34
1 PENDAHULUAN Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme,pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan.Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Ahli-ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan.Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia.Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov serta ahli-ahli pelaziman operan Skinner. Teori Behaviorisme adalah pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Rangsangan dan gerak balas akan menghasilkan perubahan tingkah laku. Oleh itu

TEORI Skinner and pavlov

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEORI Skinner and pavlov

1

PENDAHULUAN

Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme,pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang

berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.Proses pembelajaran ini

dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan

memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling

berkaitan.Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh

diperhatikan dan boleh diukur.

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja

tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa

sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh

berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan

dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.

Ahli-ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita

boleh diperhatikan.Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian

terhadap perlakuan manusia.Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa

yang sedang difikirkan.Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli

pelaziman klasik Pavlov serta ahli-ahli pelaziman operan Skinner. Teori Behaviorisme adalah

pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku.  Rangsangan dan gerak balas akan

menghasilkan perubahan tingkah laku.  Oleh itu tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal

dan diramal.   Tahun 1980 merupakan tahun penting bagi Ivan Petrovich Pavlov setelah beliau

telah diminta untuk mengawasi pertubuhan dan menguruskan Department of Physiology di

Institute of Experimental Medicine. Di situlah beliau telah menghasilkan kajiannya dan

menghabiskan sisa-sisa hidup. Pada tahun yang sama Pavlov telah mendapat gelaran Professor of

Pharmacology di Military Medical Academy.

Idea utama Pavlov dalam kajiannya adalah berkaitan proses penghadaman, yang menghasilkan

satu siri eksperimen mengenai hubungan antara sistem saraf dengan fungsi badan. pavlov juga

telah terpilih sebagai ahli dalam Russian Academy of Sciences pada tahun 1907, diberi kepujian

kedoktoran di Cambridge University pada tahun 1912 dan beliau juga telah dianugerahkkepujian

Order of the Legion.Pada 27 Februari 1936 Dr. Ivan Pavlov telah meninggal dunia di Leningrad.

Page 2: TEORI Skinner and pavlov

2

ISI

Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan

Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing

dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul,

menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada

keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai

ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov

hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu, contoh paling awal

dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.

Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih dahulu sebelum

beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak memberikan sebarang gerak balas

terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov memberikan makanan kepada anjing itu dan

menghasilkan gerak balas rembesan air liur. Makanan ini disebut sebagai rangsangan tak

terlazim kerana menghasilkan gerak balas rembesan air liur secara automatik. Perembesan air

liur ini disebut sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada

pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan dengan perembesan.

Bunyi loceng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak menghasilkan sebarang gerak balas.

Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu sebelum

anjing itu diberikan makanan. Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur sebaik mendengar

bunyi loceng walaupun belum lagi menerima makanan. Oleh itu bunyi loceng disebut

rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan perembesan. Gerak balas terhadap bunyi

disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang sama seperti makanan.

Selain itu, tindak balas emosi manusia terhadap pelbagai situasi dipelajari melalui pelaziman

klasik. Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran guru tersebut

dapat membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini timbul

disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk melalui teori

pelaziman klasik. Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid yang menyiapkan

tugasan, lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian.

Page 3: TEORI Skinner and pavlov

3

Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai implikasi dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran boleh berlaku dengan

menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain. Justeru, Ivan Pavlov berpendapat

bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang.

Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini,

guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan

atau dipelajari.

Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin

kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak balas terlazim

itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil

kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat

diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya

dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam

proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam

bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini.

Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan

pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu

melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti

berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya.

Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana

pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses

pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang

sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep

wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.

Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini

bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu

mungkin akan terhapus begitu sahaja.

Page 4: TEORI Skinner and pavlov

4

Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot.

Oleh itu, konsep pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan

keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan

mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula

semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.

Page 5: TEORI Skinner and pavlov

5

Konsep penting Pelaziman Klasik

Rangsangan Gerakbalas

Neutral Semulajadi Terlazim Semulajadi Terlazim

Konsep Penting Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-

apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa

sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.

Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas

untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu apabila guru

mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli

keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan

guru tersebut adalah gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan

antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut

dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai

pelaziman klasik.

Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu

(a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman. Hasil eksperimen

Pavlov dapat dirumuskan dalam Jadual di bawah.

Page 6: TEORI Skinner and pavlov

6

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip

pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov.

Konsep tersebut ialah

(a) generalisasi,

(b)diskriminasi

(c) penghapusan.

(a) Generalisasi pelajaran (biologi).

Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.

Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap

kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut

mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia)

telah digeneralisasikan kepada satu mata

Page 7: TEORI Skinner and pavlov

7

Jadual : Eksperimen Pavlov

(b) Diskriminasi

Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu

sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing

tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi

selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa

Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata

pelajaran sains.

(c) Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak

terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging).

Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk

Bunyi Loceng

(rangsangan terlazim)Makanan

(rangsangan tak terlazim)Bunyi Loceng

(rangsangan terlazim)

Bunyi Loceng

(rangsangan terlazim)

Makanan

(rangsangan tak terlazim)

Tiada gerak balasAir liur

(gerak balas tak terlazimAir liur

(gerak balas tak terlazimAir liur

(gerak balas terlazim)

Sebelum pelaziman

Semasa pelaziman

Selepas berlakunya pelaziman

Page 8: TEORI Skinner and pavlov

8

mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai

penghapusan.

Kesimpulan Kajian Pavlov

Implikasi Teori Pavlov Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran.

Guru hendaklah menyedari bahawa :

1) Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.

Contohnya: Jika guru berkehendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada

jam 1.15 petang, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan

dengan amalan berbaris (gerak balas) pada lain kali, apabila loceng berbunyi pada jam 1.15

petang, dengan itu murid-murid akan terus berbaris sebelum balik tanpa arahan guru.

2) Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan, semakin

kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim

itu.

Contohnya: Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang

baik (gerak balas), maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa

berterusan.

3) Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.

Contohnya: Dalam eksperimen Pavlov, anjing dilaparkan dahulu, manakala di dalam bilik

darjah, guru hendaklah memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang

menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.

4) Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,pembiasan atau pengalaman.

Contohnya: Seorang guru hendaklah melibatkan murid-murid dalam pengajarannya seperti

mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya.

5) Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku, bermakna apa yang dipelajari dalam

Situasi A boleh dipindahkan kepada Situasi B.

Page 9: TEORI Skinner and pavlov

9

Contohnya: Ali mempelajari prinsip-prinsip simpan kira di sekolah. Ketika di kedai ayahnya, dia

menggunakan prinsip-prinsip yang sama untuk menyimpan kira-kira bagi perniagaan ayahnya.

6) Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan.

Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan ,melalui ganjaran, tingkah

laku itu mungkin terhapus begitu sahaja.

7) Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu murid mendiskriminasi jenis

rangsangan yang perlu diberi penumpuan.

Contohnya: Guru yang berdiri di hadapan murid-muridnya mendatangkan pelbagai jenis

rangsangan seperti suara, gerak isyarat, tali leher yeng berbelang-belang, seluarnya

yang ,mungkin terlalu ketat dan alat bantu mengajar yang digunakannya.Sekiranya perhatian

murid-murid diberi kepada rangsangan yang tidak sesuai seperti tali leher yang berbelang-

belang, tentu sekali pembelajaran berkesan tidak akan berlaku.

Penumpuan hendaklah diberi kepada suara dan alat bantu mengajar bagi menjamin pembelajaran

berkesan.

8) Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan

pembelajaran.

Apabila seseorang guru tamat memberi ganjaran, prestasi murid mungkin merosot.

Dengan itu, guru boleh memperkenalkan sekali lagi insentif-insentif bagi murid-muridnya seperti

mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk

meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid

Page 10: TEORI Skinner and pavlov

10

Teori Pelaziman Operasi Skinner

B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus

diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks

daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan

binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” di mana

tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan

dan direkod/diukur.

Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman

operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan

peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.

Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak

individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan

peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif,

peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

(a) Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang

menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan

positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah

seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab

soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual

di bawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Page 11: TEORI Skinner and pavlov

11

Jadual : Peneguhan Positif

Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan

Pelajar kemukakan soalan

dengan baik

Curu memuji pelajar Pelajar kemukakan lebih

banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang

bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku

yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi

peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan

ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d)

memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau

respons yang spontan.

(b) Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang

diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya

kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran

bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja

rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).Jadual di bawah

menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negative

Jadual Peneguhan Negatif

Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan

Pelajar tidak

menyiapkan tugasan

tepat pada waktunya

guru menegur pelajar Pelajar akan

menyiapkan tugasan

yang seterusnya tepat

Page 12: TEORI Skinner and pavlov

12

pada waktunya

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah di bawah menunjukkan

jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual

peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala

berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah be

(c) Dendaan

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya

tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negative yang membawa

kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh dendaan.

Jadual : Dendaan

Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan

Pelajar membuat bising

dalam kelas

Gurumemberi amaran

kepada pelajar

Pelajar berhenti membuat

bising dalam kelas

(jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).

• Dendaan Persembahan

Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan

menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini

tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, system

demerit, guru memberi kerja tambahan.

• Dendaan Penyingkiran

Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.

Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak

Page 13: TEORI Skinner and pavlov

13

berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan

mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah

Matematik.

Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira.

Antaranya ialah:

• Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan.

• Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum.

• Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan

perlakuannya.

• Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang

dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama. Ada pendapat

yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan dan

ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap

sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah

laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan

emosi dalam jangka masa yang panjang.

(d) Prinsip Premack

Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti

yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati.

Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu

boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh

menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah

untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran

matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan.

(e) Pelupusan

Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan

Page 14: TEORI Skinner and pavlov

14

sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:

• Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.

• Peneguhan itu tidak lagi digunakan.

• Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidakdatang

dengan serta merta.

APLIKASI TEORI SKINNER DALAM BILIK DARJAH

Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelajaran dalam

bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut:

• Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini

hendaklah secara bersistematik.

• Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut

kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.

• Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin

akan dianggap sebagai hukuman.

• Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk

pelaziman.

• Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.

Page 15: TEORI Skinner and pavlov

15

Pembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operasi (Shaping Behaviour)

Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan'

(shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada

tingkahlaku manusia.Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia

bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan

tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi.Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk

mengawal tingkahlaku orang.

Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan

rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-

pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus

berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa

dalam kelas ketawa apabila diberjenaka.

Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi bagaimana

penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini telah

menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas.

Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan

Generalisasi: Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga boleh menghasilkan

gerak balas yang sama.

Diskriminasi: Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak terhadap

peneguhan lain.

Penghapusan: Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan

atau ganjaran tidak diberikan lagi.

Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)

Page 16: TEORI Skinner and pavlov

16

Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa cara

peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah hubungan di antara

cara peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran?

Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan

mencadangkan dua cara peneguhan, iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous Reinforcement)

dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement).

Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme menerima ganjaran

atau peneguhan.

Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau masa

tertentu. Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa.

Menurut Nisbah

a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas

berlaku. m.s. nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang wujud 1 peneguhan berikan.

b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak

balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. m.s. kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam

keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.

Menurut Masa

a) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang

ditetapkan. m.s. jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikan kepada gerak

balas yang wujud selepas 1 minit.

b) Masa berubah ('variable interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang

ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerak balas yang wujud.

Page 17: TEORI Skinner and pavlov

17

Perbezaan Antara Pelaziman Operasi Dengan Pelazimam Klasik

Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata, anjing

Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan

makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan

untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang

diberikan.

Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan

Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama:

a)  Peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada 

    1-Peneguhan Positif

2- Peneguhan Negatif.

b) Denda (punishment)

Peneguhan Positif (Positive Reinforcement)

Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan

berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif.  Contoh:- 

(1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang

tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan. 

(2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang

tingkahlaku itu.

(3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu

akan mengulang kelakuan berkenaan?

Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau

token (seperti markah ujian).

Page 18: TEORI Skinner and pavlov

18

Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)

Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh

menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan

Negatif.

Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan

keadaan yang negatif.

Contoh:-

(1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan

kejutan elektrik.

(2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar

anaknya memekik-pekik.

Denda (Punishment)

Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku

yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan. 

Contoh:-

(1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, mengentikan

keseronokkan).

Page 19: TEORI Skinner and pavlov

19

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kedua dua tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan persekitaran dalam

proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara

suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah

contoh teori behavioris yangmenekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan.

Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang

menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran didalam kelas.

Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan

menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali,

ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi

membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. . Hubungan antara rangsangan dan gerak balas adalah fokus dalam pelaziman klasik.

Manakala pelaziman operan tingkah laku akan diulangi atau dihentikan bergantung kepada

akibat atau kesan yang diterima daripada perbuatan itu.

Peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapusan, membentuk dan latihan kemahiran

tingkah laku dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. Bagi menghentikan tingkah laku

yang dianggap tidak sesuai hukuman positif dan hukuman negatif dilaksanakan.. Sebaik-baiknya

ia merupakan pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan pelbagai isu dan memerlukan

pertimbangan etika yang sewajarnya.

Page 20: TEORI Skinner and pavlov

20

RUJUKAN

Ab. Fatah Hassan. (1994). Tentang penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.

Skudai: Penerbit UTM

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihami Zakaria dan Fawziah Yahza. (2005). Aplikasi Kognitif

dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing.

Derek Torrington dan Jane Weighvman. (1989). Effective Management : people and

Organisation .New York : Prentice-Hall, Inc.

Ee Ah Meng. (1994). Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti.

LAMPIRAN

Page 21: TEORI Skinner and pavlov

21

Figure 1 Teori Peazim Pavlov

Figure 2 Teori Pelaziman Pavlov

Page 22: TEORI Skinner and pavlov

22

Figure 4 Teori Pavlo

Figure 3 Teori Pavlov

Page 23: TEORI Skinner and pavlov

23

Latar Belakang Pavlov Dan Skinner

1. Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936)

Ivan Petrovich Pavlov telah dilahirkan pada 14 September 1849 di sebuah perkampungan di

Ryazan, Russia. Beliau merupakan anak kepada Peter Dmitrievich Pavlov yang merupakan

seorang paderi kampung. Seperti kanak-kanak lain di Ryazan, beliau juga telah dihantar ke

sebuah sekolah gereja dan seterusnya telah memasuki sebuah kolej teologi yang melatih bakal-

bakal paderi. Setelah beliau membaca buku ‘The Origin Of The Species’ yang ditulis oleh

Charles Darwin serta hasil kerja seorang ahli psikologi Russia, I. M. Sechenov, beliau telah

mengambil keputusan untuk meninggalkan kolej tersebut dan terlibat dalam bidang sains. Beliau

kemudiannya telah mengambil jurusan Natural Sciences di University of St-Petersburg.

Pavlov sedar subjek yang digemarinya merupakan psikologi dan bersama rakan-rakannya, beliau

telah berjaya menghasilkan sebuah kertas kerja pertama beliau yang berjudul ‘The physiology Of

The Pancreatic Nerves’ yang kemudiannya dianugerahi pingat emas. Pavlov menamatkan

pembelajarannya dengan mendapat ijazah Candidate Of Natural Sciences. Usaha pavlov tidak

berhenti di situ sahaja, malah beliau telah melanjutkan pembelajarannya di Academy of Medical

Surgery di mana beliau memperolehi satu lagi pingat emas. Hasil dari kejayaan beliau juga,

beliau telah menjadi seorang pengarah makmal psikologikal di klinik S. P. Botkin iaitu seorang

ahli fizik Russia yang dikenali pada ketika itu. Pavlov telah dianugerahkan dengan Nobel Prize

dalam Medicine/Physiology pada tahun 1904 setelah menyiapkan tesis kedoktorannya iaitu The

Centrifugal Nerves of The Heart.

Page 24: TEORI Skinner and pavlov

24

2. Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)

Burrhus Frederic Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania

di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang

surirumah yang bijak.

Burrhus merupakan seorang yang aktif dan sukakan aktiviti-aktiviti luar serta sangat berminat

untuk belajar. Hidupnya tanpa tragedi, akan tetapi seorang adiknya telah meninggal dunia ketika

berumur 16 tahun akibat penyakit cerebral aneurysm.

Burrhus telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York. Beliau

sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen

kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah

berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York

City sebagai “bohemian”.

Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke sekolah

di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan

kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian

sehingga tahun 1939.

Pada tahun yang sama beliau telah berpindah ke Minneapolis untuk mengajar di University of

Minnesota. Di sana beliau telah bertemu Yvonne Blue dan seterusnya mendirikan rumah tangga.

Mereka mempunyai dua orang anak perempuan di mana anaknya telah menjadi terkenal kerana

terlibat dalam kajian yang telah dibuat oleh Skinner.