11
JENIS KECERDASAN PELBAGAI Terdapat lapan jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dan kesemua kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang terhadap seseorang individu melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan. Jenis-jenis kecerdasan itu ialah kecerdasan kinestetik, interpersonal, intrapersonal, linguistik/verbal, muzikal, matematikal/logikal, visual/spatial dan semulajadi. KECERDASAN KINESTETIK Kecerdasan pertama yang ingin difokuskan di sini ialah kecerdasan kinestetik. Kecerdasan kinestetik ialah kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah mengeja. Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan

TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

JENIS KECERDASAN PELBAGAI

Terdapat lapan jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner

dan kesemua kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang

terhadap seseorang individu melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan.

Jenis-jenis kecerdasan itu ialah kecerdasan kinestetik, interpersonal, intrapersonal,

linguistik/verbal, muzikal, matematikal/logikal, visual/spatial dan semulajadi.

KECERDASAN KINESTETIK

Kecerdasan pertama yang ingin difokuskan di sini ialah kecerdasan kinestetik.

Kecerdasan kinestetik ialah kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam

menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi

atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan

menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik

(Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan.

Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah

menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan

dengan pergerakan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih

dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan

seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan

kaedah mengeja. Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis mesin,

yang amat berbeza daripada objek tiruan di dunia ini. Ia adalah saluran deria rasa

seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti

dimana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan

mereka yang tersendiri.

Page 2: TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah

mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakan

mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka

kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam

kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan

menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu daripada sejak kecil

lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama

dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh

binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.

Bagi kecerdasan kinestetik ini, guru haruslah memainkan peranan yang betul

untuk mendorong dan membina kecerdasan tersebut bagi membangunkan potensi

pelajar yang mempunyai kecerdasan ini. Dalam hal ini, guru boleh menyediakan

aktiviti yang melibatkan diri pelajar dengan aktiviti-aktiviti sukan dan aktiviti kesenian

seperti menari dan berlakon. Guru juga digalakkan menyediakan tempat seperti

studio tarian dan padang untuk bersukan. Tambahan lagi, guru hendaklah

membawa dan menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan sukan atau

tarian. Ini adalah kerana secara teorinya, orang yang mempunyai kecerdasan

badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot dan

aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.

KECERDASAN MUZIK

Kecerdasan kedua yang ingin ditekankan di sini ialah kecerdasan muzikal.

Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran dan

mengurangkan stress. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, muzik adalah gubahan

bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan atau

bunyi-bunyian. Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam

prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk

keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan irama. Menurut

Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar

dengan kecerdasan linguistik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu

mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang

didengari.

Page 3: TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar

digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran

sungai, deruan ombak laut, kicauan burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap

bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila

didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sensitif

kepada irama, pitch, melodi, nada suara, Kebolehan menilai setiap bunyi yang

didengari menjadi satu anugerah apabila mereka mampu membawa genre muzik

yang baru ke dalam industri hiburan tanah air.

Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan muzik juga

digunakan sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti gangguan mental,

ADHD, autism, dan pelbagai penyakit kronik melaui melodi dan irama yang

didendangkan. Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini mampu

menghasilkan muzik yang baru, segar dan sedap didengar. Kecerdasan ini boleh

dirangsang terutamanya dalam kalangan kanak-kanak iaitu dengan

memperdengarkan muzik, bermain alat muzik, bernyanyi dan sebagainya manakala

bayi dalam kandungan juga dapat dirangsang dengan memperdengarkan muzik.

Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya

menjadi selebriti yang terkenal sebagai penyanyi, penggubal lagu, komposer,

penulis lirik dan pengarah teater yang cemerlang. Terdapat juga koreografer dan

penari yang memiliki kecerdasan dalam bidang muzik.

Oleh kerana pelajar yang mempunyai kecerdasan muzikal ini lebih cenderung

kepada bunyi-bunyian dan muzik, guru boleh memainkan peranan dengan

menjalankan aktiviti yang memerlukan pelajar untuk membuat nyanyian lirik atau

saranan muzik dan mengadakan lawatan bersama pelajar ke persembahan

orchestra filharmonik. Di samping itu, guru juga boleh menyediakan aktiviti menulis

semua lirik lagu untuk mengajar konsep-konsep yang tertentu. Jika guru ingin

mengadakan aktiviti lakonan, guru boleh juga menggalakkan pelajar untuk

menggunakan muzik dalam lakonan yang dipersembahkan oleh mereka. Hal-hal

sebegini secara tidak langsung akan dapat mengembangkan lagi dan menyerlahkan

potensi pelajar-pelajar yang cemerlang dalam seni muzik di samping

membangunkan potensi pelajar dalam kecerdasan muzikal ini.

Page 4: TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

KECERDASAN INTERPERSONAL

Kecerdasan seterusnya yang ingin dibincangkan di sini ialah kecerdasan

interpersonal. Kecerdasan interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi.

Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi,

tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran

bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan

murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993),

kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai

contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program

motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama

berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan

sosial murid tersebut.

Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial

dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-

kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan.

Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan

keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan

interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh

itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh

dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.

Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan

apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan

pendapat. Sebenarnya kecerdasan interpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan

antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam

membuat sesuatu permainan. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya

akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi

vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti

guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.

Page 5: TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

Dalam membina dan mendorong kecerdasan interpersonal yang ada dalam

diri pelajar ini, guru disarankan agar memainkan peranan dengan baik bagi

membangunkan potensi pelajar sama ada di bilik darjah atau peringkat sekolah.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menjalankan aktiviti yang

melibatkan kerja kumpulan seperti melakukan aktiviti secara berpasangan dan

berkumpulan. Ini adalah bagi memastikan pelajar dapat meningkatkan lagi

kemahiran interpersonal mereka dan berinteraksi dengan baik dengan rakan

semasa melakukan aktiviti. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan aktiviti bermain

kuiz, menyampaikan maklumat dan bermain jual beli. Sebagai tambahan, guru

seharusnya menyediakan bahan bantu belajar yang menarik seperti kad soalan kuiz,

kad abjad, kad gambar bahan dan lain-lain.

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Kecerdasan terakhir yang ingin dibincangkan ialah kecerdasan intrapersonal.

Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan

seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan

terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak,

motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati

diri. Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak

termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan

dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh

seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab

sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.

Page 6: TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka

bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga

sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika

seseorang itu merupakan pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian

dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah

seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka

bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta

mempunyai keperibadian yang tertutup. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan

banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah,

jurumeditasi, ahli psikologi dan lain-lain.

Dalam hal ini, guru boleh memainkan peranan bagi membina dan

meningkatkan lagi kecerdasan intrapersonal yang ada dalam diri pelajar dengan

menyediakan aktiviti yang boleh melatih kecerdasan intrapersonal seperti

menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita dan mengarang cerita. Pelajar

yang mempunyai kecerdasan intrapersonal adalah seperti mempunyai ciri yang

sensitif. Pembelajaran yang berkesan ialah dilakukan secara individu. Oleh itu,

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh melakukan aktiviti refleksi

kendiri. Sebagai contoh, guru memberikan satu soalan kepada pelajarnya seperti

“Apakah yang kamu minati?”. Kemudian pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan

intrapersonal akan menilai dirinya sendiri dengan menceritakan tentang dirinya

seperti “Apa yang saya minati?”, “Mengapa saya meminatinya?” dan “Apa yang saya

lakukan?”. Melalui slot-slot sebegini, ia akan dapat membina potensi pelajar dalam

kecerdasan intrapersonal.

Page 7: TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

REFLEKSI

Sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus bagi subjek Ilmu Pendidikan

ini, saya telah memperoleh banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya

sebagai guru. Setelah banyak membuat rujukan dan perbincangan bersama rakan-

rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang Teori Kepelbagaian

Kecerdasan yang ditemui oleh Howard Gardner yang sebelum ini saya tidak pernah

didedahkan secara terperinci seperti ini.

Di samping itu, saya juga mula merasai kepentingan Teori Kepelbagaian

Kecerdasan oleh Howard Gardner ini terhadap diri saya kerana setiap pelajar

mempunyai kecerdasan yang berbeza dan sebagai guru, semua ilmu ini pasti saya

perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu

mencabar. Saya sebagai guru yang mengajar di sekolah pasti akan menghadapi

pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui

pembelajaran Ilmu Pendidikan secara amnya dan Teori Kepelbagaian Kecerdasan

secara khasnya ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat

persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,

dengan izin Allah s.w.t., saya akan praktikkan sebaik mungkin dalam kerjaya saya.

Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan

terus bermanfaat kepada saya dan para pelajar. Tambahan lagi, saya juga mulai

sedar bahawa kepentingan subjek Ilmu Pendidikan ini di mana dengan hanya betul-

betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai seorang

guru dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, sepanjang proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya

laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara

kami menjadi semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasama pensyarah dan

semua rakan juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja

kursus ini. Saya juga dapat mengenali dengan lebih mendalam akan sikap dan

sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekali gus dapat

mengukuhkan lagi hubungan dua hala kami.

Page 8: TEORI KECERDASAN PELBAGAI- esaimen.docx

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-

rakan bagi melaksanan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan

meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini secara tidak langsung dapat melatih

saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan membuat persediaan untuk

menjadi guru yang lebih berkualiti dan efektif. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan

oleh pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini telah

membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan

berusaha untuk tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus Ilmu Pendidikan ini telah

memberikan banyak manfaat kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai

profesion perguruan yang mulia ini. Ia juga dapat menambahkan lagi semangat saya

untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang

seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.