10

Click here to load reader

Tok Janggut

  • Upload
    ujang

  • View
    5.851

  • Download
    13

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sebuah Biografi Ringkas mengenai Pejuang Islam yang membantu kemerdekaan Malaysia, Tok Janggut @ Haji Hassan bin Panglima Munas dari Kelantan

Citation preview

Page 1: Tok Janggut
Page 2: Tok Janggut

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai TokJanggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahanBritish yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihakBritish di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agamaIslam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Biografi ringkas

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munasitu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggutdiganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’. Inggerisbenar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan ituberikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada merekajika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia danbangsa yang ‘pintar’ akan terjejas. Mereka mengambil keputusanmembunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal,mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagimengelakkan peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut1

Page 3: Tok Janggut

dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggaplelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dannegara. Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidakberhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggutberserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara. Walaupun usahanyamenentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian,semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh dijiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini. Kesedaran Mat Hassanterhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliaudilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850.Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turutdibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masihdi Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberiamanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenalisebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkanpenjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepasberjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung. PerjanjianBangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan,Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggerismanakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam. KehadiranInggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahanpentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas pendudukwatan. Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesarMelayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkandiri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentangpenjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang sepertiTok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Sentimen anti-Inggeris semakinmeningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914.Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjianInggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa merekamenyebelahi England dalam peperangan itu. Keputusan Kelantanmemihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang DuniaPertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwaSyaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihadmenentang British dan sekutunya. Penindasan menerusi kutipan cukaiyang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanyaTok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas

2

Page 4: Tok Janggut

hati.

Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alihpemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagaiperubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yangdiperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisionaldi negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukaiseperti berikut:

* cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun* cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun* kelapa sebanyak 3 sen setandan* sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telahdiambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaanbertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yangberasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas,khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, CheSahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskanuntuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapatsokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff.Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yangdiketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akibuntuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku,Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju kePasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripadaSingapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di KampungMerbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasaterancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalampertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggutdibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari.Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank(Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

3

Page 5: Tok Janggut

Perang Tok Janggut

Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistempentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che WanSulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematianSarjan Che Wan Sulaiman.

Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuhdi bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawahpemerintahan Tuan Long Senik Mulut Merah dengan gelaran SultanMuhamad Shah IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telahmembuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalahcampur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris jugamemperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis danmahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yangsebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatanganInggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaanKelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.

Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggalseorang hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munasmempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenalisebagai Tok Janggut.

Punca konflik

Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang berasal dariSingapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih.Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaanKelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sensepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjingdan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang danlain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasiltanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakanhukuman denda atau penjara.

Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakanoleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada

4

Page 6: Tok Janggut

pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masihtidak dapat membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendakmenjelaskan cukai, mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggudan menyebabkan mereka mengambil keputusan meninggalkan pejabattersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan membayarcukai yang ditetapkan.

Kengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut danpengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadirke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya engganhadir ke mahkamah.

Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu Engku BesarTun Ahmad, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta pendudukdi daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatuperhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di Kampung Merbul,penduduk telah membuat ketetapan untuk tidak mahu membayar cukaikepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnyasampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telahmenghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.

Perang bermula

Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enamorang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul.Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaimantelah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput TokJanggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Jangguttelah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telahberlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebutkerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi olehpolis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut,Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnyamenyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polisyang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggutsetelah merampas senapang mereka.

Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut merekaseramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan

5

Page 7: Tok Janggut

pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke KotaBahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV.

Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telahmenubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadiRaja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadiTimbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar danIshak menjadi Ketua Daerah.

Konflik berlarutan

Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut danrakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagimerampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripadamenghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan.Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya yang dianggap oleh Baginda sebagai orang yang menderhaka.Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menagkap salahseorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishakdan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak $500/-. Hartabenda Tok Janggut dan rakan-rakannya akan dirampas dan rumah merekaakan dibakar.

Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telahmenetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia denganmembuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai BatasBesar Kubu Tok Janggut.

Peranan Inggeris

Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut,Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk jugaPenasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untukmeminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman TokJanggut dan pengikut-pengikutnya.

Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantarsebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untukmemenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar

6

Page 8: Tok Janggut

tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga harikemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui TokJanggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri dan tidakmahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915

askar tersebutkembali ke KotaBahru danm e n u n g g useminggu di sanasebelum kembali keSingapura.

Pada bulan yangsama, sepasukanaskar Inggerisseramai 100 orangyang terdiri daripadaaskar Sikh dansukarelawan Melayu

telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui TokJanggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakanmerampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakarrumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, HajiSaid dan Ishak.

Pertempuran Kampung Saring

Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orangpengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih.Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di KampungSaring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikanpasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangantersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialahAbbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman AnakKerbau.

Walaubagaimanapun, akhirnya askar Inggeris yang lebih terlatih danberpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden,berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telahgugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah

7

Page 9: Tok Janggut

melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.

8

Padang Bank. Di sinilah tempatnya Tok Janggut digantung seperti digambar atas.

Page 10: Tok Janggut

9

Makam Tok Janggut

Makam Tok Janggut

Keterangan mengenai Tok Janggut pada marmar