Upload
syishi
View
1.207
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
2.0 TERCALARNYA IMEJ KEGURUAN
Pepatah ada menyebut bahawa kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pepatah ini sesuai
digunakan bagi profesion keguruan pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pada hari ini kita
dapat lihat imej profesion keguruan kian tercalar teruk di mata masyarakat dek kesalahan yang
dilakukan oleh seorang guru. Antara kesalahan ketara yang dilakukan oleh segelintir guru adalah
guru mencederakan pelajar, guru melakukan jenayah, kesalahan kepada rakan sejawat, kesalahan
dalam proses pengajaran dan pembejaran dan beberapa kesalahan lain lagi yang boleh dianggap
serius.
2.1 GURU MENCEDERAKAN PELAJAR
Sejak akhir-akhir ini kerap kali kita dihidangkan oleh akhbar-akhbar tentang guru
mencederakan pelajarnya dengan alasan yang tidak munasabah seperti pelajar datang lewat ke
sekolah, tidak membawa buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan beberapa kesalahan
kecil lagi yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa guru bertindak demikian adalah kerana
ingin mendidik para pelajar dan supaya para pelajar tidak lagi mengulangi perbuatan yang sama.
Tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar dengan keterlaluan sehingga mendatangkan
kecederaan kepada pelajar tersebut merupakan satu tindakan melampau yang bukan sahaja
menyebabkan pelajar trauma untuk ke sekolah malahan turut menimbulkan kemarahan segelintir
masyarakat.
Apabila masyarakat mula membincangkan isu ini, sudah tentu bukan sahaja imej guru
tersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan juga turut menerima tempias yang sama.
Keadaan ini menyebabkan ibu bapa takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana
2
persepsi mereka terhadap profesion keguruan sudah bertukar menjadi buruk. Mereka bimbang
anak-anak mereka akan menjadi mangsa kepada tindakan guru yang melampau.
Terdapat beberapa kesalahan guru terhadap pelajar yang dilaporkan oleh media massa
dan media elektronik antaranya pada Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara
Shanta, 54 tahun telah ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke
atas pelajar tahun tiga. Sementara itu, seorang guru didakwa kerana telah menendang pinggang
seorang pelajar tahun enam sebanyak dua kali. Kejadian ini berlaku pada 2 April 2007 di salah
sebuah sekolah di Sik, Kedah. Antara beberapa lagi kejadian yang menunjukkan keganasan yang
dilakukan oleh guru adalah apabila muka seorang pelajar berusia dua belas tahun senget apabila
ditampar seorang guru. pelajar tersebut ditampar gara-gara ingin mengambil buku di dalam beg
sebelum lewat menghadiri perhimpunan.
Di Sarawak, 18 Julai 2007, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan
pelajarnya yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka
beramai-ramai ke dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan seorang warden asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengambil keputusan untuk mendenda
pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi dengan sikap pelajar-pelajarnya yang tidak menjaga
kebersihan tandas mereka.
Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid
tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai
besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan
dalam jadual tugasan harian.
3
Seorang Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabah pula digantung kerja
selama dua bulan kerana didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan
yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka pada 19 Julai 2007.
Belum pun reda kes 200 pelajar perempuan direndam dalam kolam ikan di Sibu, tujuh
pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama di Baram, Miri pula
didakwa dirotan guru sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama. Di Alor
Gajah, Melaka gara-gara didakwa ponteng kelas, empat pelajar perempuan sebuah sekolah
menengah dirotan belakang betis sehingga lebam dan bengkak, selain seorang daripada mereka
dituduh mengandung anak luar nikah.
Sementara itu, di Johor pula, beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua untuk
mencurahkan perasaanya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai bukti “penderaan”
terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Bukti ini semakin jelas apabila mata kiri
murid itu, mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit. Kes terbaru pula dilaporkan
di Muar, iaitu pada 15 Ogos 2009 apabila seorang murid tahun lima didakwa ditumbuk oleh guru
gara-gara bergaduh dengan rakannya.
Berdasarkan laporan yang dikemukakan di dada-dada akhbar, ini jelas memperlihatkan
tindakan guru yang melampau telah mendatangkan kecederaan yang bukan sedikit kepada
pelajarnya, malahan berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan kekal. Berikutan
kejadian-kejadian ini masyarakat tidak lagi memandang tinggi profesion keguruan. Masyarakat
akan beranggapan bahawa semua guru adalah sama. Jadi jelaslah bahawa walaupun tindakan
melampau ini dilakukan oleh segelintir guru tetapi keadaan ini boleh mencalarkan imej
4
profesion keguruan. Hal ini demikian kerana guru merupakan satu profesion yang menjadi
perhatian masyarakat umum. Segala tingkah laku dan tindak tanduk guru akan menjadi bualan
masyarakat dan oleh yang demikian apabila terdapat seorang guru yang melakukan kesalahan
akan menyebabkan profesion keguruan turut menjadi bualan dan kritikan masyarakat.
Disebabkan kesalahan sebilangan kecil guru ini juga masyarakat semakin memandang serong
terhadap imej guru. Malahan terdapat ibu bapa yang takut untuk menghantar anak mereka ke
sekolah kerana bimbang menjadi mangsa kepada ‘cikgu ganas’. Hal ini demikian kerana, apabila
seorang guru yang melakukan kesalahan, masyarakat akan mula tidak mempercayai bukan sahaja
guru tersebut malahan guru lain juga akan menerima tempias yang sama. Keadaan ini secara
langsung akan mencalarkan imej profesion keguruan di mata masyarakat.
2.2 GURU TERLIBAT DALAM KES JENAYAH
Guru merupakan individu yang diamanahkan untuk memberikan pendidikan kepada para
pelajar. Didikan yang diberikan bukan sahaja berbentuk akademik malahan dalam bidang
kokurikulum juga guru perlu memainkan peranan mereka. Pendidikan yang diberikan oleh guru
juga bukanlah semata-mata berbentuk duniawi tetapi juga mendidik para pelajar supaya
seimbangkan rohani dan jasmani. Selain memberi pendidikan guru juga merupakan golongan
yang bertanggungjawab melahirkan pemimpin agama, negara dan masyarakat. Oleh itu,
menyedari peri pentingnya tanggunggajawab sebagai seorang guru, guru harus memainkan
peranan mereka sebaiknya. Namun hari ini, kita dikejutkan dengan kes jenayah yang melibatkan
guru.
5
Sememangnya sukar dipercayai guru yang diamanahkan mendidik dan menunjukkan
perkara yang betul dan baik kepada para pelajar terlibat dalam kes-kes jenayah seperti rogol,
penagihan dadah, rasuah dan sebagainya. Keadaan ini boleh dibuktikan apabila di Kuala
Lumpur seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam
penagihan ganja. Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah
di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek, termasuk
seorang pengawal keselamatan. Manakala di Kota Bharu pada 26 April 2007, seorang pelajar
perempuan berumur 15 tahun membuat laporan polis setelah beliau tidak tahan lagi menjadi
pemuas nafsu gurunya. Pelajar tersebut mendakwa guru lelaki tersebut telah beberapa kali
mencabul kehormatannya, termasuk di sekolah dan di rumah suspek.
Apabila keadaan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru seperti rogol dan
penagihan dadah berlaku masyarakat akan mula memandang serong terhadap profesion
keguruan. Kepercayaan mereka akan mula terhakis. Hal ini demikian kerana guru merupakan
golongan pendidik yang akan mendidik anak-anak mereka menjadi manusia berguna kepada
agama, negara, dan masyarakat. Selain itu guru juga merupakan ejen pembaharuan bagi
masyarakatnya. Dengan perkataan lain guru adalah pembentuk masa depan masyarakat. Jadi
apabila guru sendiri yang terlibat dalam kes-kes jenayah akan menyebabkan masyarakat tidak
nampak peranan yang dimainkan oleh guru malahan masyarakat akan berfikir bahawa guru
akan mendatangkan pengaruh negatif dalam diri anak-anak mereka. Mereka mula mengganggap
guru seperti ‘ketam mengajar anak’ iaitu guru itu sendiri tidak elok pekertinya tetapi mengajar
anak-anak mereka supaya menjadi manusia yang baik. Keadaan ini sudah pastinya tidak akan
6
berjaya kerana guru sudah semestinya menjadi ‘role model’ kepada para pelajarnya dan segala
tindak tanduk guru sudah semestinya menjadi perhatian pelajarnya dan tidak mustahil pelajar
akan terikut dengan gejala negatif akibat daripada pengaruh gurunya sendiri.
Masyarakat akan mengkritik profesion keguruan. Kesalahan ini walaupun dilakukan oleh
seorang guru tetapi masyarakat akan melebalkan semua guru pada tahap yang sama dan
masyarakat akan mula memburuk-burukkan imej profesion keguruan dan mengakibatkan guru
yang tidak bersalah juga akan mendapat tempiasnya. Jadi jelaslah bahawa kesalahan yang
dilakukan oleh sebilangan kecil guru boleh meletakkan imej profesion keguruan ditahap paling
bawah selain tercalarnya imej profession keguruan.
2.3 KESALAHAN TERHADAP RAKAN SEJAWAT
Bukan sahaja terlibat dalam kesalahan jenayah dan juga mencederakan pelajar, kesalahan
guru boleh dilihat terhadap rakan sejawatannya. Keadaan ini dapat dibuktikan, pada 10 Ogos
2009, Harian Metro melaporkan seorang guru wanita trauma apabila diganggu oleh Guru Besar
yang miang di hadapan guru-guru yang lain. Mangsa yang tertekan membuat laporan polis
apabila Guru Besar tersebut kerap kali melakukan gangguan seksual terhadapnya. Berdasarkan
laporan akhbar ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa tindakan Guru Besar tersebut
merupakan sesuatu tindakan yang memualkan dan memalukan. Guru terutamanya Guru Besar
merupakan individu yang sepatutnya menunjukkan jalan yang betul kepada guru dibawahnya
apabila guru melakukan sesuatu kesalahan. Tetapi apabila Guru Besar sendiri yang melakukan
kesalahan sudah tentu persepsi masyarakat terhadap imej profesion keguruan menjadi lebih teruk
7
lagi. Masyarakat akan mengganggap bahawa jika Guru Besar boleh bertindak demikian tidak
mustahil guru yang lain boleh melakukan perkara yang lebih teruk lagi. Keadaan ini akan
menjadi lebih rumit lagi apabila perkara ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat tetapi juga
menjadi bualan pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Apabila ini terjadi sudah pasti para pelajar
akan memandang sinis terhadap para guru dan yang lebih ditakutkan apabial rasa hormat pelajar
terhadap guru terhakis. Pada masa itu guru tidak boleh lagi memarahi pelajar apabila pelajar
tidak menghormati mereka kerana keadaan ini berpunca daripada pihak guru sendiri. Jelas
keadaan ini membuktikan bahawa kerana kesalahan seorang guru imej profesion keguruan
tercalar.
2.4 KESALAHAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Memang benar, imej profesion keguruan akan tercalar dek kesalahan seorang guru.
Apabila seorang guru hanya memandang enteng tugasnya sebagai seorang pendidik, guru
tersebut akan mula melakukan tugas mendidik dengan sambil lewa. Keadaan ini mungkin
berlaku kerana guru tersebut tidak berminat untuk menjadi seorang guru tetapi tetap dipaksa
menjadi guru. Oleh hal yang demikian guru tersebut akan bertindak sesuka hati sama ada
memandang ringan tugasnya sebagai guru dengan tidak pergi bertugas misalnya. Apabila
keadaan ini berlaku sudah tentu akan menimbulkan ketidakpuas hati dalam kalangan ibu bapa
dan beranggapan bahawa guru tersebut hanya ‘makan gaji buta’ dan mengabaikan pengajaran
anak-anak mereka. Jadi jelaslah bahawa fenomena ini juga menjadi punca kepada tercalarnya
imej profesion keguruan yang selama ini begitu mulia di mata masyarakat. Terdapat juga ibu
8
bapa dan masyarakat yang menunding jari kepada guru apabila anak mereka gagal mendapat
keputusan yang cemerlang. Mereka menganggap guru yang tidak masuk ke kelas menjadi faktor
anak mereka gagal mendapat keputusan yang memuaskan. Jadi, walaupun kesalahan seorang
guru yang tidak memasuki kelas untuk mengajar, semua guru lain turut terjejas apabila ibu bapa
dan masyarakat juga turut menyalahkan mereka.
Selain itu terdapat juga guru yang mementingkan pekerjaan lain dan mengabaikan tugas
mereka sebagai guru. Contohnya mereka lebih gemar berniaga di sekolah sehingga mereka lalai
masuk ke kelas untuk menunaikan tanggungjawab utama mereka. Terdapat juga guru yang lebih
mementingkan kelas tuisyen yang mereka adakan daripada mengajar di sekolah. Guru ini akan
masuk ke kelas tetapi mengajar sambil lewa sahaja sedangkan di kelas tuisyen mereka boleh
mengajar dengan sepenuhnya dan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini demikian berlaku kerana
dengan mengadakan kelas tuisyen mereka akan mendapat pulangan yang lumayan berbanding
mengajar di sekolah apatah lagi jika di sekolah sama ada mereka masuk ke kelas atau tidak gaji
mereka tetap ada.
Tindakan yang dilakukan oleh guru ini bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi
pembelajaran para pelajar malahan juga boleh meninggalkan imej buruk profesion keguruan.
Prestasi pembelajaran para pelajar akan menurun kerana bukan semua para pelajar mampu untuk
mengikuti kelas tuisyen. Jadi apabila pelajar yang bergantung kepada pengajaran guru di dalam
kelas semata-mata akan ketinggalan jauh apabila guru mengajar sambil lewa sahaja dan hanya
mementingkan kebendaan daripada kejayaan para pelajar.
Selain itu, selalunya apabila guru berhadapan dengan murid yang lemah, kerapkali guru
itu menyalahkan murid itu kerana gagal menguasai pengajarannya. Guru tidak pernah menyoal
9
dirinya sendiri dengan kelemahan murid. Mereka tidak sedar bahawa kelemahan dan kelambatan
murid tersebut banyak berpunca daripada mereka. Sikap sambil lewa dan sibuk dengan kerja lain
menyebabkan masa pembelajaran dan pengajaran ‘ala kadar’ sahaja. Keadaan ini menyebabkan
para pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan sebaiknya dan seterusnya menyebabkan
mereka gagal menguasai pelajaran dengan baik. Jadi jelas menunjukkan sikap segelintir guru
yang ‘mengambil mudah’ proses pengajaran dan pembelajaran telah mencalarkan imej profesion
keguruan di samping menyebabkan prestasi para pelajar merosot.
3.0 FAKTOR GURU MELAKUKAN KESALAHAN
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan guru melakukan kesalahan sehingga boleh
menyebabkan imej profesion keguruan tercalar. Antara faktor utama yang dikenalpasti yang
mendorong berlakunya kesalahan-kesalahan yang tidak seharusnya berlaku dalam profesion
keguruan ialah faktor tekanan kerja, gaji yang tidak setimpal, kurang minat dalam bidang
keguruan, faktor pelajar itu sendiri dan sebagainya.
3.1 TEKANAN KERJA
Tekanan kerja merupakan faktor yang utama yang menyebabkan guru melakukan
kesalahan sama ada kesalahan kecil atau kesalahan besar yang seterusnya boleh mencalarkan
imej profesion keguruan. Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah untuk dipikul. Tuntutan
kerjaya sebagai guru merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi menjadi guru pada zaman
teknologi dan dunia tanpa sempadan ini. Tugas sebagai guru bukan sahaja mendidik, mengajar, 10
dan membimbing murid-muridnya, malah lebih daripada itu. Guru mempunyai peranan yang
paling besar, khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid-murid. Guru turut
mempunyai tanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid-murid agar mereka tidak hanyut
dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begutu deras sekali. Guru tidak boleh
membiarkan murid-muridnya tenggelam timbul dalam alam impian, angan-angan, dan khayalan
semata-mata .
Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, hanya akan menghasilkan
kemusnahan, baik pada alam fizikal dan biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan
kejiwaan. Manusia merosakkan lautan, bumi dan rimba raya, sewenang-wenangnya. Pencemaran
dami pencemaran diwujudkan. Semuanya untuk pembangunan. Hanya material yang
diutamakan, sedangkan akhlak, moral, dan kerohanian diabaikan. Di sinilah letaknya tugas dan
cabaran bagi guru iaitu untuk mengharmonikan kedua ekstrim iaitu fizikal dan kerohanian.
Menyedari betapa pentingnya tugas menjadi seorang guru dan menyebabkan kadangkala guru
hilang pertimbangan ketika berhadapan dengan para pelajarnya sehinggakan kesalahan kecil
yang dilakukan oleh pelajar boleh menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit dalam diri guru.
Jadi situasi ini boleh menyebabkan guru bertindak secara keras terhadap muridnya tanpa
disedarinya. Kadangkala kita sedar bahawa guru tidak bermaksud untuk bertindak secara keras
sehingga mendatangkan kecederaan kepada pelajarnya. Tetapi disebabkan tekanan demi tekanan
yang diberikan kepada guru dan ditambah dengan besarnya peranan dan tanggungjawab mereka
dalam mendidik anak bangsa menyebabkan guru tidak sedar dengan kesalahan yang mereka
telah lakukan.
11
Selain daripada bebanan tugas yang besar, guru juga menerima banyak tekanan daripada
ibu bapa, masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak atasan dan juga masalah peribadi. Masyarakat
melihat tugas guru adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula merasa
beban kerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masanya tidak dihargai.
Pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir guru kecewa. Tekanan yang
diterima ini menyebabkan guru cepat melenting dan melepaskan kemarahan mereka kepada
pelajar. Jadi, benarlah bahawa tekanan kerja juga merupakan faktor terpenting dalam menjadi
punca kepada kesalahan yang dilakukan oleh guru yang seterusnya boleh membawa kepada
tercalarnya imej profesion keguruan.
3.2 PELAJAR
Selain faktor tekanan kerja, faktor yang datang daripada pelajar juga menjadi punca
kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh guru. Bukan senang menjadi guru ketika para
pelajar lebih banyak terdedah kepada dunia luar yang lebih moden dan canggih. Majoriti guru
mengatakan bahawa tahap disiplin pelajar pada hari ini berada di tahap kritikal dan
membimbangkan. Kehidupan pelajar pada zaman ini tidak seperti suatu ketika dahulu. Jika pada
zaman dahulu rasa hormat para pelajar terhadap guru mereka begitu menebal dan segala arahan
yang diberikan oleh guru akan segera dituruti tetapi keadaan ini berlaku sebaliknya pada zaman
ini apabila guru tidak lagi dihormati apatah lagi disanjung.
Segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian
akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai
peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada mereka. Mungkin guru tersebut termasuk dalam
golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi
12
manfaat . Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah
tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga
murid berkenaan perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan
peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan
berlaku.
Pada masa lalu memang ramai ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada
guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa. Hal ini
disebabkan pada masa dahulu ibu bapa lebih memihak kepada guru. Namun pada hari ini
kebanyakan ibu bapa adalah berpelajaran tinggi dan mereka mengubah penggunaan kekerasan
kepada psikologi. Cara kekerasan kepada mereka adalah kuno dan kolot dan tidak sesuai lagi
pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam
mendidik pelajar.
Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan
bilangan pelajar yang terlalu ramai dan ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan
murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih
patuh kepada guru. Ahli Sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan pula berkata, punca
guru bertindak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang murid yang nakal,
guru dapat kawal tetapi kalau terlalu ramai ia boleh menghilangkan kesabaran guru. Menurut
beliau “Guru juga manusia biasa, jika terlau tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal”.
Keadaan ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa kesalahan yang dilakukan oleh guru
seperti mencederakan pelajar juga banyak berpunca daripada pelajar itu sendiri.
13
3.3 KURANG BERMINAT MENJADI GURU
Kurang berminat menjadi guru juga menjadi faktor guru melakukan kesalahan sehingga
boleh mencemarkan imej profesion keguruan. Menurut seorang kaunselor Universiti Islam
Antarabangsa, Asniza Mamat, salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid
ialah guru itu sendiri tidak berminat terhadap profesion keguruan. Menurut beliau apabila
seseorang itu tidak berminat akan menyebabkan guru itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan
karenah murid. Apabila keadaan ini berlaku sudah tentu mereka tidak mempunyai perasaan sabar
dalam diri mereka. Mereka akan mudah merasa marah. Guru juga adalah manusia biasa yang
mempunyai emosi seperti orang lain. Kadangkala perasaan marah guru akan sampai ke tahap
lupa yang mereka adalah seorang guru dan berhadapan dengan anak orang lain.
Menurut Asniza lagi, kebanyakan guru yang dikeluarkan dari maktab atau universiti
bukan sebenarnya bercita-cita menjadi seorang guru. Mereka memasuki maktab dan universiti
perguruan adalah semata-mata ingin mendapatkan peluang pekerjaan yang mudah dan sudah
tentu apabila mereka keluar dari maktab atau universiti nanti peluang pekerjaan sebagai guru
sudah terbentang di hadapan mereka. Tidak seperti program lain terpaksa menunggu dua atau
tiga tahun bagi mendapatkan pekerjaan tetap. Sikap segelintir bakal guru yang dikeluarkan dari
maktab dan universiti inilah yang berpotensi untuk melakukan kesalahan apabila mereka
dihantar mengajar ke sekolah-sekolah kelak. Apabila tiada minat dalam diri mereka, mereka
akan memandang remeh tugas yang dipikul oleh mereka. Jadi tidak hairanlah apabila berlakunya
kes guru ponteng, tidak masuk ke kelas dan lebih mementingkan kerja lain.
Guru yang tidak berminat menjadi guru ini akan menjalankan tugas secara sambil lewa,
dan secara terpaksa. Keadaan ini akan menyebabkan objektif sekolah terabai dan merugikan
14
banyak pihak. Keadaan menjadi yang lebih malang lagi, apabila semua masyarakat menunding
jari kepada guru dan meletakkan seratus peratus kesalahan ke atas bahu guru. Jelaslah di sini
bahawa kurangnya minat menjadi seorang guru boleh menyebabkan guru melakukan kesalahan
yang seterusnya boleh membawa imej profesion keguruan tercalar teruk terutamanya di mata
masyarakat.
3.4 GAJI YANG TIDAK SETIMPAL
Faktor kesalahan yang dilakukan oleh segelintir guru juga berpunca daripada gaji yang
tidak setimpal. Tugas guru merupakan tugas yang rumit. Hal ini demikian kerana guru
merupakan pemangkin kepada pembentukan sahsiah pelajar. Tugas guru bukan sahaja tertumpu
kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Che Yaakob (1991), guru sekarang
banyak dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang banyak. Selain daripada tugas akademik,
guru juga terpaksa memegang pelbagai jenis jawatan lain sama ada dalam bidang bukan
akademik seperti ketua panitia dan jawatankuasa panitia, hal ehwal murid seperti disiplin,
kebajikan, kesihatan, rancangan makanan tambahan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya.
Ini belum lagi termasuk dengan tugas-tugas dalam bidang kokurikulum, iaitu sebagai guru
pemimpin, guru penasihat, guru rumah sukan, jurulatih sukan dan sebagainya. Tugas akademik
pula terbahagi kepada dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan tugas bermusim(berka1a).
Antara yang termasuk dalam tugas rutin (harian) ialah mengajar subjek opsyen dan bukan
opsyen, menyediakan rekod mengajar, membuat bahan bantu mengajar dan sebagainya. Tugas
15
akademik bermusim pula ialah menyediakan soalan ujian bulanan dan ujian penggal, memeriksa
kertas ujian murid, mengajar kelas tambahan, membuat mesyuarat penitia, dan merekodkan
markah murid.
Tugas bukan akademik juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu tugas harian dan tugas
bermusim. Antara yang termasuk dalam tugas harian ialah mencatat kedatangan murid, menyelia
dan mencatat rekod Rancangan Makanan Tambahan (RMT), menjalankan aktiviti kokurikulum
seperti persatuan dan kelab dan sebagainya. Tugas bukan akademik bermusim pula termasuk
menutup daftar kedatangan murid, menghubungi ibu bapa, menyediakan resit, mengurus
pinjaman dan pemulangan buku teks, jurulatih sukan untuk pertandingan luar (Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah), dan sebagainya.
Kajian Shahbudin (1986), Mohd Saudi (1998), dan Muhammad Syukri (1998),
mendapati jumlah jam guru bertugas memang berat iaitu purata angtara 36 jam seminggu
sehingga 46 jam seminggu. Lambakan tugas yang dibebani kepada guru ini tidak setimpal
dengan gaji yang diterima oleh guru. keadaan ini meyebabkan kebanyakan guru rasa terpinggir
dan tugas mereka kurang dihargai. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan sesetengah
guru berasa kecewa, bimbang dan seringkali bertindak agresif.
Gaji yang tidak setimpal dengan bebanan tugas guru ini menyebabkan sesetengah guru
membuat kerja ‘part time’ untuk menambah pendapatan seperti mengadakan kelas tuisyen dan
sebagainya. Kerja luar yang dilakukan oleh sesetengah guru ini meyebabkan mereka kadangkala
mengabaikan tugas utama mereka sebagai pendidik. Jadi jelaslah disini bahawa gaji yang tidak
setimbal yang diterima oleh para guru menjadi faktor kepada kesalahan yang dilakukan oleh
guru sehingga menyebabkan imej profesion keguruan turut tercalar.
16