3
TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA Terima kasih diucapkan kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang Dihormati, En. Ahmad bin Yusop, Guru Penolong Kanan 1, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, serta pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya, pada tahun ini sekali lagi pihak sekolah berjaya mengadakan Bulan Anti Dadah sempena sambutan anti dadah kebangsaan pada 19 Februari setiap tahun. Setinggi-tinggi penghargaan dan pujian kepada warga SMK Dato Jaafar kerana berjaya mengadakan Bulan Anti Dadah Peringkat Sekolah sebagai satu usaha untuk memerangi gejala dadah daripada terus berleluasa. Umum maklum bahawa dadah adalah bahan yang boleh merosakkan diri, bangsa dan negara. Penyalahgunaan dadah kini semakin meruncing dan telah melibatkan semua peringkat umur termasuklah golongan remaja dan pelajar sekolah. Keadaan ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Di samping itu, kes-kes penyeludupan dan pengedaran dadah juga semakin berleluasa seperti yang didedahkan dalam media massa. Keadaan ini menyebabkan murid sekolah sentiasa

Teks Ucapan Tuan Pengetua Anti Dadah 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

zz

Citation preview

TEKS UCAPAN TUAN PENGETUA

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Pengerusi Majlis, Yang Dihormati, En. Ahmad bin Yusop, Guru Penolong Kanan 1, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, serta pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya, pada tahun ini sekali lagi pihak sekolah berjaya mengadakan Bulan Anti Dadah sempena sambutan anti dadah kebangsaan pada 19 Februari setiap tahun. Setinggi-tinggi penghargaan dan pujian kepada warga SMK Dato Jaafar kerana berjaya mengadakan Bulan Anti Dadah Peringkat Sekolah sebagai satu usaha untuk memerangi gejala dadah daripada terus berleluasa.Umum maklum bahawa dadah adalah bahan yang boleh merosakkan diri, bangsa dan negara. Penyalahgunaan dadah kini semakin meruncing dan telah melibatkan semua peringkat umur termasuklah golongan remaja dan pelajar sekolah. Keadaan ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Di samping itu, kes-kes penyeludupan dan pengedaran dadah juga semakin berleluasa seperti yang didedahkan dalam media massa. Keadaan ini menyebabkan murid sekolah sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Ini bermakna semua pihak perlu memainkan peranan secara bersungguh-sungguh dalam usaha memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.

Justeru, pelaksanaan Program Bulan Anti Dadah ini khusus dianjurkan di setiap sekolah dengan objektif memberi pendedahan, berkongsi maklumat dan membanters penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar. Ia juga salah satu usaha pihak sekolah bagi menyahut cabaran untuk merealisasikan agenda kerajaan iaitu Negara Bebas Dadah Tahun 2015.Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program ini dilaksanakan. Amatlah diharapkan agar para pelajar dapat memberikan komitmen yang tinggi dengan menghayati segala nilai murni, memupuk kesedaran dan keinsafan serta mengambil langkah bijak untuk menjauhi najis dadah. Saya menyeru agar pelajar-pelajar memanfaatkan dan menambahkan input maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan demi kebaikan bersama. Akhir kata, pihak sekolah menyeru kepada semua warga SMK Dato Jaafar agar sentiasa berusaha dan menyokong usaha kerajaan untuk menghapuskan dadah, perosak bangsa ini. Sama-samalah kita membantu dan menyumbang dalam mengukuhkan jati diri anak didik kita bagi persediaan mereka sebagai pelapis negara. Sesungguhnya, usaha yang kita laksanakan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.Sekian, terima kasih.

Sekian, terima kasih.