41
Tajuk 1 Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui asas perkembangan kreativiti kanak-kanak yang melibatkan bahagian-bahagian otak. 2. Mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian otak dan kaitannya dengan teori pelbagai kecergasan.

Teori Pengenalan Perkembangan Kreativiti PPG 23 2 2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teori

Citation preview

  • Tajuk 1 Pengenalan Kepada

    Perkembangan Kreativiti 1.2 Hasil Pembelajaran

    1. Mengetahui asas perkembangan kreativiti kanak-kanak yang melibatkan

    bahagian-bahagian otak.

    2. Mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian otak dan kaitannya dengan teori pelbagai kecergasan.

  • 1.4 Konsep Kreativiti dan bahagian-bahagian Otak

    Definisi Kreativiti Ciri Kreativiti Bahagian Hemisfera Otak Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri

  • 1.4.1 Definisi Kreativiti

    Kreativiti- proses yang berterusan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.

    Kreativiti - penghasilan sesuatu yang asli. Proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.

    Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) - kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.

  • Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.

    Kamus Dewan, (2002) :

    KREATIVITI - kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif.

    KREATIF mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

    Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli.

  • Pendapat lain :

    Kreatif dan kreativiti: 1. penghasilan sesuatu yang tidak ada

    sebelumnya. 2. Semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh

    disemai dan dipupuk. 3. Terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik &

    merupakan naluri semulajadi kanak2. 4 Kuasa yang dapat membantu kanak-kanak

    mengembangkan potensi sepenuhnya. 5. Setiap kanak2. menunjukkan kreativiti mereka

    dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

  • Menurut Gardner (1999),

    kreativiti kanak-kanak ditingkatkan melalui:

    (a) Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.

    (b) Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.

    (c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.

    .

  • (d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal. (e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti

  • 1.4.1.1 Ciri kreativiti Dalam penghasilan kreativiti, terdapat empat ciri-

    ciri kreativiti dalam Rajah 2.1:

  • i. Pengurusan Imaginasi

    Aktiviti bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli.

    Alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan.

    Aspek penting pemikiran kreatif : kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.

  • ii. Mempunyai Tujuan

    Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi berlaku secara kebetulan apabila seseorang sedang dalam

    proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain.

    Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun,disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali.

    Kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad

    cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri.

  • iii. Bersifat Asli

    Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan.

    Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu: Hasil kerja individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya

    sendiri terdahulu. Dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya. Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.

    Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global.

  • iv. Bernilai

    Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Nilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau menyumbang kepada pencapaian objektif.

    Idea yang berguna dikekalkan dan yang kurang berguna digugurkan.

    Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan.

    Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan

    praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok

  • 1.4.2 Bahagian Hemisfera Otak

    Otak manusia adalah bahagian anggota yang paling kompleks.

    Otak adalah satu-satunya organ yang sangat berkembang sehingga dapat mempelajari dirinya sendiri.

    Saintis : jika dirawat oleh tubuh yang sihat dan lingkungan yang menimbulkan rangsangan, otak yang berfungsi dapat tetap aktif dan reaktif selama lebih dari seratus tahun.

  • 1.4.3 Fungsi Otak kiri dan otak kanan

    Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri.

    Hemisfera kiri mengawal bahagian kanan anggota badan,

    manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri anggota badan.

    Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza

  • Rajah 1.2: Fungsi otak kiri dan kanan

  • Bahagian otak kiri : memproses maklumat secara rasional dan logikal serta bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa, penyelesaian masalah dan

    memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutamanya dalam bidang seni dan muzik.

    Contohnya, seorang penulis menggunakan otak kanan untuk mencipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam bentuk logikal.

  • Bahagian otak kanan pula berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna.

    Daya ingat otak kanan bersifat lama (long term memory). Sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian otak kanan, misalnya penyakit strok atau tumor otak, maka fungsi kemampuan

    visual dan emosi akan terganggu .

    Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, namun setiap kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk menggunakan salah satu bahagian otak yang dominan dalam kehidupan sehariannya.

    Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran

  • Semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Namun, disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih menggalakkan penggunaan fungsi otak kiri, manusia jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis.

  • Oleh sebab itu, daya kreativiti menjadi kurang aktif disebabkan kurang penggunaannya (Edward de Bon, 1994). Sehubungan itu, dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah merangsang otak sebelah kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai aktiviti masa lapang termasuk aktiviti yang berbentuk kesenian.

  • PROSES KREATIVITI

    Kreativiti ialah suatu proses yang digunakan untuk mencipta produk kreatif yang baru,asli dan unik.Kreativiti di warisi namun ia dapat dipupuk dengan aktiviti-aktiviti yang mampu menjana suatu kreativiti.Misalnya membuat kereta menggunakan kotak atau menggunakan polisterin

  • PROSES KREATIVITI

    1. ILMU PENGETAHUAN

    mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau masalah

    Jenis-jenis maklumat;

    Maklumat bercetak (buku, artikel, bahan muat turun internet)

    Maklumat lisan

    Maklumat elektronik

  • PROSES KREATIVITI

    2. PENYELIDIKAN

    Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi.

  • PROSES KREATIVITI

    3. MENDEFINISIKAN MATLAMAT / ARAH TUJU

    Mentakrifkan dengan jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki.

    Mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.

  • PROSES KREATIVITI

    4. PENGERAMAN (INCUBATION)

    Tiada apa yang dilakukan pada langkah ini.

    Menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa.

    Idea tidak datang dengan segera.

    Idea mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka.

    Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.

  • PROSES KREATIVITI

    5. MEMBINA KEYAKINAN

    Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea.

    Idea adalah seperti batu loncatan; idea berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang ada.

  • PROSES KREATIVITI

    6. PENAPISAN

    Idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik.

    Idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.

  • PROSES KREATIVITI

    7. MENYATAKAN DENGAN JELAS

    Mencari jalan untuk menyampaikan idea dengan berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut.

  • PROSES DAN PENGHASILAN

    Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa.

    Kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan uji kaji dan sebagainya.

    Kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikal.

    Kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti.

  • PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

    Sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara kreatif.

    Mereka belajar melalui pengalaman dan meneroka.

    Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni.

    Tugas orang dewasa memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan bereksperimen.

  • PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

    Terdapat 3 kaedah utama untuk menguji kreativiti;

    (i) Kaedah Psikometrik

    dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statistik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Kaedah ini dilakukan dengan mengaitkan aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif.

  • PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

    (ii) Kaedah Historiometrik

    Menggunakan maklumat dari dokumen-dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang. Maklumat ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti. Kaedah ini menggunakan pengukuran secara saintifik dan secara empirikal.

  • PENGALAMAN DAN PENGUJIAN

    (iii) Kaedah Biografi

    Kaedah ini lebih kurang sama dengan kaedah historiometrik. Kajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Kaedah ini menggunakan kaedah secara kajian kes yang lebih berbentuk naratif.

  • MODEL WALLAS

  • GRAHAM WALLAS

    Dilahirkan pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932.

    Merupakan seorang sosialis Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang tokoh akademik.

    Beliau banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses pemikiran kreatif.

    Model proses kreativiti diperkenalkan pada tahun 1926.

    Dalam model ini, terdapat 4 peringkat proses kreativiti.

  • (i) PENYEDIAAN (PREPARATION)

    Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka.

    Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima.

    Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal.

  • (ii) PENGERAMAN (INCUBATION)

    Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan perkara-perkara lain terlebih dahulu.

    Idea dibiarkan mengeram dalam minda.

  • (iii) ILUMINASI (ILLUMINATION)

    Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar.

    Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah.

    Pada peringkat ini individu melalui proses mengenal pasti karakter

  • (iv) VERIFIKASI (VERIFICATION)

    Ini merupakan peringkat terakhir.

    Pada peringkat ini idea tersebut telah disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan.

    Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan.

  • Q

  • IMAGINASI BERPANDU DAN KREATIVITI

    Menurut Edwards (1990);

    Guided fantasy provides adults and children with opportunities to create symbols and images that are flexible and original in thought. Guided fantasies are fluent and ever changing. In the process of pretending and imaging, people can invent and elaborate on images that are as original and individual to them as their fingerprints.

  • RUJUKAN

    http://bloggingresource.abufaris.com/idea/kreativiti.html

    http://en.wikipedia.org/wiki/Graham_Wallas.htm

    http://members.optusnet.com.au/~charles57/Creative/Brain/wallis.htm

    Beaty, Janice J. 2004.Skills for Preschool Teacher. Merrill Prentice Hall. Elmira College, Emerita.