Upload
lyliem
View
254
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
i
TINJAUAN PEMBELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (AUTOCAD) TERHADAP PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD FAIRUZ BIN OMAR
AP000269
820625-02-6205
Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
ii
iii
DEDIKASI
Ayah dan ibu,
“Mencurah semangat dan dorongan yang tinggi,
Doa dan kasih sayangmu menuruti setiap usahaku,
Keberkatan doamu mengukir kejayaan anakandamu ini di menara gading.”
Rakan-rakanku,
“Sokongan moralmu membangkit semangatku tatkala diriku terumbang-ambing,
Syukur kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya akhirnya kajian ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya”
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur syukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan kurnianya, laporan bagi bab 1 hingga bab 5 ini telah dapat saya siapkan
dengan sepenuhnya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan jutaan terima kasih kepada En Mohd Ali Ibrahim selaku pensyarah pembimbing
yang telah banyak memberi bimbingan, pendapat, tunjuk ajar, teguran dan sokongan
yang diperlukan dalam usaha menyiapkan laporan penulisan ini.
Penghargaan ini turut ditujukan kepada pensyarah En Azlan Latib yang telah
banyak membantu dalam pencarian maklumat mengenai pembelajaran AutoCAD.
Tidak dilupakan juga, rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi tunjuk ajar dan
sokongan moral bagi menyempurnakan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pembelajaran perisian AutoCAD bagi
melihat sama ada berlakunya permasalahan yang akan menganggu proses pembelajaran.
Seramai 121 pelajar tahun 4 daripada kursus Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi
Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera/Kemahiran Hidup telah terlibat dalam kajian ini.
Pengkaji telah menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden.
Seterusnya, data-data tersebut diproses dan di analisis menggunakan Statistical Packages
for Social Science (SPSS) versi 12.0 dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan
dan min. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat
sebarang masalah kritikal yang akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan nilai min bagi kelima-lima persoalan kajian. Hanya bagi persoalan kajian
berkenaan dengan peruntukan masa pembelajaran sahaja yang memberikan nilai min
yang sederhana dan manakala keempat-empat persoalan kajian lagi memberikan nilai
min pada tahap yang tinggi. Sebagaimana daripada dapatan kajian ini yang
menunjukkan bahawa para pelajar telah menguasai kemahiran asas pengendalian
komputer dan kemahiran asas pengendalian AutoCAD. Selain itu, tugasan dan modul
yang disediakan untuk mempelajari perisian AutoCAD adalah bersesuaian. Manakala
tempoh masa yang diperuntukkan untuk mempelajari sesuatu kemahiran adalah tidak
mencukupi memandangkan para pelajar tidak dapat menguasai kemahiran yang telah
ditetapkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of the research is to monitor AutoCAD learning process, in order to
conclude whether problems happen which will effect the learning process. A sum of
121 4th year students from Bachelor of Technology with Education
(Civil/Electrical/Mechanical/Living Skills) were involved in this research. The
researcher choosed a research method using questionnaires to collect data. The data
was analyzed by Statistical Package of Social Science Software (SPSS) version 12.0 and
were stated in percentage, frequency and means. The findings shows that there is no
critical problems that will effect both the teaching and learning process, based on the
mins from all five research questions. Research questions which resolves on learning
hours given, had add up to a medium mean, while the other research questions’ mean
values are high. This shows that students have mastered both the basic computer and
AutoCAD skills. Other than that, assignments and modules prepared for AutoCAD
learning are usable, despite the fact that learning hours is not enough since students are
not able to master every skills during that time.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
AKUAN DIRI
DEDIKASI
PENGHARGAAN
i
ii
iii
iv
ABSTRAK
ABSTRACT
v
vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xi
I PENGENALAN
1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.1.1 Kemahiran asas Pengendalian
Komputer
3
1.1.2 Peruntukan Masa 3
1.1.3 Modul Pembelajaran 4
1.1.4 Tugasan Pembelajaran Perisian
AutoCAD
5
1.2 Penyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
viii
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Rumusan 10
II SOROTAN PENULISAN
11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Pembelajaran 12
2.3 Penggunaan Ciri-ciri Mazhab Behavioris
Dan Mazhab Kognitif Dalam Kelas
14
2.4 Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran
Yang Berkesan
15
2.5 Perbezaan Kesediaan Belajar Bagi Para
Pelajar.
17
2.6 Pemberian Tugasan Dalam Aktiviti
Pembelajaran
19
2.7 Pembelajaran Berbantukan Komputer 21
2.8 Kemahiran Asas Pengendalian AutoCAD 25
2.9 Pembelajaran Bermodul 26
2.10 Rumusan 28
ix
III PENGKAEDAHAN KAJIAN
29
3.1 Pendahuluan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Subjek Kajian 31
3.4 Alat Kajian 31
3.5 Analisis Data 33
3.7 Tatacara Kajian 35
3.8 Rumusan 35
IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
36
4.1 Pendahuluan 36
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 36
4.3 Analisis Persoalan Kajian 39
4.3.1 Analisis Kemahiran Asas Komputer 39
4.3.2 Analisis Peruntukan Masa
Pengajaran
41
4.3.3 Analisis Kesesuaian Modul
Pembelajaran
43
4.3.4 Analisis Tugasan Pembelajaran 45
4.3.5 Analisis Kemahiran Asas
Pengendalian AutoCAD
47
4.4 Rumusan 49
x
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
50
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan Berkaitan Pembelajaran
AutoCAD
50
5.2.1 Kemahiran Asas Pengendalian
Komputer
51
5.2.2 Peruntukkan Masa Pembelajaran 52
5.2.3 Modul Pembelajaran Lukisan
Berbantukan Komputer (AutoCAD)
53
5.2.3 Tugasan Pembelajaran Lukisan
(AutoCAD)
54
5.2.4 Kemahiran Asas Pengendalian
AutoCAD.
55
5.3 Kesimpulan 57
5.4 Cadangan 58
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
3.1 Taburan Skor mengikut Skala Likert 33
3.2 Perubahan Skala Likert kepada Skala 3 Peringkat 34
4.1 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
kursus
37
4.2 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
jantina
38
4.3 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut 38
xi
bangsa
4.4 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
aliran kursus semasa disekolah.
39
4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan analisis penguasaan kemahiran asas
penggunaan komputer.
41
4.6 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan analisis kesesuaian tempoh masa yang
diperuntukan dalam pembelajaran untuk
mempelajari perisian AutoCAD
43
4.7 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan analisis kesesuaian modul yang
digunakan untuk mempelajari perisian AutoCAD
45
4.8 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan analisis tugasan yang diberikan dalam
pembelajaran perisian AutoCAD
47
4.9 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan analisis kemahiran asas pengendalian
AutoCAD untuk mempelajari pembinaan lukisan
lukisan AutoCAD
49
RUJUKAN 60
LAMPIRAN A 64
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Universiti Teknologi Malaysia telah menawarkan kursus-kursus kejuruteraan di
Fakulti Pendidikan di bawah Jabatan Teknik Dan Vokasional. Jabatan Pendidikan
Teknik Dan Vokasional ini berfungsi dalam melahirkan bakal-bakal guru yang akan
mengajar dalam bidang Teknik Dan Vokasional di sekolah-sekolah yang menawarkan
mata pelajaran berkenaan. Mata pelajaran yang akan diajar oleh para bakal guru ini
ialah Lukisan Berbantukan Komputer yang mana memerlukan penggunaan perisian
AutoCAD berdasarkan Kurikulum Kejuruteraan. Perisian AutoCAD perlu dikuasai oleh
para bakal guru kerana perisian ini dapat membantu para bakal guru dalam membentuk
model lakaran 2 dimensi dan 3 dimensi yang tidak dapat dilukis dengan menggunakan
kaedah lukisan di atas kertas apabila mengajar di sekolah-sekolah kelak (Khairul
Anwar,1997).
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Komputer merupakan sejenis mesin serbaguna yang dibina dari sumber teknologi
yang berasaskan elektronik dan kadangkala elektromekanikal. Komputer boleh
diprogramkan bagi membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah secara lebih
spesifik dan teratur. Program-program komputer (yang juga dipanggil perisian atau
software) yang berbeza dan pelbagai juga boleh digunakan alam pelbagai bidang.
Contoh pembelajaran berdasarkan penggunaan komputer adalah pembelajaran Lukisan
Berbantukan Komputer iaitu menggunakan perisian AutoCAD dalam membina sesuatu
lukisan yang tidak dapat dilakukan dengan kaedah di atas kertas seperti melakar lukisan
3 dimensi.
Perisian AutoCAD yang digunakan untuk tujuan umum dalam mereka bentuk
serta melakar lukisan kejuruteraan dengan berbantukan komputer dikenali sebagai
perisian (CAD) atau ‘Computer Aided Drafting And Design Program’. Sebagaimana
menurut Khairul Anwar (1998) yang menyatakan proses lakaran berkomputer boleh
digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali bidang-bidang yang memerlukan
kepakaran seperti pembelajaran lukisan berbantukan komputer di sekolah iaitu dalam
melakar lukisan 2 dimensi (2D) dan juga dalam sektor kejuruteraan seperti mekanikal,
awam dan seni bina . Oleh itu, Baharudin et al. (2002) turut menyatakan behawa para
bakal guru perlu arif dalam kesesuaian penggunaan perisian AutoCAD bagi
mempelajari atau menguasai kemahiran tertentu dan seterusnya menggunakan untuk
mengajar di sekolah kelak.
3
1.2.1 Kemahiran Asas Pengendalian Komputer
Para bakal guru daripada Jabatan Teknik Dan Vokasional perlu menguasai
pengendalian komputer supaya setiap arahan yang menggunakan pengetahuan asas
komputer dapat dituruti. Dalam penggunaan perisian AutoCAD, arahan-arahan melakar
sesuatu lukisan seperti melakar bulatan atau garisan memerlukan kaedah-kaedah yang
telah ditetapkan contohnya untuk membuat bulatan, para bakal guru perlu menaip arahan
‘circle’ dan mengarahkan ke pusat yang ditetapkan untuk membina bulatan mengikut
diameter yang ditentukan. Pelajar akan merasa mudah dalam pembinaan lukisan
kejuruteraan apabila kemahiran pengendalian arahan perisian AutoCAD dapat dituruti
tanpa menimbulkan sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan
perisian AutoCAD (Khairul Anwar,1999).
1.2.2 Peruntukan Masa
Fakulti telah mewajibkan para pelajar jurusan Teknik dan Vokasional seperti
Sarjana Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan
Kejuruteraan Mekanikal untuk mengikuti mata pelajaran kod SPK 2012 Lukisan
Kejuruteraan 2 yang melibatkan penggunaan perisian AutoCAD. Bakal-bakal guru akan
menjalani pembelajaran di dalam kelas selama 3 jam seminggu (Program Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal, 2001/2002)
Masa yang diperuntukan untuk para bakal guru oleh pihak fakulti untuk
mempelajari Lukisan Kejuruteraan 2 adalah selama tiga jam. Sebagaimana menurut Ee
Ah Meng (1997) yang menyatakan bahawa tempoh masa yang sesuai membenarkan
penumpuan yang teliti bagi meningkatkan pengamatan para bakal guru dalam
memahami dan mengingati terhadap sesuatu perkara atau objek.
4
Masa yang digunakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
perisian AutoCAD ini penting kerana para bakal guru yang menerima pembelajaran ini
terdiri daripada pelbagai aras kognitif seperti aras pengetahuan, aplikasi, analisis,
kefahaman, sintesis dan terakhir sekali aras penilaian (Baharudin et.al, 2002). Aras-aras
kognitif yang berlainan ini memainkan peranan penting bagi para bakal guru kerana
setiap aras pengetahuan ini mepunyai proses penerimaan maklumat yang berlainan
tahapnya apabila menerima pembelajaran dalam kelas. Sebagaimana menurut Musa
(1992) yang menyatakan bahawa para bakal guru yang lemah dan sederhana
pencapainya mungkin tidak berdaya untuk menumpukan perhatiannya terhadap
pengajaran pensyarah dalam jangkamasa antara 45 minit sehingga sejam.
1.2.3 Modul Pembelajaran
Modul yang digunakan dalam sesuatu pembelajaran merupakan satu panduan
bercetak yang dibentuk untuk memimpin pelajar dalam mempelajari sesuatu topik atau
mata pelajaran. Ia mengandungi bahan pelajaran yang disusun dalam bentuk yang boleh
difahami oleh pelajar. Modul yang disediakan membenarkan pelajar-pelajar maju dari
yang senang kepada yang susah. Menurut Rex Meyer dalam Esah Sulaiman (2003),
pembelajaran menggunakan modul merupakan pengajaran dan pembelajaran terancang
yang mempunyai struktur yang sistematik, objektif yang jelas, langkah-langkah kecil,
maklum balas, peneguhan, dan pendekatan masteri.
Seseorang pelajar boleh maju dengan cepat atau perlahan dengan modul-modul
yang disediakan dan kemajuan pelajar ini bergantung kepada pencapaian pelajarannya
sama ada pencapaiannya baik atau pun pencapaiannya hanya di tahap yang rendah.
Oleh itu, satu modul perlu dibentuk untuk disesuaikan kepada semua tahap pelajar
kerana para pelajar Pendidikan Tenik Dan Vokasional yang menggunakan perisian
AutoCAD ini terdiri daripada tahap pencapaian yang berbeza. Sebagaimana menurut
Abdul Majid dan Rahil (1997) turut menyatakan bahawa perbezaan umur, kecerdasan
5
minda dan pengalaman ini turut mempengaruhi tahap pencapaian setiap pelajar dalam
penyesuaian terhadap modul yang disediakan.
1.2.4 Tugasan Pembelajaran Perisian AutoCAD
Tugasan merupakan salah satu bentuk latihan yang penting dalam menguji
pemahaman, pencapaian, dan kemajuan para bakal guru dalam pembelajaran perisian
AutoCAD. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah adalah dalam bentuk latihan
pembinaan lukisan kejuruteraan. Latihan-latihan ini adalah bertujuan untuk memastikan
para bakal guru dapat menguasai sesuatu kemahiran (Abdul Raman Dan Zakaria Kasa,
1994). Selain itu, tugasan-tugasan yang mudah turut juga diberikan oleh pensyarah
semasa dan selepas tamat sesi kuliah dengan menggunakan kaedah latih tubi.
Menurut Baharuddin et al. (2003) yang menyatakan bahawa tugasan merupakan
salah satu cara yang paling efektif dalam pembelajaran kerana melalui kaedah ini
memerlukan para pelajar melibatkan diri secara aktif. Pemberian tugasan secara
langsung menggalakan pelajar memikirka pelbagai alternatif bagi mempelajari perisian,
teknik pengaturcaraan, penggunaan perkakasan komputer dan sebagainya bagi
memastikan tugasan mereka berjaya. Tugasan juga boleh membantu dalam
meningkatkan kefahaman dan kemahiran para pelajar kepada bahagian-bahagian
pembelajaran yang lemah.
6
1.3 Pernyataan Masalah.
Pembelajaran Lukisan Berbantukan Komputer (AutoCAD) memerlukan
seseorang itu berkemahiran untuk menggunakan komputer serta mengendalikan perisian
AutoCAD. Sebagaimana menurut Jamaludin dan Zaidatun (2000) yang menyatakan
bahawa pengetahuan yang secukupnya perlu ada pada seseorang untuk apabila ingin
menggunakan aplikasi komputer. Manakala menurut Baharuddin et al.(2003), perkara
yang utama bagi menggunakan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah ialah menentukan setiap guru diberikan latihan formal dari masa ke semasa
untuk meningkatkan kemahiran mereka di dalam bidang komputer, sumber yang
mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berteraskan komputer,
kesesuaian bilik darjah, dan juga faktor pengurusan masa. Pernyataan ini dapat
dikaitkan dengan pentingnya kemahiran-kemahiran yang perlu ada oleh para bakal guru
ini bagi melaksanakan pengajaran lukisan AutoCAD di sekolah kelak. Oleh itu
penyelidik telah membuat kajian terhadap mata pelajaran lukisan berbantukan komputer
(AutoCAD) di kalangan pelajar tahun 4 Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
untuk melihat sama ada terdapat permasalahan yang mungkin timbul bagi menghalang
proses pembelajaran pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Secara keseluruhannya kajian ini adalah untuk mengkaji permasalahan dalam
pembelajaran menggunakan persian AutoCAD. Objektif yang ingin dicapai oleh
penyelidik ini adalah seperti berikut;
1 Mengenalpasti sama ada pelajar menguasai kemahiran asas pengendalian
komputer untuk mempelajari lukisan AutoCAD.
7
2 Mengenalpasti sama ada tempoh masa yang diperuntukan dalam pembelajaran
AutoCAD bersesuaian.
3 Mengenalpasti sama ada modul pembelajaran yang dibekalkan bersesuaian untuk
pembelajaran AutoCAD.
4 Mengenalpasti sama ada tugasan yang diberikan pensyarah membantu dalam
pembelajaran lukisan AutoCAD.
5 Mengenalpasti sama ada pelajar menguasai kemahiran asas pengendalian
perisian AutoCAD untuk mempelajari lukisan AutoCAD.
1.2 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba untuk memperolehi jawapan kepada permasalahan dalam
pembelajaran AutoCAD.
1 Adakah pelajar menguasai kemahiran asas pengendalian komputer untuk
mempelajari lukisan AutoCAD?
2 Adakah tempoh masa yang diperuntukan untuk pembelajaran lukisan AutoCAD
bersesuaian?
3 Adakah modul pembelajaran yang dibekalkan bersesuaian untuk pembelajaran
lukisan AutoCAD?
4 Adakah tugasan yang diberikan pensyarah membantu dalam pembelajaran
lukisan AutoCAD?
5 Adakah pelajar menguasai kemahiran asas pengendalian perisian AutoCAD
untuk mempelajari lukisan AutoCAD?