10
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013 322 MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 DALAM TOPIK PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG MENGGUNAKAN ‘KOTAK UNIT’ Oleh: Zakwan Danial bin Zahir Rudin & Samsiah binti Hassan Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji penyelesaian masalah kefahaman murid bagi topik penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan murid tahun 5A2 Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang merupakan murid kategori lemah. Tinjauan awal menunjukkan bahawa murid sememangnya mempunyai masalah dalam penukaran unit ukuran panjang kerana mereka tidak memahami konsep dan tidak menghafal formula. Ukuran yang terlibat ialah mililiter, sentimeter, meter dan kilometer.Segelintir murid telah menghadapi masalah dalam memahami konsep penukaran unit samaada dari unit kecil ke unit besar dan sebaliknya atau penukaran unit yang melibatkan perpuluhan. Justeru itu, teknik penggunaan ‘Kotak Unit’ telah diperkenalkan bagi membantu murid memahami konsep penukaran unit ukuran panjang dengan betul. Instrument yang dipilih bagi memudahkan kajian ini dijalankan ialah ujian diagnostik, ujian pra dan pasca, analisis dokumen, soal selidik, pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan temubual. Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian, berlaku peningkatan yang sangat ketara iaitu 75% antara purata skor ujian pra dan pasca daripada 25% kepada 100%. Hasil temubual dan soal selidik juga memberikan hasil yang sangat positif kerana semua peserta kajian bersetuju bahawa teknik penggunaan ‘Kotak Unit’ memang menarik dan memudahkan mereka menyelesaikan masalah penukaran unit ukuran panjang. Berdasarkan analisis dan bukti yang tersedia, pengkaji merumuskan bahawa kajian ini berjaya membantu peserta kajian menyelesaikan masalah penukaran unit ukuran panjang. Kata kunci :penukaran, unit, panjang, ‘Kotak Unit’ PENDAHULUAN Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Subjek ini menggunakan kebolehan untuk berfikir secara logik bagi menyelesaikan masalah, melihat pola dan membuat ramalan. Teknik tentang operasi asas pengiraan yang betul akan membantu murid untuk menyelesaikan permasalahan dalam subjek matematik sekolah rendah dengan betul, cepat dan tepat. Selain itu, guru perlu bersungguh-sungguh ketika menerangkan sesuatu konsep matematik agar asas mereka dalam

Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

Citation preview

Page 1: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

322

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 DALAM TOPIK

PENUKARAN UNIT UKURAN PANJANG

MENGGUNAKAN ‘KOTAK UNIT’

Oleh:

Zakwan Danial bin Zahir Rudin & Samsiah binti Hassan

Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji penyelesaian masalah kefahaman

murid bagi topik penukaran unit ukuran panjang dalam kalangan murid tahun

5A2 Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang

merupakan murid kategori lemah. Tinjauan awal menunjukkan bahawa murid

sememangnya mempunyai masalah dalam penukaran unit ukuran panjang

kerana mereka tidak memahami konsep dan tidak menghafal formula. Ukuran

yang terlibat ialah mililiter, sentimeter, meter dan kilometer.Segelintir murid

telah menghadapi masalah dalam memahami konsep penukaran unit samaada

dari unit kecil ke unit besar dan sebaliknya atau penukaran unit yang

melibatkan perpuluhan. Justeru itu, teknik penggunaan ‘Kotak Unit’ telah

diperkenalkan bagi membantu murid memahami konsep penukaran unit

ukuran panjang dengan betul. Instrument yang dipilih bagi memudahkan

kajian ini dijalankan ialah ujian diagnostik, ujian pra dan pasca, analisis

dokumen, soal selidik, pemerhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dan temubual. Berdasarkan hasil analisis dapatan kajian, berlaku

peningkatan yang sangat ketara iaitu 75% antara purata skor ujian pra dan

pasca daripada 25% kepada 100%. Hasil temubual dan soal selidik juga

memberikan hasil yang sangat positif kerana semua peserta kajian bersetuju

bahawa teknik penggunaan ‘Kotak Unit’ memang menarik dan memudahkan

mereka menyelesaikan masalah penukaran unit ukuran panjang. Berdasarkan

analisis dan bukti yang tersedia, pengkaji merumuskan bahawa kajian ini

berjaya membantu peserta kajian menyelesaikan masalah penukaran unit

ukuran panjang.

Kata kunci :penukaran, unit, panjang, ‘Kotak Unit’

PENDAHULUAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan

perubahan. Subjek ini menggunakan kebolehan untuk berfikir secara logik bagi

menyelesaikan masalah, melihat pola dan membuat ramalan. Teknik tentang operasi asas

pengiraan yang betul akan membantu murid untuk menyelesaikan permasalahan dalam

subjek matematik sekolah rendah dengan betul, cepat dan tepat. Selain itu, guru perlu

bersungguh-sungguh ketika menerangkan sesuatu konsep matematik agar asas mereka dalam

Page 2: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

323

sesuatu topik adalah kukuh dan ini sekaligus akan memudahkan dan menambahkan minat

murid untuk belajar matematik.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) telah menggariskan matlamat Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam

konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Skop bagi bidang nombor yang perlu dipelajari

oleh murid ialah nombor bulat, pecahan, perpuluhan, pengukuran, wang dan peratus.

Kefahaman yang kukuh dalam skop ini sangat penting bagi membantu murid mengendalikan

urusan harian secara berkesan serta menjadi asas kepada aspek pembelajaran murid di

peringkat yang lebih tinggi. Justeru, permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid di

sekolah rendah perlulah diatasi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran asas

matematik.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah memilih sampel yang terdiri daripada peserta kajian Tahun 5A2 iaitu seramai

39 orang. Kelas ini merupakan kelas kedua dari lima kelas. Namun, sepanjang pemerhatian

pengkaji, pencapaian peserta kajian kelas ini dalam subjek matematik adalah lemah.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati peserta kajian lemah untuk

mendarab dan bahagi. Ini menyukarkan pengkaji untuk mengajar penukaran unit panjang.

Pada awal pengajaran, pengkaji telah menggunakan bentuk lazim untuk mendarab dan

membahagi. Namun, peserta kajian keliru adakah perlu mengalih titik perpuluhan ke

belakang atau ke hadapan jika ingin menukar ke unit yang lebih kecil dan sebaliknya.

Selepas pengkaji mendapati peserta kajian lemah untuk mendarab dan membahagi, pengkaji

telah menggunakan teknik mengalih titik perpuluhan sahaja. Sebagai contoh, jika ingin

menukar 1.2 km kepada meter, apa yang perlu dilakukan. Pengkaji terus menegaskan bahawa

untuk menukar ke unit lebih kecil, titik perpuluhan harus dialih ke belakang. 1 km bersamaan

1000 meter. 1000 tiga sifar dan peserta kajian akan mengalih tiga titik ke belakang. Tetapi,

masih ada peserta kajian yang keliru berapa tempat titik perpuluhan harus digerakkan.

Peserta kajian ini terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan berumur 11 tahun dari kelas

5A2 Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian

mereka, kesesuaian mereka dengan jenis kajian yang dijalankan dan minat mereka terhadap

kajian ini. Secara umumnya, keenam-enam peserta kajian yang dipilih ialah peserta kajian

yang memperoleh markah paling rendah dan dianggap lemah oleh guru kelasnya. Terdapat

beberapa kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi peserta

kajian-peserta kajian ini. Antaranya ialah pemerhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran, analisis dokumen, analisis OTI 1, ujian diagnostik, soal selidik dan temu bual.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk membantu meningkatkan kemahiran murid

berpencapaian rendah dalam menukarkan unit dalam ukuran panjang menggunakan teknik

‘Kotak Unit’.

Objektif umum yang difokuskan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah:

Page 3: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

324

a) Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk membantu meningkatkan kemahiran murid

berpencapaian rendah dalam menukarkan unit dalam ukuran panjang menggunakan teknik

‘Kotak Unit’.

Objektif khusus ditetapkan oleh pengkaji ialah :

a) Untuk membantu meningkatkan pencapaian murid dalam menukar unit ukuran panjang

yang melibatkan unit milimeter, sentimeter, meter dan kilometer.

Persoalan yang telah digariskan oleh pengkaji supaya setiap langkah yang diambil menepati

kehendak kajian ialah :

a) Adakah penggunaan teknik ‘Kotak Unit’ membantu meningkatkan pencapaian murid

dalam menukarkan unit kecil kepada unit besar dan sebaliknya untuk ukuran panjang?

Masalah penukaran unit bagi topik ukuran khususnya ukuran panjang haruslah dikuasai oleh

semua murid. Jika murid gagal menguasai kemahiran ini, mereka akan menghadapi masalah

terutama untuk masalah penambahan dan penolakan nilai yang mempunyai unit yang

berbeza. Oleh itu, guru tidak seharusnya memandang enteng kepada permasalahan ini.

Dengan adanya kajian ini, diharapkan dapat memberi kepentingan dalam meningkatkan

penguasaan murid untuk menukar unit dari unit kecil kepada unit besar dan sebaliknya.

Melalui teknik yang akan didedahkan kepada murid yang berpencapaian rendah ini,

diharapkan dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah penukaran unit dengan

lebih mudah. Pengkaji juga berharap teknik ini akan digunakan sebagai pilihan lain atau

alternatif lain dalam menyelesaikan masalah penukaran unit selain cara lama yang sering

diajar. Bukan itu sahaja, pengaplikasian teknik atau cara yang mudah dibantu bahan yang

sesuai akan dapat menarik minat murid untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan

(Nadia Fisha, 2010). Terakhir, diharapkan juga agar kajian ini dapat meningkatkan keyakinan

untuk terus bersaing dengan rakan lain seterusnya dapat memajukan diri dalam pembelajaran.

Kajian ini juga diharap dapat memotivasikan murid untuk terus belajar bersungguh-sungguh

kerana dengan adanya kemahuan dan kesungguhan dalam diri mereka, mereka pasti akan

dapat mencapai kejayaan yang cemerlang selain menigkatkan minat mereka untuk terus

belajar subjek matematik yang sering dianggap sukar oleh kebanyakkan murid.

Pengkaji juga berharap teknik yang akan pengkaji gunakan ini akan memberikan manfaat

kepada guru sekolah ini dalam membantu murid menyelesaikan masalah penukaran unit. Jika

semua guru boleh memanfaatkan teknik yang digunakan ini, pengkaji yakin semua murid

akan lebih memahami topik ini. Ini kerana teknik ini tidak memerlukan pengiraan yang

kompleks. Oleh itu, murid berpencapaian rendah juga sudah pasti dapat memahami teknik

ini. Selain itu, pengkaji juga berharap agar teknik ini akan dapat memanfaatkan sekolah dari

segi pencapaian murid. Jika dilihat pencapaian sekolah sebelum ini, murid kelas belakang

sering memberikan masalah dari segi prestasi. Oleh itu, dengan pengapliksian teknik ini

kepada semua murid, diharapkan agar akan ada perubahan dari segi prestasi murid sekaligus

memperbaiki prestasi sekolah untuk lebih berdaya saing dengan sekolah lain.

Page 4: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

325

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 6 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 5A2 di Sekolah

Kebangsaan Pusat Chabang Tiga,Kuala Terengganu, Terengganu. Kelas 5A2 merupakan

kelas kedua dari lima kelas tahun 5. Peserta kajian yang dipilih adalah murid yang

melakukan kesilapan ketika menukar unit ukuran panjang terutama yang salah ketika

mendarab dan membahagi untuk menukar unit. Selain itu, peserta kajian yang dipilih juga

dilihat mempunyai pencapaian yang sangat lemah dalam ujian OTI 1 yang dijalankan baru-

baru ini.

Di samping itu, peserta kajian juga telah melakukan banyak kesilapan ketika menjawap ujian

diagnostik yang dijalakan oleh saya. Berdasarkan analisis terhadap ujian tersebut, peserta

kajian hanya memperoleh skor 3 - 4. Namun, saya telah memilih juga murid yang

memperoleh skor memuaskan dalam ujian diagnostik yang dijalankan iaitu 5 – 6 .

Peserta kajian ini melibatkan tiga lelaki dan tiga perempuan. Kesemuanya berumur 11 tahun,

beragama Islam dan berbangsa Melayu. Setelah dianalisis latar belakang murid yang

dipilih,rata-rata mereka berasal daripada keluarga dalam golongan sederhana dan miskin,

berpendapatan RM1300 sebulan. Tetapi kesemua peserta kajian adalah sihat dari segi mental

dan fizikal.

TINDAKAN

Bagi menguatkan lagi kajian ini, Model Kemmis dan Mctaggart (1988) telah dipilih. Model

ini mempunyai 4 tahap atau proses yang perlu dilakukan iaitu mereflek,merancang, bertindak

dan memerhati. Keempat-empat langkah ini membentuk satu gelungan atau aliran yang

berulang dan diulang berkali-kali sehingga masalah yang timbul dalam kalangan responden

terbabit dapat diselesaikan dengan jayanya.

Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan

seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses

Page 5: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

326

kajian tindakan ini bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas masalah

pembelajaran yang ingin diatasi. Kemudian pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai

untuk untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya ialah melaksanakan pelan yang

dihasilkan dan dalam proses pelaksanaan, pengkaji harus memerhati kemajuan tindakan yang

dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Kitaran Pertama (Cycle 1). Jika

masalah tidak dapat diatasi, pengkaji bolehlah memulakan Kitaran Kedua (Cycle 2).

Berpandukan model Kemmis dan Mctaggart, pengkaji telah membuat satu refleksi

tentang apa yang hendak dikaji. Kajian dimulakan dengan menganalisis buku latihan dan

lembaran kerja murid – murid tahun 5A2 dalam topik penukaran unit ukuran panjang.

Setelah dianalisis, pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak masalah yang dapat dilihat

dari masalah yang kecil seperti kecuaian sehinggalah masalah pemahaman konsep.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah merancang satu pelan tindakan dalam

menjalankan kajian ini. Tujuan pelan tindakan ini dibina adalah untuk mencari maklumat dan

data untuk dianalisis. Berdasarkan analisis, 6 orang murid tahun 5A2 telah dikenal pasti

mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan penukaran unit ukuran panjang. Kesemua

murid tersebut telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian dan batasan – batasan

kajian ditetapkan.

Kesemua sampel diperkenalkan dengan satu teknik baru bagi menyelesaikan masalah

penukaran unit ukuran panjang. Teknik tersebut dikenali sebagai “kotak unit”. Teknik ini

memerlukan sebuah kotak yang hanya akan dibuat murid dan ianya sangat ringkas. Teknik

ini diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu murid menyelesaikan masalah penukaran

unit ukuran panjang.

Selepas itu, teknik ‘kotak unit’ ini akan diperkenalkan kepada keenam-enam sampel

untuk diuji akan keberkesanannya. Sesi pemerhatian dapat dilaksanakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji akan membuat pemerhatian ke atas

perbezaan terhadap perubahan tingkah laku sampel sebelum dan selepas kaedah ini

diperkenalkan. Ujian pra dan ujian pasca turut dijalankan bagi membanding beza hasil

jawapan dan keputusan markah murid sebelum dan selepas kaedah ini diterapkan. Keputusan

markah tersebut akan dianalisis bersama – sama hasil jawapan murid bagi mengenalpasti

akan keberkesanan kajian ini. Temubual dan soal selidik turut akan dijalankan ke atas murid

bagi mengenalpasti akan keberkesanan kaedah ini dan juga bagi mendapatkan pandangan

murid ke atas kajian yang dijalankan.

Akhir sekali, satu refleksi akan dibuat bagi mengenalpasti akan keberkesanan kajian

ini. Pengkaji akan membuat penilaian ke atas kajian ini sama ada ianya releven dan sesuai

untuk digunakan bagi mengatasi masalah penyelesaian soalan penolakan nombor bercampur

atau tidak. Pengkaji juga akan memastikan sama ada kaedah yang diperkenalkan ini

memerlukan sedikit pengubahsuaian atau tidak bagi memastikan hasil kajian benar – benar

berkesan. Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang telah dibuat berdasarkan

data, pengkaji mungkin akan menyusun semula strategi dan kaedah yang digunakan jika

perlu. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan semula tindakan, pemerhatian dan refleksi

berdasarkan pelan tindakan yang telah diubahsuai.

Page 6: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

327

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Untuk bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan proses menganalisis dan menginterpretasi

data yang telah diperoleh dan dikumpul semasa pelaksanaan tindakan. Data-data ini

dianalisis berdasarkan objektif kajian untuk menjawab persoalan kajian yang berikut :

a) Adakah penggunaan teknik ‘Kotak Unit’ membantu meningkatkan pencapaian murid

dalam menukarkan unit kecil kepada unit besar dan sebaliknya untuk ukuran panjang?

Bagi menganalisis data, terdapat beberapa instrumen yang telah digunakan iaitu ujian pra dan

ujian pasca, analisis dokumen, soal selidik dan temubual. Namun, instrumen analisis

dokumen sangat memberikan data yang baik kerana pengkaji akan dapat mengesan

kelemahan murid dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, melalui instrumen temubual, murid

mungkin akan mengatakan jawapan yang tidak benar namun melalui latihan dan ujian yang

diberikan, murid tidak dapat menipu. Jika mereka tidak faham, maka sudah tentu mereka

akan melakukan kesalahan semasa menjawab soalan tersebut.

Jadual 1

Analisis Keputusan Ujian Pra

Item Skor

( / 10)

Markah

% Gred Peserta

kajian 1 2 3 4 5

Izzat 0 0 0 0 2 2 20 E

Aizad 0 0 0 0 0 0 0 E

Stafeeq 1 0 0 1 2 4 40 C

Sharifah 1 1 1 1 2 6 60 B

Khairani 0 0 0 0 2 2 20 C

Ilham 1 2 1 1 2 7 70 B

Berdasarkan Jadual 6.3 di atas, skor maksimum yang diperoleh oleh peserta kajian

yang dipilih ialah tujuh atau 70% dari keseluruhan soalan yang diberikan. Skor ini dicapai

oleh Ilham. Sharifah pula memperoleh skor enam atau 60%. Syafeeq telah berjaya

memperoleh markah empat atau 40% dari keseluruhan markah. Dua orang peserta kajian

iaitu Khairani dan Izzat telah mendapat skor dua atau 20%. Aizad mendapat skor paling

lemah iaitu sifar. Berdasarkan analisis ini, ianya jelas menunjukkan bahawa peserta kajian ini

sememangnya lemah di dalam topik penukaran unit ukuran panjang.

Berdasarkan statistik pada jadual di atas, semua peserta kajian gagal menjawab item

satu, tiga dan empat. Ini mungkin disebabkan soalan tersebut bernilai tinggi dan mempunyai

perpuluhan. Terdapat dua orang peserta kajian yang berjaya menjawab item dua dengan betul

iaitu Sharifah dan Ilham. Namun lima peserta kajian berjaya menjawab item lima dengan

betul kecuali Aizad. Setelah diteliti, item lima merupakan item aras rendah dan bernilai kecil.

Page 7: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

328

Rajah 1 Graf skor pencapaian peserta kajian untuk ujian pra

Rajah 1 menjelaskan lagi skor peserta kajian dalam ujian pra. Berdasarkan rajah di atas,

Ilham berjaya mendapat skor paling tinggi iaitu empat dari sepuluh markah. Aizad pula

memperoleh skor paling rendah iaitu sifar. Sharifah telah mendapat skor enam dari

keseluruhan sepuluh markah manakala Syafeeq telah memperoleh skor sederhana iaitu empat

dari markah keseluruhan.Izzat dan Khairani masing-masing berjaya mendapat skor dua.

Setelah menganalisis semua markah yang diperoleh semasa ujian pra, maka pengkaji

mendapati kesemua peserta kajian memang mempunyai masalah dalam memahami konsep

penukaran unit ukuran panjang. Kebanyakkan peserta kajian juga tidak mengingati formula

ukuran yang menjadi tunjang untuk penyelesaian masalah penukaran unit.

Jadual 2 Analisis Kepututsan Ujian Pasca

Peserta

kajian

Item

Skor

( / 14)

Markah

%

Gred

1 2 3 4 5 6

7

Izzat 2 2 2 2 2 2 2 14 100 A

Aizad 2 2 2 2 2 2 2 14 100 A

Syafeeq 2 2 2 2 2 2 2 14 100 A

Sharifah 2 2 2 2 2 2 2 14 100 A

Khairani 2 2 2 2 2 2 2 14 100 A

Ilham 2 2 2 2 2 2 2 14 100 A

Berdasarkan Jadual 6.4 di atas, kesemua peserta kajian mendapat markah yang sangat

memuaskan pengkaji. Ini kerana kesemua peserta kajian mendapat markah penuh di dalam

ujian pasca. Setelah dianalisis, kesemua peserta kajian menggunakan teknik ‘Kotak Unit’

untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Ini jelas menunjukkan bahawa instrumen

pengkaji berjaya menambahkan tahap kefahaman murid dalam topik penukaran unit ukuran

panjang. Selain itu, terdapat juga peningkatan dari segi minat peserta kajian. Peserta kajian

0

2

4

6

8

10

Izzat Aizad Syafeeq Sharifah Khairani Ilham

2

0

4

6

2

7

Graf Skor Pencapaian Peserta Kajian Ujian Pra

Page 8: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

329

kelihatan lebih berminat untuk membuat soalan ujian pasca kerana mereka sudah faham akan

konsep penukaran unit itu sendiri.

Rajah 2 Graf skor pencapaian peserta kajian untuk ujian pasca

Rajah 2 dibuat untuk menunjukkan dengan lebih jelas tentang skor pencapaian

peserta kajian untuk ujian pasca. Berdasarkan pemerhatian semasa ujian dijalankan, peserta

kajian bukan sahaja berminat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, tetapi masa yang

diambil untuk menyelesaikan satu-satu soalan juga lebih singkat. Dengan ini, ianya sudah

pasti membantu murid ketika menghadapi ujian yang dijalankan guru. Oleh itu, teknik

“Kotak Unit’ sememangnya berjaya membantu peserta kajian dalam menyelesaikan masalah

penukaran unit ukuran panjang.

Jadual 3 Perbandingan Peningkatan Skor Pencapaian Ujian Pra Dan Pasca

Peserta kajian Jantina Ujian Pra (%) Ujian Pasca

(%)

Peningkatan

(%)

Izzat L 20 100 80

Aizad L 0 100 100

Syafeeq L 40 100 60

Sharifah P 60 100 40

Khairani P 20 100 80

Ilham P 70 100 30

Jadual 3 menunjukkan peratusan perbezaan dan peningkatan skor bagi setiap peserta

kajian untuk topik penukaran unit ukuran panjang melalui ujian yang dijalankan iaitu ujian

pra dan ujian pasca. Berdasarkan analisa yang dibuat, seorang peserta kajian menunjukkan

peningkatan 100% iaitu Aizad. Bagi pengkaji, ini jelas menunjukkan teknik yang diajar

sememangnya memberikan kesan terhadap pemahaman Aizad tentang penukaran unit ukuran

panjang.

0

2

4

6

8

10

12

14

Izzat Aizad Syafeeq Sharifah Khairani Ilham

14 14 14 14 14 14

Graf Skor Pencapaian Peserta Kajian Ujian Pasca

Page 9: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

330

Jadual di atas juga jelas menunjukkan bahawa terdapat dua orang peserta kajian yang

meningkat pencapaiannya iaitu sebanyak 80%. Markah ini diperoleh oleh Izzat dan Khairani.

Peserta kajian tiga atau Syafeeq telah meningkat skor keseluruhan sebanyak 60% manakala

Sharifah dan Ilham masing-masing meningkat sebanyak 40% dan 30%. Sebagai

kesimpulannya, setiap peserta kajian telah mempunyai perubahan dari segi skor ujian pra

dan ujian pasca. Oleh itu, pengkaji menyimpulkan bahawa teknik penggunaan ‘Kotak Unit’

telah berjaya menambahkan pemahaman peserta kajian dalam menjawab soalan berkaitan

penukaran unit ukuran panjang.

Rajah 3 Graf peningkatan skor ujian pra dan ujian pasca

Rajah 3 di atas menunjukkan peningkatan skor bagi ujian pra dan pasca. Rajah di atas juga

menunjukkan perubahan yang ketara bagi PK2 iaitu Aizad yang telah meningkat secara

drastik dari skor 0% untuk ujian pra tetapi telah mendapat skor 100% untuk ujian pasca.

Izzat dan Khairani masing-masing telah meningkat sebanyak 80 %. Bagi pengkaji, perubahan

ini sangat ketara bagi peserta kajian kerana sebelum sesi intervensi dijalankan, mereka sangat

susah untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Peserta kajian tiga atau Syafeeq telah

berjaya meningkatan skornya sebanyak 60 %.

Peserta kajian terakhir iaitu Sharifah dan Ilham juga telah menunjukkan peningkatan

yang memberangsangkan. Sharifah dan Ilham telah berjaya meningkatkan pemahaman

mereka tentang konsep penukaran unit ukuran panjang. Hal ini di buktikan dengan

peningkatan skor ujian pra dan ujian pasca iaitu sebanyak 40% bagi Sharifah dan 305 bagi

Ilham. Secara keseluruhan, pengkaji sangat berpuas hati kerana semua peserta kajian

menunjukkan peningkatan yang posititf.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Meningkatkan pemahaman peserta kajian terhadap konsep penukaran unit ukuran

panjang

Berdasarkan hasil analisis peningkatan ujian pra dan pasca, secara keseluruhannya didapati

bahawa telah berlaku peningkatan skor secara drastik yang dicapai oleh peserta kajian

terutaman Aizad. Ini membuktikan bahawa kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji iaitu

menggunakan ‘Kotak Unit’ sememangnya berjaya membantu peserta kajian dalam

0

20

40

60

80

100

Izzat Aizad Syafeeq Sharifah Khairani Ilham

80

100

80

60 60 50

Graf Peningkatan Skor Ujian Pran dan Ujian Pasca

Peningkatan

Page 10: Tingkatkan Penguasaan Tukar Unit Dalam Ukuran

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2013

331

memahami konsep penukaran unit ukuran panjang. Masa yang diambil oleh peserta kajian

untuk menjawab setiap soalan semasa ujian pasca dijalankan juga semakin singkat. Berbeza

semasa ujian pra dijalankan, masa yang diambil oleh peserta kajian untuk menjawab

kesemua soalan agak lambat.

Meningkatkan minat peserta kajian untuk belajar matematik

Selain itu, kaedah yang diperkenalkan juga berjaya menarik minat peserta kajian untuk

belajar subjek matematik. Ini kerana, sebelum kaedah ini diperkenalkan, peserta kajian tidak

berminat untuk belajar matematik. Ini dibuktikan dengan soal selidik dan sesi temubual yang

dijalankan. Ini memberikan kepuasan kepada pengkaji kerana matlamat yang ingin dicapai

selain membantu meningkatkan pemahaman peserta kajian tentang konsep penukaran unit

ukuran panjang, pengkaji juga ingin meningkatkan minat peserta kajian untuk belajar

matematik. Jika peserta kajian mempunyai minat untuk belajar sesuatu subjek, sudah pasti

dia akan bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya.

Perubahan sikap peserta kajian

Peserta kajian juga lebih menonjolkan diri untuk menjawab soalan yang diajukan setelah

memahami kaedah yang diajar pengkaji. Ini berbeza dengan sebelum ini di mana peserta

kajian lebih bersikap pasif dan berdiam diri semasa diajukan soalan. Ini menunjukkan

bahawa dia sememangnya sudah menguasai konsep penukaran unit melalui kaedah ‘Kotak

Unit’. Peserta kajian juga lebih mudah untuk memberikan kerjasama apabila diperlukan. Ini

merupakan sesuatu yang positif yang seharusnya ada dalam diri setiap pserta kajian. Pengkaji

tidak hanya mengfokuskan pemahaman peserta kajian tetapi pengkaji juga ingin melihat

sesuatu yang positif berjaya diterapkan dalam diri setiap peserta kajian.

RUJUKAN

Ahmad Sunawari Long, (2008), Metodologi Pendidikan, Kuala Lumpur, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual

kajian tindakan. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia

Barrett, J. E., Jones, G., Thornton, C., & Dickson, S. (2003). Understanding children’s

developing strategies and concepts for length. In D. H. Clements & G. Bright

(Eds.),Learning and teaching measurement, Reston, NCTM.

Battista, M. T. (2003). Understanding students’ thinking about area and volume

measurement. In D. H. Clements & G. Bright (Eds.), Learning and teaching

measurement, (pp. 122-142).Reston, NCTM.

Berk, L.E, (1997), Child Development,4th

Edition, Boston, Allyn and Bacon.

Clements, D. H. (1999). Teaching length measurement: Research challenges. School

Science and Mathematic.