Upload
others
View
73
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT
AGUNG PERMULAAN KOPERASI
VETERAN TENTERA MALAYSIA
2
3 OGOS 2019 (SABTU)
9.00 PAGI
BILIK ILMUAN 1, ARAS 2, ANJUNG
MENARA TUN ABDUL RAZAK, UTM
JALAN SEMARAK, KL
Bismilahirrahmanirahim.
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera
Terima kasih saudara/saudari
Pengacara Majlis
[SALUTASI DISEDIAKAN OLEH
URUSETIA PROGRAM]
4
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian
1. Di pagi yang mulia ini, marilah
kita bersama-sama mengucapkan
syukur ke hadrat ALLAH S.W.T.
kerana mengurniakan kepada kita
kesihatan berpanjangan yang
5
membolehkan kita bersama-sama
berkumpul pada hari ini.
2. Saya mengucapkan setinggi
penghargaan dan terima kasih
kepada tuan-tuan semua yang
telah sudi menjemput saya ke majlis
ini dan seterusnya merasmikan
6
Mesyuarat Agung Permulaan
Koperasi Veteran Tentera Malaysia
Berhad. Kepada Jawatankuasa
penaja, tahniah atas kejayaan
mengadakan mesyuarat agung
permulaan yang pertama seperti
mana ditetapkan oleh peraturan-
peraturan koperasi negara kita.
7
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
3. Kerajaan telah mengambil
langkah bijak melaksanakan Dasar
Koperasi Negara. Dasar ini
merupakan pelan pembangunan
gerakan koperasi Malaysia untuk
tempoh 10 tahun (2011 – 2020).
8
Melaluinya, dasar-dasar penting
koperasi digariskan termasuk sektor-
sektor/bidang-bidang keberhasilan
utama yang perlu difokuskan.
Dalam merancang aktiviti-aktiviti,
saya sarankan juga koperasi rujuk
DKN bagi mendapat gambaran
lebih luas mengenai bidang-bidang
9
perniagaan yang digalakkan
diceburi koperasi.
4. Saya mengambil kesempatan
di sini untuk mengimbas sedikit
pengalaman-pengalaman dan
perkembangan gerakan koperasi di
Malaysia. Gerakan koperasi
10
diperkenalkan di Malaysia sejak 96
tahun yang lalu, berperanan
sebagai sebuah institusi untuk
membangunkan taraf sosio-
ekonomi anggotanya dengan
menitikberatkan penerapan konsep
bekerja bersama-sama, tolong
menolong dan bantu membantu
11
demi memenuhi keperluan dan
manfaat bersama.
5. Gerakan koperasi diteraskan
oleh nilai-nilai sejagat seperti
berdikari, demokrasi, persamaan
hak (equality), keadilan (equity)
dan semangat bersatu padu
12
(solidarity) dan nilai etika seperti
ketelusan, kejujuran dan keikhlasan,
semangat mementingkan
tanggung jawab sosial dan berbakti
kepada masyarakat.
6. Gerakan awal koperasi tidak
bertujuan memaksimumkan
13
keuntungan sehingga mahu
melakukan penindasan atau
penipuan terhadap anggotanya
sendiri. Sebaliknya, koperasi
bertujuan memberikan keperluan
atau perkhidmatan pada kadar
yang berpatutan. Prinsip ini yang
perlu dijaga supaya identitinya
14
kekal.
7. Koperasi juga mempunyai
falsafahnya sendiri. Ia tidak
mementingkan keuntungan yang
maksimum, tetapi apa yang
diutamakan ialah kebajikan
anggotanya. Koperasi juga
15
bertujuan menawarkan
perkhidmatan dan barangan
dengan harga yang berpatutan.
Perkhidmatan yang ditawarkan
hendaklah berkualiti dan boleh
menjadi alternatif yang baik
kepada masyarakat.
16
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
8. Koperasi dikawal, ditadbir dan
diuruskan oleh anggotanya sendiri
sebagai pemilik dan pelanggan.
Keunikan ini memudahkan koperasi
menjalankan aktiviti-aktiviti bagi
meningkatkan taraf pendapatan
17
anggotanya. Pada masa yang
sama koperasi akan mempunyai
jaminan pasaran di kalangan
anggotanya bagi aktiviti atau
projek yang dijalankan.
9. Koperasi dimiliki oleh
anggotanya dan koperasi bergerak
18
serta berniaga atas sokongan para
anggotanya yang bersemangat
koperasi. Koperasi dipunyai oleh
anggota yang dikawal secara
demokrasi di kalangan anggota
dan aktiviti koperasi dilanggani oleh
anggota sendiri. Berdasarkan
prinsip ini, kita dapat melihat
19
bahawa masa depan gerakan
koperasi banyak bergantung
kepada anggotanya. Anggota
koperasi adalah teras kepada
kejayaan koperasi itu sendiri.
10. Saya ingin menegaskan
bahawa tuan-tuan sebagai
20
anggota koperasi mempunyai
tanggungjawab yang berat bagi
memastikan koperasi tuan-tuan
berada di landasan kejayaan
sepenuhnya. Sebagai anggota kita
juga mesti menanamkan semangat
kekitaan dan sayangkan koperasi di
dalam diri kita. Kita juga mesti
21
menyatakan komitmen dan
dedikasi yang tidak berbelah bagi
untuk menghindar sebarang gejala
yang tidak diingini meresap dan
menular di dalam koperasi kita.
11. Koperasi ini telah kita bina
bersama dan lantaran itu kita mesti
22
mempertahankannya supaya ia
terus berkembang dan berdaya
maju serta mampu bersaing di
dalam arus pembangunan nasional
dan menyertai pelbagai aktiviti
pembangunan ekonomi negara.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
23
12. Seperkara yang utama
yang hendak saya sampaikan
kepada pemimpin koperasi ini ialah
tuan-tuan harus mampu untuk
menukar gaya kepimpinan cara
lama kepada pendekatan yang
lebih moden yang berteraskan ciri
kepercayaan dan ketelusan.
24
13. Untuk itu, pemimpin-
pemimpin koperasi semestinya
bersedia untuk mengalami
perubahan melalui penerapan
tabiat suka membaca, menghadiri
siri-siri latihan yang berkaitan dan
tidak segan untuk bergaul dengan
ahli-ahli korporat yang telah
25
berjaya. Kita mesti mempunyai
fikiran yang terbuka.
14. Pemimpin koperasi juga
harus bersedia untuk mengamalkan
ciri-ciri kepimpinan yang terbaik
dan melaksanakannya selaras dan
seiring dengan kehendak dan
26
citarasa anggota. Idea atau
pandangan daripada anggota
mesti ditimbang dengan
sewajarnya dan tidak dipandang
sepi begitu sahaja. Kita mestilah
selalu mengingati bahawa tampuk
kepimpinan koperasi adalah
ditentukan oleh anggota.
27
15. Pemimpin koperasi
hendaklah sentiasa aktif
memikirkan masa depan koperasi di
dalam semua aspek. Kita tidak
boleh mengambil sikap sambil lewa
ketika menjalankan
tanggungjawab dan hendaklah
sentiasa berusaha untuk
28
mengurangkan pergantungan
koperasi kepada sumber luar.
16. Sebelum mengakhiri
ucapan ini saya ingin berpesan
supaya koperasi Veteran Tentera
Malaysia Berhad sentiasa peka
dengan perkembangan-
29
perkembangan yang berlaku
khususnya di dalam sektor ekonomi
negara. Mana-mana
perkembangan yang boleh
diterjemahkan sebagai peluang
hendaklah direbut dengan segala
kekuatan yang ada.
30
17. Akhir kata, dengan lafaz
suci Bismillahi rahmanirahim saya
merasmikan Mesyuarat Agung
Permulaan Koperasi Veteran
Tentera Malaysia Berhad.
Sekian, terima kasih.