25
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS AMANAT KPPA SEMPENA PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN 10 NOVEMBER 2014, 11.00 PAGI DEWAN MEZZANINE, JPA

teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

  • Upload
    vohanh

  • View
    259

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS AMANAT KPPA

SEMPENA PEMANGKUAN PEGAWAI

PERKHIDMATAN GUNASAMA

PERSEKUTUAN

10 NOVEMBER 2014, 11.00 PAGI

DEWAN MEZZANINE, JPA

Page 2: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”.

Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Sharifah

Zarah Syed Ahmad

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal

Rahim Seman

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi)

Page 3: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

3

YBhg. Dato' Wan Ahmad Dahlan Bin Hj.

Ab. Aziz

Pengarah Bahagian Khidmat

Pengurusan

YBrs. Puan Noridah binti Abdul Rahim

Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian

Perkhidmatan

Serta tuan-tuan dan puan-puan yang

saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia dan

inayah-Nya jua kita dapat bersama-

Page 4: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

4

sama hadir dalam satu majlis yang

amat bermakna pada hari ini.

2. Sepertimana yang dimaklumkan

kepada saya, majlis pemangkuan pada

kali ini melibatkan 149 orang pegawai

yang terdiri daripada Empat Skim

Perkhidmatan Gunasama

Persekutuan, iaitu

i. Pegawai Tadbir dan Diplomatik:

39 pegawai;

ii. Pegawai Teknologi Maklumat:

101 pegawai;

iii. Pegawai Latihan Vokasional: 4

pegawai; dan

Page 5: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

5

iv. Pegawai Psikologi: 5 pegawai.

3. Di sini bolehlah diakui bahawa

tuan-tuan dan puan-puan telahpun

berkhidmat untuk satu tempoh yang

dikatakan lama dalam perkhidmatan

awam. Justeru, saya percaya melalui

pengalaman, kemahiran dan

pengetahuan yang dipelajari

sepanjang berkhidmat dalam tempoh

tersebut, tuan-tuan dan puan-puan

akan mampu untuk memberikan

sumbangan yang lebih lagi ke arah

meningkatkan mutu penyampaian

perkhidmatan awam.

Page 6: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

6

4. Saya percaya hari ini merupakan

satu hari yang amat bermakna dalam

kerjaya tuan-tuan dan puan-puan

sekalian. Anda semua telah berjaya ke

tahap yang lebih tinggi dalam

perkhidmatan masing-masing. Namun

perlu diingat bahawa kita tidak harus

leka dan alpa akan pengertian

sebenar di sebalik tanggungjawab

baru yang bakal digalas, dan cabaran-

cabaran masa hadapan yang akan

menguji keupayaan fizikal, mental dan

peribadi kita.

Page 7: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

7

PENINGKATAN KEDUDUKAN

MALAYSIA: MANIFESTASI SOKONGAN

PENJAWAT AWAM

5. Pada tahun ini, kita telah

menyaksikan peningkatan terhadap

kedudukan Malaysia dari segi daya

saing dunia, di mana negara kita

berada dalam kelompok 20 buah

negara paling berdaya saing daripada

114 buah negara. Di samping itu,

laporan World Competitiveness

Yearbook yang diterbitkan oleh

Institute for Management

Development pula telah meletakkan

Malaysia di kedudukan ke-12 daripada

Page 8: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

8

60 buah negara yang tersenarai pada

tahun 2014.

6. Terbaharu, Laporan Ease of Doing

Business yang dikeluarkan pada

minggu lepas telah menunjukkan

peningkatan kedudukan Malaysia dari

kedudukan ke-20 telah naik ke

kedudukan ke-18. Dalam kajian

terhadap 189 ekonomi dunia ini juga,

Malaysia telah berjaya mengatasi

Taiwan, Switzerland, Thailand,

Belanda dan Jepun.

7. Saya percaya peningkatan dan

penambahbaikan ranking negara yang

Page 9: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

9

berlaku saban tahun ini merupakan

hasil sumbangan secara kolektif

antara Sektor Awam dan Sektor

Swasta. Ini merupakan satu

kebanggaan kepada Malaysia dan

kejayaan yang diperoleh membuktikan

bahawa Perkhidmatan Awam berjaya

menyokong Kerajaan ke arah

mentransformasikan penyampaian

perkhidmatan untuk rakyat.

KEPIMPINAN BERINTEGRITI DALAM

MENTRANSFORMASI PERKHIDMATAN

AWAM

Page 10: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

10

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

8. Kepimpinan berkesan sering

dikaitkan dengan sifat, nilai dan

tingkah laku yang beretika.

Kepimpinan beretika adalah penting

kerana pemimpin sektor awam adalah

agen perubahan dan arkitek bagi

elemen-elemen penting budaya kerja

perkhidmatan awam. Kepimpinan

tanpa nilai pula boleh mengakibatkan

kehancuran dan kemusnahan seperti

yang berlaku kepada empayar besar

Kerajaan Turki Uthmaniah yang jatuh

Page 11: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

11

disebabkan perebutan kuasa dan

rasuah.

9. Malahan kebelakangan ini, cerita-

cerita yang kurang enak sering

didengari yang berkaitan salah laku

dan perbuatan tidak berintegriti

penjawat awam menjadi tajuk utama

di dada-dada akhbar. Saya percaya

seluruh penjawat awam amat berduka

cita dengan berita 30 pegawai kanan

dan anggota kastam yang ditahan

sejak 2 September lalu dalam operasi

khas SPRM berhubung aktiviti rasuah

yang membabitkan penyeludupan

minuman keras tanpa duti dan cukai

Page 12: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

12

kastam yang membabitkan kerugian

RM4 bilion kepada negara.

10. Isu berkaitan integriti ini,

merupakan satu isu kritikal yang amat

penting terhadap penjawat awam.

Disebabkan itulah, sewaktu saya

memperkenalkan Kerangka

Transformasi Perkhidmatan awam,

salah satu Teras Strategiknya ialah

Membudaya Nilai. Nilai dan Etos yang

ditonjolkan oleh penjawat menjadi

cerminan kepada pengukuran prestasi

Perkhidmatan Awam di mata rakyat.

Page 13: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

13

11. Di sinilah juga merupakan

cabaran kepada pegawai muda sektor

awam sebagai individu yang perlu

dicontohi oleh pegawai bawahan

untuk memupuk sifat integriti dan

membudayakan perkhidmatan awam

yang beretika. Memandangkan pihak

kerajaan telah menyediakan platform

yang terbaik mengenai hal ini,

penjawat awam perlu bersama-sama

berusaha membasmi rasuah serta

membantu menganjurkan sistem nilai

positif di kalangan pegawai dan

kakitangannya.

Page 14: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

14

CABARAN MASA KINI: KEBANGKITAN

GENERASI BAHARU AKAN DATANG

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

12. Umum mengetahui bahawa

Perkhidmatan Awam kini dipelopori

oleh generasi muda iaitu generasi X

dan Y yang membentuk kira-kira 1.02

juta orang atau 72.7% daripada

keseluruhan 1.4 juta kakitangan

dalam perkhidmatan awam ini dan

hanya 27.3% sahaja terdiri daripada

generasi Baby Boomers. Generasi

muda inilah yang akan mengisi

Page 15: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

15

jawatan yang dikosongkan oleh

20,000 penjawat awam yang akan

bersara mulai penghujung tahun ini.

13. Kita biasa dengar akan generasi

X dan Y sebelum ini. Kini muncul

generasi Alpha atau dipanggil Gen-A

yang merupakan gelaran yang

diberikan kepada generasi baru yang

lahir selepas tahun 2010. Menurut

kajian pakar sosiologi, Gen-A ini akan

menjadi generasi yang paling

terpelajar di dalam sejarah generasi

manusia. Malah mereka dikatakan

akan menjadi generasi yang paling

berpelajaran tinggi. Ini adalah kerana

Page 16: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

16

mereka telah mula dihantar

bersekolah seawal usia 3 ke 4 tahun

dan dijangka akan menamatkan

pengajian PhD selewat-lewatnya pada

umur 27 tahun.

14. Anak-anak kepada generasi X dan

Y ini adalah lebih berkemampuan.

Dengan bilangan anak yang tidak

ramai seperti dahulu dan mendapat

pendedahan awal kepada pelbagai

pilihan hiburan dan teknologi, Gen-A

ini juga dikatakan generasi yang

sangat materialistik. Generasi ini

dijangka akan lebih fokus terhadap

gaya hidup berteknologi tinggi.

Page 17: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

17

15. Mengambil maklum mengenai

perkara ini, cara bekerja penjawat

awam harus berubah. Pemikiran

penjawat awam perlu sentiasa seiring

dengan permintaan rakyat. Perubahan

antara generasi ini dapat dilihat dari

perspektif tempat kita bekerja;

dinamika dari segi nilai, ciri-ciri dan

sifat setiap generasi tersebut.

Persediaan perlu dilakukan dengan

pantas agar perkhidmatan awam

dapat menyampaikan perkhidmatan

selaras dengan kehendak semasa.

Generasi muda seperti tuan-tuan dan

puan-puan mempunyai peranan besar

untuk menentukan bagaimana negara

Page 18: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

18

ini ditadbir dan diuruskan pada masa

hadapan kelak.

MENGGALAS TANGGUNGJAWAB

BAHARU SELARAS DENGAN

PEMANGKUAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

16. Selaras dengan majlis

pemangkuan yang diadakan pada hari

ini, tanggungjawab yang diberikan

sudah tentunya datang dengan

perubahan dari aspek kepimpinan,

cara berfikir, berkomunikasi serta

Page 19: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

19

proses membuat keputusan.

Perubahan dalam cara kerja juga pasti

akan berlaku. Menjadi pemimpin pada

hari ini adalah amat berbeza dengan

keadaannya 10 atau malah 5 tahun

yang lepas. Persekitaran tempat kerja

kini menjadi lebih pantas dengan

perubahan kehendak yang pelbagai. Ia

juga melibatkan multitasking dan

bekerja dengan pelbagai pasukan yang

berbeza-beza.

17. Menurut sebuah artikel yang

dikeluarkan oleh American

Management Association pada

Oktober 2014, terdapat 10 ciri

Page 20: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

20

kepimpinan ideal bagi mendepani

cabaran perubahan organisasi yang

pantas:

i. Be Results Oriented: Fokus

kepada hasil akhir sesuatu

projek,

ii. Be Customer Focused:

Mementingkan kehendak

pelanggan iaitu rakyat,

iii. Have a Vision: Mempunyai visi

dan hala tuju;

iv. Be Strategically Focused:

Mampu menumpukan perhatian

terhadap sesuatu perkara

berdasarkan prioriti,

Page 21: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

21

v. Effectively Get Work Done

Through Others: Berkebolehan

mengenali kelebihan rakan

sekerja dalam kerja berpasukan

agar tugas yang diberikan dapat

disempurnakan dengan baik,

vi. Be Good at Dealing with

Conflict: Mahir dalam

menyelesaikan konflik yang

timbul,

vii. Ask Great Questions: Berupaya

mengajukan soalan-soalan yang

bernas.

viii. Make High Quality Decisions:

Dapat membuat keputusan yang

Page 22: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

22

berkualiti dan memberikan

impak yang positif,

ix. Be a Trusted Leader: Menjadi

seorang pemimpin yang

mempunyai kredibiliti dan

dipercayai, dan

x. Be an Incredible Communicator:

Mempunyai kemahiran

komunikasi yang baik dan

berkesan.

Page 23: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

23

PENUTUP

Para hadirin yang saya kasihi sekalian,

18. Sebelum saya akhiri ucapan saya,

saya menyarankan agar tuan-tuan dan

puan-puan menambahkan usaha untuk

berfikir dengan lebih kritis dan kritikal

bagi setanding dengan perubahan-

perubahan yang berlaku kini. Teruskan

berusaha untuk mengeluarkan lebih

banyak idea baru dan mencabar status

quo tetapi cara penyampaian idea

tersebut haruslah berhemah dan

melambangkan keelitan penjawat

awam. Suka saya mengingatkan diri

Page 24: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

24

sendiri dan tuan-tuan dan puan-puan

bahawa tanggungjawab yang diberikan

ini datang bersama amanah dan

amanah merupakan pasak integriti.

Kita tahu betapa sukarnya

mengangkat besi yang berat dan

sukarnya memikul batu yang besar

tetapi percayalah, tanggungjawab dan

amanah itu lebih sukar untuk kita

sebagai khalifah di muka bumi ini.

19. Akhir sekali, saya ucapkan

selamat maju jaya kepada tuan-tuan

dan puan-puan yang diberikan

pemangkuan. Saya yakin dan percaya

dengan komitmen dan iltizam yang

Page 25: teks ucapan kppa sempena majlis amanat pemangkuan gunasama

25

tinggi, kita semua akan berjaya

merealisasikan Agenda Transformasi

Negara dan Transformasi

Perkhidmatan Awam yang sedang giat

dilaksanakan hari ini. Mudah-mudahan

segala usaha murni yang kita

gemblengkan ini akan memperoleh

rahmat dan keredhaan Allah SWT jua.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.