Upload
ida-mintarina
View
55
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
1/16
Teori dan ModelPengajaran & Pembelajaran
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
2/16
Konsep Teori
Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasarpembentukan sesuatu ilmu pengetahuan
Teori juga merupakan satu rumusan daripadapengetahuan sedia ada yang memberi panduanuntuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan
maklumat baru
Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini
boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yangutama, iaitu, behavioris, kognitif, sosialdan humanis
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
3/16
Teori Behaviorisme
Mazhab behaviorisyang diperkenalkan oleh Ivan Pavlovdan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner,berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan
dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaranmereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan jugapemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan sepertianjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka
menumpukan ujian kepada perhubungan antararangsangandangerakbalasyang menghasilkanperubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behaviorismenyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajarsama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskanbahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawaldan diramal.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
4/16
Teori Kognitif
Mazhab kognitifpula berpendapat bahawa pembelajaranialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal
fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsungdaripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif sepertiBruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai
jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah
dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dankebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran merekaadalah bertumpu kepada cara pembelajaran sepertipemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,
penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusiamemiliki struktur kognitif, dan semasa prosespembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat didalam ingatan.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
5/16
Teori Sosial
Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajarandengan menggabungkan teori mazhab behaviorisbersama
dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagaiTeori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokohmazhab sosialini menyatakan bahawa prosespembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan dengan menggunakan pendekatanpermodelan.Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatianpelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan
oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akandapat memberikan kesan yang optimum kepadakefahaman pelajar.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
6/16
Teori Humanisme
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusiabergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli
mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiapindividu itu mempunyai cara belajar yang berbeza denganindividu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatandalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dirancang dan disusun mengikut kehendak danperkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskanbahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginanuntuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru
hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberibimbingan supaya potensi mereka dapatdiperkembangkan ke tahap optimum.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
7/16
Model Robert Glazer
Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya denganmembahagikan proses pengajaran kepada empat komponenutama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar,kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankanmaklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektifpengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sediaada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih
berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia adapelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segalaproses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi
meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibinaberlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yangmenitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
8/16
Model Sim
Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa prosespengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antarabeberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan jugaobjektif. Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaransebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan
murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatupersekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaranharus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan murid-murid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser
ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antaraguru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihatdan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsurpersekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuaidengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut,interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran danpersekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya,
keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahapoptimum.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
9/16
Model Taba
Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapatmeningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumatdalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan
dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorangpelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaranatau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melaluiempat peringkat seperti berikut; menyusun data atau faktadengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan,menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori danmemberi label kepadanya, membuat generalisasi ataukesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategoriitu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya,
dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancangpengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi,konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukankaedah pengajaran yang sesuai.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
10/16
Model Latihan Terus
Model Arahan Terus pula merupakan satu modelpengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar
mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yangboleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model inijuga dikenali sebagai Model Latihan dan ModelPengajaran Aktif. Model ini dibentuk khas untuk
merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuanberprosedur (procedural knowledge) yang memerlukansama ada kemahiran asas atau komprensif dan jugaberkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran
langkah demi langkah. Model ini menekankan aspekpemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan olehguru sebelum pelajar melakukannya semula.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
11/16
Model Inkuiri
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untukmendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, ataudaripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik inimemerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankankajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan danmembuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri
terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukanguru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolahrendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidakdiberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh
pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan padaperingkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagimendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagaibidang khususnya bidang pendidikan.
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
12/16
-Menggunakan set induksi yang menarik
-Menggunakan pengalaman pelajar untukmengaitkannya dengan pelajaran baru
-Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar
dengan soalan mencabar
-Mewujudkan semangat bersaing
2. Mewujudkan
motivasi
-Merancang isi pelajaran mengikut
kebolehan pelajar serta susunan yangsesuai
-Menyediakan alat bantu mengajar
-Mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif
1. Mewujudkan
kesediaan belajar
Aktiviti P & PProsesPembelajaran
Contoh Proses Pembelajaran dan Aktiviti P & P
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
13/16
-Menyampaikan pelajaran dari konkrit
kepada abstrak.
-Memberikan nota penting pada akhir
pelajaran.
-Mengilustrasi hubungan fakta dalam
carta
-Mementingkan kefahaman daripadahafalan
4. Mengekalkan
ingatan dan
mengelakkan
lupaan
-Menggunakan alat pandang dengar untukmeningkatkan pengamatan pelajar
-menggunakan ilustrasi dan demonstrasi
yang jelas untuk pelajar mencontohinya
-Menggunakan pengalaman pelajar, teknik
generalisasi, contoh-contoh, bahan dan
situasi yang kjonkrit untuk meningkatkan
penanggapan dan kaedah inkuiri-penemuan
3. Meningkatkanpengamatan dan
penanggapan
Aktiviti P & PProses
Pembelajaran
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
14/16
-Memastikan pelajar menguasai
kemahiran dan memperoleh fakta
dengan tepat dengan ujian ringkas
-Memberi peluang kepada pelajar
mengaplikasikan apa yang dipelajari-Mempelbagai banyak aktiviti latihan
-Memberi aktiviti pengayaan
5. Membantu
pemindahan
pembelajaran
-Mempelbagai dan memperbanyakkan
aktiviti latihan
-Memberi aktiviti pengukuhan dan
pengayaan-Memberi ujian dari masa ke semasa
Aktiviti P & PProses
Pembelajaran
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
15/16
-Menjalankan aktiviti kumpulan untuk
memupuk sikap seperti kerjasama, tolong
menolong, hormat, toleransi dsb.
-Menonjolkan aktiviti budaya sekolah seperti
menyanyi lagu patriotik, kempen kebersihan,
program Minggu Agama dsb
-Menegaskan nilai dlm sesi p & p
-Galakkan pelajar sertai ko kurikulum
7. Memupuk nilai
dan sikap
-Menggunakan teknik menyoal untukmenggalakkan pelajar berfikir
-Mengadakan aktiviti perbincangan
termasuk sumbangsaran, forum dsb.
-Menggunakan teknik penyelesaian
masalah dalam situasi yang sebenar
-Menggunakan soalan bercapah untuk
membimbing pelajar befikir secara analitik,kritik dan rasional
6. MenyebatikanKemahiran
Berfikir
Aktiviti P & PProses
Pembelajaran
5/28/2018 Teori Dan Model Pembelajaran
16/16
SEKIAN
&
TERIMA KASIH