Upload
mohamad-rizzal-wahab
View
88
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
1. Taklimat ringkas 8-92. Orientasi 9-10303. Pemasangan khemah1030-12304. Makan tengahhari & merarau1230-14005. Kajian flora dan fauna 1400-17006. Iktiar hidup 1700-18307. Solat/tazkirah 1830-20308. Ldk1 2030-22009. Minum malam 2200-223010.Tidur11.Senaman pagi 0615-073012.Minum pagi 0730-080013.Keselamatan dan keyakinan di air 0830-103014. ,minum15.Taklimat jungle tracking 1100-123016.Solat&mrarau 1230-140017.Jungle tracking 1400-160018.Kemas barang 1630-1730
CONTOH LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1. Rantai Nama Aktiviti : i. Pelajar
akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 – 10 orang setiap kumpulan) ii. Mereka
akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing-
masing. iii. Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran
disebelah kiri pula akan memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang
disebelah kanan tadi. iv. Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan
sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan. v. Begitulah seterusnya sehinggalah
orang yang terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan semua ahli dalam
kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam
kumpulan. 2. Tag Nama Aktiviti : 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad
manila, pen marker, tali rafia dan gunting. 2. Setiap kumpulan akan membuat tag
nama masing-masing dengan kreatif menggunakan bahan yang dibekalkan. 3. Tag
nama tersebut akan digunakan sepanjang program. Tag nama ini akan di nilai
melalui kumpulan diakhir program. 3. Simbol / Logo Diri Aktiviti : i. Pelajar akan
diarahkan untuk mencari satu benda setiap seorang yang terdapat disekeliling
mereka contohnya daun, pen, rumput dan lain-lain. ii. Mereka perlu menerangkan
dalam kumpulan kenapa mereka memilih benda tersebut sebagai simbol atau logo
diri mereka. iii. Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang terbaik yang akan
mewakili kumpulan masing-masing. iv. Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua
kumpulan akan memilih benda yang terbaik untuk dijadikan logo bagi mewakili
kumpulan besar. Nilai / rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri
peserta 4. Bendera / Logo Kumpulan Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan diagihkan 1
meter kain putih / kertas mahjong putih serta marker pen berwarna. ii. Pelajar akan
diberi masa untuk menghasilkan bendera kumpulan mengikut kreativiti kumpulan
masing-masing dan bendera / logo tersebut perlu mempunyai makna. iii. Setiap
kumpulan akan melakukan pembentangan (5 minit) Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti
& membina percambahan minda. Menetapkan matlamat kumpulan. 5. Si Buta Cerdik
Aktiviti : i. Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata bewarna hitam ii.
Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan mengikut jantina. iii. Pelajar
dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan dan di luar dewan sambil tangan
berpegangan antara 1 sama lain. iv. Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk
menganggu pergerakan mereka. Nilai / rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan
membina keyakinan diri. 6. Permainan Duit Aktiviti : i. Pelajar diedarkan duit kertas /
syiling yang berlainan nilai setiap seorang. ii. Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah
duit RM1 akan digunakan iii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul
dalam kumpulan mengikut nilai terkumpul yang perlu disediakan iv. Contohnya,
fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul duit untuk membeli beras
yang bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang
terkumpul sebanyak RM2. v. Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan
diarahkan duduk supaya dapat mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam
kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat
bekerja dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan saling memerlukan. 7. Straw Aktiviti :
i. Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1 atau 2 paket straw) ii. Pelajar
diarahkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk bangunan dengan
menggunakan bahan buatan dari straw ini sahaja. iii. Pelbagai bentuk bangunan
akan dihasilkan dan fasilitator akan menguji kekuatan / keteguhan binaan setiap
kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan
pelajar. 8. Ciptaan Aktiviti : i. Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di
setiap kumpulan. ii. Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang
menggambarkan masa depan seorang hero. iii. Untuk itu, setiap kumpulan akan
memilih seorang hero yang akan dipakaikan dengan pakaian tersebut Nilai / rasional
aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke hadapan 9.
Surat menjadi watak atau superhero ? Aktiviti : i. Kertas A4 akan diedarkan kepada
pelajar ii. Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong kepada 4 bahagian.
Bahagian 1 : Ditulis nama penuh Bahagian 2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat
iii. Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan dalam satu bekas / kotak sebelum
diagihkan semula kepada setiap ahli kumpulan. iv. Nama yang diperolehi adalah
perserta yang melakonkan watak masing-masing. v. Sebelum bermula setiap sesi,
tulis surat untuk menjadi watak apa dan dikembalikan semula ke dalam kotak untuk
dibaca . Nilai / rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain.
Sanggup menerima kritikan bagi merubah diri kearah yang lebih baik. 10. Rumusan
Akhir Pemimpin Aktiviti : 1. Diakhir aktiviti LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti
tentang tujuan Program RIMUP.