37
2 1.0 PENDAHULUAN Bidang kesusasteraan Melayu di negara ini telah mengalami perkembangan dan kemajuan setelah lahirnya tokoh-tokoh sastera yang berjuang untuk meletakkan sastera di tempat yang sewajarnya. Tokoh-tokoh ini bukan sahaja menumpukan terhadap penghasilan karya-karya seperti prosa, cerpen, dan sebagainya tetapi telah berjaya menghasilkan teori –teori sastera yang beridentitikan atau berdasarkan kemelayuan. Oleh itu, dengan adanyan tokoh-tokoh sastera seperti Mana Sikana, Abdullah Hussain, Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh dan ramai lagi telah membawa perubahan baru apabila sastera Melayu tidak lagi dibayangi oleh sastera-sastera dari Barat yang jauh daripada dunia Melayu. Sebagai contoh, Mana Sikana telah berjaya merubah wajah sastera dan kesusasteraan di negara ini dengan kehadiran teori-teori yang bersifat mandiri. Penulisan ini bukan sahaja membincangkan tentang karya-karya atau penulisan yang telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh sastera tetapi membincangkan juga tentang latar belakang mereka. Hal ini demikian kerana telah menjadi lumrah kehidupan, ramai yang hanya mengetahui nama dan karyanya sahaja tetapi tidak pada latar

Teori-mana Sikana Full

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teori-mana Sikana Full

2

1.0 PENDAHULUAN

Bidang kesusasteraan Melayu di negara ini telah mengalami perkembangan dan kemajuan

setelah lahirnya tokoh-tokoh sastera yang berjuang untuk meletakkan sastera di tempat yang

sewajarnya. Tokoh-tokoh ini bukan sahaja menumpukan terhadap penghasilan karya-karya

seperti prosa, cerpen, dan sebagainya tetapi telah berjaya menghasilkan teori –teori sastera yang

beridentitikan atau berdasarkan kemelayuan. Oleh itu, dengan adanyan tokoh-tokoh sastera

seperti Mana Sikana, Abdullah Hussain, Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh dan ramai

lagi telah membawa perubahan baru apabila sastera Melayu tidak lagi dibayangi oleh sastera-

sastera dari Barat yang jauh daripada dunia Melayu. Sebagai contoh, Mana Sikana telah berjaya

merubah wajah sastera dan kesusasteraan di negara ini dengan kehadiran teori-teori yang bersifat

mandiri.

Penulisan ini bukan sahaja membincangkan tentang karya-karya atau penulisan yang

telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh sastera tetapi membincangkan juga tentang latar belakang

mereka. Hal ini demikian kerana telah menjadi lumrah kehidupan, ramai yang hanya mengetahui

nama dan karyanya sahaja tetapi tidak pada latar belakang atau asal usul kewujudan sasterawan-

sasterawan yang telah berjaya dan mengharumkan nama negara dalam bidang kesusasteraan.

Dengan kehadiran telah berjaya menarik minat dan tumpuan sasterawan Barat untuk mengkaji

dan menilai sastera Melayu terutamanya dalam aspek teori dan kritikan di Malaysia. Selain itu,

aspek pendidikan yang diterima oleh tokoh sastera ini juga ditilik kerana bidang sastera di

Malaysia tidak akan berada di berjaya tanpa penggait yang mempunyai keintelektualan yang

tinggi.

Page 2: Teori-mana Sikana Full

3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk beberapa tujuan iaitu:

Menjelaskan latar belakang dan pendidikan tokoh yang terlibat dalam dunia

kesusasteraan.

Menghuraikan idea-idea teori strukturalisme yang dikemukan oleh tokoh-tokoh.

Menghurai dan menjelaskan karya-karya kritikan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh

sastera.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Melalui kaedah ini, buku-

buku rujukan yang digunakan diperoleh dari perpustakaan universiti untuk mendapatkan

maklumat atau data yang diperlukan. Selain itu, maklumat atau data juga diperoleh dengan

menggunakan kaedah media elektronik iaitu mendapatkan maklumat daripada sumber

internet, blog dan sebagainya.

Page 3: Teori-mana Sikana Full

4

4.0 SUMBER DATA

Antara tokoh yang dipilih untuk dikaji secara mendalam ialah:

TOKOH ASPEK YANG DIKAJI

1. Mana Sikana

2. Abdullah Hussain

3. Shahnon Ahmad

4. Muhammad Haji Salleh

Latar belakang, pendidikan, idea teori yang

dicipta, karya kritikan yang dihasilkan dan

gambar tokoh.

5.0 HASIL KAJIAN

(I) MANA SIKANA

Latar Belakang Tokoh

Mana Sikana atau nama sebenarnya ialah Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah. Beliau

menggunakan nama pena Mana Sikana dalam setiap penerbitan bukunya di Malaysia dengan

nama penanya itu. Mana Sikana atau nama sebenarnya Abdul Rahman Napiah merupakan salah

seorang pengarang sastera Melayu Malaysia. Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1945 dan telah

dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah bersekolah rendah di Sekolah

Umum Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Kemudian, menyambung pelajarannya di Sekolah

Izuddin Shah, Ipoh, Perak sekitar tahun 1959 sehingga 1967. Selepas itu, beliau menuntut di

Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur sekitar tahun 1967 sehingga 1968, dan seterusnya

Page 4: Teori-mana Sikana Full

5

menjadi seorang guru di Johor Bharu selama lima tahun. Pada tahun 1974, beliau telah

menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan telah mendapat Ijazah

Sarjana Muda Persuratan Kelas Pertama. Kemudian, tokoh kritikan ini sekali lagi menyambung

pengajiannya dengan meneruskan Ijazah Sarjana pada tahun 1980, dan menyambung lagi dengan

mengambil Doktor Falsafah pada tahun 1990. Mana Sikana juga pernah bertugas sebagai

pensyarah dan profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu, di Universiti Kebangsaan

Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah di Institut Pendidikan

Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Mana Sikana atau Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah telah mendapat Ijazah

Doktor Falsafah (Kesusasteraan Melayu / Sastera Moden Drama) di Universiti Kebangsaan

Malaysia pada 01 Oktober 1991. Selain itu, beliau juga mendapat Izajah Sarjana (Kesusasteraan

Melayu) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 01 Oktober 1981. Beliau sentiasa bergiat

khusus dalam bidang kesusasteraan. Beliau juga telah membuat penyelidikan tentang kajian

drama dan teater, teori dan kritikan sastera, kajian sastera Islam dan penulisan kreatif.

Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang akademik iaitu (Skim Tenaga

Pengajar Khas) Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada

November 2010 sehingga Oktober 2011, (Profesor Madya) Fakulti Bahasa dan Komunikasi,

UPSI pada November 2010 sehingga Oktober 2010, (Skim Tenaga Pengajar Khas) Fakulti

Bahasa dan Komunikasi, UPSI pada November 2010 sehingga sekarang, (Profesor Madya)

Asian Languanges & Cultures, Nanyang Technological University, Singapore pada 10 Disember

2001 sehingga 15 November 2010, (Profesor Madya) Jabatan Persuratan Melayu, Universiti

Kebangsaan Malaysia pada 01 Julai 1993 hingga 09 Disember 2001, (Pensyarah) Jabatan

Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 01 Jun 1981 hingga 30 Jun 1993 dan

Page 5: Teori-mana Sikana Full

6

(Tutor) di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 01 Februari 1979

hingga 30 Mei 1981.

Idea Teori

Mana Sikana telah berjaya menambah beberapa pendekatan yang baru dalam dunia kritikan

sastera di Malaysia melalui beberapa teori yang baru diperkenalkannya melalui kritikan-kritikan

yang pernah dibuat. Antara teori yang baru dibuat oleh beliau adalah seperti Teori

Intertekstualiti, kritikan sastera berunsurkan Islam: Teori Taabudiyyah dan Teori Sastera

Teksdealisme.

Kritikan Sastera berunsurkan Islam iaitu teori taabudiyyah bertunjangkan kepada dua

criteria iaitu bagi pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak Islamiah. Teori berunsurkan

keislaman ini telah dibuat oleh sebab terdapat sebilangan orang yang mengganggap bahawa

dalam Islam sendiri, tidak terdapat kritikan, atau tidak ada kriteria dan pendekatan Islam. Seperti

yang telah kita ketahui, sejak dahulu lagi, telah lahir pelbagai sayembara yang berunsurkan

sastera Islam dan juga telah melibatkan beberapa tokoh penting antaranya Yusof Zaki Yaakob.

Dengan adanya karya berunsukan keislaman ini, maka kritikan Islam juga harus dilahirkan. Hal

ini juga adalah disebabkan oleh pendekatan tradisi Barat yang digunakan selama ini juga

hendaklah diubahsuaikan. Kita perlulah menyaring atau menyunting aspek-aspek yang

bertentangan dengan Islam kerana banyak pendekatan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan

unsur-unsur keislaman. Terdapat beberapa pendekatan yang dibuat berdasarkan teori tabudiyyah

ini iaitu pendekatan yang membicarakan aspek latar belakang penulisnya, pendekatan yang

menganalisis aspek isi karya dan pendekatan yang membicarakan sekitar aspek teknik penulisan.

Page 6: Teori-mana Sikana Full

7

Menurut Mana Sikana (1996 : 75), teksdealisme merupakan gabungan daripada dua patah

perkataan iaitu ‘teks’ dan ‘idealisme’ yang mendefinisikan teks sebagai susunan idea dan

pengalaman yang mengandungi makna yang berlapis-lapis dengan mempunyai sifat-sifat

keunggulan. Teori sastera teksdealisme dihasilkan oleh sebab beberapa faktor antaranya ialah

kelembapan perkembangan sastera kita. Mana Sikana (2001 : 5) telah menjelaskan:

“Situasi sastera kita dalam keadaan lembab. Tidak banyak berubah. Sukar untuk

mencari teks kanon. Tidak ramai yang sampai ke taraf unggul. Sastera kita tidak pernah

menjejakkan kaki ke dunia internasional. Segala keperihalan keadaan ini, membuat saya

terfikir untuk mencari ubatnya. Sastera kita memerlukan suatu proses rawatan, tidak

sahaja untuk menyembuhkannya, juga menjadi kuat, kukuh dan berhayat. Maka teori

teksdealisme ini diciptakan sebagai usaha pembinasaan kelembapan kea rah dinamika

dan maju. Namanya pun diambil daripada kata ideal, unggul, diharapkan ia dapat

melahirkan teks, pengarang dan khalayak yang idealistik.”

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa, teksdealisme itu membawa makna teks yang

unggul. Teks yang unggul bermaksud teks yang mengandungi nilai dan juga mutu yang

tinggi. Oleh sebab itu, teori teksdealisme ini juga dikenali sebagai sebuah teori

keunggulan.

Karya Kritikan

Terdapat beberapa hasil Mana Sikana atau nama sebenarnya Profesor Madya Dr. Abdul Rahman

Napiah dalam bidang kritikan kesusasteraan. Antara karya kritikan yang dihasilkan oleh beliau

telah dijadikan sebagai rujukan pengkaji-pengkaji sastera untuk lebih mendalami kajian mereka.

Antara buku-buku yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Aliran dalam Sastera Melayu pada

tahun 1983, Esei dalam Kritikan Drama pada tahun 1983, Kaedah Kajian Drama pada tahun

Page 7: Teori-mana Sikana Full

8

1985, Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah pada tahun 1986, Asas Menganalisa Sastera

pada tahun 1988, Di Sekitar Pemikiran Drama Moden pada tahun 1989, Pendekatan

Kesusasteraan Melayu Moden pada tahun 1980, Tuah-Jebat dalam Drama: Satu Kajian

Intertekstualiti pada tahun 1994, Teori Sastera Teksdealisme pada tahun 1996, Teori dan

Kritikan Sastera Moden pada tahun 1998, Teori Sastera Kontemporari pada tahun 2005, dan

Teori dan Kritikan Sastera Malaysia dan Singapura juga pada tahun 2005.

Beliau juga banyak menghasilkan esei-esei kritikan di dalam majalah dan juga akhbar-

akhbar tempatan. Mana Sikana banyak membuat kritikan melalui tulisan-tulisannya yang pernah

tersiar dalam beberapa buah majalah tempatan, termasuk Dewan Sastera, Dewan Masyarakat,

Jurnal perisa (Utusan), Berita Harian dan Berita Mingguan, Utusan/Mingguan Malaysia dan

majalah Dewan Bahasa, antaranya ialah:

i) Mana Sikana (2008). Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden. Jurnal e-

UTAMA, 1 (Jilid 1, Bilangan 1 Januari – Jun 2008), 60 – 82.

ii) Mana Sikana (2007). Disiplin Pengajian Budaya dan Transformasi ke Teori Sastera

Budaya. Jurnal Aswara, 2 (1/2007), 41 – 63.

iii) Mana Sikana (2005). Pengajaran dan Pembinaan Bahasa dalam Konteks Pendidikan

Drama. Jurnal Aktivis, 1(5), 116 – 138.

iv) Mana Sikana (2003). Wacana Bahasa dalam Teori Sastera Pascamoden. Jurnal

Bahasa, 3(4), 505 – 536.

v) Mana Sikana (2002). Semiotik: Kajian Bahasa dan Sastera. Jurnal Bahasa, 2(3), 325

– 341.

vi) Mana Sikana (2002). Usman Awang: Shifting as Realist to Meta-historiographer.

Malay Literature, 15(2), 37 – 57.

Page 8: Teori-mana Sikana Full

9

vii) Mana Sikana (2002). The Strength of Zakaria Ariffin’s Drama. Malay Literature,

15(1), 1 – 11.

viii) Mana Sikana (2001). The Theory of Literature: Theory of Taabudiyyah. Malay

Literature, 14(2), 54 – 75.

ix) Sastera Arab Parsi dan Hubungannyadengan Sastera Melayu.

x) Novel Sampah Kesan Sebuah Falsafah, dalam Dewan Sastera, Mei 1971.

xi) Teori New Historisme, dalam Dewan Sastera, Ogos 1977.

xii) Historisme Baru, dalam Dewan Sastera, Ogos 2001.

xiii) Teori Bacaan Idealistik, dalam Majalah Penulis, Mac 1994.

(II) ABDULLAH HUSSAIN

Latar Belakang

Nama sebenar Abdullah ialah Abdullah Hussain. Abdullah dilahirkan pada 25 Mac 1920 di

Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Dari tahun 1926-1931, beliau terdidik di Sekolah Melayu

Sungai Limau, hingga lulus Darjah V. Keinginannya untuk menjadi guru pelatih selepas lulus

Darjah V itu hanya ibarat buih di atas air apabila permohonannya ditolak. Peristiwa pahit itu

menguatkan azam Abdullah untuk melanjutkan pelajaran. Beliau menyambung pelajaran di

Sekolah St. Michael, Alor Setar hingga lulus Darjah VII tahun 1935. Pendidikan Abdullah di

Sekolah Melayu memberinya asas kepada kekuatan bahasa Melayunya. Sementara pendidikan

Inggeris bersama-sama pelajar-pelajar bukan Melayu telah memberinya dua faedah sampingan.

Pertama, penguasaan bahasa Inggeris yang kemudiannya digunakan sebagai wahana menikmati

dan menterjemah karya asing. Kedua, pergaulan yang memberinya asas persefahaman pelbagai

Page 9: Teori-mana Sikana Full

10

kaum, yang kemudian mengapungkan kefahaman itu sebagai tema dalam beberapa buah karya

kreatifnya.

Setelah lulus Darjah VII dari Anglo Chinese School pada tahun 1935, iaitu suatu

kelulusan yang agak tinggi pada zamannya, adalah sedikit aneh kerana Abdullah tidak mahu

meneruskan cita-citanya untuk menjadi guru pelatih. Sebaliknya, Abdullah bekerja buat pertama

kalinya sebagai penjaga stor sebuah perusahaan lombong bijih timah di Pahang dalam tahun

1939. Tugasnya di perusahaan lombong itu tidak lama kerana pada akhir tahun tersebut Abdullah

memulakan tugas baru di Pulau Pinang sebagai pembantu akhbar Sahabat di bawah pengarang

Ahmad Noor Abdul Shukoor. Pemergian Abdullah pemuda desa ke Pahang dan Pulau Pinang

telah merintis perkelanaannya yang lebih jauh dan beragam dalam kehidupannya serta dunia

kreatifnya. Sungguhpun perkelanaan seterusnya tidak selamanya nikmat seperti berenang di

lautan madu, tetapi sejak lebih 50 tahun lalu Abdullah tidak menoleh ke belakang lagi.

Dalam tahun1940, Abdullah bertugas sebagai pembantu pengarang akhbar Saudara.

Walaupun akhbar ini ditutup setahun kemudian, yang sedikit meremangkan mega kehidupannya,

namun mulai tahun itu juga mula terpancar cahaya intan kepengarangannya apabila dua buah

novelnya diterbitkan iaitu Kasih Isteri dan Dia…Kekasihku. Tidak lama sesudah Saudara ditutup,

Abdullah bertugas pula sebagai kerani tukang dobi di kem tentera Inggeris di Sungai Petani,

Kedah, sehinggalah kemaraan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua yang memaksa

Abdullah pulang ke kampung halamannya. Kira-kira sebulan setelah pendudukan Jepun, beliau

dibawa ke Kuala Lumpur oleh pasukan Fujiwara Kikan sebelum dihantar ke Sumatera sebagai

fifth columnist, iaitu perisik utama sebelum sesuatu tindakan dilancarkan. Pendaratan kumpulan

tersebut di Sumatera berakhir dengan penangkapan beliau oleh pemerintah colonial Belanda, lalu

menahannya di Medan. Abdullah hanya dibebaskan apabila tentera Jepun mendarat dan

Page 10: Teori-mana Sikana Full

11

menduduki Sumatera. Sebaik-baik dibebaskan beliau dibawa ke Acheh dan diberi jawatan di

Gunseikanbu sebelum dihantar ke Singapura mengikuti kursus pentadbiran di Syonan Koa

Kunrenzyo selama tiga bulan.

Setelah tamat kursus pentadbiran di Singapura, Abdullah diberi jawatan kerani Gunseibu

di Langsa, yang mendekatkan beliau dengan Acheh, tempat asal orang tuanya. Dengan

kedudukan yang agak stabil, serta berbekal pengalaman dalam bidang penerbitan dan penulisan,

tidaklah menghairankan jika Abdullah turut mendirikan akhbar Aceh Shimbun, menjadi

pemberita dan kembali menulis cereka. Antara karyanya dalam masa Perang Dunia Kedua ialah

novel sejarah “Darah Pembalasan” dan cerpen “Manusia Baru” (1943). Kedua-duanya tidak

diterbitkan. Apabila Perang Dunia Kedua tamat, Abdullah dilantik sebagai kepala polis,

kemudian wedana daerah Langsa. Dengan munculnya semula tentera Belanda sesudah kekalahan

Jepun, Abdullah ikut serta menjadi orang pergerakan sebelum kembali bertugas sebagai Kepala

Polis Pulau Sabang (1947). Dua tahun berikutnya dihabiskan dengan tugas-tugas sebagai ejen

pemerintah Indonesia di Pulau Pinang dan Phuket, Thailand.

Pada tahun 1950, Abdullah kembali ke Sumatera dan bertugas sebagai pengarang majalah

Puspa di Medan. Sempena Hari Buruh tahun tersebut, beliau memenangi hadiah pertama

peraduan menulis cerpen dengan karya berjudul “Kario Buruh Kebun”. Tugas serta cerita

pendeknya itu membayangkan minatnya yang tidak pernah luntur terhadap dunia sastera. Akan

tetapi, masa satu dekad berikutnya memperlihatkan betapa tumpuan terhadap dunia sastera itu

sering direncami oleh keperluan serta tugas yang tidak berpaksi pada alam penulisan

sepenuhnya. Sejak berada di Singapura pada tahun 1951, Abdullah menjalankan pelbagai tugas.

Umpamanya sebagai kerani syarikat perkapalan, pemberita akhbar dan majalah Indonesia,

pengurus syarikat perfileman, pengarang majalah hiburan dan filem, pengurus firma import

Page 11: Teori-mana Sikana Full

12

eksport, penasihat teknik filem Hang Tuah dan beberapa tugas lain yang membawanya ke

Vietnam, Filipina dan Hong Kong.

Mulai tahun 1961, suasana kian membenarkan Abdullah mengharungi alam penulisan

dengan penglibatan yang lebih teratur. Tugasnya di Oxford University Press (1 Januari 1961-31

Disember 1964), Franklin Book Programme (1965-1968), serta di Dewan Bahasa dan Pustaka

mulai 1 Mac 1968 hingga persaraannya pada tahun 1979, memberinya kesempatan yang lebih

luas untuk menulis, menterjemah atau menjadi editor beberapa buah majalah. Malah setelah

persaraannya, Abdullah meneruskan iltizam seninya di sekitar dunia sastera dan penulisan.

Beliau pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, menjadi Ahli Cipta di

Universiti Sains Malaysia dan pegawai di Dewab Bahasa dan Pustaka Negara Brunei

Darussalam. Tidak syak lagi bahawa Abdullah mempunyai riwayat hidup yang sangat kaya dan

beragam. Tidak ramai penulis Malaysia yang telah menempuh keragaman pengalaman hidup

seperti Abdullah. Sejarah politik telah turut mewarnai pengalaman peribadinya, terutama

sebelum, ketika dan selepas Perang Dunia Kedua.

Idea Teori

Sebagai sasterawan, Abdullah pernah menghasilkan puisi dan kritikan sastera, namun

sumbangan Abdullah yang cukup kuat dan penting adalah dalam genre cerpen, novel dan

terjemahan. Bidang prosa kreatif ini telah ditekuninya sejak awal, dan tidaklah menghairankan

apabila mutunya meningkat dari semasa ke semasa. Bagi Abdullah, bahasa yang kreatif dan

indah bukan sekadar untuk menyatakan fikiran atau mengukir suasana hati seorang pengarang,

bahkan juga sebagai alat perakam keanekaragaman pengalaman hidupnya. Dalam hubungan ini,

Abdullah pernah menyatakan bahawa selain imaginasi yang kuat, pengarang perlukan

Page 12: Teori-mana Sikana Full

13

penggunaan bahasa yang kuat. Sebab dengan bahasa, pengarang dapat melahirkan tidak saja

idea, konsep, malah juga gambaran yang paling kompleks dengan bayangan warna yang paling

unik.

Abdullah mengakui bahawa kekayaan kisah hidupnya hasil pengembaraan yang

dilakukannya tidak dapat dirakamkan keseluruhannya melalui wacana sastera. Namun, apa yang

dapat dirakamkan ialah bahasa yang digunakannya cukup segar, dan demikian terasa kesannya.

Novel-novel Abdullah Hussain memaparkan penceritaan yang mudah, dalam erti kata beliau

seolah-olah mengambil sikap bahawa bercerita adalah alat atau cara yang paling mudah, tetapi

menarik untuk menyampaikan dan menjelaskan sesuatu perutusan yang baik. Dengan sikap

sedemikian, beliau mengelak daripada melakukan keruwetan yang kompleks dalam hampir

setiap karyanya. Beliau kurang berminat untuk melakukan percubaan dengan menggunakan

teknik-teknik baru daripada tradisi luar secara melulu. Kejayaan pada karya-karya beliau lebih

banyak bersandarkan kepada bakat alamiahnya sendiri, yang kuat terbentuk oleh lingkungan

tradisi, budaya dan agamanya.

Dalam karya-karyanya Abdullah menggarap berbagai-bagai persoalan daripada soal

kemiskinan dan pembangunan di kampung-kampung kepada soal seni muzik dan pergaulan

bebas di kota, hinggalah kepada hal-hal yang menyentuh keagamaan. Beliau juga meneroka

pelbagai latar kehidupan baik di desa terpencil dengan kehidupan orang kampung yang serba

daif tetapi gigih, hinggalah kepada dunia niaga yang terdiri ahli-ahli perniagaan yang beragam.

Karya Kritikan

1. Ayahanda: Namamu Berpaut di Tiang-tiang Khat

2. 3 Syarat Penting Menjadi Cerpenis

Page 13: Teori-mana Sikana Full

14

3. A Night to Remember

4. Abbas Terlalu Marah

5. Adat Perkhawinan dan Perubatan Tradisional Suku Kaum Tidong

6. Al-Quran Sebagai Mas Khawin

7. Alangkah Baiknya Jika Mereka Memahami Bahasa Malaysia

8. Armijn Pane dalam Kenangan

9. ATL Novel Thailand Menarik

10. Bahana

11. Bahasa Campur Aduk: Membahayakan Pertubuhan Kita

12. Bahasa Kita Sanggup Menerima dan Menolak Unsur Asing

13. Bahasa Malaysia: Penggunaannya Ada yang Salah

14. Bahasa Malaysia: Siapa Patut Jadi Pakar Rujuk?

15. Bahasa Melayu yang Menjadi Igauan

16. Beberapa Hal Mengenai Hakcipta dan Cetak Rompak

17. Beberapa Masalah Mengenai Bahasa

18. Bendahara Sakam Tentang Sepanyol

19. Bercuti Sebulan kerana ‘Royan’

20. Berkenalan dengan Hemingway

21. Berkenalan dengan Novelis Naquib Mahfouz

22. Bertrand Russell: Ahli Falsafah dan Pejuang Keamanan yang Gigih

23. Boestamam Sambut Rombongan ke Hari Sastera

24. Brunei Bersiap Hadapi Sepanyol

25. Budaya Kampung Isan Menarik

Page 14: Teori-mana Sikana Full

15

26. Ceramah Buku Teks dan Hak Cipta

27. Cetak Rompak Menjadi-jadi kerana Malaysia Tidak Sertai KIT

28. Dalam Kenangan: Panglima Bahasa yang Tegas dan Berani

29. Datuk Seri Ali Haji Ahmad Satu Watak yang Unik

30. Debu Chinta Berserakan di Jakarta

(III) SHAHNON AHMAD

Latar Belakang

Menurut Mohd. Yusof Hasan (2007:1) dalam Esei dan Kritikan Shahnon Ahmad, nama

sebenar beliau ialah Shahnon bin Ahmad, Haji, Juwahir, Tutang. Beliau dilahirkan pada 13

Januari 1933 di Banggul Derdap di sebuah pedalaman di Sik, Kedah. Beliau adalah anak bongsu

daripada dua adik beradik. Bapa beliau bernama Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar. Bapa beliau

berasal daripada Sumatera dan meninggal dunia pada tahun 1981. Sewaktu muda, Haji Ahmad

telah mengembara dari tempat asalnya dan berkahwin dengan ibu Shahnon serta menetap di Sik.

Pada mulanya dia bekerja di Jabatan Ukur dan kemudian menjadi posmen. Pada masa Perang

Dunia Kedua, dia menjadi perisik kepada pihak British bagi mendapatkan maklumat-maklumat

rahsia tentang gerakan-gerakan pihak Jepun. Sesuai dengan tugasnya sebagai posmen, dia bebas

masuk ke kubu-kubu tentera Jepun di Gurun dan Guar Chempedak untuk menbantu pihak British

ketika itu.

Haji Ahmad atau panggilan sehariannya Pak Mat, adalah seorang yang sedar akan

pentingnya pelajaran kepada anak-anaknya. Hal ini disebabkan oleh kedudukannya sebagai

orang yang agak berpelajaran berbanding dengan orang Kampung Derdap yang lain pada masa

Page 15: Teori-mana Sikana Full

16

itu. Pengalamannya mengembara seorang diri dari satu pekan ke satu pekan dengan kepayahan

dari seberang memungkinkan dia mempunyai sikap yang berbeza dengan orang kampung itu.

Tindakannya menyekolahkan kedua-dua anaknya iaitu Mohd.Noh dan Shahnon ke

sekolah Inggeris di Alor Setar yang jauhnya 72 kilometer dari Kampung Banggul Derdap telah

dipandang serong oleh orang kampung. Mereka menganggap perbuatannya itu agak luar biasa

kerana sebelum itu belum ada lagi orang yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah

Inggeris. Biasanya apabila seseorang anak di Kampung Banggul Derdap yang tamat sekolah

Melayu akan diserahkan untuk dilanjutkanpelajaran di sekolah agama pondok. Sekolah agama

yang bersistem pondok pada masa itu ialah Pondok Gajah Mati.Di Kampung Banggul Derdap itu

sendiri terdapat sebuah sekolah agama pondok iaitu di Kampung Banggul Kiat. Dengan

pelajaran di sekolah rendah dan pelajaran agama, mereka merasakan seseorang itu sudah cukup

untuk bekalan hidup pada masa depan.

Bagi perbelanjaan persekolahan anak-anaknya, Pak Mat telah menggunakan wang hadiah

perkhidmatannya yang diterima daripada pihak British. Pihak Inggeris yang berkuasa semula

pada tahun 1945 telah menawarkan wang hadiah kepadanya atas perkhidmatannya sebagai

perisik. Oleh sebab dia tidak mampu menyediakan wang untuk anak-anak bersekolah di luar

daerah, Pak Mat mahukan wang hadiah ditukar dalam bentuk biasiswa untuk anak-anaknya. Dia

berjaya dalam permohonan kedua-dua orang anaknya yang merupakan anak Kampung Banggul

Derdap yang pertama sekali mendapat pendidikan Inggeris.

Ibu Shahnon, Hajah Kelsum binti Haji Mohd. Saman, berasal daripada Kampung Poseng,

Pattani, Thailand. Dia merupakan generasi kedua daripada keturunan Pattani yang berpindah dan

bermastautin di Kampung Banggul Derdap. Semua penduduk di kampung itu adalah kaum

Page 16: Teori-mana Sikana Full

17

keluarganya sendiri.Seperti juga kaum keluarganya Mak Kelsum bekerja sebagai petani di sawah

pusaka tinggalan bapanya.Kedua-dua ibu bapa Shahnon adalah orang yang gigih, cekal dan tabah

dalam hidup. Dalam proses sosiolisasi dan pendidikan awal Shahnon, ibunya juga menjadi

pendorong yang kuat sesuai dengan jiwa bapanya yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya

pada masa depan.

Pendidikan dasar yang diterimanya ialah di sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah lima

dalam tahun 1946. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid,

Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan. Kemudian beliau menjadi guru dan mengajar di

Grammer English School, Kuala Terengganu pada tahun 1954. Dari tahun 1955 hingga 1956,

beliau bertugas sebagai Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan. Satu kemalangan

telah menyebabkan beliau berhenti daripada lapangan tentera dan bertugas semula sebagai guru

dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolh Bukit Besar, Kedah dari

tahun 1957 hingga 1959.

Pada tahun 1960, Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid hingga

tahun 1963. Kemudian beliau berpindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Sultan

Abdul Halim hinggalah ke tahun 1967. Semasa di Jitra, Shahnon giat dalam politik dan menjadi

Ketua Penerangan UMNO di Kubang Pasu. Pada tahun 1956, dia bersama rakan-rakan

penulisnya menubuhkan Gabungan Sasterawan Sedar (GATRA). Pada tahun 1968, beliau

berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai pegawai penyelidikan di Australian

National University. Beliau engambil kesempatan itu untuk terus menuntut di ANU sehingga

memperolehi Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971. Sekembalinya ke tanah air, Shahnon

menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan tidak lama selepas itu

ditawarkan berkhidmat di Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah dalam tahun 1974. Di

Page 17: Teori-mana Sikana Full

18

sinilah beliau memperolehi Sarjana Sastera pada tahun 1975. Shahnon kemudiannya dilantik

menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sejak awal tahun 1979. Mulai Jun 1980

Shahnon dilantik sebagai Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia.Pada tahun 1982 Shahnon

dilantik pula menjadi Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Idea Teori

Shahnon Ahmad seawal tahun 1980-an mula beralih kepada pemikiran Islam dan

mengisytiharkan diri sebagai penganut sastera. Sikap Shahnon melambangkan ketidakpercayaan

terhadap prinsip-prinsip kesusasteraan Barat yang ditanggapi menerusi teori-teori dan pemikiran

yang tidak berlandaskan kepada Islam.Sikap prejudis dan pesimis terhadap teori-teori Barat mula

membuak. Hashim Awang, Mohd Affandi Hassan, Shafie Abu Bakar, Mana Sikana, Mohd

Kamal Hassan, Sahlan Mohd Saman, banyak menyuarakan pandangan yang membayangkan

kepada perlunya kesusasteraan tempatan memiliki teori sastera dan teori kritikan sendiri.

Sarjana kita pun mulai mengangkat serta mengibarkan bendera jati diri sebagai maruah

suatu bangsa yang bertamadun mewarisi sejarah yang cukup besar jua. Lantas pemikiran serta

pembinaan teori sastera sendiri mulai digerakkan. Asas perbincangan awal tentang sastera

Melayu moden yang diberikan oleh Hamzah Fansuri, Abdullah Abdul Kadir Munsyi dan Syed

Muhd. Naquib Al-Attas telah memberikan kekuatan intelektual kepada Shahnon Ahmad

memulakan pembinaan teori sastera Islam. Bermula awal dekad 70-an dan diperkukuhkan

selama sepuluh tahun, teori Sastera Islam (sekurang-kurangnya untuk gugusan Nusantara) telah

pun diterima khalayak (perbincangan hal ini di bahagian awal tulisan ini). Teori sastera Islam

yang dicipta Shahnon Ahmad dan telah diterima khalayak, membawa tema menulis sebagai

ibadah “kerana Allah dan berhikmah kepada manusia”. Perbincangan tentang novel Ranjau

Page 18: Teori-mana Sikana Full

19

Sepanjang Jalan bertepatan dengan kriteria teori sastera Islam Shahnon Ahmad. Definisinya

jelas, fungsinya mencari unsur-unsur Islam di dalam ciri-cirinya terlihat sebagai karya Melayu,

masyarakat Melayu, pegangan watak serta pengarangnya Islam.

Karya Kritikan

Antara karya kritikan Shahnon Ahmad ialah Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan

Malaysia, 1957 – 1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976,

419 halaman, Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1980, 92 halaman, Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Persatuan

Sejarah Malaysia, 1980, 259 halaman, Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi

bersama), Kuala Lumpur: GAPIM, 1980, 10 halaman, Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera

1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 374 halaman, Novel-

novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1982, 357 halaman, Sastera dan Agama (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1984, 130 halaman.

Antara karya beliau ialah Kembara seorang hamba, Karya Bestari, 2010, Revolusi yang

ditangguhkan, Alaf 21, c2009, Setitis embun semarak api, Alaf 21, 2008, Weltanschauung :

suatu perjalanan kreatif, DBP, 2008, Mahabbah, DBP, 2007, Tonil purbawara : kumpulan cerpen

pilihan, Dawama, 2006, Setitis embun semarak api, Alaf 21, 2006, Muntah (novel berasaskan

gaya dan daya kreativiti kesepontanan), Pustaka Reka, 2000, Shit @ pukimak, Pustaka Reka,

1999, Igauan dan cerita-cerita lain, Fajar Bakti, 1997, Patriarch, DBP, 1995, Ibu adalah

penafsir & sungai, Fajar Bakti, 1995, Pongang sastera : gema karya kreatif dan kesannya

terhadap khalayak, Fajar Bakti, 1995, Detik-detik diri di Daerah daif, DBP, 1995, Corat-coret

Page 19: Teori-mana Sikana Full

20

berkelongsong, Fajar Bakti, 1995, Sastera sebagai seismograf kehidupan, DBP, 1991, Polemik

sastera Islam, bersama Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad, DBP, 1987, Al-syiqaq I, Teks

Publishing, 1985, Protes, Teks Publishing, 1984, Kesusasteraan dan etika Islam, Fajar Bakti,

1981, The third notch and other stories / Shahnon Ahmad; terjemahan oleh Harry Aveling,

Heinemann Educational Books (Asia)Ltd, 1980, Debu merah, Teks Publishing, 1980, Srengenge,

terjemahan oleh Harry Aveling, Heinemann Educational Books (Asia), c1979, Rope of ash :

(rentong), terjemahan oleh Harry Aveling. Oxford University Press, c1979, Selesai sudah ,

Heinemann Educational Books (Asia), 1977, No harvest but a thorn, terjemahan oleh Adibah

Amin, Oxford University Press, c1972, Seketul hati seorang pemimpin, Amalan harian sepanjang

zaman / disemak semula oleh Al Ustaz Hj. Ismail Kamus, At Tafkir Enterprise, [199-], Debu

merah, 1965, Terdedah (1965), Protes, 1967, Perdana, 1969, Menteri, 1976, Kemelut, 1977,

Seluang menolak Baung, 1978, Penglibatan dalam puisi, 1978, Gubahan novel, 1979, Tok Guru,

1988, Ummi dan Abang Syeikhul, 1992, Maha Maha (1999), Nurul Anak Papaku (1999),

Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003, Revolusi Yang Ditangguhkan (2009).

(IV) MUHAMMAD HAJI SALLEH

Latar Belakang

Muhammad bin Haji Salleh merupakan satu nama yang besar dan gah di Malaysia disebabkan

karya-karya yang dihasilkan oleh beliau bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi dalam bahasa

Inggeris. Hal ini demikian kerana, beliau banyak menghabiskan masa di luar negara dan latar

pendidikan yang banyak dipengaruhi oleh bahasa Inggeris. Anak kelahiran Taiping, Perak ini

telah dilahirkan pada 26 Mac 1942 dan mula bergiat dalam bidang kesusasteraan pada tahun

Page 20: Teori-mana Sikana Full

21

1960. Ketika permulaan beliau dalan bidang sastera, karya pertama yang dihasilkan ialah

beberapa buah sajak yang mula ditulis semasa beliau berada di Maktab Perguruan Malaya,

Wolverhampton di England. Oleh itu, insan yang bernama Muhammad Haji Salleh bukanlah

calang-calang orang. Hal ini demikian kerana, bakat beliau mula dicungkil dan terserlah ketika

usia yang muda sedangkan kebanyakan remaja yang seusia dengan beliau masih mencari arah

kehidupan masing-masing.

Beliau mendapat pendidikan awal di Bukit Mertajam iaitu di High School Bukit

Mertajam, Maktab Kuala Kangsar dan kemudianya melanjutkan pelajarannya ke Malayan

Teachers College, Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau mendapat Ijazah Sarjana Sastera

ketika menuntut di Universiti Malaya, Singapura. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Kedoktoran (Ph.D) pada tahun 1970 hingga 1973 di

Universiti Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat. Antara universiti lain yang pernah menjadi

tempat beliau menuntut ilmu ialah Universiti Indonesia, Universiti Malaya dan Universiti of

Hamburg. Jika dilihat pada latar belakang pendidikan beliau, maka tidak hairanlah jika karya-

karya beliau banyak dihasilkan dengan menggunakan bahasa Inggeris. Menurut Sohaimi Abdul

Aziz (2003:19), beliau hanya diajar bahasa Melayu ketika berada di Maktab Melayu Kuala

Kangsar dan ketika berada di High School Bukir Mertajam, beliau belajar bahasa ibunda dengan

cara mentelaah sendiri kerana perlu meduduki Peperiksaan Sijil Rendah (LCE).

Menurut Sohaimi Abdul Aziz (2003:2), ketika Muhammad Haji Salleh berada di

Amerika Syarikat, beliau telah diperkenalkan dengan kesusasteraan Jawa, Bali, Burma dan juga

sastera dari Timur seperti dari China dan Jepun. Namun, beliau mula berjinak dengan sastera

Melayu pada 1970 di Eropah. Terdapat banyak karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau

Page 21: Teori-mana Sikana Full

22

yang mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Menurut Hashim Ismail (2010:402), Muhammad

Haji Salleh banyak menulis esei dan buku sastera. “Puisi Melayu Dewasa Ini” merupakan esei

pertamanya manakala buku pertamanya pula bertajuk “Pengalaman Puisi” Selain itu,

Muhammad Haji Salleh juga terkenal dengan kehebatan dalam bidang teori, kritikan sastera dan

Kesusasteraan Bandingan. Bakat dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam bidang

kesusasteraan menyebabkan beliau diangkat atau mendapat gelaran Sasterawan Negara pada

1990. Beliau merupakan tokoh yang keenam yang menerima Anugerah Sastera Negara daripada

Panel Anugerah Sastera Negara. Antara penulisan beliau yang menjadi pilihan ialah

Menyeberang Sejarah, Puitika Sastera Melayu dan banyak lagi.

Idea Teori

Muhammad Haji Salleh yang kini bertugas sebagai profesor di Universiti Sains Malaysia telah

memperkenalkan satu teori sastera Melayu iaitu Puitika Sastera Melayu pada tahun 1989. Minat

yang mendalam terhadap kesusasteraan Melayu telah mendorong dan membakar semangat

untuk beliau mencipta atau menghasilkan teori sastera Melayu. Menurut Muhammad Haji Salleh

(2006), teori ini telah membuktikan bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai teori tersendiri

dalam bidang kesusasteraan dan tidak bergantung kepada teori daripada Barat. Hal ini demikian

kerana, sastera Melayu terhasil atau terbina berdasarkan bahasa, persekitaran dan falsafah bangsa

Melayu. Menurut Hashim Awang (2010:407), esei atau kritikan sastera yang dihasilkan oleh

sasterawan ini boleh dikelompokkan kepada beberapa kelompok tema besar seperti

kesusasteraan Melayu tradisional yang memfokuskan kepada estetika pantun, perkembangan

kritikan sastera di Malaysia dan hubungan antara kesusasteraan Melayu dengan kesusasteraan

dunia.

Page 22: Teori-mana Sikana Full

23

Teori Puitika Sastera Melayu mengandungi lima konsep iaitu konsep teks, genre,

pengarang, khalayak dan keindahan. Walaubagaimanapun, teori ini mengedepankan atau

mementingkan aspek keindahan yang terkandung dalam sesuatu karya terutamanya dalam

kesusasteraan Melayu tradisional . Muhammad Haji Salleh mengemukakan beberapa ciri-ciri

keindahan yang dapat membina makna sesuatu teks. Antaranya ialah keindahan dalam

pengungkapan kesedihan dan kesusahan, keindahan dalam mendidik, keindahan dalam

penceritaan, keindahan dalam rasa dan keindahan asli. Konsep teks pula, sasterawan ini

menjelaskan bahawa terdapat dua jenis teks iaitu teks lisan dan teks tulisan. Beliau berpendapat

bahawa konsep teks bersifat luwes kerana boleh diubah oleh pengarang, zaman, keperluan

semasa dan keperluan peribadi. Menurut Muhammad Haji Salleh (2006), genre merupakan

aspek yang sering menjadi pendebatan kerana istillahnya terlalu banyak dan mengelirukan.

Menurut Harun Mat Piah (1981,1989) dalam Muhammad Haji Salleh (2006), terdapat tiga puluh

empat istillah yang menunjukkan kepada genre dalam sastera Melayu. Namun, beliau

memendekkan kepada dua belas jenis istillah.

Selain itu, konsep pengarang pula bagi Muhammad Haji Salleh ialah pawang, dalang,

penghulu, penglipur lara dan bidan yang menduduki tempat tinggi dalam masyarakat kecilnya.

Manakala khalayak pula merupakan pihak yang penting kerana khalayak bukan sahaja pihak

yang membaca teks tetapi memberi respon terhadap teks yang dibaca. Teori yang dihasilkan oleh

sasterawan ini dihasilkan melalui kebenaran atau realiti seperti persekitaran, cara hidup,

masyarakat dan pandangan hidup, sikap yang memerlukan peninjauan dalam setiap aspek

tersebut. Menurut Abdul Halim Ali (2011:104), Muhammad Haji Salleh membina kerangka

pemikirannya terhadap konsep teori ini dengan berlandaskan tulisan dan pandangan Vladimir I.

Page 23: Teori-mana Sikana Full

24

Braingsky dan Eagleton. Hal ini demikian kerana, rujukan yang dibuat berdasarkan pandangan

tokoh-tokoh tersebut akan memantapkan dan melengkapkan lagi idealisme teorinya.

Karya kritikan

Kritikan Sastera di Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan

Belia dan Sukan, 1974, 187 hlm.; Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan (antologi bersama),

Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1976, 338 hlm.; Kesarjanaan

Melayu (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1977,

368 hlm.; Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1980, 92 hlm.; Imej dan Cita-cita: Kertas Kerja Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 87 hlm.; Cermin Diri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd. 1986, 208 hlm.

Page 24: Teori-mana Sikana Full

25

6.0 RUMUSAN

Kesimpulanya, bukan mudah untuk mengecapi kejayaan dalam kehidupan kerana terpaksa

menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan di sepanjang perjalanan. Begitu jugalah yang terpaksa

dihadapi oleh tokoh-tokoh sastera untuk memperjuangkan dan memperkembangkan

kesusasteraan. Usaha dan semangat yang ditunjukkan seharusnya menjadi tauladan kepada

peminat atau penggiat sastera dalam mempertahankan kesusasteraan Melayu. Sebagai contoh,

tokoh seperti Muhammad Haji Salleh yang pada dasarnya dipengaruhi oleh sastera Barat telah

mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengangkat sastera Melayu. Kesedaran yang

menjengah di hati beliau telah menjadikan pembakar semangat untuk beliau mendalami sastera

Melayu yang ketika itu tenggelam dan terumbang ambing akibat pengaruh sastera Barat.

Selain itu, pendidikan dan pengalaman yang diterima oleh tokoh-tokoh ini telah menjadi

pencetus kepada kejayaan dan perkembangan sastera di Malaysia. Hal ini terbukti apabila

mereka berjaya menghasilkan teori-teori sastera yang telah menggiat dan mengaktifkan lagi

dunia teori dan kritikan di Malaysia. Sebagai contoh, Teori Struktural yang dihasilkan oleh Mana

Sikana, Teori Puitika Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dan sebagainya yang telah menjadi

panduan atau rujukan kepada ramai pihak dalam dunia kritikan di Malaysia. Selain itu, dengan

kemunculan teori-teori ini telah membuktikan bahawa teori tempatan tidak kurang hebatmya

dengan teori-teori sastera ciptaan sarjana Barat.