Tempoh Persaraan Penjawat Awam Bersara Paksa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

p

Citation preview

  • SK IMPIAN BAHARUEN. MOHD JAMAL BIN YASINEN. SAFIEE BIN KASSIMPN. ROSNAH BINTI MOHD NOHPN. ZAILEENA BINTI ABDUL MAJIDPN. ZARINA BINTI MAHMAD

  • Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239

    Pegawai/pekerja berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam sekiranyaMencapai umur 55 atau 56 tahun [Seksyen 10(1)]Ini ialah persaraan wajib kerana cukup umur bersara. Bagi mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001 untuk memilih bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun.

  • Namun begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi.

  • Tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit [Seksyen 10(5)(a)]

    pegawai/pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995. Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh persaraan.

  • Jawatan yang mereka sandang dihapuskan [Seksyen 10(5)(b)]

    Sekiranya jawatan yang disandang oleh pegawai/pekerja berpencen dimansuhkan, maka penyandangnya hendaklah dibersarakan.

  • Penyusunan semula organisasi [Seksyen 10(5)(c)]

    Penyusunan semula organisasi boleh menyebabkan sejumlahjawatan yang diluluskan kepada agensi awam tersebut tidak diperlukan lagi. Jika ini berlaku pegawai/pekerja berpencen yang terlibat hendaklah dibersarakan.

  • Pekerjaan pegawai/pekerja telah ditamatkan demi kepentingan awam [Seksyen 10(5)(d)]

    Pegawai/pekerja berpencen yang diketahui oleh ketua jabatan berkelakuan menjejaskan kepentingan awam tetapi tiada tindakan disiplin yang berkesudahan dengan buang kerja ke atas mereka hendaklah dibersarakan. Faedah persaraan kepada mereka akan ditentukan oleh pihak berkuasa pencen dengan satu kadar yang disusutkan.

  • Memperoleh kewarganegaraan asing [Seksyen 10(5)(e)]

    Pegawai/pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 16.5.1986 hendaklah dibersarakan sekiranya memperoleh kewarganegaraan asing (selain daripada perkahwinan) atau menggunakan hak-hak kewarganegaraan asing atau telah mengisytiharkan taat setia kepada negara lain selain dari Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya. Mereka tidak layak diberi sebarang faedah persaraan.

  • Memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikan anggota ke dalam perkhidmatan Awam [Seksyen 10(5)(f)]

    Pegawai/pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991 hendaklah dibersarakan jika terbukti mereka memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikannya ke dalam perkhidmatan awam dengan syarat mereka telah peluang yang munasabah untuk membuat representasi bagi kesnya.

  • Bersara Awal.

    Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227),

    Memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan (optional retirement) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.

  • Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut: (i) Bagi anggota yang dilantiksebelum12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah dan ke bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental. (ii) Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

  • SEKIAN TERIMA KASIH