4
Diterbitkan Oleh : Unit Latihan & Pembangunan Modal Insan Bahagian Sumber Manusia Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Tingkat 2, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park, No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Tel.No. : 03-55204816 Faks No. : 03-55103216 Email : [email protected] Sebarang pandangan dan pendapat untuk penambahbaikanTITIPAN AKRAB PKNS amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan ke alamat dan talian di atas. Terima kasih. Penaung : Puan Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran & Pembangunan) Penasihat : Encik Zaharudin bin Mohd. Sanif Pengurus Sumber Manusia Penyelaras : Puan Yuzawati binti Yusof Penolong Pengurus Sumber Manusia (Latihan & Pembangunan Modal Insan) Puan Harzurita binti Hassan Pegawai Psikologi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia SUK Pengerusi : Encik Roslan bin Sekin Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Asana bin Ali Setiausaha : Tuan Haji Amer bin Senin Timbalan Setiausaha : Cik Noorhayathi binti Ab. Rahim Bendahari : Tuan Haji Ahmad Baihaki bin Ihwan Ahli-Ahli Jawatankuasa : Encik Jifri bin Mohd Aris Tuan Haji Mohd Sah bin Ngadiman Puan Sukhani binti Mohd Jamil Cik Faridah binti Haji Ismail TITIPAN AKRAB PKNS Bil. 03/2014 30 April 2014 JAWATANKUASA AKRAB PKNS Sidang Redaksi Penasihat : Encik Zaharudin bin Mohd. Sanif Grup Pemikir : Jawatankuasa AKRAB & Ahli-Ahli AKRAB Ketua Pengarang : Puan Yuzawati binti Yusof Pengarang : Encik Roslan bin Sekin Tuan Haji Amer bin Senin Penulis Jemputan : Puan Harzurita binti Hassan 1

TITIPAN AKRAB - 032014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

AKRAB PKNS - Memantapkan Mental Dan Rohani

Citation preview

Page 1: TITIPAN AKRAB - 032014

Diterbitkan Oleh : Unit Latihan & Pembangunan Modal Insan Bahagian Sumber Manusia Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Tingkat 2, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park, No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Tel.No. : 03-55204816 Faks No. : 03-55103216 Email : [email protected]

Sebarang pandangan dan pendapat untuk penambahbaikanTITIPAN AKRAB PKNS amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan ke alamat dan talian di atas. Terima kasih.

Penaung :

Puan Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof

Timbalan Pengurus Besar

(Pentadbiran & Pembangunan)

Penasihat :

Encik Zaharudin bin Mohd. Sanif

Pengurus Sumber Manusia

Penyelaras :

Puan Yuzawati binti Yusof

Penolong Pengurus Sumber Manusia

(Latihan & Pembangunan Modal Insan)

Puan Harzurita binti Hassan

Pegawai Psikologi,

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia SUK

Pengerusi :

Encik Roslan bin Sekin

Timbalan Pengerusi :

Tuan Haji Asana bin Ali

Setiausaha :

Tuan Haji Amer bin Senin

Timbalan Setiausaha :

Cik Noorhayathi binti Ab. Rahim

Bendahari :

Tuan Haji Ahmad Baihaki bin Ihwan

Ahli-Ahli Jawatankuasa :

Encik Jifri bin Mohd Aris

Tuan Haji Mohd Sah bin Ngadiman

Puan Sukhani binti Mohd Jamil

Cik Faridah binti Haji Ismail

TITIPAN AKRAB PKNS Bil. 03/2014 30 April 2014

JAWATANKUASA AKRAB PKNS

Sidang Redaksi Penasihat : Encik Zaharudin bin Mohd. Sanif Grup Pemikir : Jawatankuasa AKRAB & Ahli-Ahli AKRAB Ketua Pengarang : Puan Yuzawati binti Yusof Pengarang : Encik Roslan bin Sekin Tuan Haji Amer bin Senin Penulis Jemputan : Puan Harzurita binti Hassan

1

Page 2: TITIPAN AKRAB - 032014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saudaraku

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas

dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari jiwa yang suci. Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudi bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manis. Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin

engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu. Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia

ini penuh dengan segala tipu helah. Tapi jangan pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu. Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya. Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu. Tanamkan jiwa keimanan dan

isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu. Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah

kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini…. bertafakurlah…. dan

berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa. BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU RAKAN LAIN Sekian, Wassalam.

Roslan Sekin [email protected]

TANDA-TANDA ANDA SERONOK BEKERJA

Bekerja bagi mencari rezeki merupakan aktiviti yang mesti dilakukan untuk

memenuhi keperluan dalam kehidupan. Tanpa mengira apa sahaja bidang yang diceburi dan kedudukan atau jawatan yang disandang, ia perlu dilihat samada ianya sesuatu yang menyeronokan atau sebaliknya. Keseronokan bekerja adalah antara aspek sokongan untuk seseorang pekerja memberikan kualiti kerja yang bermutu serta menjadi pekerja yang cemerlang. Antara lima (5) tanda kita seronok dengan kerja kita adalah : 1. Sentiasa Datang awal Anda tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan anda sememangnya

menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja yang baru. Anda tiba awal di tempat kerja dan tidak kisah untuk menunggu pejabat dibuka. Ini memang jelas anda memang seronok bekerja.

2. Tidak kisah kerja lebih masa Bukan mudah untuk kita bekerja lebih masa. Sekalipun dibayar tetapi rasa berat hati

tetap ada. Namun berbeza bagi mereka yang seronok bekerja yang menganggap kerja lebih masa sekiranya diperlukan adalah tanggungjawab yang sama yang perlu dilunaskan sebaik mungkin.

3. Air muka berseri-seri Memang sangat jelas tentang ini. Jika anda terlalu seronok dengan kerja anda

sekarang, setiap kali anda ke tempat kerja air muka anda menampakkan keceriaan dan tersenyum. Kalau air muka anda asyik mencuka, itu tanda awal anda perlu bertukar bahagian atau kerjaya yang anda sukai.

4. Kerja disiapkan segera

Inilah kehebatan bekerja dengan rasa seronok. Kerja disiapkan tanpa disedari. Yang paling bagusnya anda menyiapkan kerja sebelum tempoh yang dijanjikan. Anda asyik dengan kerja anda sehinggakan tanpa disedari anda telah menyiapkannya dan sudah bersedia untuk kerja yang baru. Malah bagi mereka yang seronok bekerja, bukan sahaja dia mampu menyiapkan kerja sebelum waktunya, tetapi sanggup memberikan khidmat untuk membantu kerja orang lain sekiranya diperlukan.

5. Anda bangga menceritakan tentang kerja anda Bukan senang nak capai tahap ni. Memang begitulah selayaknya. Anda tidak kisah

andai di mata orang lain mungkin kerja yang anda lakukan itu tidak hebat. Yang penting setiap kali ditanya anda akan menceritakan kelebihan-kelebihan tempat kerja anda pada orang lain. Anda bangga untuk menuturkan pada orang lain di mana dan

apa kerja anda lakukan. Apa-apapun, yang penting hanya kita yang dapat mewujudkan keseronokan bekerja itu dalam diri kita, bukan orang lain.

Tok Kijang [email protected]

2

Page 3: TITIPAN AKRAB - 032014

KEGAGALAN HANYA “KEJAYAAN YANG TERTUNDA”

Kita sering mendengar pepatah seperti “Usaha Tangga Kejayaan”, “Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih” dan “Kalau Tak

Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya”. Semua pepatah ini adalah berkaitan dengan semangat yang perlu ada sekiranya kita berkehendakkan sesuatu. Tetapi, ada masanya kita berhadapan situasi di mana kita telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kejayaan masih belum menampakkan hasilnya. Kita masih gagal mendapatkan apa yang kita cita-cita dan harapkan. Keadaan ini mula menjadikan kita seorang yang kecewa, hilang keyakinan diri, malah berputus asa untuk mencuba lagi dan mengutuk kekurangan diri sebagai penyebab kegagalan. Yang paling teruk, bila kita mula memikirkan apakah tanggapan orang terhadap kita. Kita menyangka orang akan mula melihat kita sebagai orang yang gagal. Bila keadaan ini berlaku, kita sebenarnya tidak lagi menjadi orang yang berlapang dada dan menerima apa-apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita. Sebenarnya, tiada istilah gagal dalam hidup ini. “Kegagalan” hanya muncul di dalam minda kita apabila kita mula berputus asa dalam mengusahakan sesuatu perkara. Setiap perkara yang berlaku kepada kita samada yang positif mahupun negatif, sesungguhnya adalah satu bentuk pembelajaran kepada kita. Pastinya tidak akan ada istilah “kegagalan” dalam kehidupan, sekiranya kita menganggap sesuatu perkara yang tidak berjaya dicapai itu cuma suatu “kejayaan yang tertunda”, kerana belum sampai masanya. Apabila bila kita mengatakan “kegagalan” itu satu bentuk pembelajaran, pastinya kita akan mula mengatur strategi yang baru se lepas gagal dalam satu-satu perkara. Kita pastinya akan mengelakkan diri dari mengulangi kesilapan yang sama dengan mencari mencari jalan yang lain. Jangan terus menggunakan cara yang sama tetapi sebaliknya ubah cara berfikir, cara bertindak dan strategi atau kaedah. Orang yang membuat sesuatu yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza, ialah orang yang menempah kegagalan sejak dari awal lagi. Kegagalan bukan penamat segalanya. Teruskan mengorak langkah baru, dengan azam dan tekad baru. Biarpun seribu kali kita terjatuh, teruskan mengumpul segala kekuatan diri untuk bangkit semula. Langkah pertama, bersyukur dan reda dengan apa yang terjadi dan kemudian bermohonlah kepadaNya untuk diberikan kekuatan bagi meneruskan langkah baru yang seterusnya. Ayuh teman-teman.. Walau sejauh mana langkah perlu diatur untuk meredah kegelapan terowong, yang pasti di hujungnya akan ada cahaya yang akan menerangi kegelapan.

Kak Njang [email protected]

3

“KISAH ULAR DAN GERGAJI”

Suatu malam seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu. Secara kebetulan ia merayap di atas gergaji, tajamnya mata gergaji menyebabkan perut ular terluka. Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya. Marah dan berputus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuh tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan tubuhnya terluka teramat parah dan akhirnya ia pun mati. Di saat emosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal jika benar-benar kita sedari, sebenarnya yang akan terlukai dan tersakiti adalah diri sendiri. Jadi sungguh tepat kalimat bijak berikut : Orang yang benar-benar hebat bukanlah seseorang yang mampu mengalahkan orang lain, melainkan ia yang mampu mengalahkan diri sendiri.. Moralnya, Ingat, marah adalah salah satu Pintu Syaitan untuk merasuki tubuh manusia. Semoga kita semua terhindar dari sifat pemarah..

Page 4: TITIPAN AKRAB - 032014

Hubungi Talian

“Sahabat Selangor”

Tele. No. : 03-55190500 / 03-55190600

Faks No. : 03-55198060

Alamat : Pusat Kaunseling Selangor

Talian Sahabat

Lot G 60, Tingkat Bawah,

Kompleks PKNS Shah Alam

40000 Shah Alam

PROGRAM AKRAB – APRIL 2014

21, 24 dan 30 April 2014 Ujian Inventori Stress Personal (ISP) kepada semua anggota PKNS 30 April 2014 Terbitan “TITIPAN AKRAB PKNS” bil. 03/2014

A6097110 A6095910 A9147913 A6096310 A6096210 A6096710 A6095510 Roslan bin Sekin Pengurus Keselamatan Bahagian Keselamatan 03-55201453 [email protected]

Jifri bin Mohd Aris Ketua Jurukur Hakmilik Bahagian Ukur Hakmilik 03-55201327 [email protected]

Azura binti Ramli Pen. Peng. Sumber Manusia (Perjawatan) Bahagian Sumber Manusia 03-55201263 [email protected]

Hj Mohd Sah bin Ngadiman Pen. Peng. Jualan Hartanah Wilayah Utara Bhgn. Jualan Hartanah WU 03-55201483 [email protected]

Hj Mohamad Shahrun bin Sham Pen. Peng. Jualan Hartanah Wilayah Tengah Bhgn. Jualan Hartanah WT 03-55201417 [email protected]

Noorhayathi binti Ab. Rahim Pen. Pegawai Senibina Bahagian Arkitek 03-55201502 [email protected]

Bakhtiar Efendi bin Hamzah Pen. Jurutera Pengurusan Projek Alam Nusantara Bhgn. Pengurusan Projek Alam Nusantara 03-55204187 [email protected]

A6096510 A6097010 A6095810 A6096010 A6095410 A6095710 A6096610

Mohd Shamsuri bin Bidin Pen. Jurutera Pengurusan Projek Kota Damansara Bhg. Pengurusan Projek Kota Damansara 03-61578412 samb. 123 [email protected]

Rosiam binti Jiran Pen. Jurutera Urus Harta Bahagian Urus Harta 03-55201441 [email protected],my

Jamal bin Mohammed Pen. Jurutera Peng. Projek Wilayah Selatan Bhg. Peng. Projek WS 03-89250216 samb 127 [email protected]

Kartini binti Jaafar Pen. Jurutera Pengurusan Projek Zon A Bhg. Peng. Projek Zon A 03-55201547 [email protected]

Hj Asana bin Ali Pen. Peg. Tadbir Jualan Hartanah Wilayah Selatan Bhgn. Jualan Hartanah WS 03-89253359 samb 114 [email protected]

Fauziah binti Maarop Pen. Jurutera Pengurusan Projek Zon A Bhgn. Peng. Projek Zon A 03-55201546 [email protected]

Mustafa Kamal bin Mahmud Pen. Jurutera Struktur Bahagian Struktur 03-55201596 [email protected]

A6097410 A6096810 A6095610 A9149413 A9148013 A6095310 A6095210

Sukhani binti Mohd Jamil Pen. Pegawai Perancang Bahagian Perancang Fizikal 03-55201315 [email protected]

Nor Azim bin Mohd Isa Penolong Jurukur Bahan Bahagian Perolehan 03-55201527 [email protected]

Faridah binti Ismail Pen. Arkitek Landskap Bahagian Landskap 03-55201259 [email protected]

Norsaharani binti Sahar Pen. Peg. Tadbir Sumber Manusia (Perkhidmatan) Bahagian Sumber Manusia 03-55201267 [email protected]

Ernie Surianie binti Hj Radin Pangat Setiausaha Pejabat Bahagian Sumber Manusia 03-55201266 [email protected]

Hj Amer bin Senin Pem. Tadbir Kanan Sumber Manusia (LPMI) Bahagian Sumber Manusia 03-55201355 013-22515002 [email protected]

Hj Ahmad Baihaki bin Ikhwan Pem. Tadbir Kanan Jualan Hartanah Wilayah Selatan Bhgn. Jualan Hartanah WS 03-89250216 samb. 165 [email protected]

TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA

Puan Sabariah binti Abdul Wahid A6097210 Pen. Peg. Tadbir Perhubungan Awam Bersara Wajib Pada 18 April 2014

RAKAN AKRAB ANDA

4