganjur perhimpunan bulanan bulan
Mei 2014 kerana telah berusaha gigih dalam
memastikan perhimpunan kali ini berjalan
dengan jayanya.
3
3. Pada kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu
kepada warga kerja wanita Jabatan Kimia
Malaysia yang telah menyambutnya pada 11
Mei 2014 (Ahad) yang lalu. Telah diketahui dan
diiktiraf umum bahawa pengorbanan ibu –ibu
amatlah besar dan tiada dapat digambarkan
dengan kata-kata. Perasaan luhur dan cinta
kasih sayang daripada seorang ibu kepada
anaknya amatlah hebat impaknya dan hanya
dapat dirasai dengan perasaan. Untuk
membalas jasa seorang ibu tidak mungkin
dapat dilunaskan dengan segunung emas,
selautan intan ataupun seangkasa wang
ringgit. Setiap insan yang bergelar ibu tidak
4
pernah mengharapkan apa-apa pembalasan
daripada anak-anaknya yang telah dikandung
dan dilahirkan mahupun anak-anak angkat
yang telah dibesarkannya dengan penuh kasih
sayang yang sejati. Bukan mudah bagi
seorang wanita untuk memikul tanggungjawab
sebagai ibu apatah lagi sekiranya bekerja.
Oleh itu setiap orang anak mestilah
menghargai, menyayangi dan mengucapkan
terima kasih kepada ibunya.
Hadirin sekalian,
SAMBUTAN HARI PEKERJA PENJAWAT
AWAM 2014
4. Saya juga ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut
5
Pekerja Penjawat Awam kepada warga kerja
Jabatan Kimia Malaysia samada yang berada
di IbuPejabat mahupun Makmal Cawangan.
Seperti yang kita sedia maklum, bulan Mei
merupakan bulan penghargaan kepada
pekerja dan tarikh 01 Mei setiap tahun telah
dipilih sebagai Hari Pekerja dan ia diisytiharkan
sebagai cuti umum untuk memberi peluang
kepada warga pekerja berehat. Ini kerana hari
tersebut merupakan hari istimewa yang
disambut oleh lebih 80 buah negara di seluruh
dunia bagi mengiktiraf sumbangan pekerja
terhadap kemajuan negara.
6
5. Sambutan ini telah disambut pada 01 Mei
yang lalu di Dewan Wawasan ,Jitra, Kedah
bertemakan “Penjawat Awam: Tiang Seri
Negara”. Memetik ucapan Perdana Menteri
kita, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji
Abdul Razak pada majlis sambutan Hari
Pekerja Penjawat Awam pada 01 Mei yang
lalu, sebagai tiang seri negara, penjawat awam
mesti dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan
kebolehan tertentu yang bertunjangkan kepada
lima (5) prinsip/kriteria tiang seri negara iaitu
berilmu, kebolepercayaan, budaya amalan
kerja terbaik, semangat patriotik dan budaya
keberhasilan yang berteraskan ‘outcome
based’ .
7
6. Jika kelima-lima kriteria tiang seri
tersebut diamalkan, maka tidak timbullah isu-
isu seperti ketirisan perolehan kerajaan,
rasuah dan salahguna kuasa. Penjawat awam
juga boleh menjadi benteng hadapan dalam
menangkis dan memperbetulkan tohmahan-
tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah
pihak yang cuba untuk memburuk-burukkan
kerajaan. Dalam usaha memajukan negara ,
kita perlu peka mengenai cabaran-cabaran
yang harus ditempuhi supaya sentiasa berada
dalam keadaan kompetitif. Justeru itu, generasi
muda dan pelapis ini mempunyai peranan
yang besar dalam menentukan bagaimana
negara ini ditadbir dan diurus pada masa
8
hadapan.
Hadirin sekalian,
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG
7. Jabatan telah menganjurkan majlis
anugerah perkhidmatan cemerlang pada 08
Mei 2014 (Khamis) yang lalu. Seramai 99
warga kerja Jabatan Kimia Malaysia yang
menerima anugerah ini. Ini merupakan
pengiktirafan atas daya usaha, dedikasi dan
komitmen warga KIMIA dalam melaksanakan
tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.
Saya berharap warga KIMIA sekalian akan
terus berusaha untuk menerapkan budaya
berprestasi tinggi atau ‘high performance
9
culture’ dalam organisasi. Sekiranya kita tidak
menitikberatkan budaya berprestasi tinggi,
organisasi kita tidak akan dapat memacu ke
hadapan dalam memenuhi aspirasi untuk
menjadi organisasi bertaraf ‘world-class’.
8. Tahniah dan syabas saya ucapkan sekali
lagi kepada penerima-penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini.
Semoga anugerah ini akan menjadikan tuan-
tuan dan puan-puan lebih bersemangat dalam
mencurahkan khidmat bakti kepada negara
Malaysia yang tercinta ini.
10
Hadirin sekalian
PROJEK CSR JABATAN KIMIA MALAYSIA
2014: CINTAI DAN HARGAI HUTAN BAKAU
9. Pada 17 Mei yang lalu, Jabatan Kimia
Malaysia telah menganjurkan projek CSR yang
bertemakan “Cintai dan Hargai Hutan Bakau”.
Matlamat utama yang ingin dicapai dengan
pelaksanaan program ini ialah untuk memupuk
kesedaran dan rasa cintakan alam semula jadi;
membantu negara kita dalam membuat
persediaan untuk bencana alam; mengakui
dan memahami bahawa menjaga alam sekitar
adalah tanggungjawab semua orang. Di
samping itu, dalam proses pelaksanaan projek
11
ini, sudah tentu memberi peluang kepada
pelbagai pihak untuk berinteraksi, berkenalan
dan mengeratkan lagi hubungan.
10. Di kesempatan ini saya ingin
mengucapkan tahniah kepada pihak
jawatankuasa pelaksana projek yang
bertungkus lumus memastikan projek berjalan
dengan lancar dan saya juga ingin
merakamkan setinggi penghargaan kepada
rakan-rakan strategik kita iaitu Jabatan
Perhutanan Daerah Pantai Klang yang
menyediakan tapak penanaman bakau,
membekalkan anak benih serta memberi
taklimat tunjuk ajar dan memantau aktiviti
12
penanaman pokok bakau, Jabatan Kerja Raya
Daerah Sabak Bernam yang menyediakan tiga
(3) buah khemah untuk kita berteduh, SYABAS
Wilayah Sabak Bernam yang menyediakan
satu tangki air bersih dan Kementerian Sains
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membekalkan
sebuah bas beserta pemandu.
11. Tidak lupa juga ribuan terima kasih
kepada pegawai kanan Jabatan Kimia
Malaysia (C48-JUSA B) yang menyumbangkan
wang ringgit untuk memastikan projek ini
berjalan lancar. Terima kasih dan tahniah
kepada semua warga KIMIA yang terlibat
13
secara langsung mahupun tidak langsung
dalam projek ini.
Hadirin Sekalian
PROGRAM KIMIA KE DESA ANJURAN JKM
CAWANGAN PULAU PINANG
12. Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan
Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian
Inovasi dan Pengkomersilan Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah
mengadakan Program Outreach STI-
Science4U: Kimia Ke Desa Zon Utara pada 10
Mei 2014 (Sabtu) , bertempat di Kg. Sg.
Chenaam, Nibong Tebal. Program ini
dirasmikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli Mohamed
14
Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI).
13. Program ini bertujuan untuk memupuk
minat golongan belia dan pelajar dalam bidang
sains terutamanya sains kimia di samping
memberi kesedaran kepada penduduk
terhadap kepentingan kimia dalam kehidupan
seharian. Antara aktiviti yang diadakan
termasuklah pameran oleh agensi kerajaan,
swasta dan NGO, aktiviti sukan rakyat dan
aktiviti sains inspirasiku serta aktiviti jualan
produk-produk IKS penduduk tempatan.
15
14. Di kesempatan ini, saya ingin
merakamkan setinggi tahniah kepada Jabatan
Kimia Malaysia Cawangan Pulau Pinang
kerana menganjurkan program ini dengan
jayanya. Saya juga mengharapkan IbuPejabat
dan Cawangan-cawangan lain akan
mengadakan program sedemikian untuk
mendedahkan KIMIA Malaysia khususnya
kepada awam untuk memupuk minat dalam
sains dan teknologi.
Hadirin Sekalian
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU IRAMA
MALAYSIA
16
15. Kelab Sukan dan Kebajikan Kimia
Malaysia telah menganjurkan pertandingan
nyanyian lagu Irama Malaysia pada 10 Mei
2014 (Sabtu) yang lalu. Pertandingan ini
mendapat sambutan yang hangat. Seramai 16
orang peserta yang telah mengambil bahagian.
Saya ingin merakamkan setinggi tahniah
kepada biro kebudayaan yang diketuai oleh
Pn. Aniza binti Abdul Ghani kerana berusaha
gigih demi menjayakan program ini. Tahniah di
ucapkan kepada yang berjaya di dalam
pertandingan ini.
Hadirin Sekalian
THE BIG LOOSER
17
16. Kelab Sukan dan Kebajikan di bawah
Jawatankuasa Kebajikan dengan kerjasama
PEMURNI telah mengambil inisiatif untuk
menjayakan program penurunan dan
pengawalan berat badan di peringkat Jabatan
Kimia Petaling Jaya. Program ini akan
berlangsung mulai dari Mei sehingga
November 2014.
17. Objektif program ini diadakan adalah
untuk memberikan maklumat yang tepat dan
kaedah yang betul kepada kakitangan
berkaitan dengan penurunan dan pengawalan
berat badan. Kesedaran tentang perlunya
menjaga tahap kegemukan rata-ratanya
18
difahami dengan baik oleh semua. Malangnya,
kesempatan ini telah digunakan oleh
sesetengah pihak untuk menjual berbagai
produk makanan kesihatan yang menjanjikan
berbagai keajaiban dalam tempoh yang
singkat. Sesetengah dakwaan ini adalah tidak
berasas dan apa yang lebih membimbangkan
ialah penggunaan bahan bahan terlarang
yang dapat memberikan kesan yang segera
tetapi mendatangkan kesan yang buruk
terhadap kesihatan pengguna.
18. Penurunan dan pengawalan berat badan
yang seimbang sememangnya boleh dicapai
jika seseorang itu mengamalkan gaya hidup
19
yang sihat. Asas yang paling penting ialah
pengetahuan yang betul, kaedah yang
bersesuaian, dan semangat yang tinggi pada
nafas yang panjang untuk merealisasikannya,
lebih-lebih lagi jika dijalankan secara
berkumpulan. Oleh yang demikian, diharapkan
semua warga kerja Kimia Malaysia menyertai
program ini tanpa perlu berasa malu dan
bimbang tentang pencapaian di hujung
program nanti. Apa yang kita harapkan adalah
mencapai tahap kesihatan yang optimum.
PENUTUP – ULANGTAHUN KELAHIRAN
DAN CAHAYAMATA BARU
20
19. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya
ingin mengucapkan selamat panjang umur dan
murah rezeki kepada warga KIMIA yang
menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan
Mei ini dan tahniah kepada warga KIMIA yang
menyambut kelahiran cahayamata baru.
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.