22
PSZ 19:16find. fD7) T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANGPENGESAI{AN STATUS TESIS+ ILIDUL: PEMBAN$U$A$ wEB BSBTA& BERASASKAI{ Mff}I}tE BERTAJUK qnE$frCnr 8o4{D,s I(Iw.q, TF{-G$ATAN 4 SESIPEI{GA.IIAIIT: eW@ Saya: SITI ZAHASAH B{NTI SAIIfn ( I{URUF BESAR) mengaku membenarkan tesis(PSIW@+ ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologilvlalaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesisadalah hakmilik Universiti TeknologiMalaysia 2. Perpustakran Universiti TeknologiMalaysiadibsnarkan membuat salinm untuktujuan peogajian sahaja. 3. Perprstakaan dibelrarkan membuat salinan tesisini sebagai bahm pertutaranantara institusi pengpjien tinggi. 4. ** Silatandakan (r' ) (Mengandungi maklumat yangberdarjah keselamatan SIJLIT ataukepentingm Malaysiaseperti yangtermaktub di dalamaktarahsia rasmi 1972) TERI{AD (MengiandungimaklumatTERllADyongtelah ditentukan oleh organisasilbadan di mana peayelidikan diialankan) TIDAK TERHAD n tf n X26C,KG SEGEI}UP, JLN BATU KAWA, 93250, KUCTIING, SARAWAIC Taittr: 26MAC 20p9 PROF. MADYA AZIT"BIN NORI}IN (NamaPenyelia) Tarikh:26 M^49 2(B9 (TANDATANGAN PENYELIA) + Poto4gyang tidakbertcenaan ** Jikatesis ini SULTT eu TERIIAD, sila lampirkansuratdaripada pihak berkuasa/ o'rganisasi bakenaandengan menyaakan sekalieebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskm sehapi SULIT dau TERHAD. t Tesisdimalcsudkan sebagai tesisbagi liazah Dolctor Falsafah dan Srjma sc€ara pfoJelidikf,r dau dirertad b.agi peogaiinn sssara k€ria krrFus dao penyelidikm"atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM) CATATAN:

T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

PSZ 19:16find. fD7)

T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAI{AN STATUS TESIS +

ILIDUL: PEMBAN$U$A$ wEB BSBTA& BERASASKAI{ Mff}I}tEBERTAJUK qnE$frCnr 8o4{D,s I(Iw.q, TF{-G$ATAN 4

SESIPEI{GA.IIAIIT: eW@

Saya: SITI ZAHASAH B{NTI SAIIfn( I{URUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSIW@+ ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi lvlalaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakran Universiti Teknologi Malaysia dibsnarkan membuat salinm untuktujuan

peogajian sahaja.

3. Perprstakaan dibelrarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahm pertutaran antara

institusi pengpjien tinggi.

4. ** Sila tandakan (r' )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanSIJLIT atau kepentingm Malaysia seperti yang termaktub di

dalam akta rahsia rasmi 1972)

TERI{AD (MengiandungimaklumatTERllADyongtelahditentukan oleh organisasilbadan di mana peayelidikandiialankan)

TIDAK TERHAD

ntfn

X26C,KG SEGEI}UP,JLN BATU KAWA,93250, KUCTIING,SARAWAICTaittr: 26 MAC 20p9

PROF. MADYA AZIT"BIN NORI}IN(NamaPenyelia)

Tarikh:26 M^49 2(B9

(TANDATANGAN PENYELIA)

+ Poto4gyang tidakbertcenaan** Jikatesis ini SULTT eu TERIIAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ o'rganisasi bakenaan dengan menyaakan sekali eebab dantempohtesis ini perlu dikelaskm sehapi SULIT dau TERHAD.

t Tesis dimalcsudkan sebagai tesis bagi liazah Dolctor Falsafah dan Srjmasc€ara pfoJelidikf,r dau dirertad b.agi peogaiinn sssara k€ria krrFus daopenyelidikm" atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

CATATAN:

Page 2: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

'oSay& akui batrawa saya telah membaca karya iri dm pada pandangan saya karya ini

adalah memdai dari segi skop dan hnliti uttuk tujuan penganugsratmn Ijazah

Sujana Muda Sains sertra Pendidikan {Kimia)"

Tandatmgan

NamaPenyelia

Tarikh

Pl,/L AZIZ BIN NORDIN

26MAC2009

Page 3: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

i

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4

SITI ZAHARAH BINTI SAUFFI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

o'Saya akui balrawa tesis b€rt4iuk Pembangunm. Web Ponal Berasasksn ldoodleBertqjuk Clremieal Bonds ini adalsh hasil kerja saya sendiri kec.uali nukilm dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya'.

Nama : SITI ZAHARAH BINTI SAIJFFI

Ttrikh : 26MAC 20S9

Page 5: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat tatapan ayahanda dan bonda yang amat disayangi dan dirindui

Sauffi bin Hj Ramli dan Hasanah bt Hj Sedek..

Kasih sayangmu pendamai jiwa,

Doa restumu memberkati perjalananku ke puncak menara gading

Dorongan dan sokonganmu ibarat pembakar obor diriku,

Jutaan terima kasih untuk segalanya…

Untuk abang serta adik-adik….

Jadikanlah kejayaanku ini sebagai pembakar semangat buatmu untuk mencipta

kejayaan yang lebih gemilang buat keluarga kita,

Sesungguhnya ibu dan ayah mengharapkan kejayaan dari anak-anaknya..

Buat insan yang teristimewa..

Sokonganmu memberikan kekuatan untukku meneruskan perjuangan ini

Buat sahabatku…

Noraini, Sharmizal, Nurhidayah, Norziana serta rakan-rakan SPC

Terima kasih atas jasa kalian…

Memori yang kita cipta bersama akan tetap terpahat indah dalam kamus hidupku..

Sesungguhnya aku berbangga menjadi sahabat kalian.

Page 6: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Nya atas kudrat yang dikurniakan, maka Projek

Sarjana Muda ini dapat disempurnakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada PM Aziz Bin Nordin selaku pensyarah

pembimbing atas bimbingan dan nasihat beliau sepanjang menjalankan projek ini.

Semoga Allah membalas segala jasa baik yang telah dicurahkan selama ini.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan yang tidak terhingga kepada rakan-

rakan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

menjayakan projek ini. Jasa, pengorbanan dan kerjasama kalian akan dikenang

hingga akhir hayat.

Turut tidak dilupakan, sekalung penghargaan kepada ayah dan ibu.

Keprihatinan dan motivasimu pembakar semangat kepada anakmu yang di

perantauan untuk melengkapkan projek ini dengan cemerlang.

Semoga Allah memberkati usaha kita.

Page 7: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

v

ABSTRAK

Interaksi antara guru dan pelajar amat penting dalam proses pembelajaran

yang berkesan. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor penghalang seperti

jumlah pelajar yang ramai bagi sesuatu bilik darjah, masa yang diperuntukkan bagi

sesuatu mata pelajaran yang pendek dan terhad serta kelemahan guru sendiri dalam

menguasai bahasa kedua selaras dengan perlaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Justeru itu,

pembelajaran menerusi e-pembelajaran yang memberi dimensi baru terhadap gaya

pembelajaran kini mampu mengatasinya. Maka, Web Portal bertajuk ‘Chemical

Bonds’ ini dibina sebagai inisiatif untuk guru dan pelajar tingkatan 4 yang

mengambil subjek Kimia khasnya menjalani proses pembelajaran dengan lebih

efektif tanpa had masa di mana sahaja dengan melayari internet. Pembangunan

web portal ini menggunakan satu kursus pengurusan sistem yang dikenali sebagai

MOODLE yang menyokong teori Konstruktivisme. Model reka bentuk ADDIE

dijadikan sebagai garis panduan. Microsoft Office PowerPoint 2007 digunakan

sebagai perisian utama untuk membangunkan nota pembelajaran dengan gabungan

perisian yang lain seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D dan Macromedia

Flash MX yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampaian.

Selain itu, quiz, forum, glossary dan assignment juga turut dibangunkan untuk

membantu proses pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu, teknologi

maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu

Malaysia menjadi sebuah negara yang maju seterusnya merealisasikan Wawasan

2020.

Page 8: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

vi

ABSTRACT

Teacher and students interaction are very important for effective teaching

and learning processes. However, there exist several factors that restrain effective

teaching and learning processes for example larger number of students in one class,

time allocated for the subject during school hours are sufficient, as well as the

teachers weakness in mastering English according to the implementations of The

Teaching of Science and Mathematics in English (PPSMI). Therefore, learning

through e-learning creates a new dimension of learning styles which are able to

overcome the problem. The web portal entitled Chemical Bonds is built as an

initiative for teachers and form 4 students who take the chemistry subject will

undergo more effective learning experiences without any limits by browsing the

internet. The development of this web portal uses a Course Management System

called MOODLE which is align with the Constructivism Theory of learning. The

design ADDIE was chosen as a guideline for the development of the web portal.

The main software used in the development of the learning notes is Microsoft

Office PowerPoint 2007 as well as other supporting software such as Adobe

Photoshop CS2, Ulead Cool 3D and Macromedia Flash MX which involves

English as the lesson delivery language. Other than that, quizzes, forum, glossaries

and assignment were also developed to help create an effective learning

environment. In accordance to that, information technology plays an important role

to ensure our country Malaysia grows into developed nation, making Vision 2020

into a reality.

Page 9: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Rasional Projek 7

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 8

1.7 Kepentingan Projek 8

1.7.1 Guru 8

1.7.2 Pelajar 9

1.7.3 Ibu bapa dan masyarakat 9

1.7.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 9

1.8 Skop Projek 10

1.9 Definisi Istilah 10

Page 10: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

viii

1.9.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 10

1.9.2 Web Portal 10

1.9.3 Bahan Bantu Mengajar 11

1.9.4 E-Buku 11

1.9.5 E-Pembelajaran 11

1.9.6 Perisian Moodle 12

1.10 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Sejarah Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 14

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer 15

2.4 E-Buku 16

2.4.1 Perkembangan e-Buku di Malaysia 17

2.4.2 Kebaikan dan Kekurangan e-Buku 18

2.5 E-pembelajaran 18

2.5.1 Kebaikan E-pembelajaran 18

2.5.1.1 Kos Efektif 19

2.5.1.2 Kandungan Terkini 19

2.5.1.3 Perkongsian Maklumat 19

2.5.1.4 Penyebaran Serentak 20

2.5.1.5 Keluasan Pengguna 20

2.6 Web Portal Sebagai Platform Perkongsian Maklumat 20

2.6.1 Contoh Portal Pendidikan di Malaysia 21

2.6.1.1 Web Portal Pendidikan Utusan Malaysia 21

2.6.1.2 Cikgu.Net 22

2.7 Sistem Pengurusan Moodle 23

2.7.1 Pengurusan Pengguna Moodle 23

2.7.2 Pengurusan Kursus Moodle 23

2.7.2.1 Modul Sumber (Resource Module) 23

2.7.2.2 Modul Kuiz (Quiz) 24

2.7.2.3 Modul Tugasan (Assignment) 24

2.7.2.4 Modul Chat 24

2.7.2.5 Modul Forum(Forum) 24

Page 11: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

ix

2.8 Perisian Sumber Terbuka 25

2.8.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 25

2.9 Aplikasi Teori Konstruktivisme 25

2.9.1 Hubungan Pembelajaran Kimia dan Sosial

Konstruktivisme

26

2.10 Keberkesanan pengaplikasian e-pembelajaran di Malaysia 27

2.11 Perbezaan BBM, PBK dan e-pembelajaran secara umum 28

2.12 Pembelajaran Kimia 29

2.12.1 Tahap kefahaman dan miskonsepsi pelajar bagi

tajuk Chemical Bonds

29

2.13 Penutup 30

BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Pengenalan Reka Bentuk 32

3.3 Kaedah Perlaksanaan 33

3.3.1 Fasa Analisis (Analysis) 34

3.3.1.1 Keperluan Pengguna 34

3.3.1.2 Persekitaran Pembelajaran 35

3.3.2 Fasa Reka Bentuk (Design) 35

3.3.2.1 Objektif Pembelajaran 35

3.3.2.2 Teori Pembelajaran Yang Diaplikasikan 36

3.3.2.3 Keperluan Perkakasan 36

3.3.2.4 Pemilihan Perisian Pembangunan 36

3.3.3 Fasa Pembangunan (Development) 37

3.3.3.1 Prosedur Pembangunan Nota Pembelajaran 38

3.3.3.2 Prosedur Pembangunan Kuiz (Quiz) 38

3.3.3.3 Prosedur Pembangunan Tugasan (Assignment) 38

3.3.3.4 Prosedur Pembangunan Forum 39

3.3.3.5 Prosedur Pembangunan Chat 39

3.3.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 39

3.3.4.1 Skrin ‘Upload’ 40

Page 12: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

x

3.3.4.2 Skrin ‘Turn editing on’ 40

3.3.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 41

3.4 Penutup 42

BAB 4 PEMBANGUNAN BAHAN WEB PORTAL

4.1 Pengenalan 43

4.2 Objektif Pembelajaran 44

4.3 Penghasilan Bahan Web Portal 44

4.3.1 Log in 45

4.3.2 Main Menu 46

4.3.3 Objektif 47

4.3.4 Lesson 47

4.3.5 Penilaian 48

4.3.6 Chat 51

4.3.7 Forum 52

4.3.8 Glosari 53

4.3.9 Survey 53

4.4 Hasil Dapatan Penilaian 54

4.5 Penutup 54

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Rumusan Web Portal Chemical Bonds 55

5.3 Masalah-masalah dalam Proses Pembangunan 56

5.4 Keistimewaan Web Portal Chemical Bonds 57

5.5 Pengendalian Web Portal Chemical Bonds 58

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 58

5.7 Kesimpulan 59

SENARAI RUJUKAN 60

Page 13: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Sejarah Penggunaan Komputer Di Malaysia dalam

Pendidikan

14

2.2 Perbezaan antara BBM, PBK dan e-pembelajaran 28

4.1 Analisis Kuantitatif Web Portal Chemical Bonds 54

4.2 Analisis Kualitatif Bagi Item 15 54

Page 14: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

xii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Paparan Halaman Utama Portal Pendidikan Utusan 22

2.2 Paparan Halaman Utama Cikgu.Net 22

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Reka Bentuk Model ADDIE 33

3.2 Skrin ‘Upload’ 40

3.3 Skrin ‘Turn editing on’ 41

4.1 Skrin ‘Log in’ 45

4.2 Skrin ‘Main Menu’ (Bahagian atas) 46

4.3 Skrin ‘Main Menu’ (Bahagian bawah) 46

4.4 Skrin Objektif 47

4.5 Skrin Tajuk bagi Subtopik Chemical Bond 48

4.6 Skrin Lesson 48

4.7 Skrin ‘Let’s Test Your Mind’ 49

4.8 Skrin contoh Quiz (Aneka Pilihan) 49

4.9 Skrin contoh Quiz (Teka Silang Kata) 50

4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

4.11 Skrin respon bagi jawapan yang betul 51

4.12 Skrin respon bagi jawapan yang salah 51

4.13 Skrin Forum 52

4.14 Skrin Glosari 53

Page 15: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Surat Akuan Pelajar 64

B Soal selidik tentang tajuk Kimia Tingkatan 4 65

C Soal Selidik Penilaian terhadap Web Portal Chemical

Bonds

67

Page 16: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dunia pendidikan hari ini telah melalui satu anjakan paradigma iaitu

perubahan kepada satu peraturan yang baru. Masyarakat telah melalui satu

perubahan era yang besar iaitu dari era pertanian ke era perindustrian dan kini

memasuki era teknologi maklumat. Ledakan teknologi maklumat yang pesat

membawa kepada pengaruh globalisasi menjangkau ekonomi, teknologi, bahasa,

budaya, ideologi, pendidikan dan segenap aspek kehidupan masyarakat hari ini.

Lantas generasi muda harus mempunyai ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan

inilah rasionalnya satu anjakan paradigma harus berlaku kerana masa tidak akan

menunggu kita. Pelajar harus menguasai dan meneroka medium teknologi

maklumat dan perkembangan ilmu pengetahuan untuk bersaing dalam dunia

global. Justeru itu, penggemblengan usaha semua pihak terutamanya tenaga

pengajar di sekolah dan ibu bapa menjadi pemangkin dalam menjayakan

perubahan dalam pendidikan. Masa depan pelajar, malah jatuh bangun bangsa dan

negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru pada hari ini.

Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha

membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju seterusnya merealisasikan

Wawasan 2020. MSC (Multimedia Super Corridor) adalah infrastruktur yang

merupakan pelantar komunikasi berjalur lebar ke arah meningkatkan taraf ekonomi

Page 17: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

2

negara, perdagangan antarabangsa, peningkatan taraf pendidikan rakyat,

peningkatan sains dan teknologi serta pentadbiran yang lebih sistematik. Ia

dilancarkan pada 29 Ogos 1995 oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir

Mohamad dalam ucapan pelancaran di Putrajaya.

Sekolah Bestari merupakan antara aplikasi agenda utama MSC iaitu

jaringan sekolah-sekolah dan kemudahan pendidikan yang lain dengan

menggunakan teknologi maklumat bagi menyediakan para pelajar suasana

pendidikan di zaman teknologi maklumat (Rozinah Jamaludin, 2000). Sekolah

Bestari di peringkat Kementerian Pelajaran telah pun diwujudkan sejak awal tahun

1996. Walau bagaimanapun pada penghujung tahun 1996 terbentuklah konsep

Sekolah Bestari berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Konsep

Sekolah Bestari meletakkan TMK sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P) bestari dan pengurusan sekolah yang cekap (Samat Buang, 2006). Justeru

itu, guru perlu bijak memainkan peranan dalam mengintegrasikan penggunaan

komputer dan teknologi bagi menyempurnakan objektif pendidikan bestari ini.

Pelbagai langkah telah diambil bagi memperkenalkan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat Malaysia. Aplikasi e-

pembelajaran (e-learning) merupakan antara salah satu kaedah pengajaran dan

pembelajaran menerusi TMK yang kini berkembang pesat. E-pembelajaran

ditafsirkan sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan isi

kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Ia juga merupakan latihan yang

dikendalikan menerusi Internet atau rangkaian Internet syarikat (Mohd Koharudin

Mohd Balwi, 2004). Menurut Ismail Zain (2002) pula, e-pembelajaran terbahagi

kepada dua bahagian iaitu Laman Portal Pendidikan (Educational Web Portals)

dan Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management). Fokus utama

penggunaan e-pembelajaran adalah kepada pelajar iaitu mendidik pelajar untuk

berdikari dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya kerana suasana e-

pembelajaran membentuk pembelajaran secara discovery.

Page 18: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

3

Laman Portal Pendidikan (Educational Web Portals) menyediakan pelbagai

bentuk kandungan di alam maya seperti bahan pengajaran, latihan, berita terkini,

mesej, forum dan e-mel (Jennifer Burke, 2001). Kini terdapat pelbagai laman atau

portal pendidikan yang boleh digunakan oleh para pelajar untuk menambahkan

maklumat dan pengetahuan bagi memperkayakan ilmu melalui internet. Contohnya

adalah Portal Pendidikan MySchoolnet atau Malaysia School Network yang

merupakan satu projek yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) berkonsepkan “Pendidikan Melalui Internet”.

Pelbagai bahan pembelajaran boleh dimasukkan dalam web portal yang

merupakan satu kaedah pembelajaran fleksibel di samping membantu guru dalam

proses pengajaran. Antaranya pembelajaran dan pengajaran bagi subjek kimia yang

merupakan satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara

makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan dan

penggunaan bahan. Ia berkait rapat dengan kehidupan manusia dan banyak

memberi sumbangan terhadap kemajuan dalam pelbagai bidang termasuk bidang

perubatan dan perindustrian. Oleh itu, kimia perlu dikuasai oleh pelajar supaya

mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang kini

berteraskan sains dan teknologi. Dengan wujudnya e-pembelajaran, diharap

mampu menarik minat pelajar dalam menguasai subjek kimia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan di alaf baru hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi

maklumat adalah cabaran yang harus ditangani dengan bijak. Guru harus

memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan pelbagai ilmu,

kemahiran dan kreativiti ke arah menimbulkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan, lebih menyeronokkan dan bermakna kepada pelajar.

Justeru itu, para pendidik seharusnya mengorak langkah untuk melengkapkan diri

sebagai pemimpin ilmu yang berketerampilan berasaskan teknologi serta bersedia

Page 19: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

4

menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai

bidang dan menjadi mekanisme urusan seharian.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa terutamanya yang tinggal di

bandar-bandar utama menghantar anak ke pusat tuisyen sebagai satu kebiasaan

untuk memastikan anak mereka mendapat seberapa banyak A dalam mata

pelajaran yang diambil dalam sesuatu peperiksaan. Ada sesetengah ibu bapa yang

tidak mempercayai keberkesanan pengajaran guru di sekolah antara faktor mereka

menghantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen yang tumbuh bagaikan cendawan

selepas hujan terutamanya di kawasan bandar dan kawasan kediaman.

Oleh yang demikian, faktor-faktor penghalang kepada proses pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan perlu di beri perhatian. Menurut Prof. Madya Dr.

Mahzan Arshad dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, (Portal Pendidikan

Utusan, 2008) faktor yang pertama adalah jumlah pelajar dalam bilik darjah di

sekolah-sekolah di Malaysia. Rata-rata sekolah terutamanya di bandar mempunyai

jumlah pelajar yang ramai bagi sesuatu bilik darjah. Jumlah pelajar yang ramai

akan menjadikan guru tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada

setiap individu pelajar. Interaksi antara guru dan pelajar yang amat penting dalam

proses pembelajaran yang berkesan juga terbatas kerana suasana yang sukar

dikawal dan juga pergerakan pelajar mengganggu persekitaran pembelajaran yang

kondusif dan tenang.

Faktor yang kedua adalah masa yang diperuntukkan bagi sesuatu mata

pelajaran yang pendek dan terhad iaitu antara 30 atau 40 minit sahaja juga

merupakan faktor yang boleh mengakibatkan pelajar yang lemah terus tercicir

dalam proses pembelajaran dalam kelas. Tempoh masa tersebut amat terhad

terutama apabila masa pengajaran tersebut terkena pada masa selepas

perhimpunan, selepas rehat, sebelum loceng untuk pulang dibunyikan atau

pergerakan pelajar daripada kelas ke makmal kimia untuk melakukan amali.

Sekurang-kurangnya lima hingga lima belas minit sesi pengajaran akan terbuang

untuk menenangkan para pelajar. Guru terpaksa mengejar masa yang tinggal tidak

Page 20: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

5

lebih dua puluh atau dua puluh lima minit untuk menamatkan rancangan

pengajaran yang telah diperuntukkan pada hari tersebut. Kesannya, tidak semua

objektif pengajaran pada hari tersebut akan tercapai.

Seterusnya adalah faktor guru itu sendiri. Kelemahan guru dalam

menyampaikan pengajaran yang berkesan menyebabkan pelajar lemah dalam

menguasai pelajaran yang di ajar dan akhirnya mempengaruhi pencapaian pelajar.

Pada awal tahun 2003, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah menghendaki guru-guru

mengajar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan untuk subjek

Sains dan Matematik. Walau bagaimanapun terdapat kajian oleh Fadhlina (2008),

menyatakan bahawa tahap kompetensi guru mengajar dalam Bahasa Inggeris

adalah sederhana. Faktor ini juga menyebabkan penyampaian komunikasi guru

yang kurang berkesan dalam menyampaikan isi pengajaran. Komunikasi adalah hal

yang amat penting dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Selain itu kurangnya

kemahiran atau pengaplikasian pelbagai teori pembelajaran dalam proses

pengajaran menyebabkan pelajar kurang berminat untuk belajar. Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan

Kesihatan Johor, Dr. Robia Kosai menyeru agar guru-guru terus memberi

komitmen dan beriltizam tinggi mendidik para pelajar kerana menurut beliau guru

bukan sekadar sumber pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga sebagai ejen

perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Oleh itu, guru harus kreatif dan

inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran

menjadi efektif dan menyeronokkan (Utusan Malaysia, 2008).

Sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti bidang

pendidikan melalui ICT, maka satu inisiatif membangunkan web portal bertajuk

„Chemical Bonds‟ berasaskan MOODLE secara tidak langsung mampu mengatasi

faktor-faktor penghalang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dalam bilik darjah.

Page 21: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

6

1.3 Pernyataan Masalah

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata semasa

merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2008, tugas guru

sebagai pembimbing dan pendidik sentiasa relevan untuk menerapkan pengetahuan

baru menerusi ICT dan kaedah pengajaran dan pembelajaran lebih canggih (Utusan

Malaysia, 2008). Seterusnya memastikan kemudahan ICT sebagi wahana

mengakses maklumat membantu kecemerlangan pelajar dan pada masa yang sama

mendidik mereka mahir menggunakan peralatan berkenaan.

Semasa Majlis Konvokesyen Institut Perguruan Zon Sabah Kali Ke-2 pada

Mei 2008 yang lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri

akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dalam usaha meningkatkan

kemudahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sekolah-sekolah

seperti di Sabah bagi merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Dengan adanya peralatan ICT yang lengkap, kaedah serta teknik pengajaran dan

pembelajaran akan dapat dipelbagaikan dan para pelajar turut mendapat pendidikan

serta pendedahan ICT yang sempurna (Utusan Malaysia, 2008)

Justeru itu, projek pembangunan web portal berasaskan MOODLE bagi

subjek Kimia Tingkatan 4 bertajuk ‟Chemical Bonds‟ ini mampu di aplikasikan

oleh guru dan pelajar bagi membantu mengatasi masalah pembelajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah yang kurang berkesan atas faktor-faktor tertentu.

Dengan wujudnya web portal ini, pelajar tidak mempunyai masalah dalam sesi

pembelajaran kerana ia bergantung kepada individu pelajar sepenuhnya untuk

menentukan bila mereka ingin belajar. Selain itu, interaksi antara guru dan pelajar

lebih berkesan kerana pelajar tidak perlu malu untuk bertanya. Guru juga boleh

mengenal pasti kelemahan pelajar-pelajarnya dengan lebih mudah. Pelajar juga

boleh berkomunikasi antara rakan-rakan melalui forum atau chatting jika ingin

membincangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam pelajaran.

Page 22: T}NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG · PDF fileBERTAJUK CHEMICAL BONDS KIMIA TINGKATAN 4 ... Muda Sains serta Pendidikan ... (Teka Silang Kata) 50 4.10 Skrin Penilaian Sumatif 50

7

1.4 Objektif Projek

Objektif projek e-pembelajaran berasaskan MOODLE dalam topik Kimia

Tingkatan Empat ini adalah untuk membangunkan bahan web portal bertajuk

“Chemical Bonds” yang mengandungi:

Nota Pembelajaran

Penilaian Formatif dan Sumatif (Assesment)

Tugasan (Assignment)

Forum

Ruangan Perbualan (Chat)

1.5 Rasional Projek

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi memberi impak yang

mendalam terhadap amalan penggunaan media pengajaran oleh guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memberikan peluang kepada guru dan

pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini untuk

mempersiapkan diri menghadapi sebarang cabaran teknologi baru akan datang.

Dengan pembinaan web portal ini, guru akan dapat menggunakannya sebagai

alternatif kepada bahan bantu mengajar yang telah sedia ada bagi

mempertingkatkan keberkesanan pengajaran. Tambahan pula, para pelajar juga

boleh belajar dan memahami konsep pembelajaran dengan lebih cepat dengan

bantuan video, gambar yang menarik dan animasi yang dimuatkan di dalam web

portal ini.

Menurut Ismail Zain (2002), laman web portal menyediakan pelbagai

bentuk kandungan di alam maya seperti bahan pengajaran, latihan, rancangan

mengajar, maklumat dan berita terkini, mesej, forum dan e-mel. Oleh itu, ia dapat

digunakan oleh guru, pelajar mahupun ibu bapa dalam proses pengajaran dan

pemantauan pembelajaran.