21
THE PHANTOM PREGNANCY PENGENALAN 1.1 KAJIAN KES LAMPIRAN 9 1.2 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER 1.3 MODEL ASERTIF CANTER 1.4 MODEL LOGIKAL DREIKURS 1.5 MODEL KELOMPOK KOUNIN 1.6 MODEL TERAPI REALITI GLASSER II PEMBENTANGAN ANALISIS KAJIAN KES 2.1 HURAIAN KEFAHAMAN KES 2.2 KONSEP / MODEL / TEORI UNTUK MEMAHAMI KES YANG DIANALISA 2.3 STRATEGI DALAM MENYELESAIKAN KES III LAPORAN PENUH ANALISIS KES RUJUKAN LAMPIRAN

The Phantom Pregnancy

Embed Size (px)

DESCRIPTION

The Phantom Pregancy

Citation preview

Page 1: The Phantom Pregnancy

THE PHANTOM PREGNANCY

 PENGENALAN

1.1 KAJIAN KES LAMPIRAN 9

1.2 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER

1.3 MODEL ASERTIF CANTER

1.4 MODEL LOGIKAL DREIKURS

1.5 MODEL KELOMPOK KOUNIN

1.6 MODEL TERAPI REALITI GLASSER

II PEMBENTANGAN ANALISIS KAJIAN KES

2.1 HURAIAN KEFAHAMAN KES

2.2 KONSEP / MODEL / TEORI UNTUK

MEMAHAMI KES YANG DIANALISA

2.3 STRATEGI DALAM

MENYELESAIKAN KES

III LAPORAN PENUH ANALISIS KES

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 2: The Phantom Pregnancy

BAB I

PENGENALAN

1.1 KAJIAN KES LAMPIRAN 9

Seperti yang kita tahu, disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu

kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan

kehidupan masyarakat itu. C.M. Charles menghuraikan bahawa terdapat 10 model

disiplin yang beliau gelarkan “Model-Model Persediaan”. Kesemua model adalah

yang terbaik dan boleh diterapkan dalam menguruskan kelas dan kesemuanya

dicipta oleh tokoh-tokoh ternama.

Dalam kerja kursus pendek bagi subjek Ilmu Pendidikan pelajar semestar Ketiga

Tahun Kedua, setiap kumpulan diminta menghasilkan satu laporan analisa terhadap

lampiran yang diberi dan memberi reaksi berkenaan masalah disiplin pelajar dan

bagaimana seorang guru itu mencari penyelesaian menggunakan model disiplin

yang dipelajari dari tokoh penting seperti Skinner, Canter, Dreikurs, Gassels dan

Kounin.

Setiap kumpulan mempunyai kes kajian yang berbeza dan bebas untuk membuat

strategi dalam menyelesaikan kes serta memberikan pendapat dalam memastikan

langkah yang diambil adalah tepat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

dalam kes seperti dilampirkan. Bahan kajian yang diberikan juga mempunyai

pelbagai jenis masalah yang memerlukan kreativiti pelajar dalam memilih model

yang sesuai seterusnya mencari jalan penyelesaian.

Kajian juga memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang situasi sebenar yang

akan mereka alami di sekolah. Ia juga memberi mereka peluang mengenal pasti

bagaimana menyelesaikan masalah disiplin di sekolah dengan menggunakan

pengurusan bilik darjah yang sempurna serta mengetahui kepentingan disiplin dan

jenis-jenis disiplin di samping mengaplikasikan model-model disiplin yang sesuai. Ini

semua akan membantu mereka menjadi seorang guru yang lebih bersedia dari

mental dan fizikal.

Page 3: The Phantom Pregnancy

1.2 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER

B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil

karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan

tingkah laku pembentukan keinginan. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan.

Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia

akan berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi

hukuman. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar

ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dapat

dikekalkan dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan. Peneguhan

termasuklah pembekalan vokal, senyuman, gred yang tinggi, masa membaca yang

terluang, ganjaran dan token ekonomi.

Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku

kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan

contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia

akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut.

Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap.

Akan tetapi, sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-

kanak melakukannya dengan kerap dan selalu.

Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak

yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan,

maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman

dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan

pengukuhan negatif.

Semasa awal sesuatu sesi topik pembelajaran, pengukuhan yang secara terus

menerus akan menghasilakn keputusan yang bagus. Penerusan itu bermaksud

sesuatu tingkah laku itu di buat pengukuhan pada setiap masa dan terjadi.

1.3 MODEL ASERTIF CANTER

Penegasan pengurusan tingkah laku. Model ini dicipta oleh Lee Canter. Model ini

adalah salah satu model yang termashur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana

Page 4: The Phantom Pregnancy

mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta sangat berkesan. Model ini juga

didapaiti jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid didalam bilik darjah.

Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian :

a) peraturan

b) pengenalan positif

c) akibat/kesan

Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun,

dan sentiasa bertanggungjawab dengan dengan tingkah laku murid-muridnya.

Seoarang murid perlu mempunyai sikap yang bersopan-santun seiring dengan

kehendak ibu bapa, comuniti dan juga proses pendidikan kini. Jika seorang guru itu

gagal, ini bermakna kelas guru tersebut juga gagal.

Seoang guru perlu mempunyai perkara-perkar asa di dalam kelasnya, ternasuk:

a) menggunakan semaksimum mungkin persekitaran pembelajaran

b) mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapakn sikap murid

yang sentiasa dapat memberikan kerjasama

c) mendapat hak dan bantu apabila guru meminta pertolongan daripada ibu bapa

mahupun penjaga murid-murid

Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu, termasuk:

a) mandapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga tahap kerjasama

mereka

b) mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka memberikan

kerjasama yang positif

1.4 MODEL LOGIKAL DREIKURS

Pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Disiplin adalah bukannya satu

bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk

Page 5: The Phantom Pregnancy

mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai

sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan

kuat.

Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu

keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan .

Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar

memberikan perhatian kepadanya.

Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian,

kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati.

Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak

dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya. Sebaliknya guru perlu

mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Merujuk kepada kes di lampiran 9 ‘ The Phantom Pregnancy” pelajar bernama Teri

Leigh yang mempunyai masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan

menyebabkan pelajaranya terganggu. Merujuk kapada model ini sebagai seorang

guru yang berdedikasi, Barbara Thompson harus mencari punca-punca yang

menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru beliau perlu

mengenalpasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari

jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya.

1.5 MODEL KELOMPOK KOUNIN

Pengurusan kelas, bersedia, pengurusan kumpulan , perlu betulkan pelajar lain jika

betulkan seorang, peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti, kekalkan

keadaan kunci pengurusan kumpulan efektif, pembelajaran yang optimal akan

berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan bertanggungjawab

terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan

memperlengkapkan sesi dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan

suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid.

Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu:

a) Merangkumi semua (withitness)

Page 6: The Phantom Pregnancy

Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta

menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu

latar belakang murid.

b) Bertindih (overlapping)

Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada

sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas.

c) Momentum (momentum)

Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka ialah

guru-guru yang peka dan.

d) Kelancaran (smoothness)

Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksima dan

teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran.

Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

e) Fokus kumpulan (group focus)

Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu :

i) melibatkan murid secar atotal

ii) mewujudkan P & P yang lebih menarik

iii) menarik perhatian murid

1.6 MODEL TERAPI REALITI GLASSER

Perilaku/tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik/bijak.

Glasser memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud

membina disiplin kelas. William Glaser menegaskan timbang rasa akan

mendatangkan nilai yang serius/penting.

Page 7: The Phantom Pregnancy

Murid-murid adalah memiliki tingkah laku yang rasional. Mereka mempunyai tingkah

laku yang sendiri dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka. Seterusnya,

pemilihan yang baik akan mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya pemilihan

pemilihan keputusan yang buruk akan mendatangkan kesan yang buruk.

Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa

membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga

sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada

kesan pemilihan tindakan mereka, sama ada baik ataupun buruk.

Akibat daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu, ia akan diikuti oleh kesan dan

akibat yang baik mahupun buruk. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atanya.

Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid-muridnya.Guru

sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh muridnya.

Seterusnya, murid-murid juga perku bertanggungjawab dan mernerima segala akibat

yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka.

BAB II

PEMBENTANGAN ANALISIS KAJIAN KES

2.1 HURAIAN KEFAHAMAN KES

Dalam kes yang diberikan kepada kumpulan kami iaitu lampiran 9, watak utama

yang diceritakan ialah Barbara Thompson dan Teri Leigh. Barbara Thompson

merupakan seorang guru perempuan yang mengajar subjek pendidikan Seks di

sekolah dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil iaitu Shawn dan Keshia.

Manakala Teri Leigh pula merupakan pelajarnya yang dirisaukan kerana mempunyai

masalah peribadi.

Teri Leigh telah dibawa ke rumah jagaan kerana telah mengalami penderaan

seksual yang dilakukan oleh teman lelaki ibunya. Adik-adiknya pula telah dihantar ke

Page 8: The Phantom Pregnancy

rumah anak yatim dan dipelihara oleh keluarga angkat. Tetapi Teri merupakan

seorang pelajar yang berfikiran matang dan berkelakuan baik.

Dalam satu sesi pengajaran yang dijalankan Barbara, Barbara mengajar topik

kehamilan dan melahirkan anak. Disinilah bermulanya konflik apabila Teri

memberitahu kelas bahawa beliau akan hamil. Barbara berasa terkejut dan

mengambil keputusan berjumpa dengan Teri selepas tamat sesi pengajaran.

Selepas berbincang dan menyiasat apa yang berlaku, Barbara mengetahui bahawa

Teri ingin melahirkan anak kerana ingin mendapatkan perhatian pelajar lain. Ini amat

membimbangkan Barbara yang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya.

Barbara telah mengambil langkah menasihatkan Teri akan keburukan menjadi ibu

muda dan melahirkan anak pada usia yang awal. Beliau juga menerangkan penyakit

jangkitan Seks yang boleh dihidapi dan berjangkit kepada Teri agar Teri membuat

keputusan yang lebih baik. Barbara ingin mengelakkan Teri daripada tersilap

memilih langkah semata-mata kerana tindakan mental yang tidak rasional. 

2.2 KONSEP / MODEL / TEORI UNTUK MEMAHAMI KES YANG DIANALISA

DISIPLIN

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat

bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan

masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun seterusnya

membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang.

P.F. Olivia (1956) mengatakan bahawa disiplin ialah kawalan diri dari luar yang

patuh kepada outoriti keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang

sistematik dan cara menetapkan peraturan dan hukuman.

G.V Sheriakov F.Redi (1956) mengatakan disiplin ialah perihal ketenteraman dan

peraturan di dalam sesuatu kumpulan termasuk cara-cara mendapatkan

ketenteraman dan peraturan.

Page 9: The Phantom Pregnancy

Dalam konteks pendidikan, disiplin seorang murid bukan sahaja dipengaruhi alam

sekitar dan masyarakat di luar sekolah. Disiplin juga dipengaruhi oleh sikap dan

tingkah lkau rakan sebaya dan orang dewasa seperti ibu bapa, guru, dan pemimpin

masyarakat.

Di sekolah, peraturan yang dikenakan kepada murid adalah bertujuan untuk

mengawal tingkahlaku mereka melalui hukuman dan ganjaran.

Konsep/Model/Teori untuk memahami kes

Pelajar tidak perlu dihukum atau didenda. Pelajar melakukan kesalahan disiplin

kerana mereka masih belum membina kemahiran untuk bersendirian dan mengawal

diri sendiri (disiplin diri). Mereka memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan untuk

membentuk sikap mereka. Kita dapat membantu mereka dengan memerhatikan

apakah yang telah mereka lakukan dan melatih mereka kemahiran yang baik yang

berkaitan.

Model yang sesuai digunakan untuk masalah ini adalah Model Glasser.

Model Glasser.

Perilaku/tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik/bijak.

Glasser memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud

membina disiplin kelas.

William Glaser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang

serius/penting.

1. Pelajar dapat berfikir dengan rasional adakah mereka dapat mengawal tingkah

laku mereka.

2. Membantu pelajar membuat keputusan yang terbaik, kerana keputusan yang baik

akan menghasilkan tingkah laku yang baik.

3. Jangan menerima alasan kepada tingkah laku yang buruk. Tanya, “Apakah pilihan

yang ada? Mengapa memilih pilihan itu? Adakah keputusannya bagus dan disukai?

Apakah yang akan dipelajari kelak?”

Page 10: The Phantom Pregnancy

4. Akibat yang musabah akan datang hasil daripada tingkah laku pelajar yang baik

atau buruk.

a. (Biasakan untuk menerapkan nilai-nilai/peraturan dalam perbincangan kelas),

peraturan kelas adalah jalan yang penting untuk mereka belajar dan perlu ada

penegasan.

b. Perbincangan dalam kelas adalah jalan yang terbaik untuk membina dan

meneruskan tingkah laku di dalam kelas. 

2.3 STRATEGI DALAM MENYELESAIKAN KES

Untuk menyelesaikan kes tersebut, model Glasser adalah model yang sesuai

digunakan. Glasser memberi kenyataan bahawa tingkah laku yang terbaik terjadi

hasil daripada pilihan yang terbaik. Beliau turut memfokuskan kepada perbincangan

kelas untuk membina disiplin kelas.

Merujuk kepada kes yang dihadapi oleh Barbara Thompson dan Teri Leigh ini,

beberapa stretegi boleh diatur untuk menyeselesaikannya. Melihat kepada model

Glasser, pilihan yang terbaik akan menghasilkan tingkah laku yang terbaik. Ini

bermaksud, Barbara Thompson harus membantu dan meyakinkan pelajarnya, Teri

Leigh untuk membuat keputusan yang bijak sebelum melakukan sesuatu. Bagi

meyakinkan pelajarnya, Barbara Thompson perlu mempunyai bukti-bukti tentang

keburukkan kepada individu yang melahirkan anak ketika usia muda. Selain itu,

risiko untuk mendapat penyakit jangkitan seks adalah tinggi. Oleh sebab itu, untuk

mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi terhadap Teri Leigh, Barbara

Thompson bertanggungjawab untuk menyedarkannya untuk mendapatkan

keputusan yang bijak.

Strategi kedua yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kes ini adalah melalui

perbincangan bersama. Ia selari dengan apa yang difokuskan oleh Glasser iaitu

melalui perbincangan akan menghasilkan disiplin. Barbara Thompson perlu tahu

masalah utama pelajarnya, Teri Leigh. Selain itu, beliau perlu berbincang denga

dengan individu-individu lain bagi mendapatkan maklumat, nasihat dan cadangan

Page 11: The Phantom Pregnancy

untuk menguruskan masalah tersebut. Individu-individu tersebut termasuklah ibu,

guru-guru yang mengajar Teri Leigh dan kauselor untuk mendapatkan khidmat

kaunseling.

Strategi lain untuk menyelesaikan kes ini ialah melalui pemerhatian. Barbara

Thompson boleh menjalankan pemerhatian terhadap Teri Leigh berkaitan dengan

hubungannya dengan rakan-rakan, hubungan dengan guru-guru, hubungan dengan

masyarakat luar serta pemerhatian terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh Teri

Leigh.Hasil pemerhatian ini dijalankan untuk direkodkan. Seperti yang dinyatakan di

dalam kes berkenaan, Teri Leigh adalah pelajar yang berfikiran matang dan

berkelakuan baik. Jadi, melalui rekod tersebut, Barbara Thompson perlu tahu

mengapa pelajarnya mengeluarkan kenyataan akan melahirkan anak serta mencari

penyelesaian. Ini menunjukkan bahawa Barbara Thompson amat mengambil berat

terhadap pelajarnya. Sudah menjadi adat seorang guru mengambil berat masalah-

masalah yang dihadapi pelajarnya. Sikap ini diharapkan dapat memberi perangsang

kepada Teri Leigh untuk membuat keputusan yang bijak.

Kaedah kaunseling merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan.

Kaunseling digunakan untuk menguatkan emosi dan psikologi Teri Leigh. Cara yang

dilakukan olehnya untuk mendapatkan perhatian orang lain merupakan langkah

yang salah.

BAB III

LAPORAN PENUH ANALISIS KES

Menurut Kamus Dewan Edisi Keenam cetakan 2000, tingkah laku ialah perbuatan

pelbagai kelakuan. Tingkah laku merujuk kepada perlakuan individu yang boleh

dilihat. Ia juga berbentuk dari segi lisan atau bukan lisan. Aspek penting dalam

tingkah laku bukan sahaj memerlukan tindakan dari manusia tetapi juga dilakukan

sebagai cara untuk berinteraksi dengan pelbagai elemen di sekeliling kita

( Maag,2004).

Page 12: The Phantom Pregnancy

Masalah-masalah tingkah laku selalunya muncul dan kelihatan bukan hanya kerana

anasir luar tetapi apabila keperluan sesorang individu itu tidak dipenuhi dengan

sebaiknya. Antara keperluan-keperluan itu ialah keperluan fisiologi, keperluan

keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan keperluan

kesempurnaan kendiri. Kesemua keperluan ini mempunyai peranannya yang

tersendiri bagi mengelakkan seseorang itu menghadapi masalah tingkah laku.

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat

bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan

masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir tersusun seterusnya

membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang. Menurut Debbie

Roswell (1999), kanak-kanak memerlukan empat perkara dalam memastikan disiplin

yang baik untuk mengelakkan tingkah laku negatif. Antaranya ialah keinginan,

persekitaran, kemampuan dan sumber yang betul.

Dalam kes yang dilampirkan, masalah disiplin tersebut berpunca dari institusi

kekeluargaan pelajar yang tidak stabil sekaligus memberi impak yang negatif

terhadap perkembangan menyeluruh pelajar. Disiplin diri yang tidak berkembang

secara positif membuatkan kawalan diri menjadi rapuh dan tidak mementingkan

peraturan. Ini sesuai dengan pendapat P.F.Olivia (1956) yang mengatakan bahawa

disiplin ialah kawalan diri dari luar yang patuh kepada autoriti keadaan bilik darjah

yang teratur, kursus pengajian yang sistematik dan cara menetapkan peraturan dan

hukuman.

Teri ialah seorang pelajar yang bermasalah tingkah laku. Antara masalah yang

sering ditimbulkannya adalah seperti mengelamun atau berkhayal, kurang tumpuan

di dalam kelas, menimbulkan konterversi untuk mendapatkan simpati, dan seorang

yang pasif di dalam bilik darjah. Masalah-masalah ini dikenal pasti oleh gurunya

melalui pemerhatian terhadap pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut.

Kecenderungan Teri dalam permasalahan ini, menimbulkan tanda tanya terhadap

gurunya apa yang sedang berlaku.

Seterusnya, Teri pelajar yang bermasalah tersebut tidak mempunyai cara

berkomunikasi yang baik walaupun digambarkan sebagai seorang yang matang. Ini

boleh dibuktikan apabila telah dia mengambil keputusan untuk hamil tanpa

berbincang dengan rakan sebaya atau orang yang lebih berpengalaman seperti guru

Page 13: The Phantom Pregnancy

dan senior. Tindakannya itu mengambarkan bahawa Teri seorang pelajarmengalami

masalah disiplin iaitu tidak mampu mewujudkan tingkah laku yang baik dalam

kehidupan bermasyarakat. Masyarakat yang digambarkan di dalam kes ini adalah

masyarakat sekolah yang terdiri daripada rakan-rakan sekelas Teri dan guru kelas

Teri itu sendiri iaitu Barbara Thompson.

Tujuan sebenar Teri yang inginkan melahirkan anak adalah disebabkan untuk

mendapatkan perhatian rakan-rakan dan komuniti yang ada di sekitarnya.

Walaubagaimanapun, masalah keluarga atau penderaan yang dialaminya

menyebabkan dia hilang kemampuan untuk berfikiran secara rasional dan

berkelakuan tidak matang. Sebagai seorang guru yang berdedikasi satu langkah

yang bijak harus diambil untuk mengembalikan pelajar ini ke pangkuan jalan yang

betul. Maka gurunya iaitu Barbara telah mengambil berberapa langkah yang bijak

untuk mendekati murid berkenaan dan membantu Teri untuk menyelesaikan

masalahnya.

Antara langkah yang diambil oleh beliau adalah dengan berjumpa dengan pelajar itu

secara bersendirian dan berbincang denganya akan masalah-masalah yang

dihadapinya. Secara tidak langsung, beliau boleh memahami keadaan sebenar yang

dihadapi oleh murid sebenar. Selain itu beliau juga telah menghubungi guru kelas

lamanya dan bertanyakan akan perstasi dan tingkah lakunya di sekolah

dahulunya. Beliau mendapati bahawa segala masalah yang berlaku berpunca

daripada rumahnya. Barbara juga cubauntuk menyelesaikan masalah ini dengan

mengaturkan satu perjumpaan dengan keluarganya, tetapi gagal. Gurunya juga

mengambil anisiatif lain iaitu dengan membaca dan mengambil berta latar belakang

Teri dan keluarganya.

Seperti mana yang telah dibincangkan, Model Glasser adalah model yang sesuai

untuk diaplikasikan oleh Barbara untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan

oleh Teri. Menurut model ini, Galsser menekankan perilaku yang baik akan

mendatangkan kesan yang baik. Ini boleh kita jelaskan dengan contoh guru yang

baik akan menghasilkan murid yang baik, seperti peribahasa Melayu, kalau guru

kencing berdiri, murid kencing berlari. Ini menunjukan bahawa betapa pentingnya

peranan seorang guru dalam membimbing dan membentuk pelajar. Glasser juga

Page 14: The Phantom Pregnancy

memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, dimana ia bermaksud membina

disiplin kelas.

Terdapat berberapa model yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh murid berkenaan dan juga boleh diterapkan dalam penyelesaian

masalah-masalah lain yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila

berhadapan dengan murid-murid bermasalah sebegini. Model-model disiplin ini

sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, bergantung kepada

keadaan situasi dan kes yang dihadapi. Namun, terdapat satu model yang selalunya

serasi dengan satu-satu kes.

Antaranya adalah seperti model logikal Dreikurs yang menekankan pengajaran

demokratik dan berdepan kesalahan. Disiplin adalan bukannya satu bentuk

hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk

menganakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai

sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan

kuat.

Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu

keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan .

Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar

memberikan perhatian kepadanya dan ianya memberikan impak kepada mereka.

Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian,

kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati.

Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak

dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya. Sebaliknya guru perlu

mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Merujuk kepada kes di lampiran 9 ‘ The Phantom Pregnancy” Teri Leigh yang

mempunyai masalah keluarga menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan

pelajarannya terganggu. Merujuk kepada model ini sebagai seorang guru yang

berdedikasi, Barbara Thompson harus mencari punca-punca yang menyebabkan

murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru, beliau perlu mengenal pasti

kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk

meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya.

Page 15: The Phantom Pregnancy

Selain itu, model kelompok Kounin juga boleh digunakan kerana model ini

mementingkan pengurusan kelas yang betul. Seorang guru harus bersedia,

pengurusan kumpulan dengan baik, perlu betulkan pelajar lain jika betulkan seorang,

peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti, kekalkan keadaan kunci

pengurusan kumpulan efektif, pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru

sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan bertanggungjawab terhadap sesi

pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi dengan

bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga

dengan kemajuan murid. Merujuk kepada kes tadi, jika guru berkenaan boleh

mengubah fikiran atau menghalakan fikiran dan minat murid berkenaan kepada

jurusan pendidikan, maka murid itu tidak akan memikirkan hal-hal yang akan

memusnahkan hidupnya seterusnya membantu pelajar masalah untuk menghindari

serta memikirkan langkah yang terbaik untuk dirinya serta masa depannya.

Kesimpulannya, apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, kita perlu mencari

jalan penyelesaian, atau model-model yana sesuai agar mudah untuk mencari jalan

penyelesaian yang sempurna dan baik. Selain itu, kita juga perlu memikirkan akibat

dan kesan daripada keputusan yang dibuat. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita

harus memahami dan menyelami perasaan pelajar serta peka terhadap persekitaran

kelas demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang

kondusif.