15
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN TENIS Tenis merupakan sukan yang sudah lama diperkenalkan sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh daratan eropah pada abad ke-8. Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan Inggris pada abad ke-13 dan mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat. Banyak peminatnya di antara rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropah yang lain. Pada abad 19 barulah tenis dimunculkan kembali oleh para bangsawan Inggris dengan membina country club atau lapangan tenis di rumahnya yang besar kerana pada waktu itu tenis popular dimainkan di halaman rumput, maka terkenal dengan sebutan ‘Lawn Tennis’ atau tenis lapangan rumput. Tenis merupakan salah satu permainan menggunakan raket yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgan’s pula di dalam bukunya yang bertajuk “Tennis, The Development of The European Ball Game”, menyatakan bahawa permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan. Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali.

Tenis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ss

Citation preview

1.0SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN TENIS

Tenis merupakan sukan yang sudah lama diperkenalkan sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh daratan eropah pada abad ke-8. Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Italia dan Inggris pada abad ke-13 dan mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat. Banyak peminatnya di antara rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropah yang lain. Pada abad 19 barulah tenis dimunculkan kembali oleh para bangsawan Inggris dengan membina country club atau lapangan tenis di rumahnya yang besar kerana pada waktu itu tenis popular dimainkan di halaman rumput, maka terkenal dengan sebutan Lawn Tennis atau tenis lapangan rumput.

Tenis merupakan salah satu permainan menggunakan raket yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgans pula di dalam bukunya yang bertajuk Tennis, The Development of The European Ball Game, menyatakan bahawa permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan.

Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini berkembang apabila rahib-rahib tersebut mengembara dari satu biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan banyak peraturan. Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para rahib tidak mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia telah berkembang dari kawasan gereja sehingga ke istana dan turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke-13 dan ia telah mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke negara-negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung tangan (glove), dan kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami perkembangan apabila mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan berpemegang. Ia merupakan raket bertali yang mula diperkenalkan sekitar abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang profesor berbangsa Itali. Beliau menamakan permainan ini sebagai 'tenis padang' (lawn tennis). Manakala, di dalam buku Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801 pula, ia disebut sebagai tenis panjang.

Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan.

Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Ada pendapat mengatakan bahawa gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang dibina di Versailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif terhadap permainan tenis ini.

Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874 , permainan tenis pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868 . Pada tahun 1970, barulah pejabatnya dibuka di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875 , kelab ini bersedia memberikan dana untuk permainan tenis dan badminton. Peraturan permainan tenis padang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab tenis yang pertama di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang pesat dalam sukan tenis dan berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia. Kejuaraan tenis yang pertama telah bermula pada tahun 1877. Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan tenis ini juga telah melahirkan ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy Connors, John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.

Tenis nampaknya terus tenggelam di negara Malaysia. Walaupun sukan tersebut sudah lama bertapak, tetapi popularitinya masih belum mencapai tahap yang boleh menarik minat masyarakat tempatan. Di negara jiran, Thailand, sukan tenis sudah mula disanjung tinggi oleh peminatnya terutama selepas negara tersebut mempunyai pemain yang sudah menempa nama dalam Jelajah ATP. Bagi Malaysia, meskipun memiliki beberapa pemain yang berpotensi seperti Jawairiah Noordin, Muhd. Ashaari Zainal Abidin dan Razlan Rawi, sukan ini nampaknya masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain terutama China dan Thailand yang memiliki pemain bertaraf dunia. Begitu pun, sejak kebelakangan ini, tenis di Malaysia mula berkembang lebih pesat dan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dilihat semakin serius untuk melahirkan pemain bertaraf dunia. Malah, Presiden LTAM, Datuk Abdul Razak Latif sendiri optimis dengan adanya pelan dan perancangan yang rapi, tidak mustahil pemain Malaysia dapat menempatkan diri dalam ranking WTA mahupun ATP seterusnya, menjadi pemain bertaraf dunia.

2.0TEKNIK DAN KEMAHIRAN DALAM SUKAN TENIS

Pukulan Pepat

Terdapat empat peringkat dalam kemahiran membuat pukulan pepat, iaitu ayunan balik(backswing), ayunan hadapan (forward swing), kontak dengan bola dan ikut lajak. Teknik pukulan :

Diri sedia (stance)

Ayun balik (backswing ) dan tangan pemukul berada di paras pinggang.

Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing )

Semasa membuat ayunan ke hadapan raket akan ke atas dan ke hadapan dengan membuat kontak pada bola.

Semasa membuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus sepenuhnya, pergelangan tangan hendaklah tegap apabila berlakunya kontak dengan bola.

Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.

Ikut lajak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan bergerak ke arah hadapan atau ke atas.

Pukulan Kilas

Pukulan kilas ialah pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang raket yang dilakukan pada bahagian tangan tidak dominan. Terdapat dua kaedah pukulan kilas, iaitu pukulan kilas satu tangan dan pukulan kilas dua tangan.

Pukulan Kilas Satu Tangan

Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu tangan iaitu ayun belakang, ayun hadapan, kontak dan ikut lajak.

Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan bahu menghala ke arah bola yang hendak dipukul.

Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.

Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih tenaga.

Selepas kontak, ikut lajak.

Pukulan Kilas Dua Tangan

Pukulan kilas dua tangan adalah lebih tepat dan laju. Ketika pukulan ini, cekak pertama(tangan bawah) ialah tangan dominan dan cekak kedua (tangan atas) ialah tangan tidak dominan. Ketika membuat pukulan kilas dua tangan, empat pergerakan utama yang terlibat iaitu diri sedia, ayunan belakang, kontak dan ikut lajak.

Diri sedia

Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada pada paras pinggang dengan lutut dibengkokkan .

Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.

Raket diayun ke hadapan dengan raket diluruskan sedikit untuk mendapatkan daya.

Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan ke atas.

Selepas kontak , ikut lajak.

Voli

Voli ialah menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi memastikan bola. Voli tidak memerlukan ayunan belakang. Terdapat tiga fasa utama dalam melakukan voli iaitu diri sedia, ayunan hadapan dan kontak. Teknik voli adalah seperti yang berikut:

Diri sedia

Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan ke atas kaki hadapan.

Ayunan hadapan dengan membawa raket ke hadapan.

Kontak, membuat punch pada bola dengan ketinggian bahu.

Servis

Servis digunakan untuk memulakan permainan. Terdapat tiga jenis servis iaitu servis cantas, American twist dan servis rata. Servis dimulakan di garisan belakang. Sekiranya menggunakan tangan kanan, letakkan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan berada 30-35 cm di belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya. Terdapat empat fasa utama semasa melakukan servis iaitu lambungan, ayun belakang, kontak dan ikut lajak.

Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket (bola hendaklah dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri).

Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan.

Raket ditarik ke belakang di sebelah kanan badan.

Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian maksimum bola menurun dan berada pada aras kontak tertinggi.

Ikut lajak.

Smesy

Smesy ialah pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan jaring. Terdapat empat fasa melakukan smesy iaitu ayunan belakang, ayunan hadapan, kontak dan ikut lajak. Teknik lakuannya adalah seperti yang berikut:

Raket diayunkan ke belakang. Tangan yang tidak memegang raket mengimbangi badan. Mata fokus kepada bola.

Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola di kontak.

Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul bola dengan kuat masuk ke gelanggang lawan.

Ikut lajak

Lob

Lob ialah hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada di kawasan jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi membolehkan pemukul mendapatkan semula posisi mengawal gelanggang.

Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.

Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan raket bermula dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik tinggi.

Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak.

3.0PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SUKAN TENIS

Pertandingan

Pertandingan diadakan mengikut jantina dan jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu(di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta beregu campuran(di mana dua pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.

Pegawai Permainan

Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu di luar tempat jaring dipasang. Biasanya tempat duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dan pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

Kiraan Mata

Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set terdapat sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Setiap pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya akan dikira 15-0, manakala mata kedua yang dipungut dikira 30-0 dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperoleh oleh pemain berkenaan akan menamatkan permainan dan memberi kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.

Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata yang sama, matanya dikira 40-40. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemain harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Oleh itu, pemula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua, pemain akan membuat servis di sebelah kiri gelanggangnya dan pungutan mata akan dikira seperti yang sebelumnya. Seseorang pemain haruslah memperoleh enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5, permainan akan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain akan dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

Memulakan permainan

Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

Dalam permainan dan Tamat permainan

Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.

Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

4.0KEMUDAHAN DAN PERALATAN SUKAN TENIS

Gelanggang

Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda di dalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.

Bola Tenis

Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah di antara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah di antara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Raket

Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah di antara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah di antara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pegangannya.

Pakaian

Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.

Pakaian Tenis Lelaki

Pakaian Tenis Wanita

https://sites.google.com/site/royalmalaysianmavytennisclub/home/sejarah-penubuhan/asal-usul-tenis

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/13577-sukan-tenis.html

http://gsport-gsport.blogspot.com/2011/06/sejarah-permainan-tenis.html

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm

https://www.scribd.com/doc/35459949/Folio-Pendidikan-Jasmani-Tingkatan-4-Tenis#download

http://dalila-adnan.blogspot.com/2012/04/kemahiran-asas-sukan-tenis.html