6
PERANAN AKHLAK DALAM PENGURUSAN DIRI : TOHARAH DAN SOLAT “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suci lagi bersih.” (QS. A-Baqarah: 222)

Thaharah Slide

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Thaharah Slide

PERANAN AKHLAK DALAM PENGURUSAN DIRI : TOHARAH DAN SOLAT

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suci lagi bersih.”

(QS. A-Baqarah: 222)

Page 2: Thaharah Slide

MAKSUD THAHARAH•Thaharah dari segi bahasa ialah suci dan bersih. •Menurut Yusuf al-Qardawi, thaharah bererti nadzafah atau kebersihan atau bersih dari kotoran yang bersifat hissiyah (nyata) atau najis maknawi (abstrak) (Najis hissi/nyata ialah seperti kencing dan tahi, manakala najis maknawi seperti dosa dan aib)

•Kata Imam Ibn Qudamah, " thaharah dari segi syara' ialah menghilangkan hal-hal yang dapat menghalangi solat berupa hadath atau najis dengan menggunakan air (atau selainnya) atau mengangkat hukum najis tersebut dengan tanah."

Page 3: Thaharah Slide

• 1. membersihkan zahir dari hadath dan najis

2. membersihkan jawarih (anggota tubuh) dari dosa dan kesalahan

3. membersihkan hati dari akhlak madzmuumah (tercela)

4. membersihkan yang tersembunyi dari sesuatu selain Allah.

4 Tingkatan thaharah

Page 4: Thaharah Slide

AKHLAK RASULULLAH MENJAGA KEBERSIHAN

•Rasulullah S.A.W menunjukkan akhlak terbaik kepada kita tentang penjagaan kebersihan sama ada dari segi jasmani mahupun rohani.

•Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud: "Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat." (Hadis riwayat Muslim)

Page 5: Thaharah Slide

HUBUNGAN THAHARAH DAN AKHLAQ

•Seorang mukmin yang berakhlak akan sentiasa berusaha agar jiwanya sentiasa dibersihkan dari segala kekotoran nifaq dan sebagainya . •Jiwa yang bersih akan melahirkan manusia yang bersih, bersih untuk dirinya dan masyarakatnya.

Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)(surah as-syams : 9)

Page 6: Thaharah Slide

•Keutaman Islam terhadap kebersihan dapat dilihat pada sabda Rasulullah s.a.w. bahawa kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman

•Ini membuktikan dengan jelas bahawa tuntutan membersihkan diri dalam Islam bertepatan dengan fitrah manusia