20
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN Setiap manusia yang yang dilahirkan kedunia adalah sama sahaja di sisi Allah SWT. Semua individu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.Mereka mempunyai bakat yang berlainan dalam semua aspek sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum dan seni. Saya pasti dalam satu kelas itu mempunyai kebolehan yang bebebeza-beza dan ditambah lagi mereka datang daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza.Guru adalah insan yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk,membimbing dan membantu untuk mengembangkan potensi mereka tanpa mengenal erti penat lelah dan tidak wujud diskriminasi antara murid-murid.Guru bertindak sebagai fasilitator dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang dilahirkan itu mempunyai kognitif yang berbeza-beza dan memerlukan satu usaha 1

tesis bab1

  • Upload
    ramsik

  • View
    44

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 1

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Setiap manusia yang yang dilahirkan kedunia adalah sama sahaja di sisi Allah SWT. Semua individu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.Mereka mempunyai bakat yang berlainan dalam semua aspek sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum dan seni. Saya pasti dalam satu kelas itu mempunyai kebolehan yang bebebeza-beza dan ditambah lagi mereka datang daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza.Guru adalah insan yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk,membimbing dan membantu untuk mengembangkan potensi mereka tanpa mengenal erti penat lelah dan tidak wujud diskriminasi antara murid-murid.Guru bertindak sebagai fasilitator dalam bilik darjah.

Kanak-kanak yang dilahirkan itu mempunyai kognitif yang berbeza-beza dan memerlukan satu usaha yang berterusan untuk membantu mengembangkannya, bukan itu sahaja apa yang kita lihat pada hari ini murid-murid kadang-kadang lebih celik daripada gurunya sebagai contoh dalam ICT. Selain itu ibu bapa juga mempunyai peranan yang penting sebagai tulang belakang kepada mereka ini sebagai sokongan yang padu untuk berjaya.Ibu bapa mestilah berperanan penting membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran mereka khasnya dirumah kerana masa mereka lebih banyak dirumah berbanding dengan guru-guru disekolah.Kerjasama semua pihak adalah penting untuk mencapai akademik yang memberangsangkan dikalangan murid-murid sekolah

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Masalah yang hendak diselesaikan ialah masalah pembelajaran murid-murid Tahun Enam di SK Kampung Simunul, Semporna. Dalam pernyataan masalah ini ramai murid yang tidak berapa faham penyampaian guru dan seterusnya untuk menguasai kemahiran belajar khasnya bagaimana mencari isi penting dalam Bahasa Melayu Tahun Enam.Kita juga tahu bahawa pelbagai kaedah yang boleh kita gunakan oleh guru untuk menyelesaikan masalah ini.Selain daripada itu terdapat juga segelintir daripada mereka yang masih tidak tahu membaca dan belajar secara yang lebih berkesan walaupun mereka ini sudah berada dibangku sekolah selama enam tahun. Perkara seperti ini haruslah kita pandang yang serius dan tidak boleh dipandang remeh kerana yang akan menjadi mangsa ialah murid-murid.Terdapat juga murid yang sangat lemah dan terlalu lambat dalam pelajaran. Perkara yang sebenarnya mereka ini kalau dilihat semuanya adalah murid-murid yang normal oleh yang demikian pendekatan yang lebih efektif adalah diperlukan untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi.Pelbagai faktor yang perlu kita lihat dalam perkara ini dan termasuklah faktor keluarga, faktor ekonomi dan sosial yang mempengaruhi perkembangan minda mereka.Jika murid-murid ini datangnya daripada keluarga yang berada saya pasti mereka kurang masalah,jika mereka datang daripada latarbelakang keluarga yang kurang mampu maka ini yang akan menyebabkan pembelajaran mereka juga adalah tidak memberangsangkan.Apa tak lagi jika murid-murid keluaraga yang miskin sudah pasti mengalami banyak halangan untuk belajar termasuklah kekangan kewangan keluarga mereka dan pelajaran mereka juga turut terjejas, kerana tidak dapat membeli segala kemudahan untuk belajar khasnya dirumah

1.2 PENYELESAIAN MASALAHPenyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid ialah dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai dengan keadaan supaya murid-murid dapat mengatasi masalah mereka iaitu masalah lambat menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru melalui kaedah biasa. Dalam hal ini guru mencadangkan kaedah beberapa jenis kaedah Peta Minda yang mana memudahkan murid-murid menghafal dan mengingati isi-isi dan fakta-fakta yang utama supaya mereka mendapat impak yang maximum.Kaedah ini saya fikir dapat menyelesaikan masalah murid-murid kerana amat jelas dan mudah difahami oleh semua murid.

Dalam hal ini murid-murid akan diberikan masa dalam tempoh enam minggu sahaja dengan menggunakan kaedah Peta Minda yang mana paling mudah untuk mengingati fakta-fakta pelajaran. Oleh itu demikian saya memilih Peta Minda ini untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai jenis Peta Minda yang boleh diaplikasikan khasnya untuk murid-murid Tahun Enam di Sekolah SK Kampung Simunul,Semporna.Diharapkan dengan penggunaan Peta Minda ini maka ianya akan dapat mengatasi masalah murid-murid khasnya yang tidak dapat menguasai kemahiran Bahasa Melayu Tahun Enam di sekolah ini.Jika kaedah ini berjaya maka akan diperluaskan kepada semua murid disekolah ini dan seterusnya di sekolah lain seluruh daerah Semporna.

1.2.1

MATLAMAT PROJEK

Matlamat projek ini ialah untuk memenuhi sebahagian daripada pemarkahan dan syarat untuk bergraduat bagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI ). Dalam perkara ini setiap pelajar yang dijangkah akan menamatkan pengajian.Mereka adalah diwajibkan menyelesaikan satu tugasan projek yang akan dikemukakan kepada pihak universiti dan bimbingan seorang Pensyarah Penyelia Projek yang telah ditetapkan ataupun pelajar itu yang mencari sendiri Pensyarah Penyelia Projek dengan syarat Pensyarah itu memiliki sekurang-kurangnya memiliki Master, untuk melayakkan beliau sebagai Pensyarah Penyelia Projek.Pensyarah Penyelia ini ditugaskan menyelia kerja-kerja projek pelajar.Pelajar juga dikehendaki bertemu kepada pensyarah penyelia untuk mendapatkan markah secara berkolaborasi bersama dengan pensyarah penasihat secara bersemuka serta catatan pertemuan akan direkodkan ataupun yang kita panggil log pertemuan dengan Pensyarah Pembimbing Projek.1.2.2OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif projek ini iaitu

Sebagai pelengkap tugasan untuk memperolhi Ijazah Sarjana Muda Pengajaran daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun Enam khasnya di sekolah SK Kampung Simunul,Semporna

Guru dapat memaksimakan pencapaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran khasnya dalam kelas Tahun Enam Bahasa Melayu

Satu kaedah pengajaran yang berkesan dalam Bahasa Melayu yang akan dibuat secara terperinci,dianalisis direkodkan dan seterusnya dibuatkan kesimpulan bahawa penggunaan Peta Minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat berkesan berbanding dengan kaedah yang lain.

1.2.3 KEPENTINGAN PROJEK

Berikut adalah diantara kepentingan projek ini adalah:

Salah satu syarat untuk bergraduat bagi Pelajar UPSI adalah melengkapkan satu projek bersama laporan lengkap analisis dapatan pada akhir projek yang telah dibuat melalui bimbingan Pensyarah Penyelia Projek

Dapat mengatasi masalah murid-murid yang bermasalah tentang bagaimana untuk belajar lebih berkesan khasnya untuk mengingati fakta-fakta yang penting dalam Bahasa Melayu Tahun Enam.

Melahirkan guru yang prihatin dan dedikasi tentang tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dan seterusnya dapat membantu murid-murid mengatasi masalah mereka khasnya untuk menguasai kemahiran belajar dalam Bahasa Melayu Tahun Enam.

Dapat membasmi keciciran murid-murid pada peringkat awal disekolah rendah.Ini kerana jika kita membiarkan mereka, maka ini akan menjadi bebanan yang besar jika mereka berpindah sekolah ke peringkat sekolah menengah dan akhirnya berlaku keciciran pelajar dalam akademik yang boleh menyebabkan pertambahan pengangguran dikalangan remaja.

1.2.4

BATASAN KAJIAN

Batasan kajian ini hanya tertumpu kepada murid-murid Tahun Enam sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Bilangan murid yang akan menjadi responden ialah seramai 40 orang sahaja daripada murid-murid kelas Tahun Enam Anggerik sahaja.Jangkamasa kajian ialah selama enam minggu sahaja selepas penggunaan kaedah peta minda ini, maka ujian akhir akan dibuat. Sebelum pelaksanaan peta minda ini satu ujian yang diadakan untuk memperolehi data awal murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.Ujian akhir yang akan dibuat selepas pelaksanaannya selama enam minggu untuk mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat.Daripada ujian akhir itu maka dibuat kesimpulan bahawa sama ada kaedah penggunaan peta minda itu berkesan atau sebaliknya.Jika berkesan maka hendaklah digunakan secara meluas dan jika sebaliknya maka perlu dikaji semula untuk mendapat hasil yang diharapkan.

1.2.5 METHODOLOGI KAJIAN

Temu ramah dengan menggunakan borang kaji selidik yang disediakan oleh guru untuk memastikan bahawa mereka ini sama ada belajar dirumah dan dibimbing oleh ibu bapa.

Guru menemu ramah ibu bapa tentang apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka ketika berada di rumah khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam.

Pemerhatian-Guru membuat pemerhatian tingkahlaku murid-murid, selepas itu guru akan dapat membuat satu kesimpulan berdasarkan kepada tabiat dan kegemaran murid-murid berkenaan yang terdapat dalam kelas.

Penggunaan Peta Minda dengan menggunkan bahan-bahan yang bercetak berkaitan dengan Bahasa Melayu Tahun Enam, untuk membiasakan mereka dengan latihan-latihan membuat peta minda secara berfokuskan kepada contoh-contoh peperiksaan UPSR yang sebenarnya.Dengan hal yang demikian murid-murid yang lemah juga turut meningkat kerana latihan demi latihan akan diberikan oleh guru.

1.2.6 CONTOH-CONTOH PETA MINDA YANG DIGUNAKAN

Terangkan,Jelaskan,Gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan sesuatu,kualiti,sifat dan ciri-ciri.

PETA MINDA BERGANDA

SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

PERBEZAAN PERSAMAAN PERBEZAAN

PROSES PEMIKIRAN: MEMBANDING BEZA

Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus

Peta Minda BergandaCONTOH HASIL KERJA MURID

Matematik Sekolah Rendah

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (ed).(1987).Rencana Linguistik.Dewan Bahasa Dan Pusataka. Kuala Lumpur.

Abdullah Hassan.(1996).Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ab.Rahman Ab.Rashid,Yap Kim Fatt & Ab Rahim Selamat.(1997).Pengajian

Melayu.Petaling Jaya: Longman.

Berliner, D.C. (1983). Developing conceptions of classroom environments: Some light on the classroom studies of ATI. Educational Psychologist, 1/8, 1-13.

Dr.David Lim Chong Lim,Dr.Nor Azizah Salleh,Prof.Madya Dr. Saat Md. Yassin,Prof Madya Dr.Mohd Kidin Shahran,Prof.Madya Dr.Alias Mohd Yatim, Prof. Madya Dr. Abdul Razak Habib.HBEF2503 Kaedah Penelidikan Dalam Pendidikan (2014).

Evan, K.L. (1967). Altitude And Interest in Education San Francisco: A Subsidiary

of Harcount Brace Javanorich Publishers.

Hallahan, D. & Kaufman, J. (2006). Exceptional Learners: An Introduction to special Education (10th edition). Boston: Pearson.

13