Tiada Paksaan Dalam Agama

Embed Size (px)

DESCRIPTION

islam

Citation preview

Ulasan buku: Tiada Paksaan Dalam AgamaPENULIS UNDANGANNOVEMBER 9, 2012

olehTaha Jabir al-Alwani(terjemahan Yodi Indrayani & Al-Mustaqeem M. Radhi)Penerbit: Institut Kajian DasarTahun: 2008, Rawang, SelangorMukasurat: 192ISBN: 9789838840873Satu ULASAN BUKU oleh Mohamed Imran Mohamed Taib.Persoalanriddahadalah melulu persoalan politik. Dulu, sekarang, dan di hari kemudian, faktor agama di dalam persoalanriddahhanyalah faktor sekunder yang tidak ada ertinya dibandingkan dengan faktor politik. Taha Jabir al-Alwani [1]PengenalanRiddah/irtidadatau murtad merupakan perkara yang sangat kontroversial di dunia Islam. Perbuatan meninggalkan Islam seringkali dilihat sebagai suatu pengkhianatan paling tinggi yang memerlukan hukuman keras, termasuk hukuman mati. Di zaman kontemporari, tidak sedikit kes-kes hukum bunuh yang dijatuhkan kepada si murtad di negara-negara Islam, sama ada secara sah mengikut perundangan negara ataupun tidak, dan disorot media ataupun tidak. Jikapun tidak dibunuh, beberapa negara Islam, termasuk Malaysia, mempunyai undang-undang yang membolehkan instrumen perhakiman negara menghukum mereka yang didapati bersalah meninggalkan Islam dengan rela hati.[2] Oleh itu, terdapat perdebatan hangat di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam sama ada hukuman murtad melanggar prinsip kebebasan beragama/berkeyakinan yang menjadi salah satu dasar penting hak asasi manusia di dunia moden ini.[3] Di kalangan ulama kontemporari, terjadi juga upaya memikirulang korpus perundangan Islam berkaitan hukuman bagi perbuatan meninggalkan Islam, yang rata-ratanya menggariskan hukuman keras termasuk hukum bunuh.[4] Inilah yang menjadi persoalan utama yang dikupas oleh pemikir dan ulama tersohor kontemporari, Shaykh Taha Jabir al-Alwani.Kontroversi PenerbitanBukuTiada Paksaan dalam Agamaadalah terjemahan dari buku bahasa Arab berjudulLa Ikraha fi al-Din. Menurut Taha Jabir al-Alwani sendiri (atau ringkasnya, Shaykh Taha), buku ini bermula sebagai sebuah makalah yang ditulis pada tahun 1992. Namun, ianya tidak diterbitkan kerana ada desakan bahawa penerbitan makalah ini akan mendatangkan kesan buruk kepada institusi yang beliau pimpin, iaitu International Institute of Islamic Thought (IIIT). Enam tahun setelah beliau berundur dari IIIT, iaitu sekitar tahun 2002, barulahLa Ikraha fi al-Dinmula dibaca. Hanya pada tahun 2011, IIIT menerbitkan versi Bahasa Inggerisnya yang diubahsuai dengan judulApostasy in Islam: A Historical and Scriptural Analysis.Sebagai seorang sarjana danfaqih[ahli fikih], keputusan menyebarkan makalah yang berpotensi mendatangkan kontroversi berpijak dari pendirian penulis bahawa beliau tidak ingin menyembunyikan apa yang kami [penulis] pelajari hanya kerana takut memicu perpecahan atau silang pendapat. Baginya, Turats[warisan/tradisi ilmu] umat kami adalahturatsyang kaya.Turatsumat kami adalahturatsyang tidak takut pada kritikan dan penilaian. Oleh sebab itulah penulis mengambil keputusan menyebarkan hasil kajiannya yang melawan arus pemikiran umum di kalangan ulama terdahulu bahawa perbuatan murtad merupakan jenayah yang harus dihukum sekeras-kerasnya. Pendapat Taha Jabir al-Alwani merupakan suatu upaya memikirulang dan mengkritik pendapat ulama terdahulu melalui kaedah yang berpijak pada sumber yang sama, iaitu al-Quran dan Hadis. Pada masa yang sama, beliau menggali pendapat alternatif yang sebenarnya wujud tetapi terpinggir di dalam warisan fikih Islam. Inilah kekuatan utama karya beliau. Kerana beliau merupakan pemikir, pemimpin dan ulama yang disegani dunia Islam umumnya, hasil ijtihadnya mengenai persoalan murtad wajar diketahui umum dan mendapat posisi penting di dalam perdebatan pembaharuan hukum Islam. Malah, pendiriannya bukanlah sesuatu yang pinggiran di kalangan ulama kontemporari yang tidak diragukan kesarjanaan Islam mereka. Menurut Shaykh Taha sendiri, para ulama yang disegani dunia Islam, seperti Mahmud Syaltut [w.1963] dan Muhammad Abu Zahrah [w.1974], berpendirian sama sepertinya, iaitu mendukung prinsip kebebasan beragama dan menolak adanya hukum bunuh di dalam persoalanriddah. Namun sayang, jelas Shaykh Taha, para ulama tersebut tidak mahu menyuarakan pendapat mereka secara terang-terangan. Kesannya, pembahasan mengenai isuriddahterbuka di dalam keadaan yang tergantung tanpa adanya penyelesaian tuntas. Perkara ini memboleh golongan yang berkepentingan politik mempergunakan persoalanriddahuntuk membangkitkan sentimen awam demi kepentingan masing-masing.Pokok PersoalanDi dalam bukuTiada Paksaan dalam Agama, Shaykh Taha memulakan perbincangan dengan menolak pendapat adanya ijmak ulama [kesepakatan para ulama] mengenai hukum bunuh yang wajib dikenakan bagi orang yang murtad. Menurutnya, mereka yang menggunakan argumen adanya ijmak ulama sebenarnya mencari jalan pintas untuk menyelesaikan persoalan fikih yang sebenarnya kaya dengan perbezaan pendapat di kalangan ulama terdahulu.[5] Selama tiga abad pertama zaman permulaan Islam, para sahabat Nabi seperti Umar ibn al-Khattab [w.644], Ibrahim al-Nakhai [w.715] dan Sufyan al-Tsauri [w.778] telahpun bersilang pendapat dan mengatakan tidak wajib menerapkanhadd riddah[hukuman maksimum untuk pemurtadan]. Jadi, mereka yang menggunakan argumen ijmak ulama sebenarnya mahu menutup pintu bagi para ulama generasi mendatang untuk mengkaji ulang persoalanriddahini.Pada masa yang sama, penulis juga mengambil pendirian yang berani dalam mengatakan bahawa persoalanriddahadalah melulu persoalan politik dan faktor agama di dalam persoalanriddahhanyalah faktor kedua yang tidak ada ertinya dibandingkan dengan faktor politik. Apa yang menarik ialah bagaimana penulis tiba kepada kesimpulan ini melalui pengalamannya sendiri sewaktu Parti Baath yang menjatuhkan pemerintahan Iraq melalui kudeta pada tahun 1963, meminta beliau dan tiga ulama ternama Shii dan Sunni lainnya memberi fatwa hukum bunuh terhadap ribuan pegawai negara yang kononnya telah murtad atas dasar memegang fahaman dan menjadi anggota parti komunis. Ternyata, fatwa yang diminta mempunyai motif politik, iaitu menghapuskan musuh dan pesaing Parti Baath. Beberapa kes lain yang terjadi di dunia Islam juga disebut sebagai contoh memperkuatkan kesimpulan penulis bahawa persoalanriddahterkait dengan persoalan politik sama ada politik Barat yang menggunakan isuriddahsebagai bahan memomok-momokkan Islam ataupun politik para penguasa Islam sendiri yang menjadikan isu ini sebagai jalan mudah mendapatkan legitimasi kuasa sebagai penegak hukum Islam.[6] Makanya, kita seharusnya awas setiap kali muncul suara-suara yang terlalu gopoh meneriak hukum bunuh terhadap orang yang murtad atas alasan sudah adanya kesepakatan ulama dalam hal ini. Melalui kajian atas sumber-sumber autoritatif Islam, Shaykh Taha mendapat jawapan sebaliknya yang menyokong pendapat adanya prinsip kebebasan beragama (sesuai dengan keyakinan masing-masing) dan tidak adanya hukuman bunuh bagi orang yang murtad kecuali jika perbuatannya itu berunsur pengkhianatan [treason] yang membahayakan negara atau kelompok Islam yang ditinggalkannya.

Sikap dan Nilai dalam BerwacanaSatu sudut persoalanriddahini tidak dapat diwacanakan secara jernih melalui perspektif fikih di dalam masyarakat, ialah terjadinya polarisasi yang menyimpulkan persepsi terhadap pendirian yang menyokong atau tidak akan prinsip kebebasan dalam beragama. Wujudnya polarisasi berdasarkan persepsi sangat kuat sehingga Shaykh Taha sendiri terpaksa menjelaskan bahawa pendiriannya yang mendukung kebebasan beragama tidak terpengaruh oleh fahaman liberal atau pandangan-pandangan Barat. Sebaliknya, beliau menekankan bahawa pendiriannya bersumber dari penggunaan kaedah-kaedah Islam yang tulen sebagaimana ulama-ulama terdahulu memperlakukan nas-nas al-Quran dan hadis dalam membina hujah.Turatsatau tradisi keislaman, menurutnya, kaya untuk digali demi mencari jalan keluar terhadap berbagai macam persoalan kontemporari yang melanda umat Islam. Namun, ianya memerlukan nilai-nilai keilmiahan, keobjektifan dan kejujuran akal dalam menghadapi persoalan kontemporari.Di dalam hal ini, jelas sikap progresif penulis yang menyeru kepada (1) proses penglibatan para pemikir dan budayawan yang mempunyai pandangan keislaman objektif dan ilmiah; (2) membantu dan bekerjasama dengan ikhlas dalam membangun, menyokong dan menjaga lembaga-lembaga masyarakat sivil yang dapat membangun kesedaran ke arah perbaikan dan perubahan; (3) memberi kesempatan para fuqaha dan ilmuwan sosial menilaituratssecara ikhlas dan menggunakan metodologi ilmiah yang objektif; dan (4) membezakan antaraturatsyang memberi daya dorong kepada umat denganturatsyang menghambat dan menghalang gerak umat.Inti PerbahasanSecara umum, Shaykh Taha memfokuskan perbahasan pada dua sumber utama yang autoritatif di dalam Islam, iaitu al-Quran dan hadis. Sesuai dengan kaedah ulama-ulama terdahulu yang memberatkan pendefinisian masalah terlebih dahulu, beliau menjelaskan bahawa istilahhadddi dalam al-Quran sebenarnya bermaksud sekadar syariat dan hukum Allah yang umumnya beragam [7], dan bukannya hukuman secara khusus. Di sinilah kekeliruan berlaku. Oleh keranahadd(atau majmuknya,hudud) ditakrifkan oleh ahli fikih sebagai sekadar hukuman yang bentuknya ditentukan, ianya membuka ruang kepada Islam Politik menggunakan syariat Islam secara sempit dan untuk tujuan politik semata-mata. Baginya, peneriakkan jargon-jargon penerapan syariat berpunca dari salahfaham akan istilahhadddi dalam bahasa al-Quran. Jadi, langkah pertama ialah untuk kita keluar dari penyempitan istilah yang sering digunakan sebagai sarana politik untuk mendapatkan dukungan majoriti yang juga berfungsi untuk menipu umat demi kekuasaan.Dengan pengertian syariat dan hukum Tuhan yang lebih luas dan beragam, Shaykh Taha mula meneliti sejumlah ayat-ayat al-Quran yang berhubungkait dengan persoalanriddah. Melalui pendekatan tafsir corakmaudui[bertema] ini, beliau menyimpulkan berikut: Seluruh ayat yang berbicara tentangriddahdanirtidadtidak menyebutkan hukuman duniawi apapun atas dosa atau tindak jenayah ini, juga tidak menunjukkan, baik secara tersurat mahupun tersirat, tentang wajibnya memaksa orang murtad untuk kembali ke Islam atau membunuhnya jika ia menolak. Sebaliknya, ayat-ayat al-Quran jelas menunjukkan bahawa kebebasan berkeyakinan merupakan bentuk kebebasan paling penting yang harus dijamin dan dijaga. Menurut Shaykh Taha lagi, al-Quran telah menetapkan bahawa manusia tidak boleh dipaksa untuk memeluk suatu keyakinan tertentu atau mengubah keyakinan yang telah dia yakini kerana keyakinan merupakan urusan peribadi antara manusia dengan Tuhan. Cuba kita lihat contoh ayat la ikraha fiddin atau tiada paksaan dalam agama (Q.2:256) yang sering dikutip untuk membuktikan prinsip kebebasan berkeyakinan.[8] Sebab turunnya ayat ini, menurut tafsirAl-Manarkarya Rasyid Rida [w.1935], merujuk pada dua riwayat utama: Yang pertama, melalui sanad Abu Daud, Nasai, Ibn Hibban dan Ibn Jarir yang meriwayatkan dari Ibnu Abbas, menceritakan kebiasaan wanita Arab jahiliyyah. Ketika anak kecil mereka meninggal dunia, mereka akan bernazar bahawa anak yang lahir selanjutnya akan diyahudikan. Lalu, ketika kelompok Yahudi Bani Nadhir diusir dari Madinah, ada di antara mereka merupakan anak orang-orang Ansar. Apabila orang-orang Ansar mahukan anak-anak mereka yang diyahudikan tidak ikut sama diusir, mereka memaksa anak-anak ini diislamkan. Makanya, turunlah ayat yang menegah umat Islam berbuat demikian atas dasar tiada paksaan dalam agama. Mengikut riwayat dari Said bin Jubair, Nabi bersabda setelah turunnya ayat ini: Allah telah memberi kebebasan memilih kepada sahabat-sahabat kalian. Jika mereka memilih untuk bergabung bersama kalian, maka mereka termasuk golongan kalian. Jika mereka memilih untuk bergabung bersama mereka, maka mereka termasuk golongan mereka. Yang kedua, melalui sanad Ibnu Jarir dan Ikrimah yang meriwayatkan dari Ibnu Abbas, menjelaskan ayat ini turun bagi menegah seorang lelaki bernama al-Hushain dari Bani Salim, yang ingin memaksa kedua orang anak lelakinya yang beragama Nasrani untuk ikut serta memasuki Islam sepertinya.Rasyid Rida kemudiannya menyimpulkan bahawa hukum agama yang memberikan kebebasan berkeyakinan ini adalah bukti jelas menolak pendapat bahawa Islam berdiri tegak melalui pedang [iaitu, kekerasan]. Pada masa yang sama, beberapa ayat al-Quran menegaskan bahawa hukuman bagi mereka yang menyekutukan Tuhan adalah wilayah ketuhanan dan hanya Dia yang berhak menghukum di akhirat kelak.[9] Juga, Rasulullah sering diingatkan melalui wahyu akan tugasnya menyampaikan risalah dan peringatan tanpa pemaksaan.[10] Melalui sejumlah ayat-ayat yang jelas ini, Shaykh Taha berpendapat bahawa Al-Quran menjadikan kebebasan berkeyakinan sebagai kebebasan mutlak yang tidak terbatas, sekaligus menegaskan bahawa perhitungannya merupakan hak khusus Allah yang tidak diwakilkan kepada sesiapa pun. Dan jika kita melihat ayat di dalam Surah an-Nisa/4:137 (Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman pula, kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak pula menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.), jelaslah tidak mungkin orang yang murtad disyariatkan hukum bunuh. Sekiranya orang yang murtad dibunuh, apakah mungkin ayat tersebut menyebut proses beriman dan kafir berkali-kali bagi orang sedemikian?

Persoalan HadisJika sejumlah ayat-ayat al-Quran sangat tegas dan jelas menegakkan kebebasan berkeyakinan, dari manakah hukum bunuh ini ditafsirkan oleh para ulama fikih? Jelasnya adalah dari beberapa hadis yang statusnyaahad, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh seorang dua perawi sahaja, khususnya pada tingkat pertama (para Sahabat Nabi). Umumnya, hadisahaddipertikaikan para ulama sebagai sumber dalil yang memberi kepastian walaupun kesahihannya terbukti. Salah satu contoh hadisahadyang terkenal dan sering dikutip sebagai dalil menegakkan hukum bunuh ialah Siapa yang menggantikan agamanya maka bunuhlah! Hadis ini termasuk ke dalam kategori sahih menurut kitab-kitab hadis Bukhari dan Muslim. Namun, Shaykh Taha menjelaskan bahawa konteks hadis ini adalah berkenaan dengan orang-orang Yahudi yang masuk Islam kemudian murtad dengan tujuan melakukan kekacauan di tubuh umat Islam. Penerangan Shaykh Taha sangat terperinci dan meyakinkan pembaca bahawa hadis ini bermasalah dan tidak boleh diyakini sebagai dalil yang memberikan kepastian bagi menentukan hukum bunuh bagi seseorang yang keluar dari agama Islam.Secara ringkas, posisi Shaykh Taha adalah seperti berikut: Pertama, kebanyakan riwayat yang menjadi sandaran bagi hukum bunuh pesalah murtad merupakan hadisahad. Maka janggal jika sesuatu perkara yang penting dan kejadian yang melibatkan ramai orang (contohnya, hadis yang mengatakan khalifah Islam, Ali bin Abi Talib telah membunuh orang-orang yang murtad dan membuang mayat-mayat mereka ke dalam api) hanya diriwayatkan oleh satu atau dua orang sahaja. Secara umumnya juga, hadis-hadis ini banyak menimbulkan keraguan akan aspek-aspek berkaitansanad(jalur perawi),matan(inti hadis), makna, dan maksudnya. Kedua, berdasarkan perbahasan dari bukti tulen dan masyhur, ternyata Nabi Muhammad sendiri tidak pernah membunuh seorang murtad pun sepanjang hayatnya.[11] Perkara ini ditegaskan juga oleh Imam Syafie yang menyebut: Pada masa beliau [Rasulullah], ada sebahagian mukmin yang murtad, kemudian mukmin kembali. Kerana itu, Rasulullah tidak membunuh mereka. Dari sudut sejarah dan dari sekian ramai yang beriman, ada yang menjadi murtad atau munafik (Shaykh Taha membahaskan beberapa contoh). Bahkan, ada juga yang sampai menyakiti baginda dan melakukan kejahatan terhadap beliau dan umat Islam. Tetapi, Nabi tidak pernah sampai membunuh mereka walaupun beliau mempunyai kuasa memperlakukan kekerasan terhadap mereka. Alasannya ialah seperti yang diriwayatkan di dalam satu hadis berkenaan Abu Abdullah bin Ubay bin Salul yang menjadi munafik yang berdendam dan ditanya sama ada mahu dibunuh; lalu Rasulullah bersabda, Kita akan memperlakukannya dengan baik selama ia bersama kita. Agar tidak ada yang berkata: Muhammad telah membunuhi sahabat-sahabatnya. Ketiga, dan yang paling utama menurut penulis, ialah persoalan posisi sunnah Nabi yang secara jelas tidak boleh berseberangan dengan apa yang dijelas dan dijamin oleh al-Quran (iaitu, kebebasan berkeyakinan serta wewenang Tuhan, bukan manusia, dalam soal hukuman bagi yang murtad yang hanya terjadi di akhirat kelak). Jadi, tidak sah kalau beberapa buah hadis yangahaddan didebatkansanad,matan, makna dan maksudnya, digunakan bagi melewati ayat-ayat al-Quran yang jelas dan hampir mencapai jumlah dua ratus ayat yang mendukung prinsip kebebasan berkeyakinan. Di dalam kaedah fikih, penting bagi para pembahas isu murtad ini mengedepankan wahyu (al-Quran) daripada sunnah atau hadis-hadis yang lemah dan mendatangkan keraguan.Kesimpulan:Kembali Pada Persoalan PolitikAwalnya, Shaykh Taha telahpun membentangkan posisinya mengapa persoalanriddahadalah persoalan politik pertama-tama. Beliau juga menjelaskan bagaimana cara fikir yang asing mula meresap masuk ke dalam corak pemikiran umat Islam sehingga terjadi percampuran antara sesuatu yang bersifat agama dengan sesuatu yang bersifat politik. Antaranya ialah tersebarnya kebudayaan lisan Yahudi di Hijaz yang ada menyebut wajibnya membunuh orang yang keluar dari Yahudi; sehingga ianya mempengaruhi cara pandang umat Islam terhadap permasalahan mereka sendiri. Gelombang penaklukan Islam juga membawa umat Islam bersentuhan dengan budaya-budaya lain seperti Romawi-Nasrani yang juga mempengaruhi persoalan bagaimana menangani masalah pemurtadan. Inilah yang menimbulkan cara pandang yang kadangkala dipaksakan atas sumber-sumber Islam.Pada masa yang sama, Shaykh Taha juga cuba mengangkat isu yang masih didebatkan hingga sekarang di kalangan ulama dan sarjana Islam: bagaimana menanggapi perangriddahsewaktu zaman khalifah Islam pertama, Saiyidina Abu Bakar. Walaupun umumnya perang ini bermotifkan politik (menghalang umat Islam daripada berpecahbelah sejurus selepas kewafatan Rasulullah), ianya tetap memberi kesan terhadap nuansa agama kerana Saiyidina Abu Bakar diriwayatkan sebagai berkata: Demi Allah! Aku akan membunuh orang yang memisahkan antara solat dan zakat. Namun, penting dinyatakan sikap sahabat Nabi, Umar ibn al-Khattab yang menegur Abu Bakar dengan melarangnya membunuh mereka yang masih menyebut la illaha illallah (tiada Tuhan melainkan Allah). Abu Bakar pula menegakkan pendiriannya dengan melihat isu ini dari sisi yang luas, iaitu pemberontakan. Baginya, kelompok yang tidak mahu memberi zakat itu bertujuan menghancurkan kesatuan umat dan akan mengembalikan semula umat Islam kepada zaman jahiliyah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa perangriddahtidak ditujukan untuk memaksa orang yang murtad kembali ke Islam, tapi untuk mendisiplinkan warga yang meninggalkan kewajiban-kewajiban mereka sebagai anggota umat atau warga negara yang kekuatan hukumnya bersumber dari agama, juga untuk mengingatkan mereka terhadap kewajiban utama warga negara atau umat yang telah ditetapkan agama (sebagai sumber syariat) untuk menghormati kekuasaan yang sah dan tidak melakukan tindakan apa pun yang mengancam keselamatan, keutuhan, kedaulatan, dan kesatuan umat, dengan memisahkan diri dan mendirikan negara-negara kecil atau kabilah-kabilah Dalam erti kata lain, perangriddahtidak boleh digunakan sebagai hujah membunuh orang yang murtad, melainkan pemurtadan tersebut mempunyai implikasi mengancam dan meruntuhkan kesatuan umat. Mungkin di dalam istilah moden, kita dapat memahami konsep ini sebagai pengkhianatan terhadap negara atau state treason.Satu lagi perkara yang memperkuatkan hujah percampuran soal agama dengan politik di dalam isuriddahsehingga menjadikan tuduhan murtad sangat berbahaya, ialah contoh-contoh sepanjang sejarah Islam di mana sekian ramainya alim ulama yang tidak diragukan kesalehan dan ketokohan mereka tetapi mati dibunuh, didera ataupun dibuang negeri atas tuduhan murtad. Para ulama ini sebenarnya diperlakukan demikian atas sebab tidak bersetuju dengan fahaman Islam yang dipaksakan oleh pihak dominan yang berkuasa. Shaykh Taha menyenaraikan sekitar 16 nama dan ringkasan tuduhan yang rata-ratanya mengenai penyimpangan akidah, berpihak pada kaumzindiq(ateis), memegang mazhab yang dianggap sesat dan menggunakan kaedah yang dianggap salah di dalam memahami Islam. Mereka ini, dan juga ramai lagi yang dikisahkan di dalam biografi-biografi sejarah, dituduh murtad atas sebab berseberangan dengan penguasa atau memiliki pendapat atau mazhab yang berbeda dengan ulama-ulama yang jahat. Kekejaman yang tejadi terhadap mereka, tambah Shaykh Taha, adalah kesan eksploitasi hukum murtad.Melalui perbahasan yang diangkat oleh bukuTiada Paksaan dalam Agamaini, Shaykh Taha cuba memposisikan semula syariat Islam sebagai sesuatu yang membawa keringanan dan rahmat. Sekiranya ulama terdahulu ada yang berpendirian orang yang murtad harus dihukum bunuh atau diperlakukantakzir[hukuman gantian seperti penjara, sebat, denda dan sebagainya], ianya adalah atas dasar pemurtadan mereka disertai oleh kejahatan lain seperti merosakkan citra Islam atau menghancurkan kesatuan umat.Persoalannya, apakah orang yang murtad kerana sekadar tidak lagi yakin pada Islam, juga harus dilihat sebagai melakukan pengkhianatan dan jenayah sepertimana jenayah-jenayah lain yang menggangu ketenteraman negara seperti orang yang membunuh, mencuri, merogol, pecah amanah, rasuah dan sebagainya? Sejauhmanakah kita berani mengatakan syariat Islam sebenar (yang mendukung kebebasan berkeyakinan) telah dikaburkan dengan teriakan-teriakan bermotifkan politik sepertimana yang kita lihat di kebanyakan negara-negara majoriti Muslim yang mempunyai aktor-aktor politik yang cuba mendapatkan legitimasi kuasa melalui Islam? Beranikah para ulama dan sarjana Islam kita mengangkat seruan Shaykh Taha agar mengkaji ulangturatssecara serius supaya kita tidak menjadi permainan orang-orang yang bodoh? Sejauhmanakah kita dapat mengembalikan potensi syariat Islam yang dapat membebaskan umat dari kesulitan dan tidak menjadikan syariat itu sebagai sesuatu yang membebankan dan membelenggu perkembangan sihat masyarakat Islam? Dapatkah kita menghentikan tuduhan-tuduhan murtad yang sering menzalimi sesama umat dan memecahbelahkan masyarakat Islam tanpa berkesudahan? Sekiranya buku Shaykh Taha dapat meyakinkan pembaca akan wujudnya prinsip kebebasan berkeyakinan di dalam al-Quran, maka ianya menjadi satu langkah yang membawa harapan terhadap perubahan positif.Sosok Shaykh Taha selakualimyang bertauliah dan disegani dunia Islam seharusnya meyakinkan kita. Dan secara umum, ramai lagi ulama dan sarjana Islam dari aliran-aliran yang beragam yang tidak meragukan prinsip kebebasan berkeyakinan dan tidak adanya hukum di dunia apapun kepada orang yang meninggalkan Islam atas dasar tidak lagi yakin akan Islam. Masalahnya ialah adanya anasir-anasir yang mempolitikkan isuriddahsehingga polarisasi sentimen terjadi. Seringkali apa yang disebut Shaykh Taha sebagai akal awam akan mudah melontarkan tuduhan perjoratif liberal, sekular, kebaratan, akidah terpesong, dan sebagainya semata-mata kerana pendapat yang diajukan dianggap berbeza dari fahaman tunggal mereka terhadap Islam.[12] Bagi Shaykh Taha, akal awam ini adalah orang-orang yang cepat menyimpulkan dan tidak suka mengkaji, kerana wawasan mereka sempit. Tambahan, Allah mengurniakan kepada manusia kemampuan berhujah dan fitrah mencari dalil dan bukti. Ia mengizinkan manusia untuk menuntut dalil dan bukti dari Allah dan dari para rasul-Nya. Namun sayang, banyak penuntut ilmu dan masyarakat umum yang hanya membebek dengan membunuh atau mengistirehatkan akal mereka.Dari mereka yang berakal awam ini, tuduhan murtad menjadi permainan lidah dan jari di ruang awam (termasuk ruang siber), tanpa adanya pertanggungjawaban serius dalam menilai persoalan hukum dan pemikiran secara objektif, waras dan sistematik. Inilah cabaran utama yang dihadapi oleh Shaykh Taha. Namun beliau akur akan risiko yang harus dihadapi (seperti pertuduhan liberal dan sekular) demi ketulusannya dalam menghurai masalah secara jujur dan berani. Oleh itu, wajarlah buku Shaykh Taha mendapat tempat di tengah-tengah masyarakat yang masih mudah dieksploitasi oleh suara-suara ekstrim yang kecil tapi lantang menyalak tanpa hujah. Sumbangannya di dalam menjernihkan persoalan hukum Islam terhadap orang yang murtad harus diiktiraf tanpa ragu.Mohamed Imran Mohamed TaibLeftwrite Center, SingaporeBerikut ialah ulasan buku Tiada Paksaan dalam Agama karya Shaykh Taha Jabir al-Alwani yang diterbitkan di jurnal TAFKIR edisi 2, No. 2, terbitan Leftwrite Center dan The Reading Group, Singapore.Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan naskhah jurnal ini, sila hubungi:[email protected].=====================================================NOTA AKHIR[1]Taha Jabir al-Alwani lahir pada tahun 1935 dan kini menjadi presiden Universiti Cordoba, Virginia, Amerika Syarikat. Pendiri dan pengerusi Fiqh Council of North America ini juga memegang Imam al-Shafii Chair in Islamic Legal Theory di The Graduate School of Islamic and Social Sciences, Universiti Cordoba. Sarjana yang medapat pendidikan dari peringkat diploma hingga ke peringkat PhD di Universiti Al-Azhar, Mesir, juga pernah mengajar selama sepuluh tahun di Universiti Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh, Arab Saudi.Pada tahun 1983, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi sarjana Islam pertama yang menjawat kerusi di Washington Theological Consortium. Beliau telah menerbitkan berbagai buku dan makalah di dalam bahasa Arab dan Inggeris, termasuk Source Methodology in Islamic Jurisprudence (1990), The Ethics of Disagreement in Islam (1993), Issues in Contemporary Islamic Thought (2005), dan Islamic Thought: An Approach to Reform (2006). Beliau merupakan penggagas utama konsep fiqh aqalliyyat atau fikih minoriti, dan pernah aktif bergiat di International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Virginia, Amerika Syarikat.[2] Antara negara yang membenarkan hukum bunuh bagi seorang Muslim yang murtad ialah Arab Saudi, Yaman dan Sudan. Di Malaysia, terdapat tiga pendekatan bagi mereka yang murtad di bawah Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam ataupun Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri-Negeri: (1) denda sehingga RM5000.00 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana daripada ketiga-tiga bentuk hukuman ini; (2) tahanan mandatori di Pusat Pemulihan Akidah sehingga 36 bulan; dan (3) tiada hukuman tetapi diwajibkan menjalani kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam diluluskan. Lihat, Mohamed Azam Mohamed Adil, Murtad Status Semasa dlm. Ann Wan Seng, ed.,Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata(Kuala Lumpur: Must Read, 2009), h. 7-9. Namun, ini tidak bermakna bahawa pelaksanaan hukum bagi pemurtadan tidak menghadapi kerumitan, pertembungan dan perlawanan secara legal. Dua kerumitan timbul di dalam beberapa kes. Pertama, ialah wilayah kehakiman sama ada di tangan mahkamah Syariah ataupun mahkamah sivil. Kedua, ialah persoalan keabsahan hukuman yang dilihat sebagai melanggar jaminan kebebasan beragama yang termaktub di dalam Artikel 11 perlembagaan negara. Untuk perbincangan khusus persoalan hukuman murtad di Malaysia, lihat Abdullah Saeed dan Hassan Saeed,Freedom of Religion, Apostasy and Islam(England: Ashgate, 2004), h. 123-167.[3] Umumnya, masyarakat dunia termasuk negara-negara Islam adalah penandatangan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (1948) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengandungi Artikel 18: Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.[4] Untuk senarai serta makalah-makalah sarjana-sarjana Islam kontemporari yang mendukung kebebasan beragama, lihat:http://apostasyandislam.blogspot.com/2007/03/signatories-to-statement-about-islam.html. Juga, karya penting seorang ketua hakim Pakistan, S.A. Rahman, berjudulPunishment of Apostasy in Islam(New Delhi: Kitab Bhavan, 1996) yang membahaskan persoalan murtad menurut perundangan Islam secara sistematik dan terperinci. Untuk tinjauan dan penilaian umum persoalan murtad di kalangan para sarjana Islam terdahulu dan kontemporari serta isu-isu utama, lihat Abdullah Saeed dan Hassan Saeed,Freedom of Religion, Apostasy and Islam(England: Ashgate, 2004).[5] Argumen yang merujuk kepada ijmak ulama ini ketara digunakan oleh mereka yang mendukung hukum bunuh. Salah satu contoh ialah karya seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, yang menulis: There was no disagreement, rather a consensus of the companion of the prophet (ijma al Sahabah) with regard to the capital punishment of an apostate based on the Sunnah of the prophet. This has been the law as well as belief of Muslim ummah all over the world for the last 1400 years. Disagreement among the contemporary Muslim intellectuals, authors and writer are recent phenomenon only. Lihat, ABM Mahbubul Islam,Freedom of Religion in Shariah: A Comparative Analysis(Kuala Lumpur: A.S. Noordeen, 2008), h. 181. Pandangan ini ditolak pula oleh seorang mantan pensyarah dari universiti yang sama, Mohammad Hashim Kamali, yang menulis: It may be said by way of conclusion that apostasy was a punishable offence in the early years of the advent of Islam due to its subversive effects on the nascent Muslim community and state. Evidence in the Quran is, on the other hand, clearly supportive of the freedom of belief, which naturally includes freedom to convert. Moreover the Quran provides no punishment for apostasy despite the fact that it occurs in a large number of places in the text, and this remains to represent the normative position of the Shariah on non-subversive apostasy that is due purely to personal conviction and belief.Lihat,Islamic Law in Malaysia: Issues and Developments(Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers, 2000), h. 219.[6] Antara kes-kes yang disebut, walaupun tanpa kupasan mendalam, ialah kes Salman Rushdie yang difatwakan dengan hukum bunuh oleh Ayatollah Khomeini atas novelSatanic Versesyang dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad; kes Abdurrahman Abdul Mannan, seorang warga Afghanistan yang memeluk agama Kristen dan dipenjarakan pada tahun 2006; kes penikaman mati terhadap Farag Fouda oleh kelompok ekstrimis Jamaah Islamiyyah Mesir pada tahun 1992 dan kesaksian ulama ternama waktu itu, Muhammad al-Ghazali [w.1996] yang mengatakan Farag Fouda telah murtad dan layak dibunuh; dan kes-kes tuduhan murtad terhadap para pemikir dan ilmuwan seperti Nasr Hamid Abu Zayd [w.2010], Hassan Hanafi dan Nawal El-Sadawi yang diancam bunuh berkali-kali oleh kelompok ekstrimis.[7] Ragam bentuk syariat dan hukum Allah ini termasuk (a) perkara yang tidak boleh ditambah dan dikurangi seperti jumlahrakaatdi dalam solat yang wajib; (b) perkara yang tidak boleh dikurangi tetapi boleh ditambah seperti kadar pembayaran zakat; (c) perkara yang tidak boleh ditambah tetapi boleh dikurangi seperti had berpoligami, iaitu empat isteri tetapi boleh kurang dari itu; dan (d) perkara yang boleh ditambah dan dikurangi seperti ibadah-ibadah sunat, jumlah sedekah dan sebagainya. Selain itu, ada juga bentuk syariat yang hanya boleh dilakukan secara individu dan ada juga yang harus dilakukan secara kolektif.[8] Bagi kelompok yang menolak prinsip kebebasan berkeyakinan, ayat ini difahami sebagai tidak ada paksaan untuk menganut Islam dan bukannya untuk keluar agama! [Lihat, Riduan Mohamad Nor dan Mohd Asri Mat Daud,Murtad: Implikasi Hukum dan Fenomena(Selangor: MHI Publication, 2006), h. 26.] Corak pemikiran begini yang diangkat oleh sarjana Islam kontemporari yang berhaluan tradisionalis-konservatif, disebut sebagai posisi pra moden oleh Abdullah Saeed. Antara tokoh terkenal yang mewakili pandangan sebegini ialah Muhammad Mutawalli al-Sharawi [w.1998] dari Mesir yang menyebut bahawa seorang individu bebas mengikut keyakinan agama masing-masing, tetapi apabila dia menjadi Muslim, dia seharusnya terikat dengan keseluruhan anjuran agama termasuk hukuman bagi pemurtadan. [Lihat,Al-Jami li al-Fatawa(1998) yang dipetik dlm. Abdullah Saeed dan Hassan Saeed,Freedom of Religion, Apostasy and Islam(England: Ashgate, 2004), h. 89.] Namun, fahaman seperti ini jelas tidak ada dukungan kuat dari konteks ayat tersebut sertaasbab al-nuzul[sebab musabab turunnya wahyu], sepertimana yang dijelaskan oleh paramufassir[ahli tafsir] terkemuka dan dibahaskan oleh Shaykh Taha.[9] Contoh: Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang lain disamping Allah, padahal tidak ada satu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada beruntung. (Q. al-Mukminun/23:117)[10] Antaranya, ayat-ayat berikut: Q. al-Ghasyiyah/88:22; al-Kahf/50:45; ar-Rad/13:40; al-Anam/6:107; Yunus/10:99; Yusuf/12:103; dan An-Nahl/16:125.[11] Perkara ini dijelaskan juga oleh sarjana perundangan Islam terkemuka yang mengatakan hukuman bagi mereka yang meninggalkan Islam reflects a later reality and does not stand in accord with the deeds of the Prophet. Lihat, Wael Hallaq, Apostasy dlm. Jane Dammen McAuliffe, ed.,Encyclopaedia of the Quran, I (Leiden: Brill, 2001), h. 120.[12] Sebagai contoh, lihat Abdul Halim El-Muhammady, Murtad dari Perspektif Syariah dlm. Ann Wan Seng, ed.,Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mata(Kuala Lumpur: Must Read, 2009), h. 91. Beliau menulis: Pandangan [sarjana-sarjana Islam kontemporari yang menolak pandangan ulama silam] yang sebegini [iaitu, menolak hukuman bagi mereka yang keluar Islam tanpa mengancam keamanan umat Islam ataupun bergabung dengan musuh-musuh Islam] jika diperhatikan terdiri daripada sarjana-sarjana yang terdedah dengan pemikiran Barat terutama yang terpengaruh dengan pemikiran kebebasan hak-hak asasi manusia yang dibawa sarjana-sarjana Barat. Hal ini barangkali ada kaitannya dengan perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang hak-hak asasi manusia yang diberi kebebasan dalam memberi pendapat, kecenderungan dan agama dan hak kebebasan ini berkuat kuasa pada 23hb. Mac 1976. Kaitan pemurtadan dengan gerakan liberal juga menjadi bahan tuduhan di dalam satu lagi tulisan yang menyebut Di antara kerancakan fenomena murtad di negara ini [Malaysia] ialah kerana peranan yang dimainkan oleh kumpulan liberal yang memainkan isu hak kebebasan beragama. Lihat, Riduan Mohamad Nor dan Mohd Asri Mat Daud,Murtad: Implikasi Hukum dan Fenomena(Selangor: MHI Publication, 2006), h. 57.- See more at: http://www.projekdialog.com/stories/ulasan-buku-tiada-paksaan-dalam-agama/#sthash.edDZOumM.dpuf

TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA !! : JOM BERWACANADalam Al-Quran, Allah SWT berfirman;

Maksudnya;Tidak ada paksaaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kebatilan

[surah Al-Baqarah : 256]

Ayat ini, memperlihatkan kepada kita bahawa Islam bukan agama yang memaksa. Seseorang yang tidak beragama islam, kita tidak boleh paksa mereka agar menerima Islam, tetapi tugas yang Allah berikan kepada kita adalah, berbincang, berwacana, menyeru dan mengajak mereka kepada islam dengan kebijaksanaan yang ada atas nama dakwah islamiyyah.

Sekiranya mereka menerima Islam, maka itu merupakan kejayaan yang gemilang. Adapun jika mereka tidak mahu menerima, maka ia merupakan ujian dari Allah, agar kita meningkatkan lagi usaha dan kebijaksanaan dalam menerang dan menyampaikan islam.

Seseorang yang yang tidak menerima Islam, adalah dilarang diperangi mereka, iaitu selagi mereka tidak menzalimi, mengkhianati atau menafikan hak orang lain. Pun begitu, tugas sebagai pendakwah, wajib diberi penerangan dan menyeru mereka kepada Islam dengan segala kebijaksanaan atas nama dakwah.

Adapun jika mereka tidak menerima Islam sehingga melakukan kezaliman, menafikan hak manusia dan melakukan pengkhianatan terhadap orang lain, maka golongan sebegini baru boleh diperangi.

Aku menilai ini, berdasarkan kepada neraca Allah SWT dalam isu pembunuhan terhadap orang murtad. Ini kerana, menurut seorang pakar fiqh maqasid syariah dari negara maroco sehingga beliau mendapat jolokkan Imam As-Syatibi abad moden, Dr Ahmad Ar-raisuni, bahawa orang yang murtad yang wajib dibunuh adalah orang yang murtad yang disifatkan sebagai riddah muharabah, iaitu melakukan serangan dan pengkhianatan terhadap orang islam yang lain. Adapun semata-mata murtad, tetapi tidak mengkhianati atau melakukan serangan terhadap orang islam, malahan terhadap orang bukan islam [seperti setelah murtad, melakukan propaganda jahat dalam memburukkan islam], maka orang sebegini tidak boleh dihukum bunuh.

Ini kerana, Dr Ahmad Raisuni menyatakan bahawa nas-nas ilahi dalam menceritakan murtad ini, didapati diceritakan uqubah akhirat sahaja, tanpa dinyatakan tentang uqubah dunia.

Firman Allah;

Maksudnya;barangsiapa murtad dari kalangan kamu daripada agamanya, lalu dia mati, maka dia adalah kafir. Maka terbatal segala amalan mereka di dunia dan di akhirat. Mereka adalah ahli neraka, dan kekal dalamnya selama-lamanya

[surah al-Baqarah : 217]

Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan akibat buruk yang bakal diterima diakhirat bagi mereka yang keluar dari agama [murtad]. Namun, dalam ayat ini tidak dinyatakan akibat dunia.

Begitujuga firman Allah dari surah Muhammad;

Maksudnya;Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang (kepada kekafiran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka

[surah muhammad : 25]

Sepertimana yang kita tahu, dalam Al-Quran banyak mendatangkan nas-nas yang menceritakan tentang uqubah pada jenayah-jenayah yang lain, seperti zina, mencuri, hirabah [memerangi kerajaan Islam] dan membunuh. Justeru, mengapa dalam bab murtad, Allah SWT tidak mendatangkan nas tentang hukumannya semasa di dunia?

Lantaran, kupasan tentang murtad ini, dibahagikan oleh Dr Ahmad Ar-Raisuni kepada dua jenis, iaitu Riddah Mujarradah dan Riddah Muharabah. Riddah mujarradah, adalah semata-mata keluar dari Islam, tetapi tidak melakukan pengkhianatan, kezaliman, atau menyerang sesebuah kerajaan Islam. Adapun riddah muharabah adalah, keluar Islam disamping melakukan pengkhianatan dan menyerang Islam dan kerajaan Islam.

Bagi riddah mujarradah, ia tidak dikenakan hukuman bunuh dibawah hukuman hudud, tetapi hukuman bunuh ini dikenakan kepada orang yang murtad dibawah maksud riddah muharabah.

Ini disandarkan kepada hadis-hadis berikut;

Daripada Abdullah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya;tidak halal dalam seseorang islam yang mengucap syahadah tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Aku adalah Rasulullah kecuali salah satu daripada tiga; nyawa dengan nyawa, zina bagi orang yang sudah merasai jimak yang sah dan keluar dari agama, meninggalkan jemaah

[Al-Bukhari : 6370]

Dalam hadis ini, kalimah al-Mariq min ad-din ini dihubungkan dengan kalimah at-tarik li al-jamaah. Ekoran itu, ia mempunya tafsiran yang tidak tertumpu kepada orang yang semata-mata keluar Islam sahaja.

Justeru, tafsiran bagi at-tariq li al-jamaah ini, ditafsirkan sebagai muharabah, iaitu menyerang kerajaan islam [termasuk mengkhianati dan melakukan kezaliman terhadap islam dan orang Islam]. Penafsiran ini, dilihat pada hadis lain. Iaitu hadis Aisyah, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

Maksudnya;tidak halal darah seseorang muslim yang mengucap syahadah bahawa tiada tuhan kecuali Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah kecuali salah satu daripada tiga perkara; [1] lelaki yang berzina setelah dia muhsin, maka dia hendaklah direjam. [2] Lelaki yang keluar [daripada agama] dalam keadaan menyerang Allah dan Rasul-Nya, maka hendaklah ia dibunuh atau disalib, atau dihalau keluar dari negara. Atau [3] orang yang membunuh, maka hendaklah dia dibunuh dengan sebab dia membunuh

[Abu Daud : 3789]

Dalam riwayat An-Nasai, dinyatakan bahawa nabi SAW bersabda;

Maksudnya;lelaki yang keluar dari Islam dalam keadaan dia menyerang Allah SWT dan Rasulnya, maka hendaklah dia dibunuh, atau disalib atau dibuang daripada negara

[an-nasai : 3980]

Dari perbahasan ini, difahami bahawa orang yang keluar dari islam [murtad] yang dibunuh adalah orang murtad dibawah maksud riddah muharabah, bukan riddah mujarradah.

Inilah yang dimaksudkan dengan hadis Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya;Barangsiapa yang tukar agamanya, maka bunuh olehmu akannya

[Al-Bukhari 2794]

Sekian

Baca sama :

Wallahu Alam

Al-BakistaniIman Tidak DipaksaDisiarkan pada January 10, 2010Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul AbidinKita mungkin boleh memaksa manusia makan, atau bercakap, atau bergerak, atau diam atau apa sahaja tindakan fizikal. Namun kita tidak mungkin boleh memaksa keyakinan dan kepercayaan seseorang. Ini seperti memaksa seorang mempercayai apa yang dia tidak percaya, atau meragui apa yang dia yakin, atau mengkufuri apa yang dia imani, atau mengimani apa yang dia tidak dapat terima kebenarannya.Demikian juga kita tidak boleh memaksa perasaan seseorang seperti cinta, benci, suka, marah, sayang dan seumpamanya. Jika kita terus paksa dengan kekuasaan dan kekerasan untuk mengungkap dengan lidah apa yang tidak terkandung dalam jantung hatinya atau perasaannya, dia mungkin menyatakannya dengan lidah tetapi iktikad dan perasaan akan tetap menolak.Tiada siapa pun dalam kalangan makhluk mampu memaksa akidah orang lain. Apa yang manusia mampu hanyalah paksaan fizikal, sedangkan iman atau kufur seseorang tidak dapat diubah jika tidak dengan kehendak dan kerelaan empunya diri.Islam sebagai agama yang diturun oleh tuhan yang mencipta manusia, Allah Maha Mengetahui tentang hakikat hambaNya. Maka Islam mensyaratkan iman itu berteraskan keyakinan dalam jiwa insan. Tanpanya, iman tidak dikira atau dinilai. Seseorang yang mengakui beriman kepada Islam dengan cara paksaan tidak diiktiraf. Demikian seseorang yang mengakui kufur kepada Islam dengan paksaan juga tidak hukum bersalah.Firman Allah (maksudnya)Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui(Surah al-Baqarah ayat 256).Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi.Kata Ibn Abbas:Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).Demikianlah ajaran Islam. Ibubapa pun tidak boleh memaksa agama atau keyakinan anak sendiri, inikan pula orang lain.

- Gambar HiasanBegitulah juga, jika seseorang dipaksa mengkufuri Islam atau tidak percaya dengan Islam, sedangkan jantung hatinya tetap dengan keimanan dan keyakinan, maka sekalipun dia tunduk dengan paksaan tersebut, imannya tetap sah dan diiktiraf di sisi Allah. Manusia hanya boleh memaksa lidah dan anggota yang lain, tapi tiada siapa mampu memaksa iman.Firman Allah: (maksudnya)Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.(Surah al-Nahl, ayat 106).Jelas, iman tidak boleh dipaksa. Ia masuk ke dalam dada insan dengan rela dan keyakinan. Demikian kekufuran juga tidak boleh dipaksa. Ia bersarang dalam dada insan dengan pilihannya. Cumanya ada sebab-sebab yang membawa kepada iman atau tidak berimannya seseorang. Hujah dan alasan yang diterima oleh akal dan ruh insani menyebabkan insan mempercayai sesuatu atau mengingkari sesuatu.Maka Islam sebelum menghukum iman atau kufur atas seseorang mewajibkan Iqamah al-Hujjah (penegakan hujah). Setelah ditegakkan hujah dan alasan yang kukuh, jika dia terus membantah dan tidak menerima sedangkan dia tahu dari segi hujah dan alasan Islam ini benar, maka ketika itu dia dianggap sebagai kufur.Firman Allah: (maksudnya)Sesiapa yang beroleh petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk itu hanya kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul(Surah al-Isra, ayat 15).Ayat ini adalah kaedah teras yang mesti difahami oleh setiap muslim. Allah Yang Maha Suci tidak akan menanggung dosa seseorang ke atas orang lain dan tidak akan mengazabkan seseorang melainkan setelah diutusnya rasul yang menegakkan hujah. Apabila datang rasul, atau wakil rasul, atau apa sahaja saluran yang menyampaikan hujah dan bukti rasul terhadap kebenaran petunjuk Allah kepada seseorang sehingga dirinya akur bahawa ini merupakan ajaran Allah, maka jika dia menolak, dia layak untuk dihukum di Hari Pembalasan kelak.Sebaliknya, jika hujah yang kukuh mengenai Islam atau ajaran rasul itu tidak sampai kepadanya, maka dia tidak akan diazab oleh Allah sekalipun kita memanggilnya kafir atau seumpamanya. Bahkan kita pula yang mungkin diazab oleh Allah jika kita tidak menerangkan ajaran Islam yang telah sampai kepada kita, atau kita tunjukkan contoh buruk sehingga dia salahfaham terhadap Islam.

- Gambar HiasanJika kita memahami hakikat ini, tentu kita akan mendahulukan dakwah daripada kekerasan. Persoalan yang patut kita semua tanya, apakah mereka yang kita anggap sebagai kaum kafir itu telah sampai kepada mereka hujah yang benar lagi teguh tentang Islam ini? Atau, mungkin kebanyakan mereka itu jahil? Atau mungkin sebahagian mereka telah disalahfahamkan hakikat Islam yang sebenar oleh musuh-musuh Islam, atau mungkin juga oleh tindakan sebahagian orang Islam sendiri.Dalam kalangan manusia, golongan yang paling jauh dari Islam adalah puak atheist yang tidak percaya kepada Tuhan sama sekali. Manusia beragama, walau apapun agamanya, sekurang-kurangnya mereka maju setapak dengan percaya tentang kewujudan dan kekuasaan Tuhan. Justeru menghormati nilai tersebut maka Islam tidak memusnahkan tempat-tempat ibadat mereka tanpa alasan yang benar. Bahkan melindunginya, jika itu merupakan hak mereka.Ini seperti firman Allah: (maksudnya)Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.(Surah al-Hajj, ayat 40).Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak dan nilai beragama, kerananya Islam melindungi mereka.Dalam kalangan agama-agama yang ada, agama yang mempunyai unsur-unsur langit seperti Yahudi dan Kristianlah yang lebih dekat dengan Islam. Ini kerana kesan ajaran nabi-nabi terdahulu yang masih terdapat dalam agama tersebut menjadikan banyak persamaan antara mereka dengan Islam.Justeru, Islam walaupun mengecam Ahlul Kitab (Yahudi dan Kristian) atas pengubahan kitab, kesyirikan mereka dan salahguna agama tetapi Islam tetap mengizinkan memakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan wanita mereka yang bukan lacur. Tujuannya untuk membawa mereka kepada ajaran Islam yang sepatutnya mereka ikuti. Islam tahu kesan agama langit dalam jiwa mereka memudahkan mereka menerima Islam jika mereka tidak takabur.Firman Allah: (maksudnya)Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan Demi Sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.(Surah al-Maidah, ayat 82).Iman tidak boleh dipaksa. Cuma sebab-sebab manusia menerima Islam disebabkan alasan yang dapat diterima oleh akal dan ruh insan. Mempercayai Tuhan adalah selangkah ke arah Islam. Mengetahui dan mengiktiraf ajaran Allah kepada nabi-nabi yang terdahulu adalah selangkah yang mendekatkan lagi manusia kepada Islam. Apa yang tinggal peranan kita menjelaskan Islam yang sebenar. Janganlah pula kita yang merosakkan gambaran Islam yang mulia dan suci ini.