Tokoh Ilmuan Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Academic

Citation preview

TOKOH-TOKOH ILMUAN ISLAM

IBNU SINABAPA PERUBATAN MODEN

Ibnu Sina atau Abu Ali Al-Husain binAbdullah bin Sinamerupakan seorang Parsi iaitu dari suku kaum Tajik. Inu Sina mula terkenal dalam bidang perubatan apabila beliau berjaya mengubatu putera Nuh bin Nas Al-Samani yang gagal diubati oleh doktor-doktor lain . Semasa di Hamadan , Ibnu Sina berjaya menyiapkan karya perubatannya yang terkenal iaitu Al-Qanun I Al-Tibb . Ini adalah sebuah ensiklopedia perubatan yang terdiri daripada 5 jilid. Beliau telah menyenaraikan ubat-ubatan dan penyakit penyakit yang dihidapi oleh manusia, melibatkan semua bahagian anggota badan. Ia juga turut memuatkan 760 ubat-ubatan. Ibnu Sina juga bertanggungjawab memperkenalkan cara mengubati penyakit jiwa dan tekanan perasaan melalui kaedah perubatan yang dikenali sebagai Psokoterapi . Di samping itu , pakar-pakar perubatan mengakui bahawa Ibnu Sina adalah orang yang bertanggungjawab mengubati penyakit-penyakit yang serius seperti barah , termasuk barah usus. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir nya di Hamadan pada tahun 1037 Masihi.

BNU KHALDUNBAPA SAINS KEMASYARAKATAN

Ibnu Khaldun bukan sahaja diangap sebagai bapa ilmu sosiologi tetapi turut dikenang sebagai seorang pemikir dan berpengetahuan dalam bidangpolitik serta diplomatis dan seorang yang mahir dalam ilmu-ilmu kenegaraan.Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun atau Ibnu Khaldun , telah dilahirkan di Tunisia pada 27 Mei 1332. Ibnu Khaldun telah belajar dengan beberapa orang cerdik pandai Islam antaranya, Muhammad As-Satti , Abdul Muhaimin dan Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. Ibnu Khaldun pernah menjawat pelbagai jawatan termasuklah memegang jawatan bertaraf Menteri iaitu menjadi Setiausaha Negara, Duta, Pengetua atau Guru Besar serta menjadi Ketua Hakim. Bahkan Ibnu Khaldun pernah menjadi Perdana Menteri ketika pemerintahan Amir Abdullah dan Sultan Abu Hammu iaitu pemerintah di Bijanah. Salah sebuah karya yang telah berjaya ditulis ialah Muqaddimah iaitu sebuah buku pengenalan sejarah . Ianya terdiri dari 6 buag bab. Bab 1 menyentuh tentang sosiologi umum , dalam bab 2 dan bab 3 sosiologi ekonomi. Sementara akhir sekali bab 6 berkaitan sosiologi ilmu pendidikan. Selain, Muqaddimah , beliau turut menulis beberapa buah buku seperti Kitab Al-Tasrif dan Kitab Al-Ibar. Kitab Al-Tasrif menerangkan sebuah biografi tentang diri beliau sendiri. Dalam buku MUqaddimah , beliau banyak membincangkan prinsip dan falsafah ekonomi Islam termasuk tentang keadilan , kerjasama dan kesederhanaan serta bekerja keras. Ibnu Khaldun turut membincangkan tentang kenaikan tetap pada paras harga yang menurut beliau diperlukan untuk mengekalkan tahap pengeluaran atau produktiviti. Beliau juga menerangkan kaitan di antara pertumbuhan ekonomi dan pembahagian tenaga buruh dengan pasaran , di mana pengaruh pasaran amat penting dalam menentukan kedua-duanya.IBNU FIRNASJUTERA DAN JURUTERBANG PERTAMA DI DUNIA

Ibnu Firnas telah berjaya menrbangkan alat peluncur pada tahun 875 Masihi , iaitu seribu tahun lebih awal daripada kejayaan kejayaan yang dilakukan Ovirle Wright dan Wilbur Wrig ( Wright Bersaudara ).

Nama sebenar Ibnu Firnas ialah Abbas Ibnu Firnas dan dikenali sebagai Abbas Qassim bin Firnas. Ibnu Firnas adalah seorang jurutera, pencipta, ahli muzik, ahli fizik, dan juga penyair. Ibnu Firnas telah berjaya mencipta sepasang sayap untuk terbang. Sayap tersebut menyerupai konsep wau dan berfungsi seperti mesin peluncur (glider) yang ada sekarang, ianya diilhamkan daripada pemerhatian beliau bagaimana burung-burung terbang pada tahun 875. Ibnu Firnas telah membuat sepasang bingkai kayu yang menyerupai sayap burung dan dilekatkan dengan bulu-bulu. Setelah berjaya menyiapkan model sayap terbang tersebut, beliau telah terjun dari bukit yang bernama Al-Arus (Mount of the Bride) dengan menggerakkan kedua-kedua belah tangannyadengan tujuan mengibarkan sayap terbang yang direkanya. Beliau berjaya terbang buat seketika sebelum berpatah balik ke tempat beliau mula-mula terjun dan ketika itulah beliau tidak dapat mengawal sayap terbang menyebabkan beliau jatuh. Akibatnya beliau mengalami kecederaan pada bahagian punggungnya yang menyebabkan aktiviti beliau terbatas. Beliau meninggal dunia pada tahun 887 iaitu setelah dua belas tahun beliau berjaya dalam ujian penerbangannya.

IBNU AL-HAITHAMBAPA ILMU OPTIK MODEN

Salah seorang cerdik pandai Islam yang telah diiktiraf oleh dunia barat akan sumbangan besar yang telah diberikan ialah seorang pakar mata bernama Al-Haitham.

Ibnu Al-Haitham atau nama sebenar Abu Ali Al-Hasan bin Al-Hasan bin Al-Haitham. Dalam kalangan cerdik pandai barat, beliau lebih dikenali Al-Hacen atau Al-Hazen . Beliau telah menyiapkan karyanya yang terkenal iaitu Al-Manazir atau Buku Optik. Buku ini mempunyai tujuh bab yang meliputi optik, fizik, matematik, anatomi dan psikologi. Al-Haitham telah membuktikan bahawa cahaya sebenarnya terhasil daripada objek yang dilihat. Al-Haitham juga menyatakan, bahawa cahaya bergerak dalam satu garis lurus. Ibnu Al-Haitham, juga melakukan uji kaji terhadap kaca, termasuk dengan cara membakarnya. Hasil daripada ujikaji tersebut, tercetus idea teori kanta pembesar. Ibnu Al-Haitham juga banyak menulis tentang falsafah, ilmu lojik, metafizik, dan hal-hal yang berkaitan dengan agama. Berdasarkan kajian beliau, akhirnya tercipta mikroskop, teleskop, dan kamera. Banyak istilah dalam bidang ilmu optik adalah hasil daripada istilah yang diperkenalkan oleh Ibnu Al-Haitham seperti katarak, retina, dan lain-lain. Beliau juga memperkenalkan beberapa penyakit yang berkaitan dengan mata seperti glaukoma, katarak mata , dan trakoma.

AL-ZAHRAWIPAKAR PEMBEDAHAN MODEN

Salah satu daripada alat yang digunakan oleh Al-Zahrawi iaitu KATGUT masih digunakan dalamPembedahan moden sekarang ini bagi tujuan jahitan dalaman.

Al-Zahrawi atau nama sebenar Abu Al-Qassim Khalaf bin Al-Abbas Al-Zahwani dikenali sebagai Bapa Ilmu Perubatan Moden. Beliau dilahirkan pada tahun 936 Masihi. Di Negara Barat beliau dikenali sebagai Abulcasis. Pada tahun 1000 Masihi. Al-Zahrawi telah berjaya menyiapkan ensiklopedia perubatan yang berjudul Kitab Al-Tasrif yang merangkumi tajuk-tajuk tentang pembedahan, ubat-ubatan, ortopedik, oftalmologi, farmokologi dan nutrisi. Beliau juga menyentuh penyakit yang berkaitan dengan darah iaitu hemophilia dan turut menggambarkan penggunaan forsep dalam kelahiran bayi. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut di mana beliau telah membuat lakaran alat-alat yang digunakan untuk rawatan pergigian. Beliau menjadi orang pertama memperkenalkan teknik tisu dalam 50 jenis pembakaran yang berbeza.

AL-RAZIBAPA PERUBATAN ARAB

Al-Razi adalah lambing seorang doctor pakar yang menguasai pelbagai cabang ilmu kedoktoran dan perubatan.

Nama sebenar Al-Razi ialah Muhammad bin Zakariya Razi. Di Negara Barat, beliau dikenali sebagai Rhazes atau Rasis dan digelar sebagai Bapa Perubatan Arab. Beliau merupakan guru kepada Ibnu Sina. Al-Razi telah mempelajari ilmu perubatan daripada Ali bin Sahl Rabban Al-Tabari yang berasal dari Merv. Karya Al-Razi yang berjudul Al-Judari wa Al-Hasbah (On Smallpox and Measles) adalah buku pertama yang menggambarkan tentang penyakit cacar dan campak serta perbezaannya. Beliau bukan sahaja seorang yang pakar dalam bidang farmasi dan kimia, malah telah membuat beberapa pengelasan tentang bahan-bahan galian, peralatan serta radas yang digunakan, lengkap dengan arahan yang terperinci. Beliau juga merupakan doktor pertama yang menggunakan dadah sebagai pelali untuk pembedahan pesakitnya. Al-Razi telah menulis lebih daripada 200 buah karya dan sebanyak 21 daripadanya adalah berkaitan kimia.

AL-JAZARIPERINTIS KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN ILMU ROBOTIK

Al-Jazari meninggalkan jasa yang banyak dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan system robotic serta computer analog sehingga dianggap oleh cendikiawan barat sebagai pelopor kejuteraan mekanikal moden.

Dia dipanggil Al-Jazari atau nama sebenarnya Badi Al-Zamanabulezz bin Ismail bin Al-Razzaz Al-Jazari. Beliau merupakan tokoh yang paling awal mencipta mesin dan robot. Ketika bekerja di Istana Artuklu, beliau telah berjaya mencipta dan membina satu sistem pembekalan air ke masjid dan ke hospital di Diyarbakir, Turki. Kejayaan sistem pengairan tersebut begitu mengkagumkan kerana ia menggunakan gear yang dicipta dan digerakkan dengan menggunakan kuasa air. Dengan itu menolak sekali gus menolak anggapan yang menyatakan bahawa Leonardo da Vinci (1452 1519) adalah orang yang pertama mencipta dan menggunakan gear hidraulik dan mekanikal, walhal orang yang pertama mencipta dan menggunakannya adalah Al-Jazari. Al-Jazari Berjaya menghasilkan sebuah buku yang diberi nama Kitab Fi Makrifat Al-Hiyal Al-Handasiyya yang bermaksud Buku Pengetahuan yang berkaitan dengan peralatan mekanikal yang bijaksana. Al-Jazari banyak membuat model mesin dan peralatan tertentu seperti jam air, pemain muzik automatik, robot penghidang makanan atau pelayan, pintu pagar automatik, mesin pembasuh tangan automatik dan lain-lain.

AL-KINDITOKOH FALSAFAH DAN PAKAR PENTERJEMAH

Al-Kindi dikenali sebagai seorang ahli falsafah yang ulung di samping Al-Farabi , Ibnu Sina , Ibn Rusyd dan Al-Ghazali .

Al-Kindi dikenali sebagai ahli falsafah yang ulung di samping Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan Al-Ghazali. Beliau juga dikenali sebagai seorang penulis kaligrafi. Al-Kindi membahagikan daya jiwa kepada 3 iaitu; pertama, daya bernafsu (appetitive), kedua, daya pemarah (irascible) dan ketiga daya berfikir (cognitive/rational). Menurut Al-Kindi, sumber pengetahuan itu adalah pancaindera, akal, dan imaginasi. Beliau berjasa dalam memperkenalkan masalah metafizik, psikologi, etika serta pendekatan yang berdasarkan pada kaedah logik dan ilmiah. Selain terkenal sebagai seorang ahli falsafah, beliau turut memberi sumbangan dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk matematik, perubatan, astronomi dan lain-lain. Al-Kindi pernah digelar sebagai Kamus Aneka kerana kepelbagaian ilmu pengetahuan yang dikuasainya. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 873 Masihi ketika berusia lingkungan 72 tahun.

AL-KHAWARIZMIPAKAR MATEMATIK ISLAM TERUNGGUL

Al-Khawarizmi telah mencatat nama yang gah dalam sejarah ilmu matematik dan diiktiraf sebagai tokoh cendekiawan yang memperkenalkan Algebra dan ilmu hisab dalam ilmu matematik moden.

Al-Khawarizmi telah mencatat nama yang gah dalam sejarah ilmu matematik dan dikagumi oleh cerdikk pandai barat. Di barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai Al-Goritmi, Al-Cowarizmi, atau Al-Gorism. Karya Al-Khawarizmi yang terkenal adalah Al-Mukhtasar Fi Hisab Al-Jabr Wal Muqabala yang merupakan sebuah buku tentang al-gebra di mana ianya digunakan bagi tujuan dan penyelesaian masalah pembahagian harta pusaka, wasiat, pembahagian hartanah, perniagaan seperti urusan jual beli. Beliau juga telah mengembangkan jadual terperinci trigonometri yang memuatkan fungsi, kosinus dan kotangen serta konsep diferensiasi. Al-Khawarizmi telah memperkenalkan penggunaan nombor kosong atau sifar dalam sistem penomboran Arab dan ia kekal digunakan dalam sistem penomboran sekarang. Al-Khawarizmi juga turut member sumbangan dalam geografi dan astronomi.

AL-FARABIAHLI FALSAFAH SERBA BOLEH

Al-Farabi bukan sekadar menguasai ilmu falsafah , tetapi beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang perubatan , sains, matematik , sosiologi , sejarah , dan lain-lain.

Nama sebenar Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Al-Farabi. Salah seorang gurunya yang paling awal ialah Yuhanna bin Haylan. Melalui Yuhanna, Al-Farabi belajar ilmu logistik termasuk mempelajari karya-karya Aristotle. Beliau banyak membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan angka , kaitan antara ilmu logik dan tatabahasa dan lain-lain. Beliau juga turut mengkaji falsafah dan teori Socrates dan Plato. Al-Farabi berpendapat bahawa seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Beliau turut berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Dalam bukunya Al-Madina Al-Fadila, Al-Farabi telah menghuraikan teori tenteng sebuah neara ideal sewajarnay dipimpin oleh Nabi atau golongan yang mempunyai kewibawaan dalam bidang agama. Al-Farabi bukan sekadar menguasai ilmu falsafah, tetapi beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang perubatan, sains, matematik, sosiologi, sejarah dan lain-lain lagi. Di sampinbg itu, Al-Farabi juga merupakan seorang pemuzik yang handal.

AL-BATANIASTRONOMI ISLAM YANG ULUNG

Ketokohan Al-Batani dalam bidang astronomi memang tidak dapat dinafikan dan diakui oleh cerdik pandai dari barat.

Al-Batani adalah seorang cendekiawan Islam yang terulung dalam bidang astronomi. Salah satu pencapaian Al-Batani yang cukup terkenal ialah apabila beliau membuat kiraan tahun matahari. Menurut beliau , satu tahun matahari adalah bersamaan dengan 365 hari , 5 jam 45 minit dan 24 saat. Selain daripada itu, Al-Batani juga berhasil mengubah system perhitungan apabila beliau menambahkan 12 jam untuk waktu malam sehingga menjadikan jumlah 24 jam dalam satu hari. Selain meminati ilmu astronomi , Al-Batani juga menguasai ilmu matematik khususnya yang berkaitan dengan trigonometri yang penting bagi sudut kanan segi tiga sebagai berikut: b sin ( A ) = a sin ( 90 A ). Karya Al-Batani yang tyerkenal adalah Kitab Al Zij yang merupakan fakta-fakta penting dalam bidang astronomi dan trigonometri.

Ibnu Zuhr

Ibnu Zuhr atau nama sebenarnya Marwan Abdul Malik bin Zuhr atau dikenali sebagai Avenzoar, Abumeron atau Ibnu Zohr di kalangan cerdik pandai di barat. Dalam sejarah ilmu perubatan, Ibnu Zuhr dikenali sebagai bapa kepada pembedahan uji kaji kerana telah bertanggungjawab memperkenalkan kaedah uji kaji pembedahan. Beliau telah memperkenalkan kaedah pembedahan bahagian-bahagian tertentu tubuh manusia atau autopsy, mencipta prosedur atau peraturan pembedahan Tracheotomy, menemui kewujudan parasit dan lain-lain lagi. Penulisan Ibnu Zuhr yang paling terkenal ialah Kitab Al-Taisir Al-Muwadat wa Al-Tadbir, di mana beliau memperkenalkan kaedah uji kaji dalam pembedahan, yang menyebabkan beliau digelar Bapa Pembedahan Uji Kaji. Ibnu Zuhr adalah ahli perubatan yang bertanggungjawab mencipta prosedur pembedahan Tracheotomy, di mana beliau adalah orang yang pertama memberikan gambaran yang tepat bagi pelaksaan pembedahan Tracheotomy bagi para pesakit yang menghidapi kelemasan atau kesukaran bernafas. Beliau turut dikatakan bertanggungjawab memperkenalkan kaedah nutrisi kepada manusia melalui penggunaan jarum suntikan. Melalui kaedah ini, makanan buatan dapat disalurkan kepada para pesakit