9
Edisi Julai 2021 | bil: 07 edisi Julai FRSB 2021 | bil: 07 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA www www .facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb .frsb.upm.edu.my cemerlang budaya kita dan Salam Sejahtera kepada semua warga FRSB Dengan tamatnya Semester 02, 2020/2021 ini maka akan berlangsungnya cuti antara semester. Saya menyeru kepada semua rakan pensyarah untuk mengambil kesempatan ini meningkatkan ilmu dengan menghadiri ceramah, seminar dan konferens yang banyak diadakan secara dalam talian selain daripada kerja-kerja pentadbiran dan penyelidikan yang sedia ada. Saya percaya adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan ilmu yang kita sampaikan akan datang sentiasa relevan dan terkini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga FRSB kerana telah bersama- sama menjayakan beberapa program sempena 25 tahun FRSB. Masih terdapat beberapa program yang dirancang untuk sambutan 25 tahun FRSB ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada jabatan dan unit yang menyokong usaha ini. Masih segar di dalam ingatan kita, jalinan ukhwah dan kemesraan warga FRSB ketika Majlis Santai Sambutan 25 tahun FRSB diadakan walaupun di alam maya. Jadikan ia satu batu loncatan untuk kita bergerak ke hadapan untuk 25 tahun mendatang. InsyaAllah. #KitajagaKita #BeStrong #OneFacultyOneHeartBeat #CemerlangBudayaKita Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina. TINTA KATA DEKAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara telah dilaksanakan mulai dari dari 1 Jun berikutan penularan berterusan kes COVID-19 dalam komuniti dan kewujudan varian baharu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi. Oleh yang demikian, warga FRSB akan berterusan secara majoritinya bekerja dari rumah. Walaupun diakui pelaksanaan kerja lebih produktif dan kondusif semasa kita berada di pejabat, namun saya berharap semua warga FRSB sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti kerja di pertahankan disamping patuh dengan arahan pihak berkuasa demi keselamatan dan kesihatan kita semua. Saya percaya ketika ini telah ramai warga FRSB yang telah divaksin untuk COVID-19. Kepada yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin lagi, saya menyeru kepada anda untuk mengambil peluang ini kerana ianya merupakan usaha kita untuk meneruskan kehidupan walaupun kita tahu, mati itu adalah pasti. Semoga usaha kita ini akan memberikan impak dalam mewujudkan komuniti berkelompok di FRSB seterusnya mewujudkan suasana yang sihat di FRSB. Pada ketika ini, para pelajar telah pun tamat menghadapi peperiksaan dan ini juga menandakan para pensyarah akan sibuk memastikan markah tugasan dimasukkan ke dalam sistem pada waktunya. Ini adalah kali ketiga, pelajar dan para pensyarah terpaksa menjalani penilaian dan peperiksaan akhir secara maya dan diharapkan tiada yang patah semangat dan kualiti pendidikan FRSB dapat dipertahankan. Selamat maju jaya kepada semua pelajar dan kepada pelajar tahun akhir diucapkan selamat bergraduat dan di harap dapat terus berbakti dengan ilmu yang diperolehi. Editor: Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan Penasihat Komunikasi Rekaan Korporat: Dr. Sazrinee Zainal Abidin Editor Berita: Madiha Hailani Editor Grafik: Arizy Valentino Ramli Mohd Ghazali Razak Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah Ar. Aznida Azlan Abd Aziz Othman Ts. Dr. Velu Perumal Prof. Ts. Dr. Rahinah Ibrahim, FASc. Zulaikha Mohd Yaacob Penulis / Penyumbang Bahan:

TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

  • Upload
    others

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

1

Edisi Julai 2021 | bil: 07

edis

i Jul

ai F

RSB

2021

| bi

l: 07

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

www

www.facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb

.frsb.upm.edu.myc e m e r l a n g b u d aya k i ta

dan Salam Sejahtera kepada semua warga FRSB

Dengan tamatnya Semester 02, 2020/2021 ini maka akan berlangsungnya cuti antara semester. Saya menyeru kepada semua rakan pensyarah untuk mengambil kesempatan ini meningkatkan ilmu dengan menghadiri ceramah, seminar dan konferens yang banyak diadakan secara dalam talian selain daripada kerja-kerja pentadbiran dan penyelidikan yang sedia ada. Saya percaya adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan ilmu yang kita sampaikan akan datang sentiasa relevan dan terkini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga FRSB kerana telah bersama- sama menjayakan beberapa program sempena 25 tahun FRSB. Masih terdapat beberapa program yang dirancang untuk sambutan 25 tahun FRSB ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada jabatan dan unit yang menyokong usaha ini. Masih segar di dalam ingatan kita, jalinan ukhwah dan kemesraan warga FRSB ketika Majlis Santai Sambutan 25 tahun FRSB diadakan walaupun di alam maya. Jadikan ia satu batu loncatan untuk kita bergerak ke hadapan untuk 25 tahun mendatang. InsyaAllah.

#KitajagaKita

#BeStrong

#OneFacultyOneHeartBeat

#CemerlangBudayaKita

DekanFakulti Rekabentuk dan Senibina.

TINTA KATA DEKAN

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara telah dilaksanakan mulai dari dari 1 Jun berikutan penularan berterusan kes COVID-19 dalam komuniti dan kewujudan varian baharu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi. Oleh yang demikian, warga FRSB akan berterusan secara majoritinya bekerja dari rumah. Walaupun diakui pelaksanaan kerja lebih produktif dan kondusif semasa kita berada di pejabat, namun saya berharap semua warga FRSB sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti kerja di pertahankan disamping patuh dengan arahan pihak berkuasa demi keselamatan dan kesihatan kita semua.

Saya percaya ketika ini telah ramai warga FRSB yang telah divaksin untuk COVID-19. Kepada yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin lagi, saya menyeru kepada anda untuk mengambil peluang ini kerana ianya merupakan usaha kita untuk meneruskan kehidupan walaupun kita tahu, mati itu adalah pasti. Semoga usaha kita ini akan memberikan impak dalam mewujudkan komuniti berkelompok di FRSB seterusnya mewujudkan suasana yang sihat di FRSB.

Pada ketika ini, para pelajar telah pun tamat menghadapi peperiksaan dan ini juga menandakan para pensyarah akan sibuk memastikan markah tugasan dimasukkan ke dalam sistem pada waktunya. Ini adalah kali ketiga, pelajar dan para pensyarah terpaksa menjalani penilaian dan peperiksaan akhir secara maya dan diharapkan tiada yang patah semangat dan kualiti pendidikan FRSB dapat dipertahankan. Selamat maju jaya kepada semua pelajar dan kepada pelajar tahun akhir diucapkan selamat bergraduat dan di harap dapat terus berbakti dengan ilmu yang diperolehi.

Editor:Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi MaulanPenasihat Komunikasi Rekaan Korporat:Dr. Sazrinee Zainal Abidin

Editor Berita:Madiha HailaniEditor Grafik:Arizy Valentino RamliMohd Ghazali Razak

Ts. Dr. Mohd Shahrizal DolahAr. Aznida AzlanAbd Aziz Othman

Ts. Dr. Velu PerumalProf. Ts. Dr. Rahinah Ibrahim, FASc.Zulaikha Mohd Yaacob

Penulis / Penyumbang Bahan:

Page 2: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

2

Edisi Julai 2021 | bil: 07

ARTIKEL KEPAKARAN Jabatan Rekabentuk Perindustrian

Pada awal tahun 2020 dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19. Sejenis virus pembunuh yang bermula di Wuhan, China dan akhirnya telah merebak ke serata dunia termasuklah Malaysia. Memandangkan virus ini adalah baru, tidak banyak informasi yang boleh didapati tentang cara menangani wabak ini.

Pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Pertama (PKP 0.1) dan seluruh rakyat Malaysia telah diperintahkan untuk berada di rumah. Memandangan Covid-19 adalah virus baharu, pihak KKM sedaya upaya berusaha untuk “mempelajari” bagaimana virus ini boleh tersebar dengan pantas. Dari sehari ke hari kita mendapat perkhabaran bahawa kes semakin meningkat dan banyak kekurangan peralatan terutama PPE (Personal Protective Equipment) di hospital yang mana merupakan peralatan wajib kepada semua frontliners.

Bertitik tolak dari situ, satu kumpulan sukarelawan telah dibentuk untuk membantu pihak hospital menyediakan PPE. Mereka terdiri daripada 2 orang pensyarah iaitu Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah dan Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli. Pada permulannya beroperasi di rumah masing-masing akhirnya diberikan ruang untuk beroperasi di makmal Idea Factory Jabatan Reka Bentuk Perindustrian (IND) Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) UPM. Inisiatif utama mereka adalah untuk menghasilkan face shield yang amat diperlukan oleh frontliners dalam kerja harian mereka.

Seminggu selepas PKP 0.1, FRSB’s Covid-19 Response Team telah ditubuhkan secara rasminya dan diberikan ‘lampu hijau’ untuk beroperasi sepenuhnya di makmal Idea factory IND FRSB. Mereka merupakan kumpulan penyelidikan dari Life & Emotion Research Group (LiEmo RG) yang terdiri daripada 2 orang pensyarah Jabatan Reka Bentuk Perindustrian; Ts. Dr. Mohd Shahrizal Dolah dan Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, 2 orang pelajar siswazah; Mohd Firuz Mohd Anwar dan Maziani Maznan dan seorang juruteknik, Pn. Fadhilah Ahmad. Dalam masa yang sama satu lagi kumpulan telah dibentuk di fakulti kejuruteraan UPM untuk bersama-sama membantu menjayakan inisiatif sukarelawan ini.

Memandangkan ia merupakan inisiatif secara sukarela, hampir semua bahan yang digunakan adalah atas perbelanjaan sendiri dan lebihan bahan mentah daripada geran penyelidikan. Mereka juga menerima sumbangan dari NGO, syarikat persendirian, rakan-rakan dan juga orang perseorangan yang mana namanya tidak mahu dikenali.

Permulaan inisiatif di rumah

Antara hospital yang menerima sumbangan adalah Pusat Kesihatan UPM (PKUPM), Hospital Serdang, Hospital Pengajar UPM (HPUPM) dan beberapa klinik kesihatan di sekitar Kajang dan Serdang.

Wira yang Tidak Didendang

FRSB’S COVID-19 RESPONSE TEAMTs. Dr. Mohd Shahrizal Dolah

Life & Emotion Research Group (LiEmo RG)

Sumbangan disampaikan kepada PKUPM & Hospital Serdang

Page 3: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

3

Edisi Julai 2021 | bil: 07

Setiap produk yang telah di reka bentuk akan di bentang, di bincang dan seterusnya validasi dilakukan oleh pegawai perubatan sebelum ia dihasilkan. Perbincangan telah dilakukan setiap minggu untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi spesifikasi pengguna hospital. Pengeluaran produk adalah secara mass-customization dimana setiap produk dihasilkan berfokus kepada pengguna tertentu. Antara produk yang direka dan dihasilkan oleh kedua- dua kumpulan ini adalah face-sheild, door knob, mask ear extension, aerosol box, aerosol box window, water tunnel dan disinfection robotic sprayer.

Sepanjang inisiatif ini sebanyak 5000 face-shield telah berjaya dihasilkan untuk kegunaan frontliners yang merupakan produk utama dalam inisiatif ini. Mereka menggunakan teknologi 3D printing dan laser cutting untuk menghasilkan produk yang divalidasi oleh pihak hospital. Bahan asas yang digunakan untuk membina face-shield adalah bahan plastik Polylactic acid (PLA) dan Acrylonitrile butadiene styrene (ABS) (rangka), plastik kulit buku 80gram (penghadang muka), gam dan getah elastik.

Sesi perbicangan, perkembangan dan validasi produk bersama pihak pegurusan Hospital Serdang

Sesi penerangan cara penggunaan produk

Idea factory lab yang di jadikan production line

Setiap pengubah suaian data pada produk yang di hasilkan di setiap makmal akan dikongsikan menggunakan konsep Internet of Thing (IoT) dimana ia dikongsikan melalui cloud storage yang boleh dimuat naik dan turun. Sebahagian data, idea dan cadangan juga

dikongikan kepada sukarelawan di seluruh Malaysia dan seluruh dunia secara amnya melalui 3D Printing Malaysia Community for COVID-19 (Group).

FB kumpulan sukarelawan 3D printing Malaysia

Observation study di setiap bahagian dihospital yg memerlukan bantuan tambahan dan pembuatan produk secara mass-customization

Inisiatif FRSB’s Covid-19 Response Team beroperasi hampir dua bulan di Idea Factory Lab dan telah berhenti sepenuhnya setelah bekalan peralatan PPE dari KKM dan MOSTI untuk hospital mencukupi. Sebagai kumpulan sukarelawan FRSB’s Covid-19 Response Team semasa PKP 0.1, kami rasa berbangga dengan hasil usaha kecil kami untuk membantu frontliners. Risiko tetap ada, kekangan pasti wujud, tapi atas pengetahuan dan kepakaran yang kami ada dan semangat juang melawan Covid-19, kami teruskan usaha. Semoga inisiatif ini menjadi dorongan dan pemangkin semangat kepada kumpulan lain untuk membantu berusaha membendung wabak pembunuh ini. Teruskan usaha, kita belum menang.

“If you can’t do great things, do small thing in a great way” (Napoleon Hill 1883-1970)

#kitajagakita #LiEmo #ideafactory #indupm

Page 4: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

4

Edisi Julai 2021 | bil: 07

ARTIKEL KEPAKARAN Jabatan Senibina

Dasawarsa ini, gelombang pandemik telah melanda dunia lantas merubah cara hidup, kerja, dan sosial. Implikasi perubahan tersebut menyebabkan rekabentuk ruang sedia ada dalam bangunan amat sukar untuk mengadaptasi norma baru kehidupan. Justeru, pendekatan yang lebih holistik perlu diambil perhatian dalam merekabentuk bangunan yang dapat mengekang penularan pandemik ini.

Dalam penulisan ini, saya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman tentang keperluan rekabentuk bangunan yang memberi fokus kepada kesihatan awam. Menyusur sejarah pembangunan senibina, perubahan pemikiran dalam rekabentuk senibina ekoran kewujudan penyakit bukanlah perkara baharu. Antaranya, penyusunan semula infrastruktur di London, United Kingdom (1954) dan Haussaman, Paris (1850) ekoran epidemik Kolera.

Di Malaysia, secara amnya terdapat beberapa kluster Covid-19 yang dikesan melibatkan ruang guna sama antaranya kluster tempat kerja, dan kumpulan berisiko tinggi. Maka, amat penting rekabentuk difikirkan semula dengan memfokuskan kepada aspek kesihatan penghuni ruang. Susunatur ruang, sirkulasi, sistem pengudaraan semulajadi dan mekanikal (HVAC), kelengkapan bangunan, dan teknologi bangunan perlu direkabentuk untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit khasnya bagi bangunan yang melibatkan ruang guna sama.

Sepanjang tempoh pandemik , saya terlibat dalam penyediaan cadangan rekabentuk skematik bagi pejabat korporat, dan pusat rawatan pesakit berisiko tinggi dengan ruang guna sama. Sebelum pandemik, rekabentuk ruang pejabat terbuka yang minimalis menjadi pilihan klien. Namun dalam situasi semasa, susunatur pejabat terbuka dilihat berisiko dalam penyebaran penyakit bawaan udara. Kajian oleh South Korea’s Centers for Disease Control menunjukkan 94 pekerja dikesan positif covid-19 di sebuah pejabat dengan ruang pejabat terbuka yang menempatkan 216 pekerja. Kapasiti kependudukan dalam ruang (occupancy load), susun atur, dan pengasingan ruang kerja antara aspek rekabentuk yang perlu dikaji. Selain itu konsep ‘salutogenic’ dengan elemen ruang kerja persendirian, kualiti pengudaraan dan pencahayaan dalaman, serta fasad bangunan dengan pengudaraan semulajadi perlu diadaptasi dalam rekabentuk ruang pejabat.

Bagi cadangan rekabentuk pusat rawatan golongan berisiko tinggi, susunatur dibuat berpandukan garis panduan sediaada yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil kira bilangan kerusi, keperluan ruang seperti ‘triage’, rawatan dan fasiliti. Kewujudan kluster golongan berisiko tinggi di pusat-pusat rawatan ini memerlukan rekabentuk ruang yang lebih selamat antaranya ruang rawatan berisolasi/terhadang, mengoptimakan luas kawasan rawatan (person/area) dan ruang ‘triage’.

Cadangan Skematik bagi Susun Atur Ruang Pejabat Terbuka, sistem pengudaraan, dan sirkulasi dalam kompleks pejabat perlu dikaji semula.

MENGGARAP DAN MEMBANGUNKAN REKABENTUK RUANG GUNA SAMA DALAM BANGUNAN BAGI MENANGANI COVID 19Ar. Aznida Azlan

Rekabentuk bangunan sangat signifikan untuk mengekang penularan penyakit secara aktif melalui interaksi sihat antara pengguna dan ruang. Justeru, arkitek perlu mengkaji implikasi susun atur ruang, strategi pengudaraan, spesifikasi bahan, dan sistem kelengkapan bangunan yang berdaya tahan untuk mendepani pandemik ini.

Page 5: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

5

Edisi Julai 2021 | bil: 07

ARTIKEL KEPAKARAN Jabatan Senibina Landskap

Adalah dijangkakan bahawa lebih 60 peratus penduduk dunia akan tinggal di kawasan bandar menjelang tahun 2030. Ini terbukti dengan pertumbuhan pelbagai kawasan bandaran baharu yang lebih kompleks dan komprehensif khususnya di negara-negara membangun seperti Malaysia. Walaubagaimanapun, jika pembangunan bandar tidak diseimbangkan dengan landskap yang sempurna, ia akan mewujudkan suatu suasana alam bina yang tidak bermaya. Justeru, landskap bandar perlu dirancang, direka bentuk, dibangunkan dan diurus sebijak mungkin untuk kepentingan alam dan kelangsungan kehidupan bandar. Perkembangan ini meletakkan amalan seni bina landskap antara bidang penting dan mencabar selari dengan pembangunan sejagat.

Mengimbas perkembangan amalan seni bina landskap, ia muncul hasil pembangunan taman. Taman mula berkembang pesat pada kurun ke-16, dibangunkan secara ekslusif di kawasan-kawasan persendirian khususnya perkarangan istana, harta di raja, rumah bangsawan mahupun kompleks keagamaan. Apabila pembangunan taman berkembang melangkaui kawasan awam, reka bentuk dan pembangunan taman menjadi semakin intensif. Taman awam telah menjadi sebahagian daripada pembangunan bandar dan peranannya menjadi semakin kompleks. Oleh itu, di abad ke-19, amalan seni bina landskap mula diperkenalkan kepada pakar reka taman khususnya taman awam dan seterusnya tersebar meluas apabila banyak taman-taman bandar baharu dibangunkan.

Kini, dengan kehidupan bandar yang semakin kompleks, persekitaran alam bina yang semakin tepu dan sumber yang semakin terhad, landskap menjadi semakin relevan dan sangat signifikan kepada semua masyarakat. Skop profesional pada masa kini sedang merentasi amalan konvensional ke arah wawasan pembangunan yang lebih lestari – melibatkan pembangunan dan pengurusan ekosistem bandar serta persekitaran habitat manusia untuk kelangsungan hidup.

Infrastruktur HijauInfrastruktur hijau merupakan satu pendekatan secara kolektif dalam pembangunan landskap bandar pada masa kini. Ia merujuk kepada intergrasi kawasan atau hub hijau bandar dan rangkaiannya untuk memberi nilai landskap yang lebih signifikan khususnya pada fungsi dan perkhidmatan ekosistem bandar seperti:

• ruang habitat untuk pelbagai hidupan bagi meningkatkan biodiversiti bandar;

• tempat tadahan, takungan dan kawalan aliran air hujan dalam stormwater management;

• sumber rekreasi kepada penghuni bandar ke arah gaya hidup sihat dan sejahtera;

• hutan bandar dan perkebunan untuk meningkatkan produktiviti bandar; serta

• elemen semulajadi yang dapat mengawal iklim mikro, kitaran nutrien dan sebagainya.

Infrastruktur hijau amnya merangkumi pelbagai ruang hijau berkualiti, kawasan dan rangkaian hijau bandar yang saling berhubungan di antaranya seperti hutan bandar, taman-taman rekreasi, tanah lembab, kolam takungan, kawasan perkebunan, koridor sungai dan sistem saliran, parkways serta pelbagai jenis ruang hijau yang wujud di dalam bandar untuk kemudahan dan kestabilan ekosistem bandar.

Landskap VertikalPembangunan fizikal dan infrastruktur di kawasan bandar menyumbang kepada pengurangan ruang dan kawasan hijau bertanah. Landskap vertikal adalah satu trend terkini dan semakin popular dalam reka bentuk bangunan untuk meningkatkan kehijauan bandar-bandar moden. Penanaman tumbuh-tumbuhan pada permukaan dinding serta bumbung bangunan secara intensif adalah inovasi amalan hortikultur bandar yang respon terhadap isu persekitaran dan landskap bandar. Tumbuh-tumbuhan dan tanah yang menyeliputi bangunan bertindak sebagai bahan penebat semulajadi – secara teorinya boleh mengurangkan suhu dalaman dan secara langsung menjimatkan penggunaan tenaga. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan terhadap kualiti ekosistem bandar.

LANDSKAP UNTUK PERKHIDMATAN EKOSISTEM BANDAR Abd Aziz Othman

Pada sudut yang lain, landskap bandar sering dikaitkan dengan kualiti visual semulajadi yang rendah. Bangunan-bangunan pencakar langit dan permukaan berkaca mendominasi ruang dan mengwujudkan pandangan yang kaku dan terhad. Dengan pendekatan Live Wall seumpama ini, kualiti visual landskap bandar dapat juga ‘dilembutkan’ dan ‘dihidupkan’ melalui kehadiran tanaman sebagai elemen semulajadi pada bangunan-bangunan tinggi.

Page 6: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

6

Edisi Julai 2021 | bil: 07

Kebun bandarUmum mengetahui, tanah bandar bukanlah dikhususnya untuk aktiviti pertanian kormesial berskala besar. Kawasan hijau bandar khususnya diperuntukkan untuk tujuan rekreasi dan konservasi zon penampan hijau. Namun sejak kebelakangan ini, kebun bandar telah mula menjadi satu amalan di peringkat komuniti bandar, iaitu mengusaha tanah dan ruang tidak produktif kepada suatu kawasan penanaman yang aktif walaupun dalam ruang yang terhad. Sayur-sayuran banyak ditanam dan memberikan pulangan setimpal dengan usaha yang dilakukan.

Dalam amalan seni bina landskap, kebun bandar bukan sahaja dilihat pada produktiviti dan keperluan kelangsungan hidup, malah kualiti dan fungsi ruang kepada komuniti dan persekitaran. Transformasi ruang kepada taman yang lebih berfungsi seperti taman etnobotani, kebun dapur, dusun buah-buahan dan sebagainya menonjolkan kreativiti serta meningkatkan fungsi kesenggangan, interaksi sosial dan persekitaran dalam komuniti. Lebih daripada itu, integrasi pendekatan Rain Garden dan amalan organik pada taman berkenaan dapat memperkasa kualiti dan perkhidmatannya terhadap ekosistem dalam konteks pengurusan tanah dan air hujan serta amalan hidup sihat.

Pengurusan LandskapDalam memastikan prestasi landskap untuk perkhidmatan ekosistem bandar, landskap perlulah diuruskan dengan efisyen dan sistematik. Sebagai sumber penting, pengoperasian organisasi pengurusan yang baik diperlukan seperti sistem pentadbiran dan pengawasan serta prosedur dan kawalan. Sumber manusia yang mahir, berkebolehan, berkemampuan dan berdaya cipta tinggi merupakan enjin sesebuah organisasi dalam memastikan landskap bandar sentiasa berfungsi dengan sempurna.

Pengurusan landskap umumnya bermula daripada peringkat perancangan, reka bentuk, perlaksanaan sehingga ke peringkat selepas siap bina sesuatu projek. Kelemahan pengurusan boleh mengakibatkan insiden yang tidak diingini seperti pokok tumbang, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Oleh itu, pengurusan landskap tersedia siap bina adalah sangat signifikan dan mesti dilihat secara kolektif dan perlu terdapat koordinasi di kalangan agensi-agensi yang terlibat di dalam pengurusan bandar demi kelestarian ekosistemnya.

Kesimpulannya, pembangunan landskap masa kini perlu merentasi amalan konvensional bagi mendukung kelangsungan kehidupan bandar serta kelestarian dan kestabilan ekosistem. Landskap adalah satu aset utama kepada bandar yang membekalkan sumber penting seperti air, udara bersih dan ruang yang dapat memberikan sumbangan kepada kesihatan manusia dan kesejahteraan bandar.

Page 7: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

7

Edisi Julai 2021 | bil: 07

BERITA FRSB

Sejak bermulanya ancaman Koronavirus 2019 (Covid-19), pihak kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia. Di awal perancangan PKP ini, rakyat secara terburu-buru melakukan pembelian bagi memperolehi bahan makanan dan keperluan harian. Tindakan masyarakat ini hanya berpunca daripada khabar angin oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan pihak kerajaan telah banyak mengingatkan dan berjanji bahawa bahan makanan negara adalah mencukupi.

Sehingga hari ini, ancaman Covid-19 masih berada di tahap bahaya dan membimbangkan. Bagi membendung penularan wabak Covid-19, pihak kerajaan sentiasa memantau dan melaksanakan pelbagai perintah kawalan pergerakan yang berlaku secara berterusan dan bersasar. Tindakan ini telah menjejaskan ekonomi pelbagai pihak terutamanya golongan B40 and OKU. Secara umumnya, penularan wabak covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan telah menjadi satu masalah besar kepada masyarakat kelainan upaya. Ini ditambah dengan faktor keupayaan fizikal mereka dan pergerakan yang terhad menyebabkan mereka semakin sukar untuk mendapatkan barang-barang harian di samping turut dibebani dengan kenaikan harga bahan tersebut.

Namun, keprihatinan pihak berkuasa dan masyarakat setempat sedikit sebanyak dapat membantu meredakan keadaan dan meringankan setiap masalah yang mereka dihadapi. Perkara ini juga

dikongsi bersama penulis yang juga merupakan fasilitator Kursus Pembangunan Kesukarelawanan QKU2203II (K8) bersama seramai 36 pelajar tahun 1 program Bacelor Reka Bentuk Perindustrian (BRBP) dengan kepujian, Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM dengan mengambil inisiatif bagi membantu golongan kurang upaya ini melalui penganjuran bengkel hidroponik bertajuk Skills to Property.

Bengkel hidroponik ini telah berlangsung secara maya pada 19 dan 20 Jun 2021. Bengkel Skill to Property bertujuan untuk memperkenalkan kaedah penanaman hidroponik kepada golongan B40 dan penghuni kurang upaya Rumah Insaniah Tun Dr. Siti Hasmah serta Persatuan Pemulihan Orang-orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan. Selain daripada perkongsian kemahiran berkaitan dengan penanaman hidroponik, peserta bengkel juga telah dibekalkan set hidroponik bagi membolehkan mereka memulakan penanaman seperti sayur-sayuran melalui kaedah tanaman hidroponik.

Walaupun tanaman tanpa tanah atau tanaman berasaskan larutan air dan nutrisi ini telah lama diperkenalkan, namun ia adalah lebih signifikan kepada golongan yang terkesan oleh penularan wabak Covid-19. Kaedah penanaman yang diperkenalkan ini, membolehkan para peserta menghasilkan sayur-sayuran segar dengan kadar cepat untuk kegunaan keluarga. Ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan peserta.

INSAN KELAINAN UPAYA MAMPU BERTANI TANPA TANAH PERTANIANTs. Dr. Velu Perumal

Jabatan Reka Bentuk Perindustrian

Gambar 2: Peserta daripada golongan orang kurang upaya Gambar 3: Bantuan set hidroponik kepada peserta bengkel

Gambar 1: Peserta Kursus Pembangunan Kesukarelawanan QKU2203II

Page 8: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

8

Edisi Julai 2021 | bil: 07

WHEN TECHNOLOGY SERVES HUMANITY – An ISTP StoryProf. Ts. Dr. Rahinah Ibrahim, FASc.

A Universiti Putra Malaysia’s (UPM) technology is making world news.

Professor Dr Rahinah Ibrahim led researchers from UPM and Universiti Malaysia Sabah in a demonstration project at Lok Urai Village at Gaya Island, Sabah. The project, a joint collaboration between the United Nations Environment Programme (UNEP) and NGO ACT Malaysia, had chosen UPM’s ISTP wastewater treatment technology to stop untreated sewage from polluting the ocean. Ten tanks were installed at nine water homes and one school.

“The UNEP-funded pilot is a successful example of an alternative and low-cost technology for wastewater treatment, economic development and community empowerment, and has great potential for large-scale replication,” says Riccardo Zennaro, a UNEP expert involved with the project.

The tanks are practical for facing natural geographical challenges presented at tropical floating villages. The project benefits 1,153 water homes and trained ten fishermen in installing and maintaining them. The project’s best unintended consequence came from the school’s headmistress who reported, “the students are happier and wanting to attend school.”

Such a profound validation when the ISTP technology (SDG6) intended to conserve life below water (SDG14) for better health and well-being (SDG3) could provide lifelong learning opportunities to

Figure 2: Professor Rahinah with the first ISTP tank installed at Lok Urai Village (Source: ACT Malaysia)

Figure 1: New ocean landscape for a floating village with ISTP tank installed(Source: ACT Malaysia)

children (SDG4) while upholding dignity to women and girls (SDG5). Working in partnership with many entities (SDG17) to provide new sanitation infrastructure (SDG9), many floating villagers can expect to earn better incomes (SDG1) through decent work (SDG8) and avoid hunger (SDG2) through capacity building for sustaining floating communities (SDG11) in response to affects of climate change (SDG13).

Page 9: TINTA KATA DEKAN - frsb.upm.edu.my

9

Edisi Julai 2021 | bil: 07

Postgraduate Virtual Open Day 2021 telah berjaya diadakan secara maya pada 12 Jun 2021 (Sabtu). Program tersebut melibatkan 14 PTJ di UPM dan disertai oleh bakal graduan dari serata dunia. Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) merupakan salah satu PTJ yang terlibat bagi mempromosikan program Master Secara Kerja Kursus (MSKK), Master Secara Penyelidikan dan PhD di FRSB. Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof selaku duta promosi dan telah di bantu oleh Puan Zenaida, Puan Zulaikha serta Cik Aqilah bagi mempromosikan program yang ditawarkan di FRSB pada hari tersebut.

Diantara program yang telah dipromosikan ialah program MSKK di FRSB iaitu Master Seni Bina, Master Seni Bina Landskap, Master Reka Bentuk Bandar Tropika, Master Pengurusan Landskap Lestari dan tidak lupa program baharu di FRSB iaitu Master Inovasi Reka Bentuk

Zulaikha Mohd Yaacob

Perindustrian disamping program Master Secara Penyelidikan dan PhD yang mempunyai lima (5) bidang pengajian. Duta promosi pada hari tersebut telah menerangkan mengenai program-program yang ditawarkan kepada pemohon dan pelbagai pertanyaan yang diajukan berkaitan melanjutkan pembelajaran di FRSB.

Program ini telah menarik minat ramai calon pemohon yang mana pada permohonan kali ini mereka akan mendapat pengecualian yuran pemprosesan yang diberikan dalam bentuk baucer oleh pihak Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), UPM. Program Baharu Master Inovasi Reka Bentuk Perindustrian merupakan salah satu program yang berjaya menarik minat calon graduan untuk mendaftar pada hari tersebut.

POSTGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2021