6
ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﲪﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ ﻛﺎﺗﻪ اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﲪﺔ اﷲ وﺑﺮ اﳊﻤﺪ ﷲ رب اﻟﻌﺎﳌﲔ وﺑﻪ ﻧﺴﺘﻌﻲ ﺪﻧﺎ ﳏﻤﺪ واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم ﻋﻠﻰ ﺳﻴ ﻳﻮم اﻟﺪﻳﻦ وﻋﻠﻰ اﻟﻪ وﺻﺤﺒﻪ وﻣﻦ اﺗﺒﻊ ﻫﺪاﻩ اTEKS UCAPAN Y.B MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PEJENAMAAN SEMULA KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS) 31 MAC 2011 (KHAMIS) BERTEMPAT DI MASJID WILAYAH Terima kasih saudara Pengacara Majlis, Yg Bhg Dato Zubir, Pengerusi PICOMS Yg Bhg Dato Che Mat, Setiausaha MAIWP En Zakuan, Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS Yg Bhg Dr. Yamin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Yg Bhg Ketua/Wakil Agensi-agensi dibawah Menteri di JPM Yg Bhg Pegawai-pegawai kanan MAIWP serta anak syarikat MAIWP Yg Bhg Pegawai / Wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), PTPTN, Kolej Swasta Wakil-wakil media,Tuan-Tuan / Puan-Puan dan para Pelajar

Teks Ucapan YB Menteri Sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PICOMS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PICOMS di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 31hb Mac, 2011.

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan YB Menteri Sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PICOMS

بسم اهللا الرمحن الرحيم السالم عليكم ورمحة اهللا وبركاته

احلمد هللا رب العاملني وبه نستعي والصالة والسالم على سيدنا حممد

وعلى اله وصحبه ومن اتبع هداه اىل يوم الدين

TEKS UCAPAN Y.B MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR

BIN HJ BAHAROM (B) MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PEJENAMAAN

SEMULA KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

31 MAC 2011 (KHAMIS)

BERTEMPAT DI MASJID WILAYAH

Terima kasih saudara Pengacara Majlis, Yg Bhg Dato Zubir, Pengerusi PICOMS Yg Bhg Dato Che Mat, Setiausaha MAIWP En Zakuan, Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS Yg Bhg Dr. Yamin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Yg Bhg Ketua/Wakil Agensi-agensi dibawah Menteri di JPM Yg Bhg Pegawai-pegawai kanan MAIWP serta anak syarikat MAIWP Yg Bhg Pegawai / Wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), PTPTN, Kolej Swasta Wakil-wakil media,Tuan-Tuan / Puan-Puan dan para Pelajar

Page 2: Teks Ucapan YB Menteri Sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PICOMS

1. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah

Taala, seterusnya berterima kasih kepada pihak

pengurusan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa

Pusrawi, singkatannya PICOMS atas penganjuran

Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Kolej ini.

Tidak lupa juga kepada semua pihak, yang telah

meluangkan masa untuk hadir pada majlis perasmian

pada pagi ini.

2. Pada hemat saya, majlis kita pada hari ini

merupakan satu manifestasi kepada budaya inovasi

yang dilaksanakan oleh PICOMS. Kalau kita hendak

berjaya, maka perlu ada perubahan, ini sangat penting

difahami kerana perubahan, penyesuaian dan

pertumbuhan perlu ada untuk memenuhi keperluan

masyarakat yang sentiasa berubah di dalam era baru

pendidikan dan penjagaan kesihatan. Budaya

perubahan ini juga adalah salah satu dari tiga teras

utama agenda kerajaan dibawah Government

Transformation Programme (GTP), iaitu BUDAYA INOVASI DALAM PERKHIDMATAN.

3. Justeru itu apabila Kolej ini mempunyai

pengurusan baru pada tahun 2010, saya telah meminta

mereka untuk membuat satu transformasi yang

berterusan bagi memenuhi keperluan ini. Maka hari ini,

pengurusan telah membuktikan bahawa mereka

mampu melaksanakan perubahan dengan lahirnya

PICOMS. Ini amat sesuai dengan konsep change management yang terkandung gesaannya di dalam

Surah al-Anfaal ayat 58:

ن الله مل يك مغيـرا نعمة أنـعمها على قـوم حىت ذلك بأ

يع عليم يـغيـروا ما بأنـفسهم وأن الله مس

Page 3: Teks Ucapan YB Menteri Sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PICOMS

“Yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah

tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah

dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga

mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha

Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

4. Susulan dari usaha pengembangan PICOMS,

MAIWP telah membeli satu bangunan 4 tingkat di

Mukim Batu sebagai kampus baru untuk menempatkan

pelajar-pelajar baru kursus Diploma-diploma Farmasi,

Fisioterapi, Pembantu Perubatan, Sains Perubatan dan

lain-lain lagi kursus bidang sains perubatan &

kesihatan. Kampus ini boleh menempatkan kira-kira

1700 orang pelajar.

5. Seterusnya, MAIWP juga telah membiayai kos

kerja pengubahsuaian bangunan 7 tingkat, Bangunan

Baitulmal di Jalan Ipoh dalam usaha bagi menampung

lebih ramai lagi kemasukan pelajar kejururawatan,

dengan menyediakan segala kemudahan untuk

pembelajaran saperti yang ditetapkan oleh Agensi

Kelayakan Malaysia dan Lembaga Jururawat Malaysia.

6. Pada tahun ini, dengan perkenalan diploma-

diploma baru, MAIWP akan membantu pelajar yang

terdiri dari golongan asnaf, sama ada menampung

sebahagian dari yuran pengajian melalui pemberian

biasiswa ataupun bantuan-bantuan khas kewangan

bagi mengurangkan beban sara hidup pelajar yang

terdiri dari golongan asnaf tersebut. Sukacita

dimaklumkan bahawa sekarang ini, hampir semua dari

pelajar-pelajar Diploma Kejururawatan sedang

menerima bantuan Baitulmal, RM3000 setiap tahun

iaitu RM250 setiap bulan wang saku.

7. Semua ini dilakukan sebagai memenuhi

sebahagian dari tujuan dan matlamat penubuhan

Page 4: Teks Ucapan YB Menteri Sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PICOMS

MAIWP, iaitu memastikan bahawa wang zakat yang

diberikan oleh pemberi zakat dalam kawasan Wilayah

Persekutuan digunakan untuk membantu golongan-

golongan yang memerlukan bagi melanjutkan pelajaran

peringkat Diploma & Ijazah.

8. Dengan wang pemberian zakat yang kita

gunakan untuk membantu pelajar-pelajar golongan

asnaf PICOMS serta menyediakan kemudahan

pendidikan bagi melahirkan generasi graduan dari

golongan tersebut, maka saya yakin rahmat Allah s.w.t.

akan sentiasa melimpah berterusan kepada Tuan/Puan

pemberi zakat yang telah menghulurkan zakat kepada

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

9. Sebagai tambahan, MAIWP akan membina

pusat-pusat hemodialisis, dimana akan menempatkan

12 mesin dialisis setiap pusat. Sesuai dengan matlamat

PICOMS sebagai penyedia pendidikan, latihan dan

perkhidmatan, kita telah memberikan kebenaran

kepada PICOMS untuk menguruskan pusat-pusat ini.

Buat masa ini, MAIWP masih bergantung kepada

panel-panel pusat dialisis luar, dimana hampir 360

pesakit golongan asnaf setiap tahun menerima bantuan

MAIWP, dengan kos perbelanjaan melebihi RM6juta

setahun. Kos pembinaan setiap pusat dialisis adalah

kira-kira RM1juta. Kita jangkakan, dengan adanya

pusat dialisis MAIWP sendiri, kos perbelanjaan dapat

dikurangkan serta dapat menampung lebih ramai lagi

pesakit-pesakit baru dari golongan asnaf.

10. Apabila bilangan pelajar meningkat pada tahun-

tahun akan datang, MAIWP akan membantu PICOMS

dalam melaksanakan usaha-usaha pengembangan

termasuk membantu menyediakan kemudahan

infrastruktur pembinaan kampus baru dan ‘teaching

hospital’ yang lebih selesa dan bertaraf dunia.

Page 5: Teks Ucapan YB Menteri Sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PICOMS

11. Selain dari menjalankan program usahasama

antara PICOMS dengan Fakulti Perubatan Universiti Al-

Azhar, saya juga mengharapkan pihak PICOMS dapat

berbincang dengan Al-Azhar supaya kita dapat

mewujudkan Fakulti Perubatan Al-Azhar di PICOMS

saperti yang kita lihat hari ini sudah ada kampus

cawangan Monash University dan Nottingham

University di Malaysia. Dengan adanya Fakulti

Perubatan Al-Azhar disini, maka Malaysia boleh

dijadikan sebagai hab atau pusat untuk pelajar-pelajar,

terutama pelajar Islam sekitar Asia Tenggara untuk

datang kesini, dimana Malaysia adalah lebih dekat dan

selamat berbanding Mesir.

12. Untuk berjaya sebagai penyedia sistem

pendidikan & penjagaan kesihatan, PICOMS mesti

berkembang di dalam semua aspek dan arah,

merangkumi penjagaan pesakit, penyelidikan,

perkhidmatan, serta latihan-latihan terkini untuk bakal-

bakal doktor, jururawat, ahli farmasi, doktor gigi dan

lain-lain. Saya mengharapkan bakal graduan yang

lahir dari PICOMS pada masa hadapan bukan sahaja

mempunyai peribadi moral yang tinggi & hebat tetapi

juga bertanggungjawab serta komited terhadap kerjaya

masing-masing secara profesional.

13. Lima tahun dari sekarang, saya amat yakin dan

dapat bayangkan bahawa PICOMS ini akan berjaya

dengan program-program baru pada semua peringkat,

dengan kemudahan penyelidikan dan pembelajaran

lebih baik tapi yang penting sekali kita dapat

mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai moral,

etika dengan pengetahuan tinggi berpaksikan prinsip-

prinsip Islam, yang mana boleh dipraktikkan untuk

kesejahteraan masyarakat dunia & Islam khasnya.

Page 6: Teks Ucapan YB Menteri Sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula PICOMS

14. Saya juga mengharap usaha perkembangan

PICOMS untuk mendapat taraf Kolej Universiti akan

tercapai saperti dirancangkan dalam masa 2 atau 3

tahun dari sekarang dan menjadikan PICOMS sebagai

pilihan kolej universiti untuk pendidikan kepakaran &

profesional dengan ‘standard’ yang relevan sebagai

memenuhi jangkaan global tetapi tetap istiqamah

berpegang kepada nilai etika kemurniaan Islam.Sekian,

terima kasih.

وبا� التوفیق والھدایة والسالم علیكم ورحمة هللا

وبركاتھ