Upload
jpenmalaysia
View
802
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH JABATAN PENERANGAN MALAYSIA Tuan Haji Ibrahim Bin Abdul Rahman
MAJLIS PELANCARAN
BUKU CORETAN KENANGAN
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ Dan
PENCAPAIAN 10 JUTA HIT PORTAL 1KLIK
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Tarikh : 04.10. 2011 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Kraftangan, Kuala Lumpur
2
Terima kasih, saudara Pengacara Majlis. Bismilah-ir Rahman-ir Rahim
YB. Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia
YBhg Tan Sri Zainuddin Maidin Mantan Menteri Penerangan Malaysia YB. Dato’ Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia YB. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf Ketua Setiausaha Kementeri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia
Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Dan Agensi dibawah KPKK, Pengarah Bahagian/ Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan warga Jabatan Penerangan Malaysia. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia. Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
1. Pertamanya marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnianya kita dapat bersama hadir ke Majlis Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku
Abdul Rahman dan Majlis Pencapaian 10 juta Hit Portal 1Klik pada pagi ini.
3
2. Bagi pihak jabatan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri
kerana sudi melapangkan masa menyempurnakan majlis yang amat bermakna pada pagi
ini walaupun kita sedia maklum Datuk Seri sibuk dengan pelbagai tugas harian yang
mencabar.
3. Syukur alhamdulillah, negara kita baru sahaja menyambut ulang tahun Kemerdekaan
ke-54 bertemakan ”1Malaysia Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera”.
Sesungguhnya, kejayaan kita meraikan hari ini adalah berkat pahit maung perjuangan dan
pengorbanan para pemimpin dan pejuang terdahulu, khususnya Yang Teramat Mulia,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri kita yang pertama.
4. Namun, sebagai anak merdeka, kita tentunya berasa dukacita apabila hari ini masyarakat
cuba dikelirukan dengan fakta sejarah yang diputar belit oleh segelintir pihak tidak
bertanggungjawab semata-mata mahu meraih populariti murahan. Hakikatnya sejarah
telah membuktikan bahawa komunis adalah golongan pengganas yang telah menimbulkan
keadaan huru-hara sehingga mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda
orang awam. Bagi golongan tertentu ini, anggota polis yang berjuang melindungi
ketenteraman menentang komunis pula dianggap sebagai golongan anti kemerdekaan.
Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
5. Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang akan
disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Utama Menteri sebentar nanti memang tepat pada
masanya. Melalui buku ini, masyarakat akan dapat menghayati cerita sebenar kerana ia
ditulis sendiri oleh Tunku. Umpama kata penghantar yang disebut sendiri oleh Tunku
dalam ungkapan pepatah inggeris, ” from the horse’s mouth”, memandangkan Tunku
sendiri merupakan seorang yang meminati sukan lumba kuda.
4
6. Buku Coretan Kenangan ini merupakan terjemahan daripada buku berbahasa Inggeris
”LOOKING BACK” terbitan PUSTAKA ANTARA, KUALA LUMPUR 1977. Ia memuatkan kompilasi 53 artikel berbentuk autobiografi dan biografi. Buku ini menceritakan
pengalaman Tunku sendiri menentang komunis dan membebaskan tanah air daripada
dijajah oleh Inggeris menerusi saluran demokrasi tanpa melibatkan pertumpahan darah.
Harus kita akui inilah suatu keistimewaan yang dikurniakan kepada Tunku sebagai
seorang pemimpin yang berjiwa besar.
7. Melalui buku hasil karya ”Bapa Kemerdekaan” ini, pembaca khususnya generasi muda
akan dapat memahami rentetan sejarah kemerdekaan negara. Ianya digarap dengan
olahan bahasa yang mudah bagi memperbetulkan salah tanggapan sesetengah pihak
tentang perkara atau peristiwa tertentu berkaitan sejarah negara kita. Saya cukup optimis
menerusi penghasilan buku ini, jika dihayati semangat yang ingin ditonjolkan Tunku, ia
mampu memupuk semangat patriotik dan meningkatkan keazaman rakyat untuk terus
mempertahankan kedaulatan negara daripada pelbagai bentuk ancaman musuh. Mutakhir
ini, kita dapat lihat sudah ada dikalangan pihak- pihak tertentu cuba mengganggu gugat
keharmonian negara. Kita cukup khuatir jika isu ini tidak ditangani dengan cermat, akan
menimbulkan ketegangan dikalangan rakyat. Justeru, pada hemat saya amat tepat pada
masanya, buku Coretan Kenangan karya Tunku ini dilancarkan untuk tatapan semua.
Melalui pembacaan buku ini, masyarakat dapat menilai sendiri dan membuat
pertimbangan sewajarnya dengan membezakan siapa sebenarnya pejuang dan
pengkhianat bangsa. Sesungguhnya sejarah tidak pernah membohongi fakta. Semoga
buku ini dijadikan panduan dan dimanfaatkan semua lapisan masyarakat khususnya
generasi muda majmuk negara hari ini.
Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
8. Menyentuh tentang pelancaran Portal 1KLIK, umum mengetahui kemajuan teknologi hari
ini memberi impak kepada pembangunan pesat bidang komunikasi. Dengan hanya satu
jari, manusia dapat memperolehi pelbagai maklumat dalam sekelip mata. Mereka kini
5
lebih mudah melayari alam siber menerusi kemudahan internet dan mengetahui
perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara. Di zaman serba maju ini, internet
tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Di negara-negara maju, kepesatan
pembangunan ICT bukan suatu perkara baru. Contohnya seperti di Jepun, Korea dan
Amerika, hampir setiap rumah mempunyai kemudahan komputer. Manakala di sesetengah
tempat, setiap pelajar menggunakan komputer riba bagi menggantikan kemudahan buku
teks yang semakin kurang digunakan sebagai medium pembelajaran di sekolah. Jelas
sekali, penggunaan internet hari ini telah membentuk sikap, pandangan malahan budaya
di kalangan masyarakat seantero dunia.
9. Di Malaysia, pembangunan ICT turut sejajar berkembang dengan kemajuan yang dikecapi
oleh negara maju. Kini setiap kementerian, jabatan dan agensi turut tidak ketinggalan
membangunkan Laman Web sebagai hub maklumat terkini. Penyediaan Laman Web ini
memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengetahui fungsi, peranan dan apa juga
maklumat semasa mengenai kementerian, jabatan mahupun agensi yang berkenaan untuk
makluman pengguna.
10. Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan
Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia juga tidak ketinggalan membangunkan Laman
Web dengan mewujudkan Portal 1KLIK Jabatan Penerangan Malaysia dengan slogan
’TEPAT DAN BERMAKLUMAT’. Portal ini dahulu dikenali dengan singkatan nama Portal
Pusat Maklumat Rakyat atau PMR merupakan hab maklumat yang beroperasi di Pejabat
Penerangan Daerah seluruh negara. Berperanan sebagai ’Focal Point’ maklumat kepada
masyarakat, ia berfungsi sebagai bank data maklumat dan pusat rujukan oleh orang
awam.
11. Seiring dengan tuntutan transformasi budaya kerja yang disarankan Perdana Menteri,
Portal 1Klik turut dipertingkatkan kandungan paparannya agar seiring dengan
perkembangan semasa. Selaras dengan peranan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai
penyebar maklumat, penambahbaikan ke atas portal ini telah dibuat melalui beberapa fasa
pada tahun 2008 dan juga Mac 2010. Antara penambah baikan tersebut ialah
mewujudkan segmen Kolumnis, Geng 1Klik dan Blog Rakan 1Klik. Perubahan ini menjadi
6
teras kepada peningkatan jumlah pelayar laman maya sehingga mampu mencecah 10.5
juta pengunjung, dengan menjadikan golongan muda sebagai kelompok sasaran utama.
12. Kalau dahulu untuk mendapat sesuatu maklumat mengenai dasar semasa kerajaan, orang
ramai perlu berkunjung ke jabatan yang berkenaan. Namun, menerusi kemajuan teknologi
proses penyampaian maklumat kini menjadi lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa
rakyat. Transformasi budaya kerja ini sekali gus memastikan mesej penting kepada rakyat
dapat disalurkan dengan lebih meluas dan berkesan. Harus diakui, ini adalah sebahagian
daripada hasil usaha keras beberapa agensi dibawah kementerian yang bertungkus lumus
menawarkan kemudahan jalur lebar secara lebih meluas di seluruh negara. Tahniah
Datuk Seri dan seluruh anggota kementerian !
Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
13. Sebelum saya mengakhiri ucapan, terima kasih juga saya panjangkan kepada pihak yang
terlibat secara langsung atau pun tidak secara langsung menjayakan majlis ini.
Penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Dato’ Seri Utama Menteri di atas
kesudian menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Coretan Kenangan Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, dan Majlis Pencapaian 10 juta Hit Portal 1Klik, sekian.......
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.