61
TEORI PEMBELAJARAN DAN TEORI HUMANISTIK MOHAMAD TAJUL ARIF BIN MOHAMAD RANI MOHD IZUAN ALHAM BIN MUSTHAPA SHERYL ANAK MURPHY PENSYARAH PEMBIMBING PUAN SITI BALKEH BINTI OSMAN

teori pembelajaran dan humanis.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: teori pembelajaran dan humanis.pptx

TEORI PEMBELAJARAN DAN TEORI HUMANISTIK

MOHAMAD TAJUL ARIF BIN MOHAMAD RANI

MOHD IZUAN ALHAM BIN MUSTHAPA

SHERYL ANAK MURPHY

PENSYARAH PEMBIMBINGPUAN SITI BALKEH BINTI OSMAN

Page 2: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENGENALAN

Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Humanis adalah teori yang berkaitan dengan pengaruh dan keperluan kehidupan manusia seharian.

Teori-teori ini sesuai diamalkan oleh seorang guru agar dapat melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Page 3: teori pembelajaran dan humanis.pptx

BIODATA ALBERT BANDURA

Dilahirkan di Kanada pada 4 Disember 1925. Mendapat gelaran Ph.D pada tahun 1951 di

Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi.

Ketika menjadi pensyarah, beliau menjadi pensyarah paling disayangi kerana sikap beliau yang sering mengambil berat tentang pelajar.

Mendapat anugerah Saintis Cemerlang Antarabangsa pada tahun 1974. (Sufean Hussain). (1993).

Page 4: teori pembelajaran dan humanis.pptx

6.1.1 : Ulaskan kajian yang dilaksanakan oleh Bandura

Page 5: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KAJIAN BANDURA

Sejumlah kanak-kanak pra sekolah 3-6 tahun dibiarkan menonton

filem yang memaparkan model

yang berinteraksi dengan patung Bobo.

Kanak-kanak dibahagikan kepada

tiga kumpulan

Tindakan model tersebut melibatkan

empat tindakan agresif yang berbeza dan

diikuti ucapan yang berbeza.

Page 6: teori pembelajaran dan humanis.pptx

EMPAT TINDAKAN AGRESIF

Tindakan Agresif Pertama = Model duduk di atas Bobo sambil memicit

dan menampar muka Bobo dan berkata “Pow, right in the face. Boom! Boom!”.

Page 7: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Tindakan Agresif Kedua = Model memukul Bobo dengan tukul

sambil berkata “ Sockeroo, stay down”

Page 8: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Tindakan Agresif Ketiga = Orang dewasa menyepak Bobo sambil

berkata “ Fly Away”

Page 9: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Tindakan Agresif Keempat = Model membaling bola getah sambil

berkata “Bang”

Page 10: teori pembelajaran dan humanis.pptx

BANDURA MEMBUAT MANIPULASIKu

mp

ula

n S

atu • Mereka

hanya menonton separuh sahaja filem. Mereka tidak melihat model dikenakan dendaaan atau ganjaran

Ku

mp

ula

n D

ua • Melihat

model tersebut diberi hadiah seperti soda dan gula-gula dengan kata pujian “ juara yang kuat!”

Ku

mp

ula

n T

iga • Melihat

model sebut dimarahi kerana tindakan agresifnya terhadap Bobo.

Page 11: teori pembelajaran dan humanis.pptx

HASIL DARIPADA MANIPULASI YANG DIJALANKAN BANDURA

• Tahap keagresifan sederhana

Kumpulan Satu

• Tahap keagresifan tinggi

Kumpulan Dua

• Tahap keagresifan rendah

Kumpulan Tiga

Page 12: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PROSES / FASA PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

Tumpuan

Penyimpanan

Penghasilan

Motivasi

Page 13: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PROSES TUMPUAN

Kita hanya akan mempelajari sesuatu tingkahlaku jikalau kita menumpukan perhatian kepada apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Contohnya seseorang murid memerhati cara guru melukis sesuatu.

Page 14: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PROSES PENYIMPANAN

Peristiwa atau tindakan yang diperhatikan kemudian disimpan di dalam ingatan.

Berbentuk imaginasi dan verbal. Imaginasi = Pergerakan kaki guru untuk

mengajar murid menyepak bola. Verbal = Murid menterjemahnya ke dalam

bahasa seperti “ tarik kaki ke belakang” , “ tolak kaki ke hadapan”.

Page 15: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PROSES PENGHASILAN

Keperluan untuk menghasilkan semula apa yang telah kita perhatikan dan menyimpan dalam ingatan kita.

Contoh = Apabila murid-murid belajar bahasa asing, amat penting bagi mereka mendengar sebutan perkataan-perkataan. Kemudian, mereka meyebut kembali apa yang didengar demi menguasai bahasa asing tersebut.

Page 16: teori pembelajaran dan humanis.pptx

MOTIVASI

Kepentingan untuk subjek mempunyai keinginan atau sebab untuk melakukan penzahiran tingkah laku yang diperhati.

Proses motivasi boleh diandaikan seperti peneguhan.

Contoh = -Ali tahu akan dapat menonton televisyen

apabila menyelesaikan kerja rumah, maka Ali menyelesaikan kerja rumah.

- Abu didenda oleh guru sering mengganggu rakannya. Selepas itu, Abu tidak lagi mengganggu rakannya.

Page 17: teori pembelajaran dan humanis.pptx

6.1.2 : Jelaskan jenis-jenis peniruan berdasarkan pandangan Bandura

Page 18: teori pembelajaran dan humanis.pptx

JENIS-JENIS PENIRUAN

Peniruan Langsung

Peniruan Tak Langsung

Peniruan Gabungan

Peniruan Sekat Lakuan

Peniruan Tak Sekat Laluan

Peniruan Elisitasi`

Page 19: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENIRUAN LANGSUNG

Meniru tingkah laku yang ditunjukkan atau ditonjolkan oleh model melalui proses perhatian.

Contoh : Seorang ibu sentiasa mengemas rumah, manakala anaknya mengikut tingkah laku ibunya.

Page 20: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENIRUAN TAK LANGSUNG

Pembelajaran ini biasanya melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung.

Contoh : Seseorang meniru watak yang dibaca dalam novel.

Page 21: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENIRUAN GABUNGAN

Peniruan gabungan bermaksud meniru dan melakukan tingkah laku model-model yang berlainan.

Merangkumi beberapa peniruan langsung, peniruan tak langsung atau kedua-duanya.

Contoh : Seseorang individu meniru cara melukis seorang

rakannya dan cara mewarna daripada seorang pelukis terkenal, kemudian menghasilkan sebuah lukisan yang tersendiri.`

Page 22: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENIRUAN SEKAT LAKUAN

Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai dilakukan dalam situasi yang tertentu sahaja.

Contoh : Seorang murid memakai pakaian seperti watak kartun yang

ditontonnya di televisyen, tetapi fesyen tersebut tidak boleh dipakai di sekolah.

Page 23: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENIRUAN TAK SEKAT LAKUAN

Merupakan tingkah laku ditiru dan tingkahlaku itu boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi.

Contoh = Seseorang kanak-kanak meniru gaya ayahnya yang suka

menolong orang lain.

Page 24: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENIRUAN ELISITASI

Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan.

Contoh = Apabila melihat seseorang berjaya dalam sesuatu pekerjaan, maka timbul keinginan untuk seseorang yang lain meniru kerjaya tersebut.

Page 25: teori pembelajaran dan humanis.pptx

TEORI HUMANISTIK

Page 26: teori pembelajaran dan humanis.pptx

6.2.1 Bincangkan lima keperluan manusia berdasarkan kajian Maslow.

Page 27: teori pembelajaran dan humanis.pptx

ABRAHAM MASLOW

Abraham Harold Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908.Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Maslow lebih menyayangi bapanya dari ibunya.

Page 28: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik – adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada

Maslow. Maslow juga sering dihina oleh ibunya.

Pada zahirnya, Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke

atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia, Maslow

enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.

Maslow amat menyayangi bapanya Samuel.

Page 29: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENDIDIKAN ABRAHAM MASLOW

Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934.

Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 - 1951).

Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts.

Page 30: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10

tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel – artikel berkaitan

dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan dan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.

Page 31: teori pembelajaran dan humanis.pptx

PENGENALAN

Teori Humanistik memberikan perhatian pada dimensi manusia dari aspek psikologi dan pengembangan teori psikologis. (kemanusiaan)

Pembentukan personaliti individu saling berkaitan dengan motivasi kendiri.

Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat bagi memenuhi keperluan.

Seseorang yang mempunyai motivasi diri bermakna ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.

Page 32: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Guru dan murid memerlukan motivasi untuk menggerakkan diri mereka demi mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang.

Motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mengembangkan potensi diri untuk mencapai matlamat dan mendapat penghargaan.

Jika keperluan dipenuhi, seseorang itu boleh mendapat kepuasan yang tidak terhingga.

Page 33: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Maslow menekankan aspek bahawa manusia mempunyai naluri semula jadi yang baik dan mempunyai keinginan untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Kesimpulannya, manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mencapai matlamat tersebut.

Page 34: teori pembelajaran dan humanis.pptx

TEORI HUMANISTIK MENGIKUT PANDANGAN ABRAHAM MASLOW

1. Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai.

2. Individu akan terus bermotivasi untuk mencapai sesuatu matlamat.

3. Keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu.

4. Bagi mencapai tahap kesempurnaan diri, manusia perlu bergerak dan berkembang untuk memenuhi setiap keperluan hidupnya.

5. Susunan keperluan hidup manusia pula membentuk satu hierarki dari yang paling utama kepada yang kurang utama.

Page 35: teori pembelajaran dan humanis.pptx

CIRI-CIRI KEPERLUAN MASLOW

1. Keperluan yang paling asas perlu dipenuhi dahulu.

2. Keperluan fisiologi dan keselamatan muncul semasa masih bayi.

3. Keperluan kasih sayang dan keinginan memperoleh penghargaan kendiri muncul semasa remaja.

4. Keperluan untuk sempurna diri pula muncul semasa pertengahan umur.

Page 36: teori pembelajaran dan humanis.pptx

6. Kegagalan untuk memenuhi keperluan yang lebih tinggi membawa kepada krisis.

7. Keperluan yang lebih tinggi menyumbang kepada kemajuan diri.

8. Setiap peringkat keperluan tidak semestinya dapat dipenuhi dengan sempurna.

Page 37: teori pembelajaran dan humanis.pptx

HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Keperluan Sempurna

KendiriCita-cita

Keperluan Penghargaan

Pujian,sanjungan

Keperluan Kasih SayangPersahabatan,keluarga

Keperluan KeselamatanPerlindungan, pakaian, tempat

tinggal

Keperluan FisiologiMakanan, minuman, kesihatan, udara

Keperluan Psikologi

Keperluan Asas

Keperluan kekurangan

Page 38: teori pembelajaran dan humanis.pptx

a) Keperluan fisiologi manusia adalah terdiri daripada udara, air, makanan dan tempat tinggal.

b) Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi keperluan fisiologi ini belum dipenuhi.

KEPERLUAN ASAS• Keperluan Fisiologi• Keperluan

Keselamatan

Page 39: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN KESELAMATAN

a) Setelah keperluan fisiologi dicapai, manusia akan berusaha untuk bebas daripada sebarang ancaman iaitu ancaman luar mahupun dalaman.

b) Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

Page 40: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN KASIH SAYANG

a) Manusia perlukan hubungan dengan insan lain.

b) Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang lain.

c) Oleh itu, manusia sememangnya tidak boleh hidup bersendirian.

Page 41: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Keperluan kasih sayang terdapat 2 jenis iaitu D-Love (deficiency-love) dan B-Love (being-love)

D-Love ialah apabila individu itu lebih

mementingkan diri sendiri daripada memberi kasih sayang kepada

orang lain.

B-Love ialah individu lebih mengambil

berat serta memberi kasih sayang kepada orang lain daripada

menerima kasih sayang daripada

orang lain.

Page 42: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN PENGHARGAAN

a) Tahap seterusnya adalah keperluan penghargaan kendiri.

b) Manusia ingin dihargai dalam hidup mereka.

c) Pada masa yang sama, kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan juga diperlukan untuk memperoleh penghargaan.

d) Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan berkehendakkan status dalam hidup.

Page 43: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN SEMPURNA KENDIRI

a) Akhir sekali, usaha manusia yang berada pada tahap tertinggi sekali adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

b) Semua tahap keperluan sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu mencapai kesempurnaan kendiri.

Page 44: teori pembelajaran dan humanis.pptx

i. Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.

ii. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.

iii. Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.

Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

Page 45: teori pembelajaran dan humanis.pptx

iv. Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya.

v. Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.

vi. Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.

vii. Bersikap objektif.

Page 46: teori pembelajaran dan humanis.pptx

APLIKASI DALAM P&P

1) Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.

2) Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif.

3) Guru perlu menggunakan pelbagai bahan  yang mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan lain.

Page 47: teori pembelajaran dan humanis.pptx

4) Guru  mesti menentukan proses  pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanfaat. Aktiviti  pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan.

5) Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.

Page 48: teori pembelajaran dan humanis.pptx

6.2.2Dengan memberi contoh-contoh yang relevan, jelaskan masalah-masalah

tingkah laku yang mungkin timbul sekiranya setiap satu jenis keperluan

tersebut tidak dipenuhi.

Page 49: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Jenis Keperluan Kesan gagal memenuhi keperluan

Fisiologi Sakit atau mati

Keselamatan Trauma, gelisah

Kasih Sayang Murung, tidak pandai bersosial

Penghargaan Kendiri Hilang semangat, rendah diri

Sempurna Kendiri Tekanan perasaan, bertindak di luar jangkaan, agresif

Page 50: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Antara kesan yang mungkin berlaku sekiranya keperluan fisiologi gagal dipenuhi adalah individu akan sakit atau mati dan hal ini juga akan memberi kesan kegagalan memenuhi peringkat seterusnya dengan sempurna.

Kegagalan memenuhi keperluan keselamatan diri mendorong kepada rasa gelisah, takut untuk melakukan sesuatu aktiviti dan trauma dengan perkara yang telah berlaku.

Page 51: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Kurangnya keperluan kasih sayang boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi murung, keseorangan, tidak pandai bersosial dan tidak mendengar pendapat orang lain.

Jika kurang rasa penghargaan diri, maka akan wujud rasa rendah diri, kurang upaya dan tidak bermotivasi.

Kegagalan untuk mencapai keperluan sempurna kendiri mendorong kepada tekanan perasaan, bertindak di luar jangkaan dan mungkin akan menjadikan seseorang itu agresif.

Page 52: teori pembelajaran dan humanis.pptx

6.2.3 HURAIKAN BAGAIMANA SESEORANG GURU DAPAT MEMBANTU MURID – MURIDNYA MEMENUHI

SETIAP KEPERLUAN TERSEBUT

Keperluan Fisiologi Keperluan Keselamatan Keperluan Kasih Sayang Keperluan Harga Diri Keperluan Penyempurnaan Kendiri

Page 53: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN FISIOLOGI

Masalah keperluan fisiologi tidak dipenuhi Contoh: Murid tidak makan sarapan

sebelum ke sekolah Kesan: Pelajar tidak dapat menumpukan

perhatian dalam bilik darjah Penyelesaian: Program RMT (Rancangan

Makanan Tambahan) untuk membantu murid – murid yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar

Page 54: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN KESELAMATAN

Masalah keperluan keselamatan dan perlindungan tidak tercapai

Contoh: Murid dibuli atau diperas ugut oleh rakan sebaya di sekolahnya

Kesan: Murid berasa tidak selamat, takut dan fobia ke sekolah

Penyelesaian: Pelancaran PSS (Program Sekolah Selamat)

Page 55: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN KASIH SAYANG

Masalah keperluan kasih sayang dan dipunyai tidak dipenuhi

Contoh: Murid dipulaukan dan tidak diterima keahlian kumpulan tertentu atau guru darjah

Kesan: Murid berasa tersisih, sunyi dan tidak berminat dalam P&P

Penyelesaian: Guru memberi tugasan dalam bentuk kumpulan, memupuk rasa kasih sayang dan memberi layanan secara demokratik kepada semua muridnya.

Page 56: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN HARGA DIRI

Masalah keperluan harga diri tidak dipenuhi Contoh: Murid tidak mendapat pengiktirafan

dan penghargaan daripada gurunya. Kesan: Murid berasa rendah diri, kecewa dan

cepat putus asa serta keyakinan diri berkurangan

Penyelesaian: Guru harus memberi penghargaan dalam setiap kejayaan yang dicapai oleh murid, biarpun kecil atau besar.

Page 57: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KEPERLUAN PENYEMPURNAAN KENDIRI

Masalah keperluan penyempurnaan kendiri tidak tercapai.

Contoh: Murid tiada keinginan untuk memaksimumkan potensinya akibat keperluan kekurangan tidak dipenuhi.

Kesan: Potensi maksimum murid terbantut Penyelesaian: Guru harus memastikan

keempat – empat keperluan kekurangan tersebut dipenuhi terlebih dahulu sebelum memulakan P & P.

Page 58: teori pembelajaran dan humanis.pptx

KESIMPULAN

Sesuatu matlamat pada satu peringkat yang berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. 

Oleh itu, pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. 

Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya.

Page 59: teori pembelajaran dan humanis.pptx

Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang pelajar yang memerlukannya.

Proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.

Oleh itu, bagi mempertingkatkan lagi proses P&P di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar.

Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar, guru dapat mengatur strategi serta menggunakan alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

Page 60: teori pembelajaran dan humanis.pptx

BIBLIOGRAFI

Atan Long. (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Drs. Wasty Soemato. (1987). Psikologi Pendidikan. Jakarta: PT Bina Aksara

Lester D. Crow, Alice Crow. (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di

Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Saedah, Zainun, Tunku Mohani. (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sufean Hussain. (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan

Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 61: teori pembelajaran dan humanis.pptx

SEKIAN, TERIMA KASIH