Tia3(Epic Hbef3603)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    1/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    1

    1.0 PENGENALAN

    Refleksi merupakan salah satu langkah yang sangat penting yang perlu dilakukan guru

    setiap kali selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji

    semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan kendiri dengan

    tujuan untuk meningkatkan kemahiran seseorang guru. Refleksi kendiri menitik beratkan

    penerokaan domain efektif, spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari

    kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari. Proses refleksi perlu dilakukan sebaik sahaja sesuatu

    pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

    2.0 KEPENTINGAN REFLEKSI

    Refleksi boleh dilakukan dengan cara guru menggambarkan semula keseluruhan

    pengajaran yang telah dilakukan. Di samping itu guru perlu memikirkan sama ada pembelajaran

    telah berlaku atau berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin ke atas pelajar. Guru juga

    haruslah memastikan dan menilai semula sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran telah

    dapat dicapai. Bahkan dalam melakukan proses refleksi, guru hendaklah meneliti maklum balas

    mengenai pengajaran dan pembelajaran dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawat, guru

    atau pensyarah pembimbing. Selain itu, guru perlu menganalisis maklumat dan menilai kualiti

    pengajaran dan pembelajarannya.Justeru itu, guru bolehlah merancang, mengambil langkah

    susulan dan membuat keputusan bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan

    pembelajaran. Antara kepentingan lain termasuklah:

    Guru dapat mengenal pasti setiap kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Guru dapat mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan

    pembelajaran.

    Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan

    Guru seharusnya menjadikan refleksi sebagai budaya kerja professional keguruan.

    Guru juga perlu menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    2/32

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    3/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    3

    b) Murid

    Murid yang dipilih untuk sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) ini adalah seramai 10

    orang murid dari kelas 5 Efektif. Pemilihan murid adalah berdasarkan markah Peperiksaan Akhir

    Tahun 2013.

    Jadual 1 : Markah Peperiksaan Akhir Tahun Bahagian A Responden

    Berdasarkan markah murid dalam peperiksaan akhir tahun 2013, majoriti markah adalah

    rendah. Justeru itu, berdasarkan markah ini, maka guru telah menjalankan satu inovasi kepada

    pelajar-pelajar dengan menggunakan Teknik SALAK.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    4/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    4

    Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankankan, majoriti pelajar

    memberikan respon dan maklumbalas yang yang baik. Situasi yang kondusif ini berlaku hampir

    sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Semua pelajar aktif dalam memberi

    maklumbalas dan menjawab semua soalan yang diajukan oleh guru kepada mereka. Ini

    menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Sebenarnya, bagi menjayakan

    sesuatu pengajaran dan pembelajaran agar objektif tercapai, respon yang baik dari pelajar

    diperlukan bagi memudahkan objektif pembelajaran dicapai. Ini kerana, guru dapat mengetahui

    tentang bahagian mana yang pelajar tidak faham. Seterusnya, guru dapat mengulang dan

    menerang semula tentang topik yang pelajar kurang jelas tersebut. Kaedah yang digunakan dan

    inovasi yang dilakukan telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam

    membina ayat berdasarkan bahan grafik.

    c) Isi kandungan pelajaran

    Isi Kandungan pelajaran yang disampaikan adalah jelas dan pelajar faham akan kehendak

    yang saya ingin berikan kepada mereka. Saya menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang

    baik iaitu Jadual SALAK yang dibuat di atas kertas mahjong, kad gambar dan kad jawapan .

    Dengan adanya bahan bantu mengajar ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar

    serta mengekalkan minat belajar pelajar berkenaan. Seiring dengan zaman teknologi ini, bahan-

    bahan tersebut dapat digunakan dengan baik. Seterusnya, penyampaian pengajaran dan

    pembelajaran berjalan lancar. Sememangnya, pelajar sekolah rendah lebih tertarik dengan

    pelbagai warna yang jika dibandingkan dengan pengajaran dan pembelajaran tradisional lebih

    kepada Chalk and Talk.Pelajar diberi peluang untuk menggunakan bahan semaksimun

    mungkin dalam P&P ini. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah

    dilaksanakan, saya mempunyai kekuatan dan kelantangan suara yang membolehkan semua

    pelajar di dalam kelas berkenaan boleh mendengar dengan jelas tentang kandungan isi

    pengajaran yang ingin disampaikan pada masa tersebut. Seterusnya perhatian pelajar dapatdikekalkan.Ini kerana, di dalam sesebuah kelas yang mempunyai kapasiti pelajar yang ramai,

    kekuatan bagi seorang guru selain kreativiti adalah suara yang jelas.

    Jika seseorang guru mempunyai suara yang perlahan, pelajar yang duduk di bahagian

    belakang terutamanya kurang memberi perhatian tentang isi yang disampaikan oleh guru.

    Seterusnya, objektif pelajaran gagal dicapai. Keseluruhan isi kandungan yang disampaikan dapat

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    5/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    5

    difahami dengan mudah oleh pelajar. Respon yang baik memberi petanda bahawa pelajar faham

    apa yang guru sampaikan. Isi pelajaran yang diajar semenangnya berkaitan dengan objektif yang

    ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajuk, tema dan fokus kemahiran seiring

    dengan langkah pengajaran yang digalurkan secara tersusun, mengikut urutan dan berkiatan

    dengan kemahiran yang diharapkan. Semua pelajar mendengar penerangan daripada guru

    mengenai isi kandungan yang disampaikan. Pelajar-pelajar dapat menjawab soalan yang

    dikemukakan oleh guru dengan betul dan tepat berkaitan dengan bahan grafik. Ini menjelaskan

    bahawa pelajar memahami isi kandungan yang hendak disampaikan dengan jelas.

    d) Persekitaran

    Teknik SALAK ini dapat dijadikan sebagai alat kajian yang dibina untuk mengukur

    pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan

    sesuai digunakan kepada semua murid tahap dua. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini

    ialah menggunakan borang soal selidik, ujian SALAK 1 dan Ujuan SALAK 2, seterusnya

    analisis dapatan kajian markah Ujian SALAK 1 murid tahun 5 Efektif dibandingkan dengan

    markah Ujian SALAK 2. Selain itu, kaedah pemerhatian terhadap minat murid juga turut dibuat.

    Persekitaran murid semasa melaksanakan aktiviti adalah di dalam bilik darjah yang kondusif dan

    selesa.

    2. Objektif kajian

    Objektif kajian hendaklah berbentuk positif dan boleh diukur/dikesan/dinilai/dilaksana

    Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid

    i. Untuk meningkat tahap kemahiran membina ayat di kalangan pelajar asli.

    ii. Untuk memastikan keberkesanan Teknik SALAK berbantukan bahan grafik dalam

    pengajaran pembinaan ayat di kalangan murid asli.

    iii. Untuk memastikan keberkesanan Teknik SALAK berbantukan bahan grafik terhadap

    pemahaman murid asli tahun 5.

    iv. Mengubah amalan pembelajaran dan pengajaran murid dengan menggunakan kaedah

    yang berbeza sehingga menceriakan dan menyeronokkan pelajar asli.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    6/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    6

    3. Kumpulan sasaran

    Bilangan murid yang dikaji ialah 10 orang yang terdiri daripada murid Tahun 5, Sekolah

    Kebangsaan Labong. Berikut adalah senarai nama murid kajian.

    Jadual 2: Senarai nama Responden

    Murid sasaran seramai 10 orang adalah terdiri daripada murid orang Asli. Justeru itu,

    penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid Asli ini adalah berdasarkan penggunaan

    bahasa kedua mereka. Responden terdiri daripada empat orang (40%) responden lelaki dan

    enam orang (60%) responden perempuan. Ini menunjukkan bahawa responden perempuanadalah lebih ramai daripada responden lelaki. Taburan keseluruhan responden mengikut etnik

    ialah seorang (10%) responden Melayu dan sembilan orang (90%) responden bumiputera (Asli).

    Taburan responden menunjukkan responden bumiputera ( Asli ) adalah lebih ramai daripada

    responden Melayu. Terdapat lapan orang responden (80%) yang pendapatan keluarganya di

    bawah RM500.00 dan dua orang responden (20%) mempunyai pendapatan keluarganya RM500

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    7/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    7

    RM 1000. Berdasarkan pencapaian markah Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A semasa

    peperiksaan akhir tahun 2013, terdapat seorang responden (10%) yang mendapat markah

    memuaskan dan sembilan orang responden (90%) mendapat markah di pencapaian tahap

    minimum.

    4. Perlaksanaan inovasi PdP

    Perlaksanaan inovasi yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah murid membina ayat

    ialah dengan menggunakan Teknik SALAK Visual. Perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti

    yang terlibat adalah seperti berikut:

    4.1 Instrumen kajian

    Instrumen kajian merujuk kepada bahan grafik dan jadual yang diberikan kepada pelajar-pelajar

    tahun 5. Pelajar-pelajar dirangsang melahirkan kosa kata yang bersesuaian merujuk kepada

    bahan grafik yang ditayangkan menggunakan slaid ms power point. Rangsangan untuk

    mendapatkan kosa kata yang bersesuaian dengan grafik melalui kaedah didik hibur. Kosa kata

    yang diperolehi daripada murid-murid disenaraikan dalam jadual. Kemudian, pemilihan atau

    saringan perkataan dibuat oleh murid-murid mengikut variasi ayat yang dikehendaki.

    Para pelajar akan diperkenalkan dengan akronim SALAK. SALAK merujuk kepada akronimsebagaimana di bawah ini, iaitu:

    S : Siapa ( Menamakan pelaku atau watak yang dilihat dalam visual)

    A : Aktiviti yang sedang dilakukan oleh pelaku

    L : Lokasi atau tempat aktiviti berlangsung

    A : Alatan yang diguna oleh pelaku

    K : Keterangan ( Pelengkap ayat bagi aktiviti yang sedang dilakukan dan merupakan ayat

    tersirat. Tidak terdapat dalam gambar dan murid perlu kreatif memikirkan

    kesesuaiannya dengan ayat yang dibina namun masih dalam bimbingan guru)

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    8/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    8

    4.2 Ayat yang boleh dibina dengan Teknik SALAK

    Terdapat lapan variasi atau bentuk ayat yang boleh dibina oleh murid dengan Teknik

    SALAK. Kepelbagaian variasi ayat menunjukkan ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip

    antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat-ayat yang dibina dengan teknik ini masih gramatis

    mengikut laras tatabahasa. Berikut adalah lapan variasi ayat daripada Teknik SALAK:

    BIL VARIASI

    1 SA

    2 SAL

    3 SALA

    4 SALK

    5 SALAK

    6 SAA

    7 SAAK

    8 SAK

    4.3 Kaedah Didik Hibur dan bahan grafik

    Pengajaran dan pembelajaran membina ayat menggunakan Teknik SALAK ini juga

    diselitkan dengan kaedah didik hibur. Guru menyoal kepada murid dalam bentuk lagu untuk

    mendapatkan kosa kata yang bersesuaian berdasarkan paparan bahan grafik di dalam slaid ms

    power point. Murid menjawab dalam bentuk lagu juga. Lirik lagu yang dinyanyikan oleh guru

    dan jawapan yang diberikan oleh murid berdasarkan melodi dan lirik lagu:

    Elemen didik hibur yang disisipkan dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan agar

    murid-murid belajar dalam situasi yang ceria dan menyeronokkan. Murid-murid diransang minda

    menyenaraikan kosa kata yang berkaitan dengan bahan grafik secara lisan terlebih dahulu.

    Jawapan-jawapan yang diberikan dibincang untuk penyaringan kosa kata yang bersesuaian

    Makan apa? (2x)

    Makan apalah sayang?

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    9/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    9

    dengan bahan grafik yang dipaparkan dalam slaid. Zamri (2012) menyatakan kaedah permainan

    bahasa ini dapat menarik minat murid agar aktif untuk menyertai sesi pengajaran dan

    pembelajaran, mengelak kebosanaan dan menambahkan keseronokan belajar.

    4.4 Pemilihan Variasi Ayat berdasarkan bahan grafik

    Pemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid tahun lima sebagaimana Jadual 1 di

    bawah. Kosa kata yang disenaraikan dimasukkan ke dalam jadual untuk memperlihatkan variasi

    ayat yang dibina oleh murid. Perkataan-perkataan yang disenaraikan oleh murid perlu melalui

    proses pemurnian ayat dengan tatabahasa yang betul untuk menjadikan ayat yang dibina lebih

    gramatis. Sebelum murid membina ayat, terlebih dahulu paparan gambar visual ditayangkan

    dislaid bagi merangsang murid dan menjadikan murid seronok dan menjana idea.

    Jadual 3: Contoh Variasi Ayat yang boleh dibina dengan Teknik SALAK

    Siapa Aktiviti Lokasi Alatan Keterangan Jenis

    Ayat

    Visual

    Siti jahit baju SA

    Siti jahit baju rumah SAL

    Siti jahit baju rumah guna mesin

    jahit

    SALA

    Siti jahit baju rumah isi masa lapang SALK

    Siti jahit baju rumah guna mesin

    jahit

    isi masa lapang SALAK

    Siti jahit baju guna mesin

    jahit

    SAA

    Siti jahit baju guna mesin

    jahit

    baharu beli SAAK

    Siti jahit baju waktu petang SAK

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    10/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    10

    4.5 Pemurnian Ayat

    Lima elemen tatabahasa untuk proses pemurnian ayat iaitu penggunaan kata sendi,

    kata hubung, penjodoh bilangan, imbuhan dan pemilihan kata adjektif yang sesuai dalam ayat

    yang dibina. Bimbingan daripada guru untuk proses pemurnian ayat yang dibina adalah sangatdiperlukan pada peringkat awal pengajaran. Ini dapat dilihat dalam Jadual 2 di bawah.

    Jadual 4 : Contoh Pemurn ian Ayat

    Siapa Aktiviti Lokasi Alatan Keterangan Jenis

    Ayat

    Puan

    Siti

    menjahit baju SA

    Puan

    Siti

    menjahit baju di balkoni

    rumah

    SAL

    Puan

    Siti

    menjahit baju dibalkoni

    rumah

    menggunakan

    mesin jahit

    SALA

    Puan

    Siti

    menjahit baju dibalkoni

    rumah

    untuk mengisi masa

    lapang

    SALK

    Puan

    Siti

    menjahit baju dibalkoni

    rumah

    menggunakan

    mesin jahit

    untuk mengisi masa

    lapang

    SALAK

    Puan

    Siti

    menjahit baju menggunakan

    mesin jahit

    SAA

    Puan

    Siti

    menjahit baju menggunakan

    mesin jahit

    yang baharu beli SAAK

    Puan

    Siti

    menjahit baju pada waktu petang SAK

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    11/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    11

    4.6 Penganalisisan Data

    Data-data yang diperoleh, dianalisis secara holistik berdasarkan skima pemarkahan

    yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM,2005). Standard atau mutu ayat yang

    dibina oleh murid akan diukur mengikut justifikasi LPM bagi penskoran markah. Ini merujukkepada kriteria ayat yang dibina oleh murid yang dibahagikan kepada empat kategori markah

    sebagaimana dalam Jadual 3.

    Jadual 5: Penskoran markah

    Penskoran Markah Kriteria

    Cemerlang 9-10 Ayat gramatis, menepati bahan visual dan grafik.

    Pelbagai kata dan kosa kata yang meluas, sesuai dengan

    visual grafik.

    Ejaan dan tanda baca yang betul.

    1 atau 2 kesalahan tatabahasa.

    Baik 7-8 Ayat yang jelas menepati bahan visual grafik.

    Pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana, sesuai

    dengan grafik.

    Ada beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan yang tidak

    menjejaskan mutu ayat.

    3 atau 5 kesalahan tatabahasa.

    Memuaskan 4-6 Ayat mudah, ringkas dan sesuai dengan visual grafik.

    Kosa kata yang terhad dan sesuai dengan grafik.

    Banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.

    6 atau 10 kesalahan tatabahasa.

    Tahap

    Minimum

    0-3 Ayat tidak sesuai dengan grafik.

    Terhad kosa kata, tidak sesuai dengan grafik.

    Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

    11 kesalahan atau lebih.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    12/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    12

    4.7 Pemaparan bahan grafik dan Jadual SALAK

    Pemaparan visual dalam slaid MS Power Point sambil diiringi kaedah didik hibur

    berpandukan jadual dijalankan bagi meningkatkan pemahaman murid tentang Teknik SALAK.

    Jadual SALAK ini juga akan dipaparkan kepada murid sambil murid berfikir untuk membina

    perkataan-perkataan atau ayat berdasarkan akronim SALAK. Contoh visual yang berkaitan

    seperti di atas ialah:

    Gambar 1: Bahan grafik membina ayat

    Murid diajar

    melalui

    gambar siapa,

    apa aktiviti, di

    mana lokasi,

    apa alatan dan

    keterangan

    Setelah murid

    memahami penggunaan

    Jadual SALAK,murid

    akan didedahkan

    dengan pelbagai jenis

    gambar dan

    memasukkan maklumat

    dalam Jadual SALAK.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    13/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    13

    4.8 Contoh Jadual SALAK dari Kertas Majong

    Gambar 2: Contoh Jadual SALAK dari Kertas Majong

    5.0 LAPORAN PERLAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN

    5.1 Laporan sebelum inovasi dijalankan

    Sebelum inovasi dilakukan dalam menyelesaikan masalah membina ayat berdasarkan

    bahan grafik dilaksanakan, proses penulisan murid dalam membina ayat adalah terkawal, murid

    tidak dapat mengembangkan idea untuk membentuk ayat yang lebih gramatis, murid membinaayat yang terlalu pendek, penggunaan kosa kata yang terhad dan banyak kesalahan ejaan dan

    tanda baca. Berikut adalah contoh hasil kerja murid sebelum inovasi Teknik SALAK

    dilaksanakan iaitu:

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    14/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    14

    Contoh 1: Hasil seorang murid kajian yang hanya mampu membina ayat yang pendek dan

    banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

    Gambar 3: Contoh hasil kerja murid sebelum inovasi dijalankan

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    15/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    15

    Contoh 2: Hasil murid kajian yang mempunyai masalah untuk membina ayat di mana ayat yang

    dibina terlalu mudah dan kurang kosa kata

    Gambar 4: Contoh H asil kerja mur id sebelum inovasi

    5.2 Laporan semasa inovasi dijalankan

    Inovasi ini penting kerana dapat membantu murid menggunakan minda untuk mengingati

    sesuatu dengan sebaik mungkin. Melalui pengamatan saya, murid lebih gemar mengingati

    sesuatu dengan cara hafalan atau merujuk kepada bahan rujukan atau buku tanpa berpandukan

    kepada apa-apa teknik ingatan. Antara faktor kegagalan tersebut ialah murid tidak terdedah

    kepada teknik yang sesuai sedangkan iannya sangat membantu dalam kehidupan seharian.Selain

    daripada itu, sikap malas untuk mencuba merupakan salah satu faktor mengapa ramai murid

    mempunyai tahap ingatan yang lemah.Justeru itu, Teknik SALAK amat diperlukan oleh murid

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    16/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    16

    dalam mengingati fakta penting kerana idea tersebut sukar untuk diingati kerana terlalu panjang

    dan pelbagai.

    Aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar dan seterusnya pelajar dapat

    menjelmakan idea dengan baik berbantukan Jadual SALAK. Butir-butir pelajaran saya

    merupakan kandungan yang penting. Saya sentiasa mengawal masa dengan kehendak fokus

    utama dan fokus sampingan kemahiran bahasa. Saya juga memastikan penerangan saya sentiasa

    rasional dan tidak miskonsepsi dengan kemahiran dan sistem bahasa. Penerapan nilai dan ilmu

    serta penerapan kemahiran bernilai tambah menjana idea dan kemahiran berfikir menjadikan

    butiran pengajaran ini mempunyai elemen yang penting.

    Saya juga mewujud pembahagikan isi pelajaran kepada elemen-elemen yang lebih kecil dan

    menstrukturkannyaagar lebih mudah diikuti oleh murid. Set induksi telah diwujudkan bagi

    merangsang dan mencetuskan kehadiran PdP secara formal. Set Induksi yang dipaparkan adalah

    merupakan lagu keluarga bahagia. Murid-murid sangat seronok menyanyikan lagu. Set induksi

    bertujuan untuk menarik minat murid. Kemudian paparan bahan grafik iaitu situasi keluarga

    sedang melalakukan aktiviti di ruang tamu yang ditayangkan melalui slaid Ms Power Point

    dipaparkan. Murid melihat gambar dan meneliti maklumat di dalam gambar sambil bersoal-

    jawab. Seterusnya setiap kumpulan telah diberikan kad gambar, Jadual SALAK dank ad

    jawapan. Pengajaran dikembangkan dengan langkah seterusnya iaitu pengajaran telah

    dibahagikan dengan fokus tersendiri dalam mencapai kemahiran lisan, bacaan dan tulisan secara

    berkesan.Rumusan pengajaran diselitkan dengan penerapan nilai murni dan pengukuhan

    kemahiran bahasa. Perincian pengajaran saya dapat dihuraikan kepada beberapa langkah

    pengajaran seperti:

    i. Isi pelajaran merupakan unsur yang penting iaitu guru menyelitkan inovasi yang

    dibuat menggunakan Teknik SALAK. Aktiviti mencari maklumat penting melalui

    bahan grafik diajar kepada pelajar dan pelajar belajar untuk mengisi maklumat-

    maklumat yang diperolehi daripada bahan grafik ke dalam Jadual SALAK.

    Seterusnya berdasarkan Jadual SALAK yang telah dipenuhi oleh pelajar, murid akan

    membina ayat-ayat yang gramatis sebanyak lima ayat.

    ii. Setelah murid mahir mengisi maklumat dalam Jadual SALAK, maka setiap murid

    akan diberi bahan grafik yang kedua pula dan diminta memenuhkan Jadual SALAK

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    17/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    17

    serta membina lima ayat yang lengkap di borang jawapan. Jawapan akan dinilai oleh

    guru dalam penandaan jawapan mengikut penskoran yang telah ditetapkan.

    iii. Penutup P&P dijalankan dengan guru meminta wakil murid membentangkan hasil

    jawapan berdasarkan Jadual SALAK dan kad jawapan dan diakhiri dengan pujian dan

    lagu keluarga bahagia yang membuatkan murid berasa sangat seronok belajar dengan

    menggunakan Teknik SALAK.

    Proses inovasi P&P yang dijalankan berjalan dengan baik dan lancar. Pelajar memberi

    respon dan kerjasama yang baik. Seterusnya, kaedah dan teknik yang diterapkan dapat

    dilaksanakan dengan baik. Pelajar faham dan objektif PdP dapat dicapai dengan mudah.

    5.2.1 Gambar-gambar yang menunjukkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

    menyeronokkan dengan menggunakan Teknik SALAK

    Gambar 6: Setiap kumpulan dibekalkan dengan Jadual SALAK, kad gambar

    dan kad jawapan

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    18/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    18

    Gambar 7: Murid-murid sedang mengisi jadual SALAK

    Gambar 8 : Murid murid sedang membina ayat berpandukan Jadual SALAK

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    19/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    19

    Gambar 9: Jadual SALAK yang telah lengkap diisi semasa aktiviti berkumpulan

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    20/32

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    21/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    21

    Jadual Menunjukkan murid telah dapat mengisi maklumat dalam Jadual SALAK dengan

    menambah perbendaharaan kata mereka.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    22/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    22

    Contoh jawapan murid yang menunjukkan kematangan murid membina ayat dengan

    enambahan kosa kata dan a at an lebih ramatis

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    23/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    23

    5.4 Laporan data perbandingan Ujian Pra dan Ujian Post

    5.4.1 Laporan data Ujian Pra

    Borang rumusan pemarkahan Ujian Pra

    Tajuk: Membina lima ayat berdasarkan bahan grafik.

    BIL NAMA MURID MARKAH

    UJIAN 1

    1 AHMAD SOFIRULLOH BIN MAHMAD 3.5/10

    2 ARNI NAJIHA A/P ZAINAL 3.5/10

    3 AZIZAL A/L AZLAN 3/10

    4 ENDRA A/L DIN 3/10

    5 LEE SIEW CHUN A/P LEE SOON KOI 4/10

    6 NORYUSRA ELYANI A/P KADIR 3.5/10

    7 NORZAITI A/P HASHIM 3/10

    8 MALISA A/P ROSLI 3/10

    9 SUHAILA A/P MOHAMED 2/10

    10 YAZID A/L NAIM 3/10

    Penskoran Jumlah Responden Peratus

    Cemerlang(9-10) 0 0%

    Baik(6-8) 0 0%

    Memuaskan(4-5) 1 10%

    Pencapaian Tahap Minimum(0-3) 9 90%

    Jadual 6: Data Ujian Pra penskoran responden

    Daripada ujian pra, responden yang mendapat cemerlang adalah 0%, begitu juga dengan

    penskoran baik juga 0%. Responden yang mendapat penskoran kriteria memuaskan ialah

    seorang (10%) dan responden yang mendapat pencapaian tahap minimum ialah 9 orang

    responden (90%).

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    24/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    24

    5.4.2 Analisa Ujian Post

    Borang rumusan pemarkahan Ujian POST

    Tajuk: Membina lima ayat berdasarkan bahan grafik dengan menggunakan Teknik

    SALAK.

    BIL NAMA MURID MARKAH

    UJIAN 1

    1 AHMAD SOFIRULLOH BIN

    MAHMAD

    8/10

    2 ARNI NAJIHA A/P ZAINAL 9/10

    3 AZIZAL A/L AZLAN 8/10

    4 ENDRA A/L DIN 7/10

    5 LEE SIEW CHUN A/P LEE SOON KOI 9/10

    6 NORYUSRA ELYANI A/P KADIR 8/10

    7 NORZAITI A/P HASHIM 8/10

    8 MALISA A/P ROSLI 8/10

    9 SUHAILA A/P MOHAMED 7/10

    10 YAZID A/L NAIM 9/10

    Penskoran Jumlah Responden Peratus

    Cemerlang(9-10) 8 80%

    Baik(6-8) 2 20%

    Memuaskan(4-5) 0 0%

    Pencapaian Tahap Minimum(0-3) 0 0%

    Jadual 7: Data Ujian Post Responden

    Daripada ujian post, responden yang mendapat cemerlang adalah lapan orang iaitu 80%

    dan dua orang (20%) mendapat penskoran baik. Bagi penskoran di tahap memuaskan dan

    pencapaian tahap minimum adalah 0% iaitu tiada responden yang mendapat markah 0

    hingga 5 markah.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    25/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    25

    5.4.3 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Post

    Penskoran Markah

    Ujian Pra

    Markah

    Ujian Post

    Bil % Bil %

    Cemerlang(9-10) 0 0% 8 80%

    Baik(6-8) 0 0% 2 20%

    Memuaskan(4-5) 1 10% 0 0%

    Pencapaian Tahap Minimum(0-3) 9 90% 0 0%

    Jadual 8: Perbandingan Ujian Pra dan Post

    Berdasarkan jadual di atas, penskoran cemerlang iaitu markah di antara 9 hingga 10

    markah, bagi ujian pra adalah 0% manakala bagi markah penskoran cemerlang bagi ujian

    post ialah 8 orang (80%). Bagi penskoran baik iaitu markah di antara 6 hingga 8 bagi ujian

    pra ialah 0% manakala bagi ujian post, terdapat 2 orang iaitu 20%. Bagi penskoran

    memuaskan bagi ujian pra ialah seorang (10%) manakala bagi ujian post pula ialah 0%.

    Bagi penskoran tahap minimum semasa ujian pra, seramai sembilan orang responden

    (90%) mendapat markah di antara 0 hingga 3 markah manakala pencapaian tahap minimum

    semasa ujian post ialah 0%.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    26/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    26

    5.4.4Graf Garis Menunjukkan Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Post

    Graf 1: Graf garis menunjukkan perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Post

    Berdasarkan graf garis di atas, markah ujian post menunjukkan peningkatan yang

    tinggi iaitu kebanyakan markah lingkungan 7 hingga 9 markah manakala markah

    semasa ujian pra, kebanyakan responden mendapat markah di antara 2 hingga 4

    markah sahaja.

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    MARKAH

    RESPONDEN

    GRAF GARIS MENUNJUKKAN PERBANDINGAN

    MARKAH BAGI UJIAN PRA DAN UJIAN POST

    Markah Ujian Pra

    Markah Ujian Post

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    27/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    27

    6.0 Keberkesanan Teknik SALAK

    Hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Bahasa Melayu untuk memperkaya

    kaedah pengajaran di dalam bilik darjah. Guru boleh memperluas kefahaman strategi pengajaran

    dengan pendekatan didik hibur bagi merangsang penglahiran kosa kata sebelum membina ayat

    berdasarkan grafik. Lapan jenis ayat yang boleh dibina oleh murid dengan Teknik SALAK. Ayat

    yang dibina dengan teknik ini gramatis dan masih mengikut rumus tatabahasa. Pendedahan

    penggunaan teknik ini perlu dilakukan di peringkat awal dengan penerangan dan garis panduan

    oleh guru kepada murid. Setelah murid memahami pembinaan ayat dengan teknik ini, pengajaran

    menjadi lebih mudah dan murid belajar dalam suasana ceria serta menyeronokkan. Variasi ayat

    dengan Teknik SALAK yang dibina adalah bergantung kepada kosa kata yang diketahui oleh

    murid tahun satu. Banyak kosa kata yang diketahui, banyaklah ayat yang boleh dibina oleh

    murid. Ini diperlihatkan dengan kebolehan murid menyusun perkataan atau kosa kata yang

    disenaraikan untuk disusun menjadi ayat. Bagi murid yang kurang kosa kata, hanya sekadar ayat

    tunggal sahaja yang dibina.

    Pembinaan ayat dengan lima elemen tatabahasa yang diajar oleh guru dapat memudahkan

    murid membina ayat. Penggunaan kata hubung, kata sendi, penjodoh bilangan, imbuhan dan kata

    adjektif yang sesuai dengan grafik dapat menjadikan ayat yang dibina gramatis. Murid yang telah

    beransur maju memahami penggunaan elemen tatabahasa dalam ayat akan mudah melakukan

    proses membina ayat dan pemurnian ayat juga akan menjadi lebih mudah. Teknik SALAK yangdiperkenalkan dapat mempermudahkan proses membina ayat. Selain itu, dapatan menunjukkan

    pelbagai variasi ayat yang boleh dibina dengan Teknik SALAK supaya antara satu ayat dengan

    ayat yang lain tidak kelihatan stereotaip. PdP dalam suasana yang menghiburkan kepada murid-

    murid. Menurut Mohd. Azam (2009), teknik P&P yang diperkenalkan oleh guru melatih murid

    berfikir secara kreatif dan kritis dan mampu mematangkan kemahiran individu murid yang boleh

    diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    28/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    28

    7.0 Kelemahan Teknik SALAK

    Secara keseluruhannya Teknik SALAK yang dikendalikan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran ini tidaklah mempunyai kelemahan dari segi penyampaian pengajaran dan

    penggunaan bahan-bahan bantu mengajar. Cuma guru perlu membimbing murid dan meransang

    minda murid dengan menggunakan pelbagai visual yang boleh dipaparkan di Ms Power Point

    agar murid-murid mendapat idea-idea yang luas untuk membina ayat secara gramatis dan

    menggunakan kosa kata dan perbendaharaan kata yang luas.

    8.0 Penutup

    Secara keseluruhannya, inovasi PdP yang telah dijalankan ini menunjukkan kesesuaian

    kaedah Teknik SALAK dipraktikkan kepada murid yang mempunyai pelbagai tahap kebolehan.

    Mempelbagaikan kaedah pengajaran akan memberikan keseronokkan kepada pelajar untuk

    meneroka pembelajaran yang baru. Kaedah ini bukan sahaja membentuk pembelajaran aktif

    meliputi kognitif, auditori dan kinestetik tetapi juga membentuk pembelajaran konstektual dan

    masteri dalam kalangan pelajar. Ia berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat daripada

    kaedah yang digunakan dalam rangka minda mereka. Justeru itu, menerusi pemerhatian yang

    telah dijalankan murid-murid berasa sangat seronok dengan Teknik SALAK ini dalam

    membantu sepuluh orang murid mahir dalam membina lima ayat merujuk gambar dan membantu

    murid memperbaiki mutu ejaan dan penggunaan tanda baca yang betul.

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    29/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    29

    9.0 Lampiran

    9.1 Borang soal selidik

    Nama Murid: _______________________________________________

    Tahun: _________________________

    Bahagian A(Biodata murid kajian)

    Arahan: Isikan ruangan jawapan/Tandakan / bagi jawapan yang betul.

    1. Nama murid:

    2. Tempat tinggal:

    3. Jantina:

    Lelaki

    Perempuan

    4. Bangsa:

    Melayu

    Bumiputera

    5. Pendapatan keluarga:

    Bawah RM500

    RM 500RM1000

    RM 1000 dan ke

    atas

    6. Pekerjaan bapa:

    7. Pekerjaan ibu:

    8. Kehadiran ke sekolah:

    Datang setiap hari ke sekolah

    Kerap tidak hadir ke sekolah

    9. Hobi pada masa lapang:

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    30/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    30

    10. Pencapaian markah Bahasa Melayu dalam Penulisan Bahagian A semasa peperiksaan

    Akhir Tahun 2013?

    Cemerlang (9-10)

    Baik(6-8)

    Memuaskan(4-5)Pencapaian Tahap Minimum(0-3)

    Bahagian B(Penggunaan Teknik SALAK)

    Tandakan / pada bahagian Ya / Tidak

    1. Adakah anda mudah untuk membina ayat dengan menggunakan teknik SALAK

    Ya

    Tidak

    2. Penggunaan teknik SALAK membolehkan saya menggunakan ayat yang gramatis dan

    menepati bahan

    grafik.

    Ya

    Tidak

    3. Penggunaan teknik SALAK membolehkan saya menggunakan pelbagai kata dan kosa kata

    yang meluas

    serta sesuai dengan bahan grafik.

    Ya

    Tidak

    4. Berpandukan Teknik SALAK juga saya dapat mengurangkan kesalahan ejaan dan tanda baca.

    Ya

    Tidak

    5. Saya sangan seronok menggunakan Teknik SALAK.

    Ya

    Tidak

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    31/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    31

    6. Dengan menggunakan teknik SALAK ini, saya dapat meningkatkan kemahiran membina ayat

    dengan cepat dan mudah berbanding teknik yang biasa.

    Ya

    Tidak

    9.2 Soalan Ujian Pra dan Post

  • 8/11/2019 Tia3(Epic Hbef3603)

    32/32

    SANISAH SHAFIE @ MUSA 730105065826001

    9.3 Contoh jawapan pelajar setelah menggunakan Teknik SALAK