Thesis Sukan

Embed Size (px)

Citation preview

Teluk Danga International Games Convention 2006

Tahap Kebimbangan Seketika di Kalangan Pemain Bola Sepak dan Pemain Bola Jaring di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Norsilawati Abdul Razak [email protected] Fakulti Sains Sukan, UPSI. Abstrak

Penyelidikan tahap kebimbangan seketika ini telah dijalankan di kalangan pemain bola sepak dan bola jaring bawah 15 tahun dan 18 tahun di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada tahun 2005. Sebanyak 64.3 % responden ialah pemain bola sepak dan 35.7 % responden ialah pemain bola jaring. Dari segi pengalaman bermain didapati hanya 10.7 % ialah pemain peringkat daerah, 21.4 % pemain peringkat negeri dan 67.9 % pemain peringkat kebangsaan. Manakala kekerapan berlatih di kalangan responden ialah sekitar 4 hingga 5 kali seminggu. . Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah Competitive State Anxiety Inventory 2 (CSAI-2) yang direka oleh Martens, Burton, Vealey, Bump & Smith; 1982,1990. CSAI-2 digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan somatik, kognitif dan keyakinan diri atlit 30 minit sebelum bertanding. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik di kalangan pemain bola sepak dan bola jaring kerana semua nilai adalah lebih besar dari p < .05, kecuali terdapat perbezaan yang signifikan (F1,54 = 13.601; p < .05) di antara keyakinan diri di kalangan pemain bola sepak dan bola jaring. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara umur dengan kebimbangan seketika di kalangan pemain bola sepak dan bola jaring.

Pendahuluan Dalam bidang sukan, kebanyakan jurulatih lebih menumpukan kepada aspek latihan kemahiran, teknik, taktik dan strategi dalam permainan sebagai persediaan atlet bagi menghadapi pertandingan. Manakala aspek psikologi tidak diberi perhatian yang khusus. Sebenarnya aspek psikologi banyak menyumbang ke arah prestasi seseorang atlet dalam pertandingan. Kekuatan fizikal diikuti dengan kekuatan mental sebelum dan semasa bertanding merupakan gabungan yang harmonis bagi mencapai kemenangan. Perasaan gementar, takut, bimbang dan keyakinan diri merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Ada sesetengah atlet yang mewakili negara pada Sukan Komanwel di Melbourne 2006 baru-baru ini gagal menepati sasaran emas negara menyatakan prestasi mereka kurang menyerlah kerana perasaan kurang yakin, gementar, risau, takut dan bimbang semasa bertanding. Oleh itu keupayaan altet mengatasi perasaan gementar, risau, takut, bimbang dan lain-lain merupakan gangguan sebelum dan semasa bertanding merupakan kelebihan untuk mempamerkan prestasi cemerlang seterusnya mengalahkan pihak lawan. Dalam erti kata yang lain atlet perlu berlawan dengan diri sendiri ( psikologi) dan barulah berupaya berlawan dengan pihak lawan. Keadaan ini disedari oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato Azlina bt. Dato Othman Said yang telah ditemuramah dalam rancangan Laporan Harian Sukan Komanwel 2006 menyatakan bahawa atlet negara memerlukan jurulatih mental bagi membantu dan meningkatkan prestasi atlet dalam negara. Menurut Wann (1997) kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlet dalam sukan. Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlet maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

Puteri Pan Pacific, Johor, Malaysia 3rd 5th April ,2006

Page 1 of 8

Teluk Danga International Games Convention 2006

Terdapat dua jenis kebimbangan seketika iaitu kebimbangan kognitif seketika dan kebimbangan somatik seketika. Kebimbangan kognitif seketika merupakan komponen mental kebimbangan seketika yang merujuk kepada proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa seperti perasan risau, takut, kecewa, gementar dan lain-lain. Manakala kebimbangan somatik seketika merujuk kepada asapek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dari dalam individu tersebut yang menyebabkan peningkatan denyutan jantung, kadar nadi, peredaran darah, perpeluhan, pernafasan, kerap buang air kecil dan lain-lain. Bagi individu yang dikategorikan sebagai A-trait, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud dipersekitarannya cukup menekan, maka individu tersebut akan bertindak atau memberikan respons yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan , takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badan mengeletar. Kesannya individu tersebut rasa semakin tertekan dan takut serta aksinya pula tidak menentu. Oleh itu terdapat hubungan di antara kebimbangan tret dan kebimbangan seketika yang dijelaskan oleh Marten et al. di dalam Wann (1997) mengenai Teori Kebimbangan Seketika. Teori ini menjelaskan mengenai respons objektif dan jangkaan situasi yang akan dihadapi. Di mana ianya merangkumi persepsi jangkaan yang tidak pasti dan keutamaan hasil. Seperti yang telah dibincangkan di atas, perasaan bimbang berupaya meningkatkan situasi yang tidak menentu contohnya semakin penting sesuatu pertandingan maka semakin meningkat perasaan bimbang. Dapatan kajian menunjukkan atlet yang tinggi kebimbangan tret dan menjangkakan tinggi ancaman yang yang perlu dihadapi maka ia akan meningkatkan tahap kebimbangan seketika.

Rajah 1: Teori Kebimbangan Seketika

Objektif situasi kompetitif

Stimulus

Tafsiran hasil/outcome yang tidak pasti

Tafsiran keutamaan hasil /outcome

Persepsi organisma

Ancaman yang dijangka

Kompetitif A-Trait

Reaksi A-state

Respons

Puteri Pan Pacific, Johor, Malaysia 3rd 5th April ,2006

Page 2 of 8

Teluk Danga International Games Convention 2006

Punca kebimbangan dalam sukan

Berdasar kepada Marchant, Morris, Anderson (1998) di dalam Journal of Sport Behavior punca-punca kebimbangan seketika di kalangan atlit ialah takut kepada kegagalan (Gould, Horn & Spreeman, 1983: Kroll, 1979; Passer, 1983; Reiney & Cunningham, 1988; Scanlan & Lethwaite 1984), ego atau takut dinilai (Fisher & Zwart, 1982; Gould & Weinberg, 1985; Pierce & Stretton, 1981; Rainey & Cunningham), tahap kemahiran pemain (Heckhausen, 1990; Hembree,1988; Kroll, 1979), kurangnya persediaan fizikal (Cohn, 1990. Jones, Swain & Cale, 1990) hilang kawalan (Kroll, 1979), pencapaian lepas (Jones, Swain & Cale, 1990; Martens & Gill 1976; Scanlan, 1978) gangguan luaran dan konsentrasi (Krane, Joyce & Rafeld, 1994), umur (Hammermeister & Burton, 1995), cara mengatasi (Williams & Krane, 1992), pengalaman bertanding dalam sukan (Fenz & Jones, 1972; Gould, Petlichkoff & Weinberg 1984), fasilitasi sosial (Cohn, 1990; Flood & Endler, 1980) pre-disposition (A trait) (Cooley, 1987; Martens, Vealey & Burton, 1990; Poteet & Weinberg 1980; Scanlan & Passer 1979; Weinberg & Genuchi, 1980; Williams &Krane 1992), ancaman yang dijangka (Lox, 1992; Martens et al., 1990), keutamaan hasil /perceived important (Lox, 1992; Martens et al., 1990), pencapaian semasa (Highlen & Bennet, 1979; McAuley, 1985), matlamat pertandingan ( contoh tahap kesukaran tugasan) (Jones, Swain, & Cale, 1990), tahap pertandingan (Dowthaite & Amstrong, 1984; Gruber & Beuchamp, 1979), situasi kritikal semasa pertandingan ( Krane, Joyce & Rafeld, 1984), bertanding dalam situasi yang serba kekurangan ( Cohn, 1990; Marchant, 1992), ques persekitaran ( Martens et al.,1990), jenis sukan (sukan kontak, sukan bukan kontak, individu, berkumpulan, skor objektif, skor subjektif) (Krane & Williams, 1987; Simons & Martens, 1979), tekanan ibu bapa (Pierce & Stratton, 1981) dan stres dalam kehidupan seharian (Scanlan, Stein & Ravizza, 1988) serta jantina (Krane dan Williams, 1994).

Neurofisiologi kebangkitan, kebimbangan dan strategi menangani kebimbangan

Sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu Sistem Saraf Pusat , Sistem Saraf Peripheral dan Sistem Saraf Autonomik (SSA). SSA terbahagi kepada dua iaitu Sistem Saraf Simpatetik dan Sistem Saraf Parasimpatetik, secara ringkasnya, kebangkitan berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik (SSA), SSA mengawal tindakan autonomik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah. Sistem Saraf Simpatetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan badan untuk tindakan fight or flight seperti peningkatan peredaran darah ke otot skeletal, pernafasan pendek dan tidak beritma, perpeluhan, degupan jantung, mulut kering, kerap buang air kecil, kekejangan otot dan lain-lain manakala Sistem Saraf Parasimpatetik berfungsi sebagai penenang (menurunkan kebangkitan) (Cox 2002). Kerana jika kebimbangan kognitif dan somatik jika tidak dikawal maka ia boleh menjejaskan kordinasi, konsentrasi, motivasi, jangkaan dan keyakinan diri atlet (Jones 1996 di dalam Bull 1996). Oleh itu atlet perlulah mengawal kebangkitan dan kebimbangan sebelum bertanding untuk mendapatkan peak performance. Berdasarkan Williams (2001) atlet perlu mengetahui tahap optimum kebangkitan dan mengawal kebimbangan mereka untuk mencapai peak performance. Melalui program atau latihan kemahiran psikologi yang dijalankan boleh menguatkan mental atlet. Latihan kemahiran psikologi yang boleh dipraktikkan mengurangkan kebimbangan somatik ialah relaksasi otot secara progresif, kawalan pernafasan, biofeedback dan mengurangkan kebimbangan kognitif ialah relaxation response, latihan autogenik. Manakala Cognitive-affective stress management training, Stress Inoculation Training dan Hynopsis merupakan teknik yang diperkenalkan untuk pengurusan kebimbangan somatik dan kebimbangan kognitif atlet (Weinberg 2003).

Metodologi

Puteri Pan Pacific, Johor, Malaysia 3rd 5th April ,2006

Page 3 of 8

Teluk Danga International Games Convention 2006

Subjek Seramai 56 orang atlet terlibat dalam kajian ini yang terdiri dari 36 orang atlet bola sepak ( lelaki) dan 20 orang atlet bola jaring (perempuan) bawah 15 tahun dan 18 tahun di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Instrumen

Soalan demografi digunakan untuk mengukur pembolehubah seperti jantina, sukan yang diceburi, umur dan pengalaman bertanding dan kekerapan berlatih di kalangan subjek yang terlibat dalam kajian. Competitive State Anxiety Inventory 2 (CSAI 2) telah dibina oleh Martens, Vealey, Bump & Smith (1990) untuk mengukur kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik dan keyakinan diri. Menurut Marten (1992) kebolehpercayaan CSAI-2 ialah r = 0.79 hingga 0.90. Soal selidik ini mengandungi 27 item dengan menggunakan skala likert empat poin, satu digunakan untuk tidak ada sama sekali, dua sedikit, tiga sederhana dan empat terlalu banyak. CSAI 2 mengandungi tiga pecahan subskala yang mengandungi 9 item. Kebimbangan kognitif item 1,4,7,10,13,16,19,22 dan 25, kebimbangan somatik item 2, 5, 8, 11, 14R, 17, 20, 23 dan 26 dan keyakinan diri item 3, 6, 9, 12, 15, 18, 21, 24 dan 27. Manakala skor yang paling rendah bagi setiap subskala ialah 9 17.5, sederhana 17.6 26.5 dan tinggi 26.6 36.

Prosedur Subjek dikehendaki melengkapkan CSAI 2 sejam sebelum pertandingan bermula dan masa yang diambil adalah selama 15 minit untuk melengkapkannya.

Hasil kajian

Jadual 1 : Data demografi

Frekuensi Jantina Lelaki Perempuan Sukan Bola sepakPuteri Pan Pacific, Johor, Malaysia 3rd 5th April ,2006

Peratus 64.3 35.7

36 20

36

64.3Page 4 of 8

Teluk Danga International Games Convention 2006

Bola Jaring Umur Bawah 15 tahun Bawah 18 tahun Pengalaman Bermain 1 hingga 2 tahun 3 hingga 4 tahun 5 hingga 6 tahun 7 hingga 8 tahun Kekerapan Berlatih (seminggu) 2 kali 3 kali 4 kali 5 kali Peringkat Penglibatan Daerah Negeri Kebangsaan

20

35.7

28 28

50 50

5 15 23 14

7.1 26.8 41.1 25

2 9 9 36

3.6 16.1 16.1 64.3

6 12 38

10.7 21.4 67.9

Berdasarkan jadual 1, subjek terdiri atlet 64.3 % atlet bola sepak dan 35.7 atlet bola jaring yang berusia 15 tahun hingga 18 tahun. Dari segi pengalaman bermain sebanyak 7.1 % atlet telah bermain antara 1 hingga 2 tahun, 26.8 % telah bermain antara 3 hingga 4 tahun, 41.1 % telah bermain selama 5 hingga 6 tahun dan 25 % telah bermain selama 7 hingga 8 tahun. Manakala dari aspek peringkat penglibatan tertinggi atlet adalah sebanyak 10.7 % bermain peringkat daerah, 21.4 % peringkat negeri, dan majoritinya adalah bermain peringkat kebangsaan iaitu sebanyak 67.9 %. Jika di lihat dari kekerapan berlatih kebanyakan atlet berlatih lima kali seminggu (80.4 %) dan hanya 19. 6 % sahaja berlatih antara satu hingga tiga kali seminggu.

Jadual 2 : Min dan sisihan piawai kebimbangan seketika dan keyakinan diri atlet mengikut jantina Kebimbangan Kebimbangan Keyakinan kognitif somatik diri ________________________________________________________________________ Lelaki 24.33 (3.19) 18.33 (3.24) 26.42 (4.36) Perempuan 22.55 (4.73) 18.40 (4.00) 22.40 (2.87) ________________________________________________________________________ Berdasarkan jadual 2 di atas, menunjukkan nilai min dan sisihan piawai kebimbangan seketika dan keyakinan diri atlet mengikut jantina. Bagi atlet lelaki min kebimbangan kognitif (M = 24.33) adalah lebih tinggi berbanding atlit perempuan (M = 22.55). Walaubangaimanapun tidak terdapat perbezaan min yang ketara antara atlet perempuan (M = 18.40) dengan atlet lelaki (M =18.33). Tetapi dari segi keyakinan diri atlet lelaki lebih tinggi bertanding (M = 26.42) berbanding atlet perempuan (M = 22.40). Secara keseluruhannya min kebimbangan seketika dan keyakinan diri atlet lelaki dan perempuan dalam kajian ini menunjukkan skor pada tahap sederhana iaitu 17. 6 26.5.

Jadual 3 : Ujian one - way ANOVA di antara jantina dengan kebimbangan seketika dan keyakinan ________________________________________________________________________Puteri Pan Pacific, Johor, Malaysia 3rd 5th April ,2006 Page 5 of 8

Teluk Danga International Games Convention 2006

df Kebimbangan Kognitif Di antara kump. 1 Dengan kump. 54 Jumlah 55 Di antara kump. 1 Dengan kump. 54 Jumlah 55

Mean Square 2.827

F .098

Sig.

40.889 14.462

Kebimbangan Somatik

.057 12.422

.005

.946

Keyakinan Diri

Di antara kump. 1 207.432 13.601 .001 Dengan kump. 54 15.251 Jumlah 55 _______________________________________________________________________ Berdasarkan jadual 3, ujian one way ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik di kalangan pemain bola sepak dan bola jaring kerana semua nilai adalah lebih besar dari p < .05, kecuali terdapat perbezaan yang signifikan (F1,54 = 13.601; p < .05) di antara keyakinan diri di kalangan pemain bola sepak dan bola jaring.

Jadual 4 : Min dan sisihan piawai kebimbangan seketika dan keyakinan diri atlet bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun ________________________________________________________________________ Kebimbangan Kebimbangan Keyakinan kognitif somatik diri ________________________________________________________________________ Bawah 15 23.07 (3.38) 18.75 (4.16) 23.89 (4.52) Bawah 18 24.32 (4.27) 17.96 (2.69) 26.07 (3.91) ________________________________________________________________________ Merujuk kepada jadual 4 di atas, min kebimbangan kognitif atlet bawah 18 tahun lebih tinggi (M = 24.32) berbanding atlet bawah 15 tahun (M = 23.07), manakala kebimbangan somatik atlet bawah 15 tahun lebih tinggi (M = 18.75) dari atlet bola jaring (M = 17.96) tetapi atlet bawah 18 tahun (M = 26.07) lebih berkeyakinan dari atlet bawah 15 tahun (M = 23.89).

Jadual 5 : Ujian one way ANOVA di antara umur dengan kebimbangan seketika dan keyakinan diri ________________________________________________________________________ df Mean Square F Sig. Kebimbangan Kognitif Di antara kump. 1 Dengan kump. 54 Jumlah 55 Di antara kump. 1 Dengan kump. 54 Jumlah 55 21.875 14.814 1.477 .230

Kebimbangan Somatik

8.643 12.263

.705

.406

Keyakinan Diri

Di antara kump. 1 Dengan kump. Jumlah 55

66.446 3.720 54 17.862

.059

Puteri Pan Pacific, Johor, Malaysia 3rd 5th April ,2006

Page 6 of 8

Teluk Danga International Games Convention 2006

_______________________________________________________________________ Berdasarkan jadual 5, ujian one- way ANOVA menujukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara atlet bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun dengan kebimbangan seketika dan keyakinan diri di kalangan pemain bola sepak dan bola jaring.

Perbincangan

Berdasarkan kepada jadual 2, dapatan kajian menunjukkan atlet lelaki dan perempuan mempunyai min atau skor kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik serta keyakinan diri pada tahap sederhana 17.6 26 . 5 berbanding dengan atlit luar negara yang mempunyai skor kebimbangan seketika pada tahap rendah iaitu 9 17.5 tetapi memperolehi skor tahap keyakinan diri yang tinggi ( 26.6 - 36) sebelum bertanding seperti kajian yang dijalankan oleh Eys, Hardy, Carron, Beauchamp, dan Mark (2003) Davids dan Gill (1995), Marchant, Morris, Anderson ( 1998), Barber dan Sukhi (1999) serta Seeley, Wagner & Watts, (2000). Berdasarkan jadual 3 di atas ujian one way ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan kebimbangan kognitif dan kebimbangan somatik kerana semua nilai adalah lebih besar dari p < .05, kecuali terdapat perbezaan yang signifikan (F1,54 = 13.601; p < .05) di antara jantina dengan keyakinan diri sebelum bertanding. Ini menjelaskan bahawa pengalaman bermain dan kekerapan berlatih memberi impak yang positif kepada keyakinan diri atlet lelaki berbanding atlet wanita. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan di luar negara yang mempunyai persamaan hasil kajian seperti Hammermeister, Burton ( 2004) tetapi berbeza dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Krane dan William (1994) menunjukkan terdapat perbezaan antara jantina dengan kebimbangan seketika dan keyakinan diri. Merujuk kepada jadual 4 di atas, perbezaan min kebimbangan seketika dan keyakinan diri atlet bawah 18 tahun dan 15 tahun tidak banyak berbeza dan skor pada tahap sederhana. Ujian one- way ANOVA juga menujukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara umur dengan kebimbangan seketika di kalangan pemain bola sepak dan bola jaring. Dapatan kajian ini sama dengan kajian yang dijalankan oleh Seeley, Wagner, dan Watts (2000). Ini menjelaskan umur bukanlah faktor utama mempengaruhi kebimbangan tetapi melalui penguasaan kemahiran, pengalaman bertanding, peringkat penglibatan dan kekerapan berlatih boleh mengurangkan kebimbangan dan keyakinan diri atlet, walaubagaimanapun dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasi kepada populasi.

Kesimpulan

Situasi pertandingan biasanya menyebabkan atlet mengalami kebimbangan seketika samada kebimbangan kognitif atau kebimbangan somatik yang terpaksa di hadapi dan ditangani dengan berkesan bagi mempamerkan prestasi terbaik (Fisher 1984). Oleh itu atlet perlu menangani kebimbangan dan tingkatkan keyakinan diri kerana menurut Patmore (1986) menjelaskan atlet yang berjaya dalam pertandingan adalah atlet yang berupaya mengatasi masalah kebimbang dan stres. Apabila seseorang atlet berjaya atasi kebimbangan maka beliau mempamerkan prestasi terbaik.

Rujukan : Bull, S. T. (1996). Sport psychology. A self help guide. The Crowood Press.

Puteri Pan Pacific, Johor, Malaysia 3rd 5th April ,2006

Page 7 of 8

Teluk Danga International Games Convention 2006

Butt, J., Weinberg, R. and Horn, T. (2003). The intensity and directional interpretation of anxiety: fluctuations throughout competition and relationship to performance. The sport psychologist: Human kinetics. Cox, R.H. (2002). Sport psychology concepts and applications (5th edition). Columbia: McGraw Hill. Davids, K. and Gill, A. (1993). Multidimensional state anxiety prior to different levels of sport competition: some problems with simulation tasks. International Journal of Sport Psychology; 26: 359-382 Eys, Hardy, M.A., Carron, J. Beauchamp, A.V. and Mark. R. (2003). The relationship between task cohesion and competitive state anxiety. Journal of Sport & Exercise Psychology; 25: 1166 Fisher, S. (1984). Stress and the perception of control. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum. Hammermeister, J., Burton, D. ( 2004). Gender differences in coping with endurance sport stress: Are men from Mars and women from Venus?. Journal of Sport Behavior; 27: 148-165 Jones, J.G. and Hardy, L. (1990). Stress and performance in sport. Chichester: John Wiley & Sons Krane, V., and Williams, J.M. (1994). Cognitive anxiety, somatic anxiety and confidence in track and field athletes: the impact of competitive level and task characteristics. International Journal of Sport Psychology; 25: 203-217 LeUnes, A. & Nation, J. R. (2002). Sport psychology (3rd edition). Australia : Wadsworth Marchant, D.B, Morris, T., & Anderson (1998). Perceived importance of outcome as a contributing factor in competitive state anxiety. Journal of Sport Behavior. Parmore, A. (1986). Sportsmen under stress. London: Stanley Paul Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Seeley, G., Wagner, D. & Watts, K. (2000). Anxiety levels and gender differences in social volleyball players before and during competition in an Australian setting. http//www.geocities.com/collegepark/5686/su99p5.htm. Wann, D.L (1997). Sport psychology. Upper Saddle: Prentice Hall. Weinberg, R.S. & Gould, D. (2003). Foundations of sport & exercise psychology. (3rd edition). United States: Human Kinetics Williams, J.M.(2000). Applied sport psychology. Personal growth to peak performance. London: Mayfield.

Puteri Pan Pacific, Johor, Malaysia 3rd 5th April ,2006

Page 8 of 8