Upload
buinhi
View
220
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1 | P a g e
TEKS UCAPAN
YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
SEMPENA
‘MAJLIS PELANCARAN PUSAT TINGKATAN 6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA’
DI
SMK DESA MAHKOTA, KUALA LUMPUR
PADA 17 JUN 2015 (RABU)
JAM : 12.00 tgh.
2 | P a g e
Bismillahhirahmanirrahim, Assalam’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia
1. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah
kurnia dan izinNya, kita dapat bersama-sama
berhimpun pada hari ini di SMK Desa Mahkota,
sempena ‘Majlis Pelancaran Pusat Tingkatan Enam
Kementerian Pendidikan Malaysia’.
2. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya
ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana,
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan kerana
sudi mengundang saya untuk hadir seterusnya
merasmikan majlis pelancaran pada hari ini.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
3 | P a g e
Latar Belakang Penjenamaan Semula Pusat
Tingkatan Enam
3. Majlis ini merupakan salah satu inisiatif KPM untuk
memantapkan pendidikan Tingkatan Enam dengan
meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan ini
setanding dengan pendidikan prauniversiti yang lain
seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi
sains.
4. Salah satu hasrat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi
yang perlu dilaksanakan adalah mewujudkan laluan
pendidikan yang pelbagai bagi murid lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
4 | P a g e
5. Justeru, dalam Gelombang 1, KPM berhasrat untuk
mengukuhkan laluan pendidikan termasuklah pelan
tindakan menjenamakan semula Tingkatan
Enam.
6. Dengan Penjenamaan ini, sekolah yang
menawarkan pelajaran tingkatan enam akan diberi
kuasa untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif agar
dapat mengupayakan pelajar sebelum memasuki
universiti.
7. Sesungguhnya, penyediaan infrastruktur pendidikan
yang lengkap merupakan perkara asas yang perlu
disediakan bagi memastikan setiap murid Tingkatan
Enam berpeluang belajar dalam keadaan selesa
dan kondusif.
5 | P a g e
8. Selain itu, murid Tingkatan Enam juga perlu
mendapat peluang yang sama dengan pelajar
program persediaan prauniversiti yang lain untuk
mengembang bakat dan kreativiti mereka untuk
menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan
universal serta akhirnya membawa kesejahteraan
kepada negara.
9. Sehubungan dengan itu, inisiatif Kementerian
mewujudkan Pusat Tingkatan Enam adalah amat
wajar dan bertepatan dengan usaha menjenamakan
semula pendidikan ini.
10. Murid tingkatan enam ini akan dikumpulkan dan
ditempatkan secara berpusat, menggunakan
pakaian yang berbeza dengan pakaian sekolah
6 | P a g e
harian biasa, menggunakan jadual waktu yang
berbeza, tenaga pengajar khusus dan diletakkan
dalam kategori yang berlainan berbanding dengan
sekolah arus perdana.
11. Persekitaran pembelajaran Tingkatan Enam yang
lebih kondusif, menarik dan berkesan akan dapat
membantu murid untuk menyiapkan diri bagi
memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM) seterusnya
melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di
universiti.
12. Seperti yang kita sedia maklum bahawa
peperiksaan STPM diiktiraf oleh Cambridge
7 | P a g e
Assessment, United Kingdom. Ini bermakna, STPM
diiktiraf oleh badan antarabangsa dan murid
Tingkatan Enam adalah setaraf dengan lulusan
pendidikan prauniversiti yang lain.
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam
13. Pelan tindakan penjenamaan semula Tingkatan
Enam dilaksanakan dengan melibatkan lima fokus
utama, iaitu imej dan anjakan minda, infra dan info
struktur, pengurusan pentadbiran, mod pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dan kurikulum.
14. Saya percaya, dengan melaksanakan pembelajaran
Tingkatan Enam secara berpusat, imej dan minda
pelajar akan dapat dibentuk dan mempunyai identiti
8 | P a g e
tersendiri, berkeyakinan tinggi dan berkebolehan. Ini
amat penting bagi persediaan awal sebelum
menempuh pembelajaran peringkat tinggi di
Universiti.
15. KPM juga komited dalam memastikan
pembangunan infra dan infostruktur pusat
pendidikan Tingkatan Enam sentiasa diberikan
perhatian. Seperti dimaklumkan, Pusat Tingkatan
Enam ialah pusat pendidikan yang mengabungkan
kelas-kelas Tingkatan Enam dari sekolah arus
perdana. Pada masa ini, terdapat beberapa kategori
pusat Tingkatan Enam, iaitu Pusat Tingkatan Enam
Mod 1, Mod 2 dan Mod 3 yang terdapat di seluruh
negara.
9 | P a g e
16. Pusat Tingkatan Enam Mod 1 ialah premis
berasingan daripada arus perdana yang hanya
menempatkan murid Tingkatan Enam sahaja.
Pusat ini juga mempunyai bangunan dan
pentadbiran tersendiri dan beroperasi dengan
sekurang- kurangnya 12 kelas.
17. Seperti yang telah dinyatakan terdapat 6 buah Pusat
Tingkatan Enam mod 1 telah beroperasi
termasuklah SMK Desa Mahkota ini yang
merupakan pusat mod 1 bagi Wilayah
Persekutuan.
18. Pusat Tingkatan Enam Mod 2 pula ialah pusat
Tingkatan Enam yang berkongsi premis dengan
sekolah arus perdana. Walau bagaimanapun,
10 | P a g e
penempatan murid Tingkatan Enam adalah di
bangunan berasingan, dan beroperasi dengan
sekurang- kurangnya 12 kelas.
19. Seterusnya, pusat Tingkatan Enam Mod 3 yang
merupakan pusat Tingkatan Enam di luar bandar.
Pusat ini berkongsi premis dengan sekolah arus
perdana. Penempatan murid Tingkatan Enam
adalah secara berkongsi bangunan dengan arus
perdana.
20. Pusat ini beroperasi kurang 12 kelas dan
diwujudkan jika pusat Tingkatan Enam yang
berhampiran tidak mempunyai kemudahan asrama
dan kemudahan pengangkutan awam.
11 | P a g e
21. Bagi pengoperasian Pusat Tingkatan Enam Mod 2
pula, bilangan pusat yang beroperasi adalah
sebanyak 10 pada tahun 2014 dan bilangan tersebut
semakin bertambah pada tahun 2015, menjadikan
bilangan Pusat Tingkatan Enam Mod 2 yang
beroperasi kepada 47 buah.
22. Berdasarkan perancangan, bilangan Pusat
Tingkatan Enam Mod 3 akan beransur-ansur
berkurangan dan pada akhirnya, hanya Pusat
Tingkatan Enam Mod 1 sahaja yang beroperasi
di seluruh negara dengan setiap Pejabat
Pendidikan Daerah mempunyai sekurang-
kurangnya satu Pusat Tingkatan Enam Mod 1.
12 | P a g e
23. Oleh itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-11, KPM
merancang menyediakan prasarana dan
infrastruktur yang lebih lengkap bagi menyokong
inisiatif ini khususnya bagi pelaksanaan Pusat
Tingkatan Enam Mod 1 dan Mod 2.
24. Projek- projek pembangunan yang dirancang
termasuklah pembinaan bangunan baharu pusat
Tingkatan Enam, bangunan tambahan di sekolah-
sekolah sedia ada yang melaksanakan Tingkatan
Enam, bangunan gantian untuk blok- blok yang daif
dan tidak selamat digunakan serta kerja- kerja ubah
suai naik taraf kemudahan sekolah.
13 | P a g e
25. Skop projek pula meliputi kemudahan pentadbiran,
kemudahan akademik seperti bilik darjah, makmal
sains, pusat sumber, kemudahan asrama murid,
serta kemudahan lain seperti kantin, dewan dan
sebagainya.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
26. Pembangunan infostruktur juga dirancang dengan
teliti, terutamanya bagi peralatan ICT dan capaian
Internet di pusat Tingkatan Enam. Perkara ini akan
disegerakan supaya sesuai dengan kaedah
pembelajaran berpusatkan murid dan perubahan
dalam struktur pentaksiran STPM, daripada sistem
terminal kepada sistem modular.
14 | P a g e
27. Tahun ini merupakan kohort ketiga sistem ini
dilaksanakan. Tambahan pula, sistem pentaksiran
baharu ini juga memperkenalkan kerja kursus,
iaitu dalam bentuk Kertas Projek atau Kerja
Lapangan atau Amali Sains yang dinilai oleh
guru sekolah dengan wajaran 20% hingga 40%.
28. Kaedah pembelajaran yang digunakan dalam PdP
Tingkatan Enam adalah selari dengan kaedah
pembelajaran di universiti yang berteraskan
pendidikan alaf ke-21. Murid Tingkatan Enam lebih
berpeluang untuk meneroka ilmu dan pelbagai
maklumat dengan pantas dan lebih luas, hanya di
hujung jari.
15 | P a g e
29. Sistem semester dan penggunaan jadual waktu
fleksibel antara fokus perubahan dalam pengajaran
dan pembelajaran. PdP di Tingkatan Enam juga
menggunakan pendekatan ala universiti, kuliah,
tutorial dan praktikal. Murid juga perlu
melengkapkan kerja kursus bagi melengkapkan
pemarkahan STPM.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
IMPAK PENJENAMAAN SEMULA
30. Pelaksanaan penjenamaan semula Tingkatan
Enam boleh memberi impak positif terhadap
pendidikan Tingkatan Enam terutama dalam
16 | P a g e
aspek pencapaian kelulusan peperiksaan STPM
dan STAM.
31. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah
memperkenalkan pendekatan yang berbeza
dalam struktur pentaksiran STPM dan STAM, iaitu
pendekatan secara modular berbanding secara
terminal sebelum ini.
32. Pendekatan baharu yang diperkenalkan memberi
kesan kepada pencapaian murid Tingkatan Enam
dalam STPM. Ini ditunjukkan melalui peningkatan
pencapaian STPM pada tahun 2014 berbanding
pada tahun sebelum.
17 | P a g e
33. PNGK kebangsaan dalam peperiksaan STPM
2014 telah meningkat kepada 2.62 daripada 2.57
pada STPM 2013. Min PNGK sekolah kerajaan
telah meningkat daripada 2.55 pada tahun 2013
kepada 2.62 pada peperiksaan STPM 2014.
34. Secara keseluruhannya, dalam peperiksaan
STPM 2014, peratusan calon yang mendapat
kelulusan peringkat lulus penuh dalam 5 hingga 1
mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan
sebanyak 0.96% berbanding STPM 2013.
35. Begitu juga dengan pencapaian calon Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM). Saya dimaklumkan,
terdapat peningkatan pencapaian calon STAM pada
tahun 2014 berbanding tahun 2013. Bilangan calon
STAM yang mendapat Pangkat Maqbul (Lulus)
18 | P a g e
hingga Mumtaz (Cemerlang) bagi tahun 2014
meningkat seramai 310 calon (2.9%), iaitu daripada
3,153 calon (60.4%) pada tahun 2013 kepada 3,823
calon (63.3%) pada tahun 2014.
36. Peningkatan pencapaian ini adalah kerana dalam
sistem petaksiran baharu STPM, calon diuji
pencapaiannya mengikut perkara yang dipelajari
pada penggal yang berkenaan sahaja. Calon juga
boleh memperbaiki pencapaian melalui
peperiksaan ulangan pada setiap penggal. Kerja
Kursus juga membantu calon meningkatkan
pemahaman tentang perkara yang dipelajari dan
sekaligus dapat menyumbang ke arah
peningkatan pencapaian keseluruhan calon.
19 | P a g e
Harapan
37. Menjelang tahun 2020, permintaan terhadap tenaga
mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang
amatlah tinggi di negara kita. Sejajar dengan
perkembangan tersebut, kerajaan sangat
mengambil berat tentang hala tuju dan masa depan
murid lepasan Tingkatan Enam.
38. Oleh itu, kementerian amat berharap agar murid yang
tamat pengajian di Tingkatan Enam boleh meneruskan
pengajian di mana- mana institusi pengajian tinggi
sama ada di dalam dan luar negara. Selain itu, murid
lepasan STPM dan STAM juga diharapkan mampu
bersaing dalam pasaran pekerjaan yang sangat
mencabar jika memilih untuk terus bekerja.
20 | P a g e
Penutup
39. Semoga majlis Pelancaran Pusat Tingkatan Enam
pada hari ini menjadi suntikan semangat kepada
semua pihak untuk berusaha dengan bersungguh-
sungguh bagi memastikan penjenamaan semula
Tingkatan Enam dapat direalisasikan. Kejayaan
pendidikan Tingkatan Enam amat bergantung
kepada tuan- tuan dan puan- puan sebagai
pelaksana.
40. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak terutama kepada
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan
21 | P a g e
Pengetua SMK Desa Mahkota selaku tuan rumah
dan semua ahli jawatankuasa pelaksana yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi
menjayakan majlis pada hari ini.
41. Saya percaya dengan komitmen semua pihak,
usaha ini akan membuahkan hasil dan kejayaan
yang diharapkan. Semoga momentum ini terus
dipertingkat dan diperkasakan demi pencapaian
pendidikan yang gemilang.
42. Bersempena dengan kedatangan bulan ramadan al-
mubarak esok, saya mengucapkan Selamat
menjalani ibadah puasa dan tingkatkanlah amal
soleh di bulan yang mulia ini.
22 | P a g e
43. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim,
saya dengan sukacitanya, melancarkan Pusat
Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.