23
EDC2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN TEORI PEMBELAJARAN OLEH: ASMAWATI BINTI MOHD RAPA MUSSALMAH BINTI MAULOP

Teori Pembelajaran

  • Upload
    meamr27

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teori Pembelajaran

Citation preview

Page 1: Teori Pembelajaran

EDC2203PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TEORI PEMBELAJARAN

OLEH:ASMAWATI BINTI MOHD RAPAMUSSALMAH BINTI MAULOP

Page 2: Teori Pembelajaran

Pembelajaran

Proses yang menghasilkan perubahan tingkahlaku seseorang individu iaitu sebagai suatu reaksi terhadap satu-satu keadaan yang dihadapi.

Perubahan adalah bukan disebabkan oleh kematangan atau faktor biologi.

Pembelajaran secara umumnya ialah satu proses belajar, iaitu usaha memperolehi pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman yang membawa kepada perubahan seseorang itu dari segi tingkah laku.

Page 3: Teori Pembelajaran

Ciri-ciri Pembelajaran Pembelajaran menunjukkan berlakunya perubahan

tingkahlaku.

Perubahan tingkahlaku akibat dari pengalaman.

Pengalaman diteguhkan atau diberi ganjaran – pengulangan

Pembelajaran bukan disebabkan faktor biologi

Berlaku secara formal, informal atau nonformal

Page 4: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran

Behavioris Kognitif Sosial Humanis Konstruktivisme

Page 5: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran

Manusia belajar melalui berbagai-bagai cara: BEHAVIOURIS – pembelajaran adalah berkaitan dengan

perubahan tingkah laku. KOGNITIF – pembelajaran adalah suatu proses dalaman yang

berlaku dalam akal fikiran SOSIAL – pembelajaran meliputi aspek yang lebih daripada

tingkahlaku yang nyata. HUMANIS – perbezaan individu dan kehendak sikap dalam

pembelajaran KONSTRAKTIVISME – ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di

luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Page 6: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Behaviourisme

Pembelajaran

Perubahan Tingkahlaku

Tingkahlaku dinilai sebelum pnp

Penyusunan rangsangan: Respon dan Pengukuhan

Page 7: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Behaviorisme

1. Teori Pelaziman Klasik Pavlov2. Teori Pelaziman Klasik Watson3. Teori Pelaziman Operan Edward L.Thorndike4. Teori Pelaziman Operan Skinner

Page 8: Teori Pembelajaran

Teori Pelaziman Klasik Pavlov

1. GENERALISASI- Rangsangan yang sama hasilkan tindakbalas yang

sama. cth: peperiksaan biologi / kimia.

2. DISKRIMINASI- Individu bertindak balas dengan sesuatu

rangsangan tertentu sahaja dan tidak pada yang lain.

3. PENGHAPUSAN- Rngsangan terlazim tidak disertai rangsangan tidak

terlazim lama kelamaan terhapus.

Page 9: Teori Pembelajaran

Teori Pelaziman Klasik Watson

Menerangkan tentang perubahan tingkahlaku semasa proses pemelajaran yang membuktikan emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik.

Page 10: Teori Pembelajaran

Teori Pelaziman Operan Thorndike

Mengemukakan konsep pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran iaitu:

1. Hukum Kesediaan2. Hukum Latihan3. Hukum Kesan

Page 11: Teori Pembelajaran

Teori Pelaziman Operan Skinner

Dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.

Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Page 12: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Kognitif

Pembelajaran

Menyusun segala pengalaman

Menyimpan dalam ingatan

Penggunaan: Mengelola, menyusun, mengeluarkan semula pengalaman

Page 13: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Kognitif

1. Jean Piaget2. Jerome Brunner

Page 14: Teori Pembelajaran

Jean Piaget 4 peringkat perkembangan kanak-kanak

a) Deria motor (0 – 2 tahun) Banyak menggunakan deria motor utk memahami dan berinteraksi dengan

persekitaran spt memegang, menghisap . Tidak ada konsep pengekalan. Contoh : barang yang dilihatnya telah disembunyikan, dia tidak berusaha

mencarinya.

b) Praoperasi (2 – 7 tahun) Menggunakan simbol untuk mewakili pelbagai aspek dalam persekitarannya. Contoh : boleh guna perkataan bola bagi mewakili bola sebenarnya. Sudah ada keupayaan berbahasa tetapi bersifat egosentrik. Tidak dapat menggambarkan proses transformasi

Page 15: Teori Pembelajaran

Jean Piagetc) operasi konkrit (7 – 11 tahun)

Masalah abstrak tidak dapat diselesaikan. Pandangan orang lain mula diterima. Pemusatan perhatian mula berkurangan Faham transformasi Proses kebalikan dapat difahami Pemikiran secara logis semakin nyata. Konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab munasabah mula difahami Operasi siri dapat diselesaikan

d) operasi formal (11 tahun ke atas )

Kanak-kanak mula menggunakan penaakulan dan berfikir secara abstrak Sudah berupaya menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak Dapat mengkaji pemikiran & perasaan sendiri Berupaya mengaplikasi prinsip-prinsip, ketika menyelesaikan masalah yang ada kaitan. Membina hipotesis Skemata bertambah bilangan Contoh :Jika X lebih besar dpd Y dan Y lebih besar dpd Z, X adalah lebih besar dari Z. Benar atau Salah?

Page 16: Teori Pembelajaran

Jerome Brunner Pembelajaran Berubah Dalam Tiga Peringkat Kognitif:

1. Peringkat Enaktif (0-2 Tahun)2. Peringkat Ikonik (2-4 Tahun)3. Peringkat Simbolik (5-7 Tahun)

Enaktif Pembelajaran melalui tindakan manipulatif dan tidak melibatkan bahasa.

kanak-kanak bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah.

Bahan maujud perlu dipegang dan digunakan untuk memperolehi pengertian.

Pegang api-panas; lontar bola - melambung

Page 17: Teori Pembelajaran

Jerome Brunner

Ikonik Kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam

fikirannya. dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Cth: bahan tajam – luka air didih - panas

Simbolik kanak-kanak dapat berfikir dengan menggunakan bahasa. simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat

digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak.

Page 18: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Sosial

Diasaskan oleh Albert Bandura. Faktor sosial, kognitif dan tingkahlaku

memainkan peranan penting dalam pembelajaran.

Contohnya, pemerhatian pelajar tentang tingkahlaku dan pencapaian kerjaya ibubapa akan mempengaruhi tingkahlaku pelajar tersebut.

Page 19: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Humanis

Diasaskan oleh Carl Rogers, Abraham Maslow. Menumpukan pada apa yang berlaku dalam

diri seseorang individu seperti perasaan atau emosi.

Menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian.

Page 20: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Humanis

Contohnya: – Pelajar akan belajar apa yang mereka ingin ketahui– Keinginan untuk belajar dan mengetahui cara

belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta.– Penilaian yang dibuat oleh pelajar sendiri lebih

bermakna bagi dirinya.

Page 21: Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Konsruktivisme

Pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperolehi ilmu pengetahuan iaitu murid menerima pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya.

Pengetahuan ini dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Page 22: Teori Pembelajaran

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid

Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru

Page 23: Teori Pembelajaran

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasrat pembelajaran

Menyokong pembelajaran secara koperatif Menggalakkan dan menerima daya usaha dan

autonomi murid Memberi peluang kepada murid untuk

membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.