9
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TEORI MENTALIS FADHILAH BINTI OTHMAN IFFA NAJWA BINTI ABD. RAHIM SYAHIDAH BINTI JASMAN SITI QATRUNNADA HANIS BINTI SHARIFF

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI PEMEROLEHAN BAHASATEORI MENTALIS

FADHILAH BINTI OTHMANIFFA NAJWA BINTI ABD. RAHIM

SYAHIDAH BINTI JASMANSITI QATRUNNADA HANIS BINTI SHARIFF

Page 2: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI PEMEROLEHAN BAHASASebagai seorang guru, adalah penting bagi

anda mengetahui bagaimana bahasa diperoleh.

Di sini kita hanya akan membincangkan tiga teori utama sahaja iaitu Teori Behavioris atau Mekanis, Teori Mentalis atau Innatis, dan Teori Kognitif.

Page 3: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI MENTALISTeori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky

(1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis.

Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.

Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja

Page 4: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis.

Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa.

Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

Page 5: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama

Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama )

Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak

Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Page 6: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut:

Wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa

Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan semulajadi

Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Page 7: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Kelebihan Teori Pembelajaran MentalisMenekankan kepada proses perkembangan

pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan.

Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.

Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru.

Page 8: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Kelemahan Teori Pembelajaran MentalisTeori ini mementingkan kemahiran tulisan,

yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan.

Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian.

Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

Page 9: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Aplikasi dalam Kelas BacaanGuru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan

pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka.

Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap.

Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan.

Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.