69
Teori Pembelajaran Kognitif Pengenalan Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai ,iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu.Proses pembelajaran ini akan terakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.Mengikut mereka,pembelajaran bukan percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif-objektif tertentu. Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti- aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman ,iaitu fikiran ,ingatan,pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukan skema manusia. Ahli-ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia.Oleh yang demikian,ahli-ahli penyelidik tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku manusia.Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran,celik akal,pemprosesan maklumat,ingatan dan pengamatan. Teori Pemprosesan Maklumat Gagne

Teori Pembelajaran Kognitif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EDU 3033 SEM 2

Citation preview

Teori Pembelajaran Kognitif

Pengenalan

Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai ,iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu.Proses pembelajaran ini akan terakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.Mengikut mereka,pembelajaran  bukan percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif-objektif tertentu.

Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman ,iaitu fikiran ,ingatan,pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukan skema manusia.

Ahli-ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia.Oleh yang demikian,ahli-ahli penyelidik tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku manusia.Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran,celik akal,pemprosesan maklumat,ingatan dan pengamatan.         

Teori Pemprosesan Maklumat Gagne

            Robert M Gagne(1916-2002) adalah seorang ahli psikologi yang dianggap sebagai bapa psikologi pendidikan dan telah menjalankan penyelidikan luas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Beliau telah mencari cara yang paling sempurna dan unggul untuk melakukan suatu pembelajaran yang standard.Beliau turut memberikan sumbangan yang kini menjadi asas pendidikan di kalangan pendidik seluruh dunia.Sumbangan beliau adalah dalam aspek-aspek seperti taksonomi pembelajaran dan juga sembilan syarat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

          Gagne telah mengkaji cara seseorang menerima dan memproses maklumat yang diterima melalui deria.Beliau menyamakan proses ini dengan proses pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer,iaitu,input rangsangan diproses oleh memori sensori dan ingatan jangka pendek.Maklumat yang dihasilkan digunakan untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang.

Di samping itu, Taksonomi Gagne merupakan antara sumbangan terpenting beliau.Taksonomi Gagne boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti kemahiran verbal,kemahiran intelektual,strategi kognitif,sikap positif dan kemahiran motor.Kemahiran  verbal terdiri daripada kemahiran-kemahiran penghafalaan dari memori,membuat respon verbal kepada input,kebolehan melabel dan menamakan fakta secara verbal atau bertulis dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat-maklumat yang berkaitan.Seterusnya,kemahiran intelektual terdiri daripada kemahiran berdiskriminasi ,mengkategorikan mengikut ciri-ciri fizikal atau abstarak ,pengaplikasikan prosedur-prosedur mudah dan yang kompleks untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.Ia mengandungi beberapa aras seperti aras diskriminasi ,konsep konkrit ,penggunaan peralihan dan penyelesaian masalah.Kategori ketiga iaitu strategi kognitif pula merujuk kepada kebolehan individu-individu untuk mereka cipta dengan proses mental untuk mencapai sesuatu tugasan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan kebolehan individu untuk membuat pilihan ,keputusan dan model mental.Kategori seterusnya pula sikap positif iaitu ia merujuk kepada individu-individu yang berkelakuan untuk menggambarkan nilai-nilai murni yang baru dikuasai.Individu berkebolehan untuk memberi sesuatu pendapat dengan logikal dan rasional.Kemahiran motor adalah kategori terakhir yang terdapat dalam Taksonomi Gagne.Ia melibatkan perlakuan tugas-tugas fizikal mengikut piawaian yang telah ditentukan.Ia turut melibatkan pergerakan otot ,umpamanya memandu kereta dan mambaling bola.

Selain daripada Taksonomi Gagne,beliau juga telah menyenaraikan sembilan situasi pengajaran dan proses kognitif untuk setiap syarat yang ditetapkan oleh beliau.Situasi-situasi ini perlu dititikberatkan oleh guru-guru supaya pengajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pembelajaran akan berlaku dengan kukuh dan sempurna.Menurut Gagne,sebagai seorang guru,ia perlu menarik perhatian murid.Bagi mendapatkan tumpuan murid ke atas pengajarannya,guru boleh memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik.Selain itu,guru juga perlu memberitahu murid-murid mengenai objektif pelajaran supaya murid dapat tahu apa yang akan dipelajarinya pada hari itu.Seterusnya,guru juga perlu mengingatkan murid-murid  mengenai pelajaran lampau untuk merangsang pengetahuan sedia ada pada mereka.Guru boleh  menyoal murid-murid mengenai satu tajuk spesifik yang akan diajari.Ini adalah untuk membolehkan murid itu berfokus kepada tajuk tersebut.Di samping itu,guru juga boleh memberi panduan dengan membantu mereka melalui persoalan-persoalan yang berkaiatan dengan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.Sebagai seorang guru,ia perlu menggalakkan murid membuat latihan kendiri bagi mendapatkan gerak balas daripada mereka. Selepas mereka membuat latihan kendiri,guru perlu memberi maklum balas dan membetulkan sekiranya wujud konsep yang salah.Selain itu, guru juga boleh menilai tahap pencapaian murid dengan memberi latihan tambahan dan pemulihan. Ini juga merupakan satu kaedah penilaian dan pentafsiran yang boleh dilakukan untuk meninjau tahap pemahaman mereka.Akhir sekali,guru perlu membuat generalisasi dengan membuat pemindahan pembelajaran  dimana guru boleh mengajukan soalan-soalan lain dan meminta murid mengenal pasti jawapannya.

Secara kesimpulannya, pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Teori Pembentukan Konsep Bruner

Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat.

Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.

            Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan budayanya dan pergaulan sosialnya akan menentukan cara bagaimana individu tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya iaitu Model Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep.

            Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam pembelajaran yang mementingkan konsep kategorisasi.Bruner lebih menegaskan faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip konstruktivisme iaitu,seorang murid akan membina maklumat dan konsep baru berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia ada.Murid-murid akan mengolah maklumat melalui struktur kognitif yang sedia ada seperti skema dan model mental untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan.

            Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti dan pengalam sendiri.Dalam keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-murid dengan soalan-soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan aktivit-aktiviti pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti penemuan mereka.

            Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang harus diutamakan.Tema pertama adalah pertengahkan konsep dan keutamaan struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan pembelajaran daripada pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsep-konsep yang baru kerana penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula kesediaan belajar murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan mengutamakan kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran dan kurikulum daripada senang kepada susah dan yang sentiasa mengaitkan satu konsep dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang oleh guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna.

            Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak hati.Semasa guru-guru mengajar,mereka mesti mengajar dengan memfokuskan kepada naluri intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran harus produktif dan perlu diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid.Pembelajaran perlu disokong dengan pemikiran lain seperti pemikiran analitikal.Tema yang terakhir adalah motof untuk belajar.Guru-guru juga mesti sentiasa mencungkil motivasi dalaman atau naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat murid-muridnya.Guru-guru juga perlu mengajar murid-murid yang mencapai markah yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama dalam pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif untuk belajar adalah lebih untuk memenuhi keperluan kognitif minda serta untuk perkembangan intelek murid-murid.

            Bruner juga telah mengutamakan teori pembentukan konsep yang terkenal.Beliau menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui beberapa peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat enaktif atau tidak aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam peringkat ini.Pada peringkat ini,kanak-kanak belajar melalui tindakan manipulatif kerana mereka belum menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka juga menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah.Beberapa aktiviti dilakukan berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak.Maka,guru-guru perlu sdiakan bahan maujud untuk mengimbangkan minda murid-murid dalam peringkat ini.Menuut Bruner,peringkat ikonik adalah peringkat penaakulan kedua.Kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dapat membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka juga menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitif   secara lebih tersusun.Guru-guru perlu merancang pelajaran dengan menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah peringkat simbolik.Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti bahasa,perkataan,nombor dan simbol-simbol matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran ke situasi serupa dengan membuat penaakulan logik.Pada tahap ini,kanak-kanak dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi pendapat mengenai sesuatu masalah atau situasi.Mereka juga menggunakan langkah-langlah penyelesaian masalah.Oleh yang demikian,guru-guru harus merancang pengajaran

secara teratur supaya murid-murid dapat mengembangkan potensi mereka pada peringkat ini.Menurut Bruner,dalam mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu jenis penaakulan akan lebih dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir pada tahap yang lebih mantap melalui pendedahan kepada idea-idea kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada umur yang kecil lagi.

            Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of Instruction ,menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah prinsip kecenderungan murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip rangkaian ataupun sekuen dan prinsip peneguhan.Dalam prinsip kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti mempunyai kecenderungan ingin tahu perkara-perkara yang sedang berlaku di sekelilngnya.Mereka perlu sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan sepert “ Mengapa?”,”Kenapa?” atau “ Bagaimanakah sesuatu berlaku?”Manakala pengajaran berstruktur pula dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh Bruner.Mengikut beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dapat dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran mental kanak-kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran yang sesuai digunakan untuk apa murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner mencadangkan penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak ,iaitu menggunakan bahan konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi untuk mengajar perwakilan nombor.

Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip sekuen merupakan suatu prinsip turutan. Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.Justeru itu,murid-murid harus diberi peluang untuk sentiasa mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada dan menguasai bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk rangkaian.Dengan itu,prinsip yang terakhir adalah prinsip peneguhan.Guru-guru mesti bijak membuat peneguhan yang bersesuaian tidak kira positif ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu pembelajaran.Mengikut Bruner,selain daripada memberi peneguhan,penetapan masa yang sesuai dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas yang ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.

Secara kesimpulanya,boleh dikatakan bahawa teori Bruner telah mempengaruhi pengajaran dengan impak yang paling ketara.

Teori Pembelajaran Asimilasi Ausubel

            David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York.  Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau juga  telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi   M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan untuk  bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.

            David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh beliau menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

  Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna iaitu ‘meaningful verbal learning’, termasuk  pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua proses yang dikemukakan untuk membantu pembelajaran bermakna ialah pembelajaran resepsi dan penemuan.Ausubel lebih mementingkan pembelajaran resepsi daripada pembelajaran penemuan dan hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat oleh murid-murid apabila guru mengemukakan isi kandungan pelajaran secara eksplisit ,langsung,lengkap dan tersusun.Mengikut model ini,guru-guru harus menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam bentuk pengajaran memusatkan guru.Penemuan  berlaku apabila murid-murid meneroka bahan-bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru dan membentuk konsep melalui proses penyelesaian masalah.Murid-murid berusaha untuk mencari makna sendiri dengan menggunakan kerangka kognitif yang telah dibina sebelum ini.

            Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan konsep penyusunan awal. Penyusunan awal telah diperkenalkan oleh beliau untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian

tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.

            Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang boleh digunakan sebagai penyusunan awal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan maklumat murid-murid secara jelas.Ia juga dapat mengukuhkan isi kandungan yang sedia ada dalam struktur kognitif murid-murid dan mendemostrasikan kefahaman mereka mengenai sesuatu topik.Pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku sekiranya guru-guru menyusun  bahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang lengkap dan sempurna.Dalam erti kata lain,pembelajaran berkesan berlaku jika penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan atur.Justeru itu,teori beliau juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi.

            Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur mental/kognitif berkembang dengan pembelajaran  bermakna melalui 4 proses.Proses pertama adalah proses subsumsi.Proses subsumsi merujuk kepada pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di dalam struktur kognitif seseorang individu.Proses ini terdiri daripada subsumsi terbitan dan subsumsi korelatif.Subsumsi terbitan merujuk kepada maklumat bary yang terbit daripada maklumat lama yang ada pada diri murid-murid.Maklumat baru ini akan disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Sementara subsumsi korelatif merujuk pada suatu keadaan di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai struktur kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan maklumat atau konsep baru.Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam pembentukan kerangka pengetahuan.Proses subordinat adalah pengolahan maklumat untuk memahami konsep secara terperinci dan khusus.Proses ini adalah spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui pengajaran induktif.Sebaliknya,proses superordinat adalah pengolahan maklumat secara am dan inklusif.Proses pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran deduktif.Proses ketida adalah perbezaan progresif.Dalam pendekatan ini,guru-guru akan cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau beransur-ansur khasnya apabila konsep itu sangat sukar.Guru-guru akan mendedahkan murid-murid kepada proses pembelajaran dimana mereka perlu mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang berkaitan di antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciri-ciri yang lebih  terpencil yang wujud di dalam konsep-konsep yang sukar ini.Mereka juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara konsep-konsep yang saling berkaitan.Langkah ini akan membantu murid-murid

meningkatkan kefahaman dan memperolehi penguasaan pembelajaran terhadap konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan integratif atau pengubahsuaian bersepadu adalah proses terakhir.Dalam proses penyelarasan integratif  ,guru-guru mesti memainkan peranan untuk menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam minda murid-murid akibat daripada pendedahan kepada pelbagai jenis konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba menyelaraskan tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh murid-murid.Justeru itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu pendekatan dimana percanggahan makna di antara konsep-konsep yang hampir sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.

            Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara.Perkara pertama, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

Teori Pembelajaran SosialPengenalan

Mazhab sosial menyarankan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu manusia belajar daripada orang lain yang berada dalam lingkungan persekitaran mereka.Ia menggabungkan teori mazhab behaviorisme dengan mazhab kognitif kerana ia melibatkan pemerhatian dan permodelan.Justeru itu,teori ini juga dikenali sebagai teori permodelan dan teori kognitif sosial.

            Di antara tokoh-tokoh yang menyokong mazhab atau teori sosial,Albert Bandura adalah tokoh yang paling terkenal.Beliau menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan  dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.Beliau menjelaskan bahawa pemerhatian seorang murid terhadap apa yang dilakukan oleh guru-guru serta tindakan murid-murid dalam meniru aksi guru-guru tersebut akan memberikan kesan yang optima kepada kefahaman murid.

            Teori kognitif sosial menegaskan bahawa latar belakang kebudayaan seseorang individu merupakan faktor utama dalam pembentukan tingkahlakunya.Kebudayaan adalah hasil ciptaan manusia yang bersosial dan kanak-kanak dibesarkan dalam nilai budaya masing-masing.Justeru itu,kanak-kanak amat dipengaruhi oleh budaya persekitaran yang merangkumi keluarga,sekolah dan rakan sebaya.

Teori Permodelan Bandura

Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana. Pada tahun 1949 beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia, dalam jurusan psikologi. Dia memperoleh gelar ‘Master’ di dalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doctor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program doktornya dalam bidang psikologi klinik, setelah lulus ia bekerja di Standford University.Pada tahun 1964 Albert Bandura dilantik sebagai professor dan seterusnya menerima anugerah American Psychological Association untuk Distinguished scientific contribution pada tahub 1980.

Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku social dan proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mulai meneliti tentang agresi pembelajaran social dan mengambil Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelar doctor sebagai pembantunya. Bandura berpendapat, walaupun prinsip belajar cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran social, salah satu konsep dalam aliran behaviorime yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman, dan evaluasi.

Menurut beliau manusia secara semula jadinya belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku dalam kehidupan seharian seperti berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima hukuman. Pada asalnya ia lebih merupakan kepada teori pembelajaran sosial tetapi telah berkembang kepada teori pembelajatan sosial kognitif. Ini kerana terdapat proses kognitif  terlibat di dalamnya. Bagaimana kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak. Sebab itu Bandura mengatakan bahawa pembelajaran secara peniruan melibatkan tiga unsur  iaitu,individu (kognitif), persekiataran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008).

Individu yang meniru tingkah laku orang lain, menjadikan orang yang ditiru itu sebagai model. Jadi tidak hairan jika kita tengok muda mudi sekarang lebih berminat meniru gaya fesyen pakaian selebriti yang mereka minati. Sehubungan itu model boleh dibahagikan kepada dua. Pertama ialah model sebenar/hidup, iaitu  belajar melalui orang yang sebenar. Misalnya jika mahukan hiasan dalaman maka Eric Leong akan dijadikan model. Manakala model kedua ialah model simbolik, iaitu model yang dilihat menerusi video, lakonan watak dalam cerita atau rajah. Murid mungkin belajar sesuatu melalui pemerhatian atau peniruan daripada sumber yang dinyatakan.

Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak-anak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.Albert Bandura seorang tokoh teori belajar social ini menyatakan bahwa proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan “permodelan “. Beliau menjelaskan lagi bahwa aspek perhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada pemahaman pelajar.

Bandura (1986) telah mengenal pasti empat unsur utama yang membantu dalam proses pembelajaran permodelan iaitu pemerhatian , mengingati,reproduksi serta peneguhan dan motivasi. Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang

mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran guru perlu memastikan murid menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjuk cara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.Seterusnya,kebolehan untuk menyimpan apa yang diperhatikan dalam memori adalah keupayaan mengingati.Seseorang boleh menyimpan maklumat yang telah diperhatikan dalam pelbagai cara,seperti dalam bentuk koding,grafik mental,penyusunan kognitif ,simbolik dan sebagainya.Sementara itu,reproduksi merujuk kepada kebolehan si pemerhati untuk menghasikan semula  imej dan maklumat yang telah diperhatikan.Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.Dengan itu,  seseorang itu mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi ia mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya individu itu mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, ia mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang murid yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.

Menurut Bandura,terdapat lima jenis peniruan seperti peniruan secara langsung,peniruan secara tidak langsung,peniruan gabungan,peniruan sekat laluan dan yang tak sekat laluan. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti ’syabas’. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses gabungan. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula.

Teori permodelan boleh digunakan untuk mencapai beberapa kesan dalam bilik darjah.Sebagai seorang guru,ia mesti selalu mengajar atau memodelkan satu tingkah laku,sikap atau kemahiran yang baru kepada murid-murid.Selain itu,guru juga sentiasa mengukuhkan tingkahlaku-tingkahlaku yang telah diajar kepada murid-muridnya.Dengan itu,guru-guru mesti memastikan yang proses permodelan digunakan untuk mengatasi segala perasaan takut dan bimbang murid-murid.Murid-murid yang berani digalakkan untuk menonjolkan kemahiran atau kerja mereka terlebih dahulu. 

Teori Proksimiti Vygotsky

Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.

Vygotsky sebagai seorang penulis telah mengarang banyak buku dalam tempoh usia yang singkat,termasuklah buku Pyscology of Arts (1925) dan thinking of speech (1934).Sumbangan beliau yang terkemuka ialah teori proksimiti yang menyokong perkembangan pembelajaran kanak-kanak.Kini,teori perkembangan proksimal beliau menjadi asas untuk perkembangan teori konstruktivisme.

Beliau telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk menerangkan teorinya.Antaranya ialah pendekatan sosio-budaya,zon perkembangan proksimal,bantuan perancah(scaffolding) dan perkembangan bahasa.Dalam pendekatan sosio-budaya,Vygotsky telah memerhati dan mengkaji peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial,iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak dilahirkan.

Teori Proksimiti  Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan temuan-temuan masyarakat seperti bahasa, sistem matematik, dan alat-alat ingatan. Ia juga menekankan bagaimana anak-anak dibantu berkembang dengan bimbingan dari orang-orang yang sudah terampil di dalam bidang-bidang tersebut. Vygotsky lebih banyak menekankan peranan orang dewasa dan anak-anak lain dalam memudahkan perkembangan si anak.

 Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. Fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai ”alat kebudayaan” tempat individu hidup dan  alat-alat itu berasal dari budaya. Alat-alat itu diwariskan pada anak-anak oleh anggota-anggota kebudayaan yang lebih tua  selama pengalaman pembelajaran yang dipandu. Pengalaman dengan orang lain secara berangsur menjadi semakin mendalam dan membentuk gambaran batin anak tentang dunia. Karena itulah berpikir setiap anak dengan cara yang sama dengan anggota lain dalam kebudayaannya.

Menurut vygotsky (1962), keterampilan-keterampilan dalam keberfungsian mental berkembang melalui interaksi sosial langsung. Informasi tentang alat-alat, keterampilan-keterampilan dan hubungan-hubungan interpersonal kognitif dipancarkan melalui interaksi langsung dengan manusia. Melalui pengorganisasian pengalaman-pengalaman interaksi sosial yang berada di dalam suatu latar belakang kebudayaan ini, perkembangan mental anak-anak menjadi lebih matang.

Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.

Menurut teori Vygotsky, Zone of Proximal Developmnet(ZPD) merupakan celah antara ‘actual development’ dan ‘potential development’, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya. Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan ZPD pada interaksi sosial akan dapat memudahkan perkembangan anak.Menurut Vygotsky,pembelajaran aktif berlaku dalam zon ini.Vygotsky telah memfokus kepada hubungan sosial kanak-kanak dalam konteks sosio-budaya dan mendapati bahawa mereka menggunakan alat-alat kebudayaan iaitu bertutur dan menulis untuk memahami lingkungan sosial mereka.Beliau juga percaya bahawa proses internalisasi melalui alat-alat kebudayaan ini yang menyebabkan kemampuan berfikir kanak-kanak maju ke aras kognitif yang lebih tinggi.

Sementara itu, konsep ‘scaffolding’ ataupun bantuan perancah membawa maksud suatu bantuan atau bimbingan kepada murid bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru. Menurut Vygotsky (1978), guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak kepada murid bergerak balas yang mencakupi kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan oleh murid secara bersendirian serta lain-lain kemahiran yang memerlukan bantuan guru (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007). 

‘Scaffolding’   juga dikatakan sebagai ‘ was developed as a metaphor to describe the type of assistance offered by a teacher or peer to support learning. In the process of scaffolding, the teacher helps the student master a task or concept that the student is initially unable to grasp independently. The teacher offers assistance with only those skills that are beyond the student’s capabality’. 

 ‘Scaffolding’  dapat membantu murid bergerak melalui zon perkembangan proksimal (Zon of Proximal Development)   dengan membolehkan pelajar menyelesaikan sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain. Jadi, melaluinya tindak balas dan keperluan pelajar akan dapat dipenuhi dengan cara mengubahsuaikannya kepada tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh pelajar. Guru perlu memberikan bantuan atau bimbingan apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah murid mula menunjukkan kemampuan dalam menyelesaikan tugasan.

‘Scaffolding’ berinstruksional akan memberikan sokongan kepada murid misalnya di dalam bilik darjah, guru menyediakan ‘scaffolding’ dengan menghuraikan dan membahagikan isi sesuatu petikan kepada perenggan-perenggan yang dapat diselesaikan, menunjukkan kemahiran ‘modelling’ dengan membenarkan murid menyelesaikan tugasan secara bersendirian apabila guru berasa yakin murid-muridnya sudah bersedia (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007).

Di samping itu,Vygotsky juga lebih menitikberatkan bahasa dalam pemerolehan pengetahuan dan perkembangan kognitif.Munurut beliau,proses penguasaan bahasa berkembang dengan kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial dengan orang lain.Bahasa dan pemikiran

berkembang secara tersendiri dan meningkat dalam tahap kesukaran.Mereka juga belajar menggunakannya sebagai alat komunikasi untuk menyelesaikan masalah seperti meminta  untuk susu apabila mereka lapar.

Dengan itu,terdapat beberapa implikasi utama teori Vygotsky dalam bilik darjah. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.Pada pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-anak berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada anak. Perkembangan sebenar ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi membezakan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

Teori Pembelajaran HumanistikPengenalan

Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Setiap individu akan bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas membuat pilihan. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing.Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan meningkatkan motivasi instrinsik dan kendiri masing-masing dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar secara holistik.

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Pelajar dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya.Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk

mengembangkan dirinya, iaitu dengan membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Para ahli humanistik melihat adanya dua bahagian pada proses belajar, iaitu proses pemerolehan informasi baru dan personalia informasi ini pada individu.

Seterusnya,tiga tokoh humanis utama iaitu Carl Rogers,Abraham Maslow dan Erik Erikson akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

      

Carl Rogers

Carl Rogers telah dilahirkan pada 8hb Januari  di Oak Park, lllinois, 1902 dan telah meninggal pada tahun 1987.Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.

Pada dasarnya,Carl Rogers mementingkan manusia sebagai manusia dan bukan sebagai objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari aspek-aspek fizikal atau emosi.Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat mereka sebagai mempunyai hati yang baik dan mulia.Perlakuan mereka mendorong menuju kepada pencapaian kesempurnaan kendiri.Terdapat beberapa usul penting dalam teori humanistik.Salah satu daripadanya ialah persepsi individu mengenai diri kendiri.Mengikut Carl adalah selaras dengan konsep kendirinya.Jika seseorang individu memiliki konsep kendiri yang tinggi,dia akan merasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan segala tugas yang diagihkan kepadanya.Usul seterusnya pula membantu individu untuk mengatasi halangan-halangan.Guru-guru yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap positif akan mendorong mendidik murid-murid secara lebih mendalam.Menurutnya lagi,seseorang guru kaunselor yang baik dapat membantu menghilangkan penghalang-penghalang yang terpendam dalam diri seseorang agar potensinya boleh berkembang dengan optimanya.Usul yang ketiga adalah kecenderungan untuk Berjaya.Setiap manusia mempunyai kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan akan bersaing untuk mencapai kejayaan.Penguasaan ilmu dan pemerolehan pengalaman berlaku secara semulajadi sehingga manusia mencapai kesempurnaan kendiri.Kefahaman melalui refleksi juga merupakan antara usul penting dalam teori humanistik.Mengikut Carl Rogers,manusia sentiasa menggunakan maklumat dan pengalaman yang ada pada diri sendiri untuk memperbaiki kelakuan diri.Refleksi dan pengimbasan semula pengalaman yang dilalui membawa kesedaran lebih kepada tingkah laku seseorang.Dengan itu,struktur kendiri manusia terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran dan penilaian tentang diri sendiri pula diperolehi daripada interksi dengan orang lain.Interaksi manusia dengan persekitaran dan pergaulan sosial memperkayakan input pengalaman seseorang.

Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar ( Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan

pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid-murid belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah tersebut tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap murid dengan memastikan keperluan asas wujud dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru perlu mengambil kira tentang aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut selesa atau tidak.

Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku kandungan matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi ruang kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. Dalam hal ini, guru boleh memberikan peluang kepada muriduntuk memilih pembelajaran yang mereka mahukan sesuai dengan minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami sesuatu pelajaran sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara tersebut. Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak langsung minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan murid itu mudah menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Pembelajaran melalui proses kebebasan dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri sendiri.

Menurut Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon Pong Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah yang tenang dan selesa, tetapi juga menyediakan keadaan bilik darjah yang selamat kepada murid-murid. Keselamatan bilik darjah tersebut termasuklah keadaan bilik darjah. Susunan meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat murid-murid untuk belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi murid-murid. Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan murid dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang. Guru juga penting untuk mengambil kira aspek keselamatan pelajar ketika mereka berada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut. Contohnya tidak ada gangguan atau halangan daripada mana-mana individu yang boleh menyebabkan murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan lain yang suka membuli atau sebagainya.

Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru boleh mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Rogers menyatakan seorang guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2009). Guru boleh memanfaatkan cara ini ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid perlu tahu apa yang mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru agar mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam bilik darjah tersebut. Pada hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan suasana pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga perlu membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah akan menimbulkan minat dan motivasi dalam diri murid untuk belajar. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik ketika menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan cepat dan mudah.

Abraham Maslow

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose.Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel – artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.

Piramid Teori Hierarki Keperluan Maslow

Menurut Maslow,apabila individu mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki,keperluan akan muncul secara semulajadi untuk mencapai hierarki-hierarki yang lebih tinggi berlaku secara semula jadi.Maslow mengatakan bahawa manusia sentiasa bermotivasi untuk mencapai kejayaan dalam hidup.Mereka akan berusaha sesungguhnya untuk mencapai kesempurnaan kendiri,iaitu merealisasikan potensi diri manusia seutuhnya.Mereka akan mencapai tahap ini apabila telah meraih kepuasan dari tahap-tahap yang lebih dasar.Maslow telah menghuraikan ciri-ciri perkembangan mengenai motif manusia untuk mencapai kepuasan dalam hidup.Kuasa dalaman mendorong untuk mengejar kecemerlangan serta gaya hidup yang sihat dan sempurna.

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Menurut Maslow dalam Teori Hierarki Keperluannya,meluaskan kendiri adalah berkaitan dengan kecenderungan seseorang untuk menghubungkaitkan diri dengan keperluan dunia.Penyempurnaan kendiri pula adalah tentang tatacara seseorang bermoral dan beretika.Estetik pula adalah penghargaan simetri iaitu mencari atur susun dan menghayati kecantikan.Pada tahap kognitif pula seseorang itu perlu menjelajahi ilmu dan berusaha unuk memperoleh pengalaman baru.Sementara itu,mengikut Maslow,pada tahap penghargaan kendiri pula ia harus mempunyai keyakinan diri, usaha kearah meraih kejayaan dan pencapaian serta dihormati oleh orang lain.Selain

itu,cinta saying,kawan-kawan dan mempunyai keluarga yang bahagia adalah antara keperluan yang terdapat di tahap keperluan kasih sayang.Dengan itu,keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dan perlindungan adalah juga tersenarai dalam hierarki keperluan Maslow.Kedua-dua keperluan ini merujuk kepada makanan,tempat tinggal,minuman serta udara segar yang harus diperlukan oleh seseorang.

Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai  pendidik dewasa ini.Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru merupakan penggerak kepada muridnya supaya berjaya dalam pembelajaran.  Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. Guru  mesti menentukan proses  pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti  pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan. Penyampaian  pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai unsur aktiviti seperti proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran.Ini adalah berguna  untuk pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara  teori dan fakta yang dipelajari  dengan situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat  atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan sebagainya.Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak boleh mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan  yang mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.

Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi.  Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi  hendak memenuhi kehendak pelajar.  Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya.  Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan tersebut.  Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang pelajar yang memerlukannya.  Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.   Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran    juga pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar.  Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

Teori Identiti Erik Erikson

Erik Erikson(1902-1994),seorang ahli psikoanalisis yang berasal dari Frankfurt,Germany.Sumbangan beliau dalam bidang psikologi amat banyak dan ternilai.Beliau terkenal untuk mengembangkan kefahaman konsep krisis identity yang berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh beliau sendiri.

Teori Identiti Erik Erikson merupakan salah satu teori yang memiliki pengaruh kuat dalam psikologi. Bersama dengan Sigmund Freud, Erikson mendapat kedudukan penting dalam psikologi. Hal ini demikian kerana ia menjelaskan tahap perkembangan manusia mulai dari lahir sehingga lanjut usia. Seperti Sigmund Freud, Erik Erikson percaya bahawa personaliti yang terbentuk dalam satu siri peringkat.

Salah satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah perkembangan identiti ego. Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita sentiasa berubah – ubah disebabkan oleh pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi harian kita dengan orang lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa kecekapan juga mendorong tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk, orang itu akan merasai perasaan yang tidak mencukupi.Seterusnya,unsur perkembangan identiti peribadi yang dibentuk melalui tingkah laku yang membezakan seseorang daripada orang yang lain.Dengan itu,identiti sosial dan budaya turut merupakan satu unsur terpenting dalam perkembangan identiti seseorang.Ia adalah merujuk kepada pelbagai peranan social atau budaya yang dimainkan oleh seseorang individu.

Walau bagaimanapun, beliau telah menambah baikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Menurut Erikson (1956), terdapat 8 peringkat yang dilalui oleh seseorang individu secara berterusan sepanjang hayatnya.Antara peringkat-peringkat tersebut ialah kepercayaan lawan kecurigaan,autonomi lawan ragu,ikhtihar lawan rasa bersalah,budaya usaha lawan rendah diri,identity lawan kekeliruan identity,intim lawan bersendirian,generatif lawan stagnasi dan integriti lawan kecewa.Pada peringkat kepercayaan lawan kecurigaan adalah peringkat di mana bayi berumur di antara 0 hingga 18 bulan.Pada peringkat ini,perkembangan  ego bayi berdasarkan kepada individu-individu yang boleh dipercayai iaitu bayi mempercayai dan mempunyai keyakinan tinggi pada ibubapa dan pengasuhnya. Pada peringkat autonomi lawan ragu adalah peringkat di mana kanak-kanak berumur di antara 18 bulan hingga 3 tahun.Di peringkat ini kanak-kanak dapat melakukan suatu tindakan atau aksi dengan autonomi tanpa ragu atau rasa malu.Sekiranya ibubapa memberikan banyak peluang dan pendedahan pada kanak-kanak,mereka akan belajar berdikari serta berkeyakinan tinggi.Seterusnya,kanak-kanak yang menghadiri tadika dan biasanya berumur di antara 4 hingga 6 tahun adalah di bawah peringkat ikhtihar lawan rasa bersalah.Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat bermain di mana kanak-kanak belajar untuk berikhtiar dalam segala tugasan serta menceburi semua permainan.Pada tahap ini,adalah penting bagi ibubapa dan orang dewasa untuk berhati-hati dalam teguran mereka.Peringkat seterusnya ialah berdaya usaha lawan rendah diri.Pada tahap ini murid-murid sekolah rendah yang berumur di antara 6 hingga 12 tahun mempelajari kemahiran-kemahiran social serta bercampur gaul dengan murid-murid lain di sekolah.Mereka sanggup mengikuti arahan daripada guru-guru dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di sekolah.Di peringkat ini,guru-guru mesti menggalakkan perkembangan personality murid-murid secara positif dan mesti berhati-hati dengan teguran disiplin yang boleh mengakibatkan murid-murid

rasa rendah diri.Pada peringkat identity lawan kekeliruan identiti merangkumi golongan remaja yang berumur dalam lingkungan umur 13 hingga 20 tahun.Remaja pada peringkat ini menghadapi cabaran untuk mengenal diri sendiri dan ini menimbulkan kebingungan dan kekeliruan dalam memahami peranan mereka.Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.Di peringkat intim lawan bersendirian,remaja berada dalam lingkungan umur 20 dan ke atas.Ini adalah peringkat di mana remaja ingin berdekatan dengan kawan-kawan yang berlainan jantina dan mempunyai hubungan intim dengan orang lain yang serasi dengan  mereka.Mereka juga akan berikhtiar untuk mencari jodoh atau kumpulan rakan yang boleh dipercayai kerana tidak ingin berseorangan. Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.Peringkat generative lawan stagnasi adalah peringkat petengahan dewasa yang terdiri daripada individu-individu yang berumur di antara 30 hingga 50 tahun.Pada tahap ini,seorang individu mencapai puncak dalam kerjaya yang diceburi selama ini.Apabila individu sampai ke tahap ini,dia akan sangat prihatin terhadap pekembangan generasi masa depan dan berusaha untuk mencari jalan untuk membantu mereka.  Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan  atau aktiviti diri.Peringkat terakhir adalah integriti lawan kecewa atau putus asa yang merangkumi orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.Cabaran utama pada tahap ini adalah untuk mencapai integriti  tanpa berputus asa dalam kehidupan iaitu individu-individu harus menerima hakikat dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada orang lebih muda dan gigih dengan ida-idea baru. Ini adalah kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

Sebagai seorang guru, ia mesti menjadi model berwibawa tau berteladan baik untuk disanjungi serta ditiru oleh murid-murid mereka.Guru-guru harus mempunyai ciri-ciri seperti bersifat jujur, penyayang, bertolak ansur dan sentiasa bersabar untuk memahami perasaan dan emosi murid-murid mereka.Guru-guru juga mesti membimbing dan bukan mengarah atau meleter sehingga mereka membosankan murid-murid.Mereka perlu simpati dan empati terhadap murid-murid yang sedang melalui peringkat-peringkat perkembangan teori Erikson.Ini ialah kerana perkembangan personality murid-murid saling bergantungan dengan bagaimana orang-orang dewasa di dalam persekitaran berkelakuan kepada mereka.Sementara itu,peranan Guru Besar pula ialah untuk membina suatu suasana sekolah yang selamat dan harmoni bagi perkembangan positif identiti individu.Sekolah-sekolah juga perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara berprofessional dalam suasana yang harmoni,tenang dan tidak terancam untuk memenuhi keperluan semua murid-murid yang berada di dalam peringkat-peringkat perkembangan yang pelbagai.Pengaruh rakan sebaya amat penting dalam kehidupan kanak-kanak.Justeru itu,pihak sekolah perlu menjamin satu persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif untuk murid-murid berinteraksi sesame sendiri di kawasan persekitaran sekolah.

Penutup

Secara kesimpulannya,dalam pendekatan humanistik, guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru bukan sahaja bertindak sebagai menyampaikan ilmu semata-mata malahan guru juga bertindak untuk memberikan motivasi kepada murid-murid. Abraham Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat ( Choong Lean Keow, 2011). Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu

dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Motivasi mampu merangsang dan membantu seseorang murid untuk mencapai matlamat pembelajaran. Motivasi juga mampu membuatkan murid aras rendah berkeyakinan untuk meningkatkan perkembangan kognitifnya. Dalam pendekatan humanistik Rogers juga, guru haruslah berkongsi perasaan dan idea dengan murid-murid. Guru perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala. Komunikasi yang baik antara guru dan murid dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan hubungan antara guru dan murid menjadi lebih baik. Perkongsian perasaan dan idea akan memudahkan guru untuk memahami murid-muridnya. Guru juga mudah menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang berkaitan dengan masalah murid. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga boleh mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak akan berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru mereka.Komunikasi yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer. Perkongsian perasaan membolehkan situasi bilik darjah mudah dikawal oleh guru kerana guru mengetahui di mana kelemahan seseorang murid tersebut. Hal ini memudahkan guru tersebut mengambil langkah mengawal dan menyelesaikan masalah murid tersebut. Setiap orang pasti akan menghadapi kegagalan, namun kegagalan tidak bermaksud kekalahan. Guru haruslah membimbing muridnya untuk membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa rasa jemu.Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum memulakan sesi pembelajaran agar mereka dapat memberikan tumpuan yang baik. Motivasi juga boleh diberikan dalam bentuk lain contohnya dengan memberikan ganjaran. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya. Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid dapat memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya memperkembangkan potensi diri sendiri.

Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak atau murid-murid terhadap dirinya sendiri. Kepuasan seseorang murid dalam diri sendiri akan meningkatkan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya seorang guru yang mengajar murid tahun satu perlu menyediakan soalan-soalan latihan yang sesuai dengan aras murid tersebut agar mereka dapat menjawab soalan tersebut. Jika mereka mendapat soalan yang susah dan tidak dapat menjawab soalan tersebut, mereka akan menganggap bahawa diri mereka bodoh dan seterusnya menyebabkan keyakinan dalam diri mereka rendah. Perasaan rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya potensi diri dalam seseorang murid. Mereka akan sentiasa berasa gelisah dan bimbang kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru setiap kali guru mengajar di dalam kelas. Sikap intrinsik akan mempengaruhi kepercayaan murid-murid tentang kebolehan diri untuk meningkatkan pencapaian.

Disamping itu, guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dalam pembelajaran dengan cara memberi perhatian kepada potensi diri setiap pelajar mereka khususnya melibatkan bakat dan kebolehan terpendam. Guru boleh menjalankan pelbagai pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam diri murid-murid. Contohnya pertandingan melukis. Dengan mengajurkan pertandingan ini, guru dalam melihat murid-murid yang berbakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mengasah bakat semulajadi yang mereka ada tu. Murid-murid yang mengikuti bidang yang mereka minati akan berkebolehan untuk berjaya dalam bidang tersebut. Pendekatan humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Dalam erti kata lain perasaan ingin belajar dalam

diri individu di dorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut. Dalam hal ini, murid-murid tersebut akan mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka masing-masing. Di sini guru memainkan peranan yang penting. Guru perlu menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar. Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih berkonsepkan kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Sebagai fasilitator, guru perlu memainkan peranan dengan membimbing murid-murid agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, ketika guru hendak mengajar karangan di dalam kelas, guru hanya perlu menyediakan gambar sebagai panduan kepada murid-murid tersebut. Melalui gambar tersebut murid boleh menghasilkan sebuah karangan dan seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran dalam diri murid. Guru memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menilai karangan mereka sendiri berdasarkan daripada skema yang ditetapkan oleh guru tersebut. Seorang guru juga perlu bersikap prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru perlu menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih proaktif melalui komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan tanpa melibatkan kelompok besar di dalam bilik darjah. Dengan cara ini pelajar tidak akan berasa malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini juga dapat mengelakkan murid-murid daripada berasa rendah diri. Disamping ituguru juga perlu mengambil berat akan aspek perbezaan individu khususnya isu sensitif yang melibatkan perbezaan latar belakang dan kepelbagaian kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru tidak boleh merendah-rendahkan kaum lain di hadapan murid-murid yang berbilang kaum agar tidak timbul masalah-masalah dalam kelas tersebut. Sesetengah murid sangat sensitif dan merasa rendah diri apabila kaum mereka di rendah-rendahkan. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi kepuasan intrinsik murid-murid tersebut dan keyakinan diri rendah. Selain daripada itu, seorang guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dengan cara menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya dalam pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif. Sebagai contoh guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Murid-murid akan berbincang bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Murid-murid akan didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat belajar sebagai satu pasukan. Murid-murid dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan lain untuk menjawab soalan tersebut. Murid-murid juga dapat belajar untuk saling berkerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam kelas juga, guru perlu mengajar murid-murid dengan penuh kasih sayang. Dalam hirarki keperluan Maslow, keperluan kasih sayang berada pada aras ketiga ( Choong Lean Keow, 2011). Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang murid. Guru yang melayan murid-murid dengan sikap kasar menyebabkan murid akan berasa kecil hati dan tidak bersemangat untuk belajar. Guru juga perlu memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini penting supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran dijalankan. Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow. Guru hendaklah menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu pelajaran sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang disampaikan oleh guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting dan memastikan mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling sesuai bagi memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan dengan berjaya dan berkesan.

Selasa, 28 Ogos 2012 SEBESTIAMMAL SELVAMhttp://dpli-sls.blogspot.com/2012/08/teori-kognitifteori-sosial-teori_28.html

TEORI PEMBELAJARANTeori Pembelajaran Mazhab Kognitif / Gestalt (Kognitivisme)

Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris tidak dapat digunakan untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang berlaku dalam situasi yang berlainan. Umpamanya, walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk menelefon kawan, kita sentiasa perlu merujuk buku panduan telefon untuk mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk mengingati nombor yang kurang memberi makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengingati peristiwa yang telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan suatu pengalaman yang bermakna kepada kita.

Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud “bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun”. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.

Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Dalam situasi bilik darjah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehipengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan.

Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.

Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)

Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang aktif. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan dipelajari, diingati atau dilupakan.

Ahli-ahli psikologi pendidikan yang terkemuka dan berpengaruhterhadap teori pembelajaran kognitif ialah Kohler, Piaget, Bruner, Gagne, dan Ausubel.

Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler

Kurt Koffka dan Wolfgang Kohler adalah dua orang ahli psikologi pendidikan berbangsa Jerman yang bermastautin di Amerika Syarikat pada awal abad ini. Mereka telah menggunakan haiwan seperti kucing, anjing, tikus dan cimpanzi untuk menjalankan eksperimen dalam kajian pembelajaran.

Kohler (1913) dan rakan-rakannya menyelidik cara cimpanzi menyelesaikan sesuatu masalah . Seekor cimpanzi yang lapar dikurung dalam sebuah sangkar yang besar. Beberapa buah kotak yang berlainan saiz juga diletakkan di dalam sangkar itu. Cimpanzi tidak dapat mengambil pisang yang digantung kerana bumbung sangkar itu terlalu tinggi dan sukar baginya memanjat ke atas. Cimpanzi itu melompat-lompat tetapi tidak berjaya mencapai pisang itu. Kemudian cimpanzi itu berhenti seketika seolah-olah berfikir dan memerhati di sekeliling sangkar. Tiba-tiba ia mengheret kotak-kotak itu ke tengah sangkar dan menyusun kotak itu bertindih-tindih seperti tangga di bawah pisang itu. Setrusnya cimpanzi itu memanjat ke atas kotak dan berjaya mendapat pisang itu.

Dalam eksperimen ini. Keadaan lapar telah menjadi rangsangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Cimpanzi itu menyusun kotak-kotak untuk mendapatkan pisang setelah ia dapat menghayati perkaitan di antara kotak-kotak dengan keinginan untuk memakan pisang tersebut. Persepsi perkaitan ini untuk menyelesaikan masalah disebut celik akal. Kohler dan rakan-rakannya menyimpulkan bahawa kebolehan cimpanzi itu menyedari perkaitan ini kerana cimpanzi itu dapat menghayati dan mempergunakan keadaan

dalam sangkar itu secara menyeluruh. Mereka juga menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) yang serupa terdapat pada diri manusia. Kebolehan ini membolehkan manusia mempelajari perkara baru.

Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang kompleks berlaku bukan semata-mata melalui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akalyang membolehkan mereka memperoleh pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.

Implikasi Teori Pembelajaran Kohler

Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru.Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar.

Bagaimana Guru Boleh Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan Pelajar

Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu dengan gambar, audio serta pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya. Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami.

Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan perkembangan pelajar.a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran.b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap pengalaman pelajar.

Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu.Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul.

Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik akal.

Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar:a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.b) Berfikiran terbukac) Dapat membuat rumusan.

Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan fakta.

Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya

pelajar dapat memahami bahan itu.

Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata pelajaran tertentu mengikut langkah-langkah yang kecil dan tersusun.

Jika tugasan di sekolah terlalu susah, dan peneranga guru tidak jelas, pelajar tidak dapat mencapai celik akal.

TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

Nama sebenar beliau ialah Jerome S. Bruner, dilahirkan di New York dan mendapat ijazah P.h.D daripada Universiti Harvard. Merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang perkembangan kebolehan mental manusia dan bagaimana pemikiran berlaku semasa dalam proses pembelajaran. Karya beliau kurang memberi penekanan kepada bukti daripada eksperimen. Sumbangan beliau yang paling besar dalam pendidikan ialah hasil karya beliau yang berjudul The Process of Education (1960).

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau latihan penyiasatan.

Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori pembelajaran beliau :

Ó Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya.Ó Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran.Ó Pemikiran secara logikal.Ó Penggunaan istilah untuk memahami susunan struktur pengetahuan .Ó Pemikiran analisis dan intuitif.Ó Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori.Ó Pemikiran metakognitif iaitu pemikiran mengenai pemikiran.

Ciri-Ciri Penting Pembelajaran Bagi Teori Bruner Ialah :

1- Persekitaran untuk belajar

Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar.

2- Struktur pengetahuan

Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod, iaitu menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka. Hubungkaitan yang wujud antara idea-idea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.

3- Urutan

Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan. Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu, iaitu :

a. Pesanan tanpa bahasab. Respon anggota badanc. Gambaran dan lakarand. Bahasa

4- Peneguhan

Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsic kerana inginkan supaya pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan oleh guru.

Peringkat Pembelajaran Dalam Teori Bruner

Mengikut teori perkembangan kognitif Bruner, peringkat pembelajaran berubah dalam tiga turutan iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.

Peringkat enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu

dipegang dan dipergunakan untuk memperolehi pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk mengetahuinya boleh panas an melecurkan ; melontarkan bola untuk mengetahuinya boleh melambung dan berguling.

Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Pada peringkat ini digunakan untuk kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringat sanggup membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan itu boleh melukakan tangan jika terkenanya.

Pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea sbstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut :

Enaktif - Kemahiran berbasikalIkonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baikKonkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentukbahasa kepada rakan sebaya.

Prinsip-Prinsip Penting Dalam Teori Pengajaran Bruner

Penguasaan BahasaBruner mengatakan bahawa terdapat dua proses penguasaan iaitu :

1- Subordinat / kompleksif

a) Peringkat ini merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak bercorak konsep atau prinsip untuk kanak-kanak yang mempunyai perkembangan dan kognitif yang rendah.b) Semakin berkembang pemikiran seseorang, semakin banyak konsep baru yang dikuasainya, jika dia didedahkan kepada keadaan dan situasi yang menggalakkan perkembangan kognitif.

Belajar melalui kategori, konsep, atau hukum

Bruner mementingkan pembelajaran secara konsep, prinsip, hukum atau kategori.

1- Mengapa konsep atau kategori penting ?a) Pembelajaran melalui konsep mempunyai kesan jangka panjang dan meningkatkan penghargaan kendiri pelajar.b) Ia mengurangkan ketegangan kognitif kanak-kanak untuk mengingati objek atau peristiwa yang khusus.

2- Definisi konsepa) Idea-idea yang spesifik yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan khusus. Ia juga boleh diertikan sebagai kategori.b) Dalam pembelajaran kognitif, pelajar memproses maklumat daripada persekitaran dan pengalamannya.c) Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis atau mempunyai pola yang tertentu.d) Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuh-tumbuhan gurun adalah berdasarkan ciri-ciri seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan tumbuhan menyimpan air dan sebagainya.e) Bruner mementingkan penggunaan pendekatan induktif, iaitu pelajar diberikan contoh-contoh yang spesifik sebelum membuat definisi konsep.

3. Jenis-jenis konsepa) Konsep konjungtif- Konsep konjungtif memerlukan dua atau lebih ciri yang wujud serentak.- Sebagai contoh, burung mesti mempunyai bulu dan mempunyai sayap sebelum ia boleh terbang.b) Konsep disjungtif- Konsep disjungtif memerlukan cirri yang berlainan untuk membezakan sesuatu kategori.- Ini bermakna burung yang tidak boleh terbang seperti ayam dan penguin tidak dapat dimasukkan dalam kategori di atas.

c) Konsep berkaitan atau berhubungan- Konsep hubungan mempunyai cirri-ciri yang saling berkaitan.- Sebagai contoh apabila terdapat jerebu, kualiti udara turun dan orang ramai jatuh sakit. Ini menunjukkan jerebu mempunyai perkaitan dengan indeks kualiti udaran dan kesihatan manusia.

4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kategoria) Set minda- Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada tentang persekitaran menolong pelajra mengkategorikan ransangan baru.- Pelajar mengenali ransangan dan mengkategorikan serta mengklasifikasikan maklumat menurut struktur baru atau yang sudah wujud.

b) Motivasi- Unsur motivasi sederhana diperlukan untuk membantu pelajar membentuk kod-kod dengan mudah.- Peringkat ini dikenalpasti sebagai mencari tanda atau isyarat dalam penbentukan kod.

- Tahap motivasi, minat dan penumpuan yang dimiliki oleh pelajar menentukan pembentukan kod-kod dalam konsep.

c) Penguasaan maklumat yang spesifik- Pelajar perlu membaca dengan luas untuk memperoleh pengetahuan yang banyak dan khusus untuk mengkodkan kategori-kategori dengan mudah.

d) Pengalaman yang pelbagai- Satu ransangan atau pengalaman yang telah dialami dapat dikodkandengan lebih senang.- Pelajar mesti didedahkan kepada pelbagai pengalaman dalam situasipembelajaran dan pengajaran.-Sebagai contoh, seorang anak nelayan dapat mengkategorikan ciri- ciri ikan tempatan dengan mudah dan cepat.

Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Bruner Dalam Bilik Darjah

1- Pembelajaran Penemuana) Guru menyediakan situasi maalah yang dapat merangsang pelajar supaya membuat pembelajaran penemuan.b) Guru mesti memberikan situasi penyelesaian masalah yang memotivasikan pelajar untuk menyoal, meneroka dan bereksperimen.c) Dalam pembelajaran penemuan, guru memberi contoh dan pelajar menggunakan contoh untuk menyusun struktur bahan dan melihat pertalian atau perkaitan antara idea-idea dalam situasi tersebut.

2- Pembelajaran melalui penaakulan induktifa) Guru perlu menggunakan contoh-contoh yang spesifik supaya pelajar dapat membentuk prinsip yang umum.b) Sebagai contoh, jika guru memberi contoh-contoh tentang bentuk segitiga dan bentuk bukan segitiga, pelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang prinsip-prinsip penting bentuk segitiga.

3- Memberi contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsepa) Dalam pengajaran, guru perlu member contoh yang berkaitan dan contoh yang tidak berkaitan supaya pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan idea-idea dalam sesuatu konsep.b) Sebagai contoh, apabila guru mengajar tentang konsep mamalia, anjing, kucing, ikan paus sebagai binatang mamalia dan buaya, katak dan ular sebagai contoh bukan mamalia.c) Pelajar diminta supaya memberi contoh-contoh lain dan untuk menjelaskan perbezaan cirri-ciri antara mamalia, dan reptilian.d) Ini akan meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep.

4- Menolong pelajar melihat perkaitan antara konsepa) Guru perlu menggunakan gambar rajah, lakaran dan ringkasan untuk menolong pelajar

memahami perkaitan idea-idea dalam sesuatu konsep.

5- Menggalakkan pelajar membuat pemikiran intuitifa) Pemikiran intuitif penting dalam membantu pelajar melihat pertalian antara ransangan yang berlainan.b) Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan soalan seperti berikut :' Mari kita cuba mendefinisikan hutan dengan meneka apa yang anda dapat melihat dalam gambar ini'.c) Guru perlu menunggu pelajar memberikan beberapa jawapan sebelum memberi definisi yang betul.

6- Penglibatan pelajara) Pelajar belajar sendiri tetapi guru membantu dan membimbing dalam situasi penyelesaian masalah.b) Satu contoh situasi penyelesaian masalah ialah dalam eksperimen ' Mengapa api padam bila dilindungi dengan bekas?'c) Guru tidak memberitahu pelajar bagaimana menyelesaikan masalah tetapi memberikan bahan, menyuruh pelajar membuat pemerhatian, membentuk hipotesis dan menguji penyelesaian.

7- Pengajaran untuk pelajar tahap rendaha) Guru mesti mengajar pelajar tahap rendah dalam urutan enaktif kepada ikonik kepada simbolik.

8- Menggunakan alat bantuan mengajara) Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menentukan pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas.b) Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar audiovisual dan konkrit. Gambar, lakaran, carta, pengurusan grafik dan peta minda menyenangkan pelajar untuk melihat perkaitan dan perhubungan dalam konsep-konsep.

9- Pembelajaran melalui kajian luara) Pengamatan dan penanggapan pelajar meningkat jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar.b) Pelajar boleh belajar banyak konsep dengan melihat perkaitan di antara topik-topik pelajaran dengan persekitaran mereka.c) Sebagai contoh, pelajar boleh melihat kaitan antara petempatan manusia dengan cirri-ciri geografi fizikal di sesuatu kawasan perumahan.

10- Mengajar mengikut kebolehan pelajara) Guru perlu mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar.b) Sebagai contoh, untuk pelajar Tahun Satu, guru perlu banyak menggunakan bahan bantuan mengajar dalam bentuk gambar yang besar dan berwarna-warni. Guru juga perlu menyusun isi pelajaran daripada yang mudh kepada yang susah.c) Untuk pelajar Tahun Enam, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian masalah dan pembelajaran penemuan.

Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan samaada kabur ataupun buta, guru boleh menggunakan bahan maujud dlm proses p&p. Kanak-kanak yang kabur penglihatan ataupun buta menggunakan deria untuk memperolh pengertian.

Selain itu guru juga boleh menggunakan simbol @ formula mudah bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dan kanak-kanak lembam. Formula yang mudah membantu pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan lebih baik.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Nama beliau ialah Robert M.Gagne, telah dilahirkan pada tahun 1916 dan merupakan ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks.

Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama, iaitu kemahiran kecerdasan (intelektual), strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap.

Mengikut Gagne 1974, terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya. Kemahiran kecerdasan pertama dalam pembelajaran diskriminasi iaitu membezakan simbol-simbol. Setelah menguasai kemahiran ini, barulah dapat membentuk konsep. Dalam pembelajaran konsep, murid mestilah membuat diskriminasi antara unsure, kemudian mengelas dan membahagikan unsur itu dalam kumpulan untuk membentuk hukum. Misalnya hukum ketumpatan sesuatu benda menunjukkan perhubungan antara konsep jisim dengan isipadu. Oleh itu, kemahiran kecerdasan membolehkan seseorang 'mengetahui bagaimana' hendak melakukan sesuatu tindakan dan bukan hanya semata-mata 'mengetahui apa' keadaan yang wujud. Ini bermakna kemahiran kecerdasan meliputi pelbagai unit maklumat berbahasa seperti fakta, tarikh, simbol dan huraian serta kebolehan menggunakan maklumat itu.

Strategi kognitif pula merupakan kebolehan memproses maklumat yang membolehkan si pelajar memikir, menumpukan perhatian, memilih, mengingat dan menggunakan maklumat.

Perolehan kemahiran motor membolehkan seseorang melakukan pergerakan kordinasi dalam aktiviti fizikal. Walau bagaimanapun, perkembangan dalam kemahiran motor juga memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif. Misalnya, sama ada dalam aktiviti sukan atau bermain muzik, seseorang memerlukan kemahiran fizikal dan kecerdasan. Sikap seseorang pula mempengaruhi tindakannya terhadap sesuatu perkara, peristiwa atau orang lain. Ini berkait

secara langsung dengan perasaan, tingkah laku, minat dan kesediaan pembelajaran pada seseorang pelajar.Kemahiran kecerdasan

Kemahiran menggunakan simbol untuk berkomunikasi, menjalankan manipulasi dan menyelesaikan masalah.

Dalam suatu ladang ternakan, terdapat 20 ekor itik, 45 ekor ayam, 22 ekor lembu, 56 ekor kambing dan 2 orang pekerja. Berapakah bilangan kaki di ladang itu?

DiskriminasiDapat membezakan antara dua objek atau simbol.Dapat membezakan antara bentuk bulat dengan bujur dan p dengan q.KonsepMengenalpasti sekumpulan idea, objek atau peristiwa yang mempunyai cirri-ciri yang sama.Mamalia, tenaga dan atom.HukumPerhubungan di antara sekumpulan konsep.Hukum Boyle; hukum segiempat tepat, meramalkan kadar tindak balas berdasarkan keadaan sedia ada.Strategi KognitifMencari pendekatan untuk memperbaiki proses pemikiran dan pembelajaran.Menggunakan satu cara (misalnya, peta konsep) yang berkesan untuk meningkatkan ingatan maklumat kompleks.Maklumat berbahasaMenggunakan simbol, label dan fakta untuk menyampaikan erti sesuatu pengetahuan.Menyebut nama anggota-anggota ASEAN.Kemahiran motorTindakan yang melibatkan manipulasi dan kordinasi fizikal.Menulis, berenang dan bermain badminton.SikapCorak mempamerkan tingkah laku atau tindakan.Memilih untuk menyertai persatuan sains dan menolak kelab muzik.

Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat pembelajran tersebut ialah :

Syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian. Misalnya untuk menguasai jenis pembelajaran 5, syarat 1,2,3 dan 4 mesti dikuasai dahulu. Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:

1- Pembelajaran IsyaratPembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu

ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.

2- Pembelajaran ransangan – tindak balasDalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian gurunya.

3- Pembelajaran melalui rangkaianRangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti :

Kemahiran menghantar bolaKemahiran menerima bolaKemahiran menjaringkan bola

Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

4- Pertalian bahasaPembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa.

5- Pembelajaran diskriminasiDalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa

sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.

6- Pembelajaran konsepPembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.

7- Pembelajaran HukumPembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :

Memberi maklumat yang betulMenghuraikan cirri-ciri yang penting dalam sesuatu konsepMengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan.Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.

8-Pembelajaran penyelesaian masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu :

Mengenal masalahMencari maklumatMembuat hipotesis

Memilih cara menyelesaikan masalahMenguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).

Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah

Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.

1- Pembelajaran Isyarata) Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran isyarat.b) Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

2- Ransangan gerak balasa) Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhanb) Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.

3- Rangkaian motora) Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.b) Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan spesifik.c) Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

4- Prinsip pertalian bahasaa) Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.b) Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.

5- Diskriminasia) Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.b) Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.c) Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.d) Pelajar juga perlu tahu membezakan ciri-ciri yang penting dan kurang penting dalam sesuatu kategori.

6- Pembentukan konsep

a) Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.b) Dia harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori.c) Sebagai contoh, pelajar dapat membentuk konsep tentang elemen-elemen cuaca seperti berikut :

Cuacasuhukelembapanhujan

d) Guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang boleh memandu pelajar untuk membentuk konsep dengan mudah dan jelas.e) Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep, iaitu:Menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri-ciri utama dan penting.Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.Memberi contoh-contoh positif dan negative untuk menghuraikan cirri-ciri utama dalam sesuatu konsep.Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelaan yang dibuat oleh pelajar dan mereka menerangkan pengelasan yang telah dibuat oleh mereka.

7- Pembentukan Hukuma) Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.b) Guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dab memfokus kepada aspek-aspek yang penting dalam hukum.c) Pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.d) Guru perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian.e) Pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukum.

8- Penyelesaian masalaha) Dalam proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar.b) Guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu diaplikasi.c) Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.d) olya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :Memahami sesuatu masalahMembuat pelan tindakanMelaksanakan pelan tersebutM enilai hasil dan keputusan pelan

Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran

Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

Implikasi Teori Pembelajaran Terhadap P&P Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka mempelajari sesuatu melalui pembelajaran isyarat, contoh kanak-kanak yang bisu dan pekak. Selain itu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga dapat mempelajari melalui objek sebagai isyarat sesuatu.

Sebenarnya kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai naluri seperti kanak-kanak biasa, jadi ransangan gerak balas yang positif akan meningkatkan semangat mereka untuk belajar.

Kanak-kanak berkeperluan khas samaada menghadapi masal slow learner (lembam) , masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan lain-lain lagi mestilah diajar secara berulang-ulang berdasarkan pembelajaran melalui rangkaian. Kaedah ini dapat menguatkan lagi ingatan pelajar.

TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL

Teori pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsinya , guru memberikan konsep-konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerimanya dengan lengkap dan baik.

Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif David Ausubel

1. Resepsi (Pembelajaran Penerimaan)

- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik.- Menurut Ausubel , guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun dan teratur dalam bentuk kuliah dan ceramah.- Pembelajaran secara resepsi biasanya dilaksanakan di institusi pengajian tinggi dan universiti kerana bilangan pelajar yang ramai.- Walaupun guru memberi maklumat, idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang bersama guru.- Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa , tenaga , dan kos institusi yang

mengendalikannya.- Ausubel menyatakan bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak , cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.- Untuk kanak-kanak yang masih muda , cara pembelajaran resepsi adalah kurang menarik dan cepat dilupai oleh mereka.

2. Pembelajaran Penemuan

- Pelajar memperoleh maklumat secara bebas melalui usaha sendiri.- Pelajar menggunakan rumusan dan analisis kendiri melalui prose scuba jaya , celik akal serta pemikiran intuitif kerana maklumat maklumat tidak diberikan oleh guru.- Ausubel mementingkan pembelajaran bermakna kerana proses ini menghubungkan maklumat baru dan maklumat lama yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar.- Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi rangsangan yang pelbagai.- Pembelajaran penemuan adalah cara pembelajaran yang lebih menarik dan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang.

3. Subsumption Terbitan dan Subsumption Korelatif

- Maklumat yang dipelajari oleh pelajar daripada pelbagai bidang akan menjadi struktur kognitif yang boleh diasimilasikan melalui proses subsumption.- Pembelajaran bermakna boleh dilakukan melalui subsumption.4. Subsumption Terbitan

- Dalam proses subsumption terbitan , maklumat baru akan terbit daripada pengetahuan sedia ada pelajar.- Sebagai contoh , guru memberitahu pelajar bahawa semua binatang liar adalah bahaya. Apabila pelajar mempunyai pengalaman dengan binatang liar seperti melihat harimau di Zoo Negara , pemikirannya akan bertindak secara subsumption terbitan , iaitu ,“ Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau adalah seekor binatang berbahaya.”

5. Subsumption Korelatif

- Dalam proses subsumption korelatif , maklumat diterima melalui proses pengembangan makna dalam struktur kognitif.- Ini bermakna konsep asas yang telah dipelajari dikembangkan lagi dalam pemikiran pelajar.- Contohnya , seorang kanak-kanaktelah mempelajari fakta ayam betina bertelur. Apabila dia melihat penyu bertelur di pantai pada musim cuti sekolah , dia dapat mengaitkan pengalaman ini kepada fakta yang telah disampaikan oleh gurunya.- Dia dapat mengaitkan kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya.- Dia juga memperoleh maklumat tambahan kerana dapat melihat bagaimana proses penyu bertelur.

6. Penyusun Awal

- Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optima berlaku apabila terdapat perkaitan yang baik antara skema pemikiran pelajar dengan bahan pembelajaran yang baru.- Tujuan penyusun awal ialah ialah mengaitkan idea baru dengan idea lama dan menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses mengasimilasi maklumat baru menjadi lebih berkesan.- Sebagai contoh , seorang guru yang ingin mengajar puisi dalam pelajarannya boleh menggunakan penyusun awal yang mudah seperti berikut :“ Apa itu puisi?” dan membacakan satu puisi kepada pelajar.- Penyusun awal juga boleh digunakan dalam set induksi permulaan sesuatu pengajaran atau sepanjang pelajaran.- Ia boleh disampaikan dalam bentuk kenyataan, perenggan, soalan atau demonstrasi.Menurut Ausubel , terdapat dua jenis penyusun awal.

i) Penyusun Awal Perbandingan- Penyusun awal perbandingan mengingatkan pelajar tentang maklumat yang wujud dalam pemikiran- Ia merupakan maklumat penting tetapi mungkin dilupai pelajar.- Fungsi penyusun awal perbandinga ialah menolong mereka memanggil dan mengingatinya semula.

ii) Penyusun Awal Ekspositori- Penyusun awal ekspositori memberikan pelajar pengetahuan baru yang mereka perlukan untuk pembelajaran topik baru.- Guru boleh memberikan maklumat ini dalam bentuk penyataan atau dalam bentuk definisi konsep yang umum.

7. Pembelajaran Subordinat dan Superordinat

- Ausubel juga mengatakan pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui pembelajaran subordinat dan superordinat.- Pembelajaran subordinat dan superordinat berfungsi untuk menjadikan proses mengasimilasi bahan baru lebih mudah dan berkesan.- Ia merupakan cara pembelajaran yang boleh menghubungkan idea dan pengalaman lama pelajar dengan maklumat baru yang hendak disampaikan oleh guru.- Dalam pembelajaran subordinat atau deduktif , guru akan mengajar satu konsep terlebih dahulu dan ini akan diikuti dengan contoh-contoh yang khusus yang dapat mengukuhkan konsep tersebut.

- Contohnya ,Konsep : Barang yang berat akan tenggelamContoh barang-barang berat- Batu besar- Kereta buruk- Dalam pembelajaran superordinat atau induktif , guru akan memulakan idea baru dengan

contoh yang banyak dan khusus supaya pelajar dapat gambaran umum terlebih dahulu. Kemudian guru menjelaskan prinsip yang terlibat.- Contoh :

Daun Terapung

Bulu ayam Terapung

Prinsip Barang yang ringan akan tenggelam

8. Teknik Hafazan

- Pembelajaran bermakna lebih berkesan berbanding dengan teknik hafazan.- Walau bagaimanapun , guru perlu mengajar tentang teknik hafazan.- Teknik hafazan secara latih tubi perlu dalam proses menghafal dan mengingati rumusan dan sifiran.

Konstruktivisme

Bertitik tolak daripada pandangan Kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktivisme. Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Menurut MCBrien & Brandt,1997 - Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan & bukannyahanya menerima pengetahuan orang lain.

Bagi Brinner, M,1999 pula mengatakan murid membina pengetahuan mereka dgn menguji idea & pendekatan berdasarkan pengetahuan & pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kpd situasi baru & mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai berikut:Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan @ konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan & pengalamansedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yg diterima dgn pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Prinsip Teori Konstruktivisme

Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana murid mengguna input sensori (deria) untuk membinanya.Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna.Sediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman langsung.Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pembelajaran saling berhubung kait.Pembelajaran adalah aktiviti sosial ; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain , guru, rakan sebaya , dan lain-lain hubungan.

Pelopor Teori Konstruktivisme

i) Lev Vygotsky

Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial , alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.Contohnya , Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal , di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa , rakan atau guru (scaffolding).

Zon Perkembangan Proximal (ZPD)

1. Terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan ( scaffolding).

2. ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa.

3. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakukan kerja tersebut sendiri.

4. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain.

6. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain.

Implikasi Teori Kognitif Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Mengikut pandangan kognitif proses pengajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan , penyusunan dan penggunaan pengetahuan. Sesuatu dikatakan telah dipelajari apabila ia disimpan agar kekal sebagai pengetahuan , dan dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah.

2. Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan (persepsi) dan konsep (tanggapan). Pengamatan ialah mengenali peristiwa atau mengaitkan maksud pada sesuatu perkara.3. Pembelajaran melalui cara pengamatan menitikberatkan penggunaan bahan maujud.4. Pembelajaran pengamatan menghasilkan pembentukan konsep , iaitu idea spesifik mengenai sesuatu. Perolehan pelbagai konsep digunakan untuk untuk memahami sesuatu pengalaman atau menyelesaikan masalah.ii) Jean Piaget

Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti “saintis kecil”. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini.

Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai “soalan epistemology”. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat pemikiran secara kualitatif.

Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.

Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.

Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.

Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan empat prinsip konsep berikut:

OrganisasiIa adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalh matematik dan lain-lain.

AdaptasiDalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

AsimilasiIa adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah

sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekot hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.

AkomodasiIa berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

Metakognisi

Keupayaan individu menggunakan kognitif (akal / pengetahuan) untuk mengurus maklumat.

a) Pengetahuan personal ; tahu kekuatan dan kelemahan diri.b) Pengetahuan tugas ; tahu guna kemahiran selesaikan masalah.(formula-matematik).c) Pengetahuan strategi ; keupayaan pilih strategi lebih berkesan.

John Flavell (1976) – Metakognisi ialah pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya.Metakognisi terbahagi kepada 3 variable (pemboleh ubah)

Faktor Mempengaruhi Metakognisi

Individu itu sendiriTugas yang diberikanStrategi yang diguna pakai dalam menyelesaikan tugasan yang diberikanPersekitaran yang mengelilingi individu yang sedang berfikirTeori pelaziman klasik Watson

Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran.

- beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak –kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

- Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak –kanak tersebut seekor tikus putih.

Pada mulanya kanak –kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut, tetapi pabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak –kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Eadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak –kanak tersebut pada tikus putih.

- Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan.

- Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.

- Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.APLIKASI PRINSIP-PRINSIP SKINNER DALAM BILIK DARJAH

Pemberian peneguhan yang positif seperti pujian, wang, kata-kata perangsang, hadiah, token dan bintang bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki.

a) Sebagai contoh, guru memberikan Rahimah lima bintang kerana berjayamenghasilkan lukisan tercantik dalam bilik darjah.

b) Pemberian peneguhan mesti diberikan secara tekal bagi menjamin ber-ulangnya tingkah laku yang positif.

Objektif tingkah laku yang realistik dan penguasaan kemahiran secara berpering-kat.

a) Guru memastikan objektif pengajaran yang ditetapkan realistik dan tidakterlalu tinggi atau terlalu rendah arasnya.Ia mesti sejajar dengan kebolehan pelajar.

b) Guru juga perlu mengajar sesuatu kemahiran seperti bermain bola sepaksecara berperingkat-peringkat (seperti burung merpati bermain ping-pong)supaya pelajar menguasai permainan tersebut dengan lebih berkesan.

Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasiyang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasidengan betul.

a) Generalisasi

(i) Guru perlu mengamalkan prinsip generalisasi dalam bilik darjah.Pemindahan pembelajaran berlaku dari situasi A kepada situasi B.(ii) Generalisasi membawa maksud melakukan tingkah laku yang sama dalam situasi yang berlainan.

(iii) Contohnya, sesetengah pelajar takut untuk menghadapi peperiksaanUPSR. Guru boleh menasihatkan pelajar tersebut dan memberitahunya bahawa dia akan menduduki peperiksaan yang hampir samadengan ujian bulanan.(iv) Oleh itu, pelajar tidak akan berasa begitu takut kerana dia sudahbiasa membuat ujian bulanan.

b) Diskriminasi rangsangan

(i) Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepadarangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses P&P.(ii) Sebagai contoh, guru boleh memberitahu pelajar objektifspesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.(iii) Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepadamaklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.(iv) Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasiantara maklumat penting dan kurang relevan.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas.

a) Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yangdiingini atau tidak diingini oleh guru.b) Sebagai contoh, apabila guru masuk ke kelas (rangsangan) pelajar berdiridan mengucapkan ” Selamat Pagi ” (gerak balas). Guru pun memuji pelajar.c) Tanpa arahan guru, pelajar akan terus melakukan tingkah laku ini setiapkali seorang guru masuk ke dalam bilik darjah.

Rangsangan dan gerak balas diperkukuhkan melalui latihan.

a) Semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan gerak balas semakin kukuhgerak balas terlazim.b) Sebagai contoh, seorang pelajar diberi peneguhan positif dalam bentukpujian untuk kerjanya yang kemas.c) Kerja yang kemas akan berterusan, walaupun tiada pujian daripada guru.Pujian Kerja kemas Kerja kemas berterusand) Guru juga dapat meningkatkan tingkah laku pembelajaran yang positifdengan mengadakan perbincangan, projek dan aktiviti kumpulan di kalanganpelajar.

Motivasi membangkitkan tingkah laku positif.a) Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelummereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendakidalam P&P.b) Sebagai contoh, guru perlu memberi motivasi seperti dalam bentuk pujian,hadiah, kata-kata perangsang dan sebagainya untuk menbentuk tingkah lakuyang diingini.

c) Guru juga boleh meningkatkan motivasi pelajar dengan menyediakan suasanapengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Penghapusana) Jika sesuatu tingka laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secaraperlahan-lahan.b) Sebagai contoh, guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajardalam situasi P&P.c) Sebagai contoh, jika perlu takut untuk membuat pembentangan di hadapankelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.d) Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulanyang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.e) Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.f) Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html

MODEL PENGAJARAN

MODEL MEMPROSES MAKLUMAT   PRINSIP-PRINSIP Kumpulan model pemprosesan maklumat berfokuskan kepada naluri

semulajadi kita untuk memahami dunia.Model ini berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat

i.Rangsangan

ii.Proses

iii.Stor Jangka Pendek

-Direka bentuk untuk meningkatkan kecekapan murid-murid kita mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep. Menunjukkan cara penyampaian konsep yang berkesan. Antaranya:

1. Inkuiri. Murid akan meneroka sendiri dan seterusnya membuat kesimpulan. Kaedah ini banyak digunakan dalam matapelajaran sains.

2. Eksposisi. Semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada murid tanpa menggalakkan penyoalan. Contohnya, kuliah yang disampaikan di dalam kelas.

MODEL SISTEM BEHAVIORAL

PRINSIP-PRINSIP

Pengajaran langsung.

pengajaran langsung adalah satu strategi yang berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. Oleh yang demikian, ia agak sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik.

Pengajaran langkah demi langkah. (Pengajaran Masteri)

Contoh:

al-Quran Bahasa Matematik

MODEL SOSIAL

 PRINSIP-PRINSIP1.Simulasi.

-Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid.

-Ini penting bagi membantu murid melihat objek yang sebenar.

2.Lakonan

-Murid-murid melakonkan watak-watak yang menjadi model positif kepada mereka.

3.Main peranan

-Membantu murid-murid untuk memahami tingkah laku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara bagi menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

-Cara main peranan dilaksanakan, adalah dengan cara murid melakonkan watak-watak berdasarkan satu situasi yang telah dikenalpasti.

4.Permainan

-Murid diminta bermain permainan secara berkumpulan seperti kuiz

MODEL PERSONAL

PRINSIP-PRINSIP

Synetics- Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti.

-Direka bentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.

-Melalui sumbang saran yang digunakan, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas.

-Menggalakkan penglibatan yang aktif.

Eksperimen/ Ujikaji

-Murid diberi peluang menjalankan eksperimen sendiri bagi mendapatkan sesuatu maklumat

PO S TE D B Y NU R I LY AN A CHE LA S IN   AT   1 1 : 38 AM   0 C O MM E NT S

Perbincangan di dalam kelas

Para pelajar berkongsi maklumat

Gambar ini diambil ketika pensyarah dan para pelajar berbincang berkenaan tugasan yang diberikan. Perbincangan di dalam kelas ini amat berguna dan membantu kerana banyak maklumat yang diperoleh. Selain itu, rakan-rakan sekelas juga berkongsi maklumat antara satu sama lain dan cara sebegini lebih memudahkan kami untuk melakasanakn tugasan.Pensyarah juga memberi banyak tunjuk ajar dan info-info yang berguna dalam memantapkan lagi isi tugasankami. TERIMA KASIH kepada semua kerana sudi berkongsi maklumat....

PO S TE D B Y NU R I LY AN A CHE LA S IN   AT   1 1 : 16 AM   0 C O MM E NT S

S A T U R D A Y , A U G U S T 1 4 , 2 0 1 0

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PROSES P&PTEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Antara Implikasi terhadap pembelajaran dan pengajaran adalah:

1. Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin, dan berbentuk spesifik.

2. Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja.

3. Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran.

4. Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini.

5. Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya.

6. Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap.

7. Mementingkan peneguhan.

Manakala dari segi pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor tentang bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasi dalam bilik darjah. Antaranya adalah:

1. Pupukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan kerangka soalan (ransangan) – jawapan (gerakbalas) mengikut prinsip pedagogi, iaitu secara beransur-ansur dan peringkat demi peringkat.

2. Minta murid-murid mengikuti setiap kerangka yang disediakan. Maklum balas hendaklah diberi serta merta.

3. Susun aras kesukaran soalan-soalan bagi memastikan murid-murid anda berupaya memberi jawapan yang betul. Dengan itu, sudah tentu mereka akan menerima pengukuhan positif.

4. Pastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan pengukuhan sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan sebagainya . 

T  TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

1. Guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan membekalkan mereka dengan maklumat yang penting.

2. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Guru perlu sedar bahawa terdapat murid-murid yang mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Oleh itu, guru boleh mengadakan satu perbincangan berasaskan apa yang telah mereka pelajari daripada eksperimen yang telah dilakukan.

4. Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan dan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.

5. Perkembangan makna dan kefahaman.

6. Pentingkan pengamatan, pemberian makna dan pembelajaran penerimaan

ü  TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTISME

1. Kurikulum yang disediakan di sekolah pada setiap tahap persekolahan, iaitu bermula daripada prasekolah, rendah hingga menengah hendaklah berasaskan pengetahuan lalu pembelajar yang berkenaan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan kepada kaedah menyelesaikan masalah secara hands-on.

2. Guru hendaklah merancang dan melaksankan strategi pengajaran seperti soalan- soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan respon pelajar serta menggalakkan mereka menganalisis maklumat yang diperoleh.

3. Murid-murid akan dinilai dan mereka hendaklah berusaha dalam menentukan kemajuan masing-masing.

ü  TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

1. Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif.

2. Guru menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid-murid kita.

3. Perkembangan manusia

.4. Penyesuaian seimbang.

ü   TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME

1. Guru perlu sedar bahawa setiap murid mempunyai keperluan asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

2. Guru perlu peruntukkan sedikit masa pada awal sesi pengajaran untuk mengenalpasti apakah kekurangan dari segi keperluan asas yang perlu diberi perhatian.

3. Perhatian perlu diberi terhadap pemilihan tugasan pembelajaran yang dapat meransangkan minat dan naluri ingin tahu dalam kalangan murid-murid kita.

PO S TE D B Y NU R I LY AN A CHE LA S IN   AT   9 :0 2 AM   0 C O MM E NT S

S U N D A Y , A U G U S T 8 , 2 0 1 0

TEORI PEMBELAJARAN

TEORI BEHAVIORISTokoh:1) Ivan Pavlov ( 1849-1936)2) J.B Watson (1878-1958)3)Edward L.Thorndike (1878-1958)

Prinsip:(Thorndike)

- Ransangan dan gerak balas- Peneguhan-Hukuman: Hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.

(Pavlov)-Pembelajaran semula-Generalisasi, iaitu ransangan yang sama akan menghasilkan gerak balas yang sama.- Diskriminasi-Penghapusan

(Watson)-Tingkah laku manusia adalah reflek dan terlazim.-Semua pembelajaran adalah pelaziman klasik.-Pembelajaran berlaku berdasarkan 2 prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip tempoh kebaharuan.

TEORI KOGNITIFTokoh:- Jean Piaget- David Paul

Prinsip:- Pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori.- Menumpukan kepada apa yang pelajar tahu dan bagaimana mengetahuinya.

TEORI SOSIALTokoh:Carl RogersPrinsip:- Individu mempunyai keinginan sendiri untuk belajar.

TEORI HUMANISMETokoh:-Albert BanduraPrinsip:-Konsep kendiri positif akan memberi peneguhan positif.

PO S TE D B Y NU R I LY AN A CHE LA S IN   AT   8 :4 9 PM   0 C O MM E NT S

MODEL BEHAVIORALModel ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan.- Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang

berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.-Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.Antara contoh pengajaran model behavioral adalah:

PENGAJARAN LANSUNG.Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.Implikasi pengajaran ini terhadap bilik darjah adalah:Kaedah ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

PEMBELAJARAN MASTERIModel ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira.Implikasi pengajaran di dalam bilik darjah:Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

PO S TE D B Y NU R I LY AN A CHE LA S IN   AT   8 :1 8 PM   0 C O MM E NT S

M O N D A Y , J U L Y 1 9 , 2 0 1 0

Permainan TradisionalPada 6 Julai 2010, kelas kami telah menjalankan permainan tradisonal bertempat di

gim. Dalam aktiviti ini setiap kumpulan dikehendaki mengendalikan satu permainan dan

kumpulan saya telah memilih permainan batu seremban. Walaupun permainan batu

seremban masih dimainkan hingga kini, namun banyak perkara baru yang telah saya

pelajari sama ada sejarah permainan tersebut mahupun cara batu seremban dimainkan.

Pada hari tersebut juga, banyak permainan baru yang saya pelajari seperti konda kondi.

Saya berasa ini merupakan satu pengalaman yang bermakna kerana melalui aktiviti ini

kita dapat mempelajari pelbagai ilmu baru dan pada masa yang sama kita juga

memegang tanggungjawab sebagai pengekal tradisi. Hal ini kerana, permainan

tradisional semakin hari semakin dilupakan. Diharapkan dengan aktiviti ini, permainan

turun-temurun yang menjadi lambang budaya kita tidak hilang ditelan arus

permodenan.

PO S TE D B Y NU R I LY AN A CHE LA S IN   AT   1 1 : 31 PM   0 C O MM E NT S

S U N D A Y , J U L Y 1 8 , 2 0 1 0

Hari Pertama...

Hari ini merupakan kali pertama saya mempelajari cara untuk membuat blog walaupun blog sebenarnya telah lama digunakan oleh masyarakat kini. Blog ini dihasilkan untuk memuat turun segala perkara yang berkaitan dengan matapelajaran Murid dan Alam Belajar.Terima kasih Puan Jamilah kerana sudi mengajar!!!!

PO S TE D B Y NU R I LY AN A CHE LA S IN

http://ilyanamab.blogspot.com/

SUNDAY, AUGUST 22, 2010Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pembelajaran berlaku melalui  proses pemerhatian dan peniruaan. Oleh itu, guru boleh memilih ciri-ciri model yang ada ketokohan seperti dipandang tinggi, cekap, baik selaras dengan matlamat modeling untuk dijadikan teladan di dalam kelas. Kukuhkan   tingkah   laku   yang   hendak   dijadikan   tiruan. Guru boleh memuji pelajar yang bertulisan kemas, paparkan hasilan tulisan dan melantik pelajar sebagai ketua kumpulan. Pelajar lain akan bermotivasi untuk mengikut perlakuannya. Menggunakan   model   sebenar.   Contohnya   guru membawa tukang kebun untuk menunjukkan cara yang betul membuat   cantuman   tunas.   Guru   model   simbolik-langkah kerja.   Pelajar   membaca   langkah   1,   manakala   guru   akan menjelaskan   langkah   di   samping   tukang   kebun  membuat secara praktik. Pastikan   setiap   pelajar   dapat   melihat   model   dengan jelas.   Tegaskan   perlakuan   yang   hendak   ditiru   dan dikukuhkan. Pelajar juga dapat meniru dengan cepat.  Ulang   dan   tegaskan   langkah   yang   penting.   Beritahu sebab atau kewajarannya.  Paparkan   hasilan   kerja   terbaik   untuk   membolehkan pelajar  berkenaan   terus  berusaha  dan  merangsang  pelajar lain   berusaha   sebagaimana  pelajar   berkenan.  Akan  timbul keinginan pelajar lain untuk hasilkan karyanya diaparkan.

Guru   juga  perlu  menggunakan  bahan  bantu  mengajar yang bermutu tinggi  Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model.  Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.

Sumber:

Noriati  A.  Rashid,  Boon  Pong  Ying,   Sharifah  Fakhriah  Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

limuna.ipislam.edu.my/wp-content/uploads/.../teori-pembelajaran.ppthttp://dalinsia8990.blogspot.com/