11
TEKUNPAY (TEKUN PAYMENT CHANNEL) PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI 1. Muat Turun Aplikasi

TEKUNPAY€¦ · 5. Kemaskini No. Telefon Bimbit dan tekan butang OK. 6. SMS OTP (one time password) akan dihantar kepada No. Telefon Bimbit yang telah dikemaskini sebentar tadi

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

TEKUNPAY

(TEKUN PAYMENT CHANNEL)

PANDUAN PENGGUNAAN

APLIKASI

1. Muat Turun Aplikasi

Cari aplikasi “TEKUN Payment Channel” dan muat turun melalui :

Google Playstore - Android

atau

App Store – Apple ios

2. Pendaftaran Kali Pertama

1. Lancarkan aplikasi “TEKUN Payment Channel” setelah selesai proses installation.

2. Skrin Log-In akan kelihatan seperti dibawah :

3. Peminjam / Usahawan TEKUN perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan *No.

Akaun Pembiayaan TEKUN sebagai bukti anda adalah Peminjam / Usahawan

TEKUN yang sah.

Untuk Pendaftaran kali pertama sahaja

sila pilih Sign Up

*Nota : Sila semak No. Akaun Pembiayaan TEKUN melalui Kad Rujukan Usahawan

(jika ada) atau hubungi Pegawai cawangan TEKUN untuk mendapatkan No. Akaun

Pembiayaan TEKUN (individu)

4. Sila pilih Register setelah selesai. Jika maklumat yang dimasukkan adalah betul dan

sah, skrin akan bertukar kepada kemaskini No. Telefon Bimbit terkini seperti

dibawah :

5. Kemaskini No. Telefon Bimbit dan tekan butang OK.

6. SMS OTP (one time password) akan dihantar kepada No. Telefon Bimbit yang telah dikemaskini sebentar tadi. Buka SMS untuk mendapatkan OTP yang dihantar. Masukkan OTP pada skrin seperti dibawah untuk pengaktifan aplikasi “TEKUN Payment Channel”

7. Setelah berjaya masukkan OTP. Aplikasi akan memerlukan kata laluan (password) yang

baru dan ianya perlu direka. Masukkan kata laluan baru direka dan taip semula kata

laluan tersebut pada ruangan confirm password. Tekan butang Submit.

8. Jika kata laluan berjaya didaftarkan. Skrin akan bertukar kembali kepada Log-In skrin

utama. Peminjam perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang baru

direka sebentar tadi di ruangan Password

3. Menu Utama

Setelah berjaya Log-In skrin akan memaparkan Menu Utama yang mempunyai beberapa ikon seperti dibawah:

Account – Jika peminjam mempunyai lebih daripada 1 akaun pembiayaan, menu akan

menunjukkan lebih daripada 1 ikon akaun.

Information

Settings

Logout

Ikon Akaun Pembiayaan

TEKUN

(No. akaun

individu)

4. Akaun Pembiayaan

4.1 Maklumat Akaun Pembiayaan

Sila pilih ikon akaun pembiayaan untuk memaparkan maklumat terperinci akaun pembiayaan. Sila rujuk skrin seperti dibawah:

4.2 Payment History

Untuk melihat paparan rekod pembayaran terdahulu sila tekan pada tab LOAN PAYMENT

HISTORY.

Peminjam boleh memilih untuk melihat rekod transaksi terdahulu mengikut pilihan untuk 3 bulan, 6 bulan atau 9 bulan.

4.3 Membuat Pembayaran

1. Pilih ikon Akaun Pembiayaan daripada Menu Utama dan pilih tab Loan Account Detail.

2. Pada ruangan ini pilih PAY jika ingin membuat pembayaran untuk akaun pembiayaan tersebut.

3. Peminjam perlu memasukkan perkara seperti berikut ketika ingin membuat pembayaran

i. Jumlah Bayaran (Ruangan wajib)

ii. Pilih bank pembayar daripada senarai bank tersebut untuk membuat

pemindahan wang (Ruangan wajib)

iii. Masukkan maklumat email peminjam (Pilihan : Jika peminjam tidak memasukkan

email, pemberitahuan mengenai pemindahan wang melalui FPX tidak akan diterima

oleh peminjam)

4. Teruskan membuat pembayaran dengan menekan butang Procced, skrin akan menunjukkan pengesahan untuk membuat pembayaran. Tekan butang Confirm dan skrin akan menunjukkan Log-In untuk e-banking (cth: M2U, CIMB Click, RHB Now dll.) peminjam. Sila Log-in kepada e-banking peminjam untuk membuat bayaran.

5. Setelah pembayaran berjaya dibuat melalui e-Banking, aplikasi “TEKUN Payment Channel” akan menunjukkan rumusan permbayaran (e-resit) yang telah berjaya dibuat seperti skrin dibawah :

4.4 Information

Peminjam boleh membuat pilihan melalui ikon Information di Menu Utama untuk melihat maklumat berkenaan TEKUN Nasional seperti alamat, nombor telefon, faks, email dan peta lokasi Ibu Pejabat.

5. Settings

Ikon Settings untuk menukar tetapan bahasa pilihan

Peminjam boleh memilih untuk Log-Out di menu utama setelah selesai segala urusan.