tokoh titas

Embed Size (px)

Citation preview

Al-Farabi Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy.

Digelar Aristotle kedua.Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah AlFarabi.

Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif alDaulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).

Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai pelbagai bahasa.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai

kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.

Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan

sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu AlNadim pada tahun 988M.

Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya.Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

Ibnu Khaldun Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun atau lebih dikenal dengan sebutan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar Islam yang hidup antara tahun 1332 1395.Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal pada 17 Maret 1406 di Kaherah, Mesir.Terlahir dari keluarga yang cukup mampu, Ibn Khaldun mampu mengeyam pendidikan yang cukup baik. Ia dikenal sebagai pakar sejarah Arab yang terbaik dan ia dikenal pula sebagai ahli sejarah kebudayaan dan ilmu sosial modern. Ibn Khaldun juga dikenal turut mengembangkan falsafah pemikiran Arab yang tidak berasaskan pada keagamaan paling awal, seperti yang terkandung dalam karyanya Muqaddimah (Pendahuluan atau Pengenalan). Ibn Khaldun juga dikenal sebagai ahli sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. Ibn Khaldun menjabat beberapa pekerjaan di bawah pemerintahan Tunisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja di Granada. Pemahamannya yang kuat terhadap Al Quran, kemampuannya dalam bidang hukum dan

ketatanegaraan pun membuat ia sempat menjadi pegawai pemerintah di damaskus dan Kairo, sebagai ahli hukum dan ketatanegaraan.

Sebagai penasehat politik yang memiliki padangan dan pemahaman luas terhadap berbagai negara Muslim, ia membangun kemampuan pemahaman dalam mengamati dan menganlisa perkembangan ekonomi, politik, dan sosial pada imasanya. Karya-karyanya dipelajari ulang pada permulaan abad ke 19 oleh ahli-ahli Arab maupun Eropa. Bagi banyak masyarakat Arab ia dipandang sebagai sumber inspirasi dalam menemukan identitas dan definisi baru dalam hubungan masyarakat Arab dengan Barat. Sementara itu bagi para ahli-ahli yang ada di Barat Ibn Khaldun diinterpretasikan sebagai perwujudan kemunculan tradisi pemikiran rasionalistik Islam dan tokoh terdepan dalam pemikiran ekonomi dan sosilogi di dunia Islam. Beberapa ahli bahkan menyebut Ibn Khaldun sebagai Bapak Ekonomi (father of economics) yang sebenarnya atau dengan sebutan Bapak Ilmu Sosial Modern (father of modern social science) serta mengklaim bahwa ide-ide yang digagas oleh Ibn Khaldun paling tidak mengilhami atau dicetuskan kembali, empat abad kemudian, oleh pemikir-pemikir seperti Adam Smith atau David Ricardo, dan kemudian oleh Karl Marx atau John Maynard Keynes. Trelepas dari berbagai perbandingan yang cukup membingungkan, kedalaman dan analisa yang kuat dari berbagai karya yang dihasilkannya sangat mengagumkan. Terutama pada karyanya Muqaddimah, yang berati sebuah pendahuluan atau pengantar dari berbagai karyanya yang kemudian mengenai sejarah. Dalam karyanya ini Ibn Khaldun membangun teori perburuhan, termasuk ide menarik mengenai teori tentang nilai, teori pembagian kerja, teori mengenai perpajakan dan berbagai kerangka teori yang menyangkut beberapa area lainnya dan dapat dikatakan sebagai area modern untuk ukuran saat itu. Dalam berbagai tulisan mengenai ekonomi Ibn Khaldun menyokong adanya pasar terbuka yang didasari oleh permintaan dan penawaran. Ia juga menolak diberlakukannya cukai atau bea/pajak yang terlalu tinggi, perdagangan dengan orang asing dan percaya kepada

kebebasan memilih bagi rakyat serta membiarkan mekera bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Karya-karya Ibn Khaldun bermula pada penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan suku-suku nomaden yang masih ada di wilayah Arab pada saat itu, yang dianalisa melalui pendekatan sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun dalam berbagai karyanya mempercayai bahwa berbagai hal yang telah ditetapka Allah didalam Al Quran boleh dibuktikan secara empirik. Ibn Khaldun juga turut memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ia membangunkan idea bahawa tugas pemerintah adalah memberikan perlindungan kepada rakyatnya dari berbagai ancaman, melindungi harta mereka, menghindari adanya penipuan dalam perdagangan, mengurusi pencetakan uang, dan melaksanakan tata pemerintahan yang baik dengan memadukan persoalan social dengan kepentingan politik tanpa pemaksaan. Ada satu kutipannya yang menarik: Siapapun juga jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakan tenaganya secara paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar ,hendaklah ingat bahwa ini adalah apa yang dimaksud oleh Pemberi Hukum sebagai melarang ketidakadilan. - Ibn Khaldun Apa yang membuat Ibn Khaldun menjadi menarik bagi kaum liberal pada saat ini adalah pandangan dan dukungan kuatnya terhadap perekonomian bebas dan

kebebasan memilih sebagai dasar terkuat kestabilan suatu negara, yang diperkuat oleh kerangka hubungan social dan bukan hanya oleh kekuasaan politik semata. Ia juga memberikan inspirasi bagi banyak kelompok Liberal di dunia Muslim yang mengalami

penderitaan akibat tekanan dan pembatasan yang terjadi di lapangan ekonomi dan politik.

Ibn Khaldun memutuskan untuk pindah ke Alexandria, Kairo, Mesir, pada Oktober 1382, dimana ia menghabiskan hidupnya sebagai pengajar pada universitas AlAzhar dan beberapa universitas lain. Ibn Khaldun pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, yang pada saat itu berkuasa di Kairo, Mesir dan sempat pula mengerjakan ibadah haji pada tahun 1387.Ibnu Sina Dikenali sebagai Avincenna di kalangan masyarakat barat merupakan ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan eropah . Hasil karya berjudul al qanun fi al tibb ( peraturan perubatan ) merupakan suatu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang 14 jilid . Dari segi penggunaan ubat , diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden banyak diambil daripada Ibn Sina .

Pada kurun 12 masihi , Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo ( Sepanyol ) telah menterjemah hasil karya Ibn sina ke dalam bahasa Latin . hasil karya ibn sina menjadi rujukanb utama dalam bidangperubatan di universiti universiti eropah sehingga kurun ke 17 . Karyanya telah disalin 16 kali , 15 edisi dalam bahasa latin dan sebuah dalam bahasa Hebrew ( yahudi ) . Menjelanag abada ke 16 , hasil karyanya dicetak sebanyak 21 kali . Penulis barat menganggap Ibn sina adalah Bapa Doktor kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan yunani Hippocrates dan Galen , dan pengalaman daripada ahli perubatan India dan persi serta pengalaman beliau sendiri .

Dalam perkara tauhid , ibn Sina telah terpengaruh dengan falsafah Palto dan Aristotle , sebagaiman dihuraikan oleh Imam Al Ghazali ( tahfut Al falasifah ) ( ketidakseimbangan dalam pemikiran tasauf ) . Sumbangan umat Islam ketara dalam ilmu perubatan adalah dari segi pengalaman dan kebolehan mereka untuk mengubat . Dalam konteks ini , ibn sina telah memperkembangkan ilmu Psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali sebagai ilmu perubatan psikosomatiks . Beliau memperkembangkan diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenal pasti dalam beberapa saat sahaja ketidakseimbangan yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim ( doktor doktor muslim ) di Pakistan , Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani . Seorang doktor tabii dari Amerika Syarikat ( 1981 ) melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan , China , india dan parsi sangat berkebolehan dalam penentuan penyakit melalui denyutan jantung . kaedahnya bukan sahaja mengira berapa denyutan , kandungan kelembapan di paras kulit dekat denyutan itu dan sebagainya . Dari ukuran ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihadapi di dalam tubuh manusia / pesakit .

Ibn Sina juga menyedari pentingnya emosi dalam pemulihan seseorang pesakit . apabila seseorang mengalami sakit jiwa kerana dipisahkan dengan kekasihnya , maka beliau boleh mendapatkan nama dan alamat kekasihnya itu . menurut beliau , caranya adalah untuk menyebut banyak nama nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan nadi ( pulse ) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir hampir terhenti , seseorang itu hendaklah mengulangi proses tersebut . Dengan cara sedemikian , nam jalan , rumah dan keluarga disebutkan . Selepas itu jika anda tidak tidak dapat mengubat penyakitnya melainkan dengan menemukan si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah , ( terjemahan ) . Ibn sina

adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru paru adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit . beliau memberikan dengan tepat tanda tanda penyakit kencing manis dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya . Beliau sangat berminat dalam bidang berkenaan kesan minda atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi .

Sepanjang riwayat hidupnya , ibn sina telah menghasilkan 250 buah karyanya yang kekal ke hari ini termasuk 116 buah karya dalam bidang ilmu perubatan . banyak karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa karya dalam bahasa Parsi . karya beliau iaitu Qanun fi al tibb merupakan karya terkenal di eropah dan dicetak berualang kali pada zaman renaissance . karya beliau ini mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di eropah pada zaman Renaissance dan merupakan buku rujukan yang utama di universiti hingga kurun ke 17 .

Al-Khawarizmi Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. AlKhawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.

Beliau telah menciptakan

pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad

pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangensdalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contohpersoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh alKhawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia pentingdalam sistem nombor pada zaman sekarang. Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat. Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De NumeroIndorum.

2. Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagaibidang.

3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalamBahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan iamengenai algebra.

5. Al-Amal bi Usturlab 6. Al-Tarikh

7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.

Ketokohan al-

Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan alkhawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintangbintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Spanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. AlKhawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur.... Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata.... al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

Al-Biruni Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.

Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.

Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.

Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristian.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah

berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya

Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.

Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-

Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya.

Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan.

Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

Al-Ghazali Imam Al Ghazali r.a.h adalah tokoh ilmu sufi yang terkenal, lebih lebih lagi di kalangan mereka yang mempelajari kitab kitab karangan beliau seperti ihya ulumuddin,minhajul abidin,bidayah alhidayah dan lain lain lagi.

Nama sebenar imam Alghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al ghazali Altusi.Beliau lebih dikenali dengan panggilan Alghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya iaitu ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah Kharasan, Parsi, (Iran). Dengan itu Alghazali bererti org ghazalah, kemungkinan juga panggilan tersebut dinisbahkan kepada bapanya seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa arabnya dikatakan alghazzal.

Imam Alghazali juga digelar Abu hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Beliau juga digelar hujjatul islam iaitu suatu gelaran penghormatan yang diberikan kepadanya

kerana kejituan dan kekuatan hujjahnya di dalam membela agama islam.

Abu Hamid Muhammad Alghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama' yang luas ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah islam dan dunia. Dalam ilmu feqah beliau bermazhab syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran assyaari atau ahlu sunnah wal jamaah. Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan 1058M.

Bapanya adalah seorang miskin yang soleh, makan dari hasil usaha sendiri menenun pakaian daripada bulu kemudian menjualnya di pekan Tusi.Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama' sufi. Beliau meninggal dunia semasa Alghazali dan saudaranya yg bernama Ahmad masih kecil tetapi sempat menyerahkan sedikit wang saraan serta mewasiatkan tentang pengurusan pembelajaran kedua anaknya itu kepada sahabatnya yang miskin yang menjadi guru dan ahli tasawwuf.

Sahabatnya itu telah mendidik dan mengajar mereka berdua menulis sehinggalah wang peninggalan bapanya habis.kemudian sahabat itu telah menasihatkan Alghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi belajar di sebuah sekolah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam Al malik,yang memberi saraan makan, pakain dan buku buku kepada pelajarnya. Beliau sendiri tidak mampu menyara mereka berdua.

Dengan itu, mereka berdua meninggalkan ghazlah menuju Tusi. Di sana Alghazali belajar membaca, menulis ,menghafal Al Quran, ilmu nahu, bahasa arab, ilmu matematik dan juga ilmu feqah daripada As Syeikh Ahmad bin Muhammad ArRazakani.Beliau amat suka mempelajari ilmu feqah dan perundangan islam sementara saudaranya Ahmad amat suka mempelajari ilmu tasawwuf dan akhirnya menjadi ahli sufi dan pendakwah yang masyhur digelar Abu AlFatuh.

Pada tahun 469H,Alghazali telah melanjtkan pelajarannya ke Jarjan berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili.Di sana beliau telah berkahwin kemudian beliau pulang ke Tusi selama tiga tahun. Dalam masa ini beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj,seorang sufi terkenal.

Dalam perjalanan pulang ke tusi daripada Jarjan,Alghazali telah dirompak termasuk kertas catitan pelajarannya.Daripada peristiwa itulah beliau mulai menghafal pelajarannya tidak lagi bergantung kepada nota catitan lagi.

Pada tahun 471H, Alghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizmiyyah di Naisabur. Di sana beliau belajar daripada Abu Almaa'li, Diyaauddin Aljawaini yang terkenal dengan gelaran Imam haramain. Berbagai cabang ilmu pengetahuan telah dipelajari daripadanya samada ilmu agama seperti feqah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik,jidal,hikmah dan lain lain sehingga beliau mengetahui berbagai mazhab, perbezaan pendapat masing masing dan beliau dapat menolak tiap tiap aliran yang dianggap salah. Bahkan beliau dapat

mengimbangi keilmuan gurunya itu.Di sini beliau mula mengarang berbagai buku dan berbagai bidang, diantara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al mankhul.

Sewaktu berada di Naisabur, Alghazali juga mempelajari teori dan amalan tasawwuf daripada seorang alim fakih dan ketua ahli sufi disana yang bernama Alfaramdi.Al ghazali juga belajar tasawwuf daripada Abu Bakar Al warak dan Abu Bakar Altusi.

Selepas kematian gurunya, Alghazali telah berpindah ke Muaskar atau askar,suatu tempat di Iraq, atas jemputan Nizam Almalik. perdana menteri dari Sultan Turki yang berkuasa di bawah pemerintahan khalifah Abbasiyyah dari Baghdad. Di Muaskar, Alghazali diminta memberi pengajaran ssekali dalam dua minggu dihadapan pembesar dan para ahli ilmu disamping kedudukannya sebagai penasihat agung kepada perdana menteri. Dengan itu kedudukannya semakin penting dikalangan rasmi.Pengajian dua mingguan itu berlangsung selama lima tahun.

Selepas itu pada tahun 484H Alghazali telah dilantik menjadi Profesor kanan di universiti Nizmiyyah di Baghdad.Waktu itu beliau baharu berusia 34 tahun.Perlantikan ke jawatan itu belum pernah diberikan kepada sesiapa pun pada usia yang sebegitu muda,perlantikan itu adalah merupakan suatu penghormatan tertinggi di dalam dunia islam ketika itu.

Sheikh Tahir Jalaluddin Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak Melayu

Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disunting perkataan Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal.Nama lengkap Syeikh Tahir Jalaluddin ialah Muhamad Tahir bin Syeikh Muhammad. Beliau dilahirkan pada hari Selasa, 4 haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah bersamaan 7 haribulan Disember 1869 Masehi di Empat Angkat (Ampek Angkek), Bukit Tinggi Sumatera Barat. Ayah beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera. Di dalam masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking. Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua tahun. Oleh kerana Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan oleh ayah dan ibunya, beliau telah dipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang usianya lebih kurang sebelas tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah beliau tinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab Imam Syafie di Masjid al-Haram. Syeikh Tahir telah datang ke Mekah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuk sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Mekah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib di dalam pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Quran dan mentajwidkan Quran daripada Tuan Syeikh Abdul Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keugamaan dipelajarinya dari Syed Umar Syah, Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya

sendiri Syeikh Ahmad Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh Tahir menetap di Mekah, beliau berpeluang mempelajari ilmu-ilmu ugama dengan mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir teristimewa berhubung dengan masalah amalan beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk dengan amalan bidaah. Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliah bagi masyarakat Jawi di Mekah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan Syeikh Ahmad Khatib telah mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari guru-guru lain di Mekah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan beliau dari segi keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebangaan kepada masyarakat Melayu Indonesia dan Tanah Melayu. Setelah tujuh tahun berada di Mekah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang ke tanah airnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali semula ke Mekah untuk menyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada tahun 1306 H. (1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail Al-Khalid Kabul. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka beroleh dua orang anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Mekah ketika Syeikh Tahir berada di sana. Semenjak beliau tinggal di Mekah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan (Ilmu ucapan dan keterangan yang fasih), Maani (ilmu makna-meaning), Badia (ilmu boleh mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undangundang), Usul Fikah (ilmu mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan, perbuatan dan kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna alQuran), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah

(ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang beredar). Berdasarkan ilmu yang dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia sangat mahir dalam soal yang berhubungan dengan masalah agama Islam. Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899. Dalam tahun itu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari suku Rawa, bernama Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb September 1899. Didapati beliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang hati untuk tinggal menetap di satu-satu tempat. Sehingga tatkala beliau menetap di Tanah Melayu, beliau kerap belayar ke negeri-negeri di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah, melawat sanak saudara, memberi ceramah-ceramah ugama dan sebagainya. Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk Menteri, beliau mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Boleh dikatakan beliau seorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah membuka kedai kain di Ipoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau yang dikatakan agak `berada juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya berjalan setakat setahun sahaja. Selepas itu beliau telah belayar lagi ke Kepuluan Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima dan Makasar. Dalam lawatannya itu ada kemungkinan beliau telah menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu agama ditempat-tempat yang di lawatinya. Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor Baharu beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Diantara hakim-hakim yang mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul Majid dan lain-lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim

tersebut berlangsung selama lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas inilah, Sultan Idris (1887-1916) sebagai Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana menghadiri kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911. Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakimhakim di Johor Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Ternyata kemudian sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak puashati dengan system pendidikan dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu itu. Dalam suratnya kepada Yang Di Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau menyatakan dukacitanya kerana tidak boleh menjalankan peraturan pelajaran yang terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang belajar. Beliau akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916. Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh rakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi. Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah jatuh sakit. Di Al-Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak kepada pelajar-pelajar Madrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli untuk berubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau selama enam bulan. Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik dimata masyarakat, beliau begitu dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak dan juga di Johor membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian.

Pengetahuannya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering

diberi

kepercayaan

untuk

membantu

menyelesaikan

masalah

hukum

agama

berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan. Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaanpertanyaan berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan diakhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amal kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat memberatkan pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul dan tepat mengikut hala Kaabah di Mekah. Beliau berpendapat bahawa sembahyang tanpa menghadapi arah kiblat yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjib oleh kerana beliau memahami Ilmu Falak. Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat diseluruh negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi pemeriksa kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melapurkan bahawa terdapat banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu didapati juga masjid-masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut tidak mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh

Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii). Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah menyatakan bahawa: Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang perjalanan bulan dan matahari. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda Rasul Allah yang mengatakan, sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai matahari dan bulan dan naung bagi mendirikan sembahyang. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahir sangat menitik beratkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak. Pentingnya pengetahuan ilmu Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat dengan soal kiblat dalam sembahyang, menentukan waktu sembahyang serta menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan dan berhari raya. Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau matematik. Beliau turut mengecam mereka-mereka yang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku cuaca buruk yang tidak memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari mula berpuasa dan berhari raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil. Kejahilan mereka menyebabkan

mereka hanya mengikut pendapat orang hingga menyebabkan berlaku puasa yang terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulan Ramadhan. Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah kiblat, dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau mengatakan: Tiada boleh `berijtihad pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya dan mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan selemah-lemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata sangka dengan tidak tanda dan dalil. Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada mempelajari dalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak mampu mempelajarinya. Betapa pun mereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif tentang dalil kiblat. Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan diakhbar-akhbar mengenai

banyaknya masjid-masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala kiblat, akhirnya menimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turut mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain tidak mengikut hala kiblat yang betul. Mengenai keadaan ini seorang pembaca pernah mengulas: Kedudukan ugama kita adalah di dalam kucar kacir. Satu-satunya yang menjadi suasana di dalam masyarakat ugama kita ialah masalah kiblat masjid dan masalah ini telah menjadi soal yang hangat di dalam masyarakat ugama kita.

Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata masyarakat tentang banyak kesilapan hala kiblat yang berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihak-pihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankan penyiasatan letak kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga pernah ditentang oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak penting digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap kekiri atau kanan kiblat. Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannya dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua dan uzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat jelas kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke Bangkok di Thailand untuk mengajar kira-kira hala kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir dijemput pula oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada kakitangan jabatan itu. Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu

Hamka Nama penuhnya ialah Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Bin Amrullah Bin Abdullah Bin Salih. Beliau dilahirkan pada 14 Muharram 1325 Hijrah / 17 Februari 1908, di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Meninjau. Ketika berumur 10 tahun belajar di Sumatera Thawalib di Padang Panjang.

Pernah berguru kepada Syeikh Ibrahim Musa di Parabek (Sumatera Barat), Syeikh Ahmad Rasyid Sutan Mansur, R.M. Surjoparanoto dan Ki Bagus Hadikusumo. Lebih penting lagi, HAMKA belajar sendiri dengan banyak membaca dan menyelidik dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan Islam. Usahanya sendiri membolehkannya menuasai Bahasa Arab dengan baik. Sehingga berupaya menyelidik karya ulama dan pujangga Barat dari timur Tengah seperti Abbas Al-Aqqad, Juri Zaidan, Zaki Mubarak, Mustafa Al-Manfaluti, Husain Haikal, karya sarjana Perancis dan Inggeris.

Menjadi guru agama dari tahun 1927 hingga 1929. Pernah bertugas sebagai pegawai tinggi agama dari tahun 1951 hingga tahun 1960. Menjadi pensyarah di

Universitas Islam, Jakarta, Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam Jakarta. Dilantik menjadi profesor Universitas Mustapo, Jakarta.

Menyertai gerakan Islamiyah (Muhammadiyah) menentang khurafat, bidaah, tarikat, dan kebatinan sesat di Padang Panjang mulai tahun 1925. Berakhir dengan terpilih sebagai Penasihat Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Indonesia. Dilantik sebagai Ketua Umum Majlis Ulama dari tahun 1957 sehingga tahun 1981.

Sepanjang hidupnya beliau mendapat undangan untuk menyampaikan ceramah agama di seluruh Nusantara terutama di Malaysia seperti pusat pengajian tinggi, masjid, radio dan televisyen. Beliau secara khusus menggunakan masjid al-azhar, Jakarta sebagai pusat ceramah agamanya sejak tahun 1952 hingga akhir hayatnya. Di situlah jua beliau menjadi Imam Besar yang memberi kuliah subuh dan khutbah Jumaat.

Mulai tahun 1925 menyertai Parti Sarikat Islam. Membantu menentang kemaraan kembali Belanda ke Indonesia melalui pidato dan kegiatan gerila di hutan di Medan pada tahun 1945. Menjadi anggota Konstitueante Masyumi (Majlis Syura Muslim Indonesia) dan menjadi pemidato utama dalam pilihan raya 1955. Dilantik sebagai Ahli Badan Mesyuarat Kebudayaan Nasional, Indonesia. Juga sebagai Anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.

Beliau juga termasyur sebagai ulama besar di seluruh dunia Islam yang mendapat undangan di sepanjang hayatnya untuk membentang kertas kerja dan menghadiri seminar, symposium dan sabagainya seperti di Arab Saudi, Mesir, Syria, Iraq, Turki, Pakistan, Iran dan Negara-negara barat.

Beliau juga merupakan jurnalis unggul dengan beberapa buah akhbar dan majalah ternama di Indonesia dari tahun 1920-an hingga akhir hayatnya seperti Seruan Islam, Pelita Andalas, Seruan Muhammadiyah, Merdeka, Kemajuan Masyarakat, alMahdi, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

H. Rusydi HAMKA (anaknya) mendakwa bahawa HAMKA telah menghasilkan lebih daripada 300 buah karya kecil dan berat yang merangkumi buku ilmiah, novel, cerpen dan rencana di akhbar dan majalah.

Keunikan HAMKA sebagai ulama besar pada abad ke-20 ini dapat dilihat dalam kedua-dua bahagian karya besarnya iaitu bidang kesusateraan dan keagamaan. Kitab Tafsir al-Azhar sepanjang penyelidikan pengarang mungkin yang terbaik pada abad ini dalam bahasa Melayu. Mungkin selama 500 hingga 1000 tahun lagi sukar untuk melihat hasil karya tafsir di Asia Tenggara sehabat kitab tersebut.

Buku Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, Lembaga Hidup dan Lembaga memperlihatkan keunggulan HAMKA sebagai seorang ahli falsafah Islam di pasca moden ini. Beliau juga turut membincangkan hal berkaitan dengan kenegaraan atau pemerintahan seperti yang terdapat dalam buku Negara Islam, Islam dan Demokrasi, Hak Asasi Manusia Dari Segi Islam dan Cita-Cita Kenegaraan Dalam Ajaran Islam. Kupasannya tentang hal kemasyarakatan daripada perspektif Islam juga tidak kurang ungulnya seperti dalam buku Keadilan Sosial Islam.

Keunikannya dalam bidang kesusasteraan Islam juga sukar dicari ganti. Keupayaan mengaitkan tema yang dibawanya dengan keimanan kepada keesaan Allah S.W.T seperti mana yang digambarkan dalam novelnya seperti Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Tuan Direktur, Keadilan Ilahi ialah suatu yang sungguh membanggakan.

Beliau juga mengetengahkan konsep jihad sebagai tema dalam novel-novelnya. Konsep itu dilahirkan dalam bentuk yang luas iaitu meliputi jihad rohani dan jihad jasmani. Jihad ronanilah yang lebih diutamakan dan berat dilaksanakan. Ia merupakan penentangan godaan hawa nafsu yang ada dalam diri manusia sendiri dan syaitan yang meresap dalam salur nadi manusia.

Pembinaan akhlak mulia juga diusahakan oleh HAMKA dalam karya kreatifnya. Ia merupakan sumbangan yang besar. Hal ini digambarkan dalam novelnya Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Tema cinta juga diketengahkan oleh HAMKA, tetapi cinta itu diasaskan kepada keimanan kepada Allah S.W.T, mematuhi peraturan syarat yang menetapkan batasbatas hubungan pasangan yang bercinta. Segala yang berlaku implikasi daripada percintaan antara dua insane itu dan akhirnya daripada percintaan itu sentiasa juga diserahkan kepada qadak dan qadar Allah S.W.T.

HAMKA membuktikan bahawa pangkat, kuasa, bintang kebesaran, gelaran, harta, isteri, keturunan, keluasan ilmu dan lainnya, bukan tempat letaknya kebahagiaan. Kebahagiaan sebenarnya terletak hati iaitu mendapat keredaan Allah S.W.T.

Penerimaan pelbagai anugerah tanda penghargaan dan pengiktirafan seperti Doktor Honoricausa, Universiti al-Azhar (1958), Kebangsaan Malaysia, 1974, Datuk Indomo Doktor Honoricausa, Universiti (Indonesia), Pangeran Wiroguno

(Indonesia) bukti pengiktirafan dunia sebagai ulama besar abad ke-20. beliau kembali ke rahmatullah pada 24 Julai 1981.

Ibnu Batutah Nama sebenar ibnu batutah ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al lawati dari kabilah Lawatah , kabilah Babar . Beliau dilahirkan di Tanjah atau tanger , sebuah daerah di Maghribi pada tahun 1304 m / 703 h . ibnu batutah menrima pendidikan agama Islam sejak kecil kerana bapa dan datuknya adalah ulama Islam dan bertugas sebagai kadi di Tanjah ( Tanger ) , Maghribi . Beliau mempunyai kemahiran dalam beberapa bahasa asing seperti bahasa parsi dan bahasa Turki selain bahasa Arab . Beliau juga tegas , bercita cita dan tidak mudah putus asa , mempunyai sifatsifat terpuji , seorang yang berperibadi tinggi ,berakhlak mulia , berwibawa dan

berdiplomasi . Ibnu Batutah disifatkan oleh para pengkaji sejarah sebagai ilmuan dalam bidang pelayaran dan bahasa .

Pengembaraan ibnu Batutah memulakan pengembaraannya pada tahun 1325m ( 725 h ) ketika berusia 21 tahun . Pengkaji sejarah membahagikan pengembaraan Ibnu Batutah kepada empat peringkat atau period . pada peringkat pertama , peringkat ini berlaku apabial ibnu batutah hendak ke Makkah menun aikan fardu haji iaitu semasa maghribi 9 Hijaz ) ibnu batutah mula merenrtasi utara afrika melalui Negara Negara Algeria , tunis , Libya dan Mesir . di sepanjang ini , beliau mencatatkan keindahan bimi ciptaan Allah SWT dan kota kota terkenal seperti Telemsan , Bongie , Tunis , Iskandariah , Kaherah , dan tempat tempat bersejarah seperti tempat tempat menyimpan hasil peninggalan kerajaan Mesir kuno . dari utara Afrika , ibnu Batutah meneruskan perjalanannya ke makkah (hijjaz ) melalui pesisir Laut Merah untuk menuju ke Palestin melalui Sinai serta mengunjungi Baitul Maqdis serta tempat tempat sejarah masyarakat kristian dan Islam . Dari sini , Ibnu Batutah meneruskan perjalanannya ke Syiria dan menziarahi Damsyik . Di Damsyik , Ibnu Batutah sempat berkenalan dengan pembesar pembesar tempatan dan golongan terpelajar , juga sempat melihat masjid masjid seperti Masjid Umawi , madrasah madrasah , dan ulama-ulama . semua dicatatkan dalam diari pengembaraannya . Dari Syiria Ibnu Batutah meneruskan perjalanannya ke Makkah untuk menunaikan fardu haji . Pada peringkat kedua , selepas Ibnu batrutah menunaikan fardu haji di makkah , minatnya semakin bertambah terhadap pengembaraan dan semangatnya untuk meneruskan minatnya turut bertamabah . Beliau ingin mengelilingi dunia untuk melihat ciptaan Allah SWT bermula dari Makkah tanpa pulang ke Maghribi terlebih dahulu . Perjalanan pengembaraan mengelilingi dunia bermula dari makkah ke selatan Iraq .

Dalam perjalanan ini, Ibnu Batutah terpaksa menempuh pelbagai rintangan seperti menyeberangi Sungai Furat dan Sungai Daljah (Tigris ) dan merentasi padang pasir Najd untuk ke Parsi dan Negara Negara Anatolia . Di sini , beliau mempelajari bahasa parsi dan turki . Kemudian , belaiu menuju ke barat Iraq dan akhirnya sampai ke barat Baghdad . Baghdad pada masa itu adalah bekas pusat pemerintahan kerajaan islam Bani Abbasiyyah yang ytelah dihancurkan oleh orang orang Mongggol dibawah pemerintahan Hulago khan ( 1258 m ) ( 656 h ) . Dari Baghdad , beliau telah kembali

semula ke Makkah dan seperti biasa segala peristiwa di sepanjang pengembaraannya dicatat dalam diarinya.

Peringkat ketiga , beliau menetap di makkah selama bebrapa tahun dengan mempelajari ilmu tentang islam . selepas itu meneruskan pengembaraannya mengelilingi dunia . perjalanan dimulakan dengan menuju ke arah Yaman melalui Laut maearh , menuju ke Pantai Timur Afrika dan menyusur pantai selatan Semenanjung Tanah Arab sehingga tiba di Oman dan Bahrain yang terletak di kawasan Teluk Parsi . dari sana , ebliau kembali semula ke Makkah melalui jalan darat bagi menunuaikan fardhu haji untuk kali ketiga ( 1332 M / 732 H ) . Selepas itu , beliau belayar melalui Laut Merah menuju ke Sudan , Nubiah dan Mesir utara sehingga sampai ke Kaherah . Dari sana , beliau terus ke Turki dan tiba di Turki ( asia kecil ) pada 1333M / 733 H . dari sini beliau tiba di Pantai Bosphorus dengan ditemani oleh rombongan yang dikirim oleh Uzbek khan melalui Kaisar Byzantine . Beliau menyatakan bahawa Kota

Constantinople , ibnu Batutah turut menemani rombongan tersebut dan beliau telah diberi penghormatan oleh kaisar Byzantine . Ibnu Batutah menyatakan bahawa Kota Constantinople ialah kota cantik yang pernah dilihatnya sepanjang pengembaraannya kerana di tengah tengah kota tersebut mengalir sungai yang besar , Sungai Ibsimi.

Peringkat

keempat pada tahun 1333 M / 733 H , beliau memulakan

pengembaraan menjelajah Turki , asia kecil , Bulgaria , selatan Rusia , dan kemudian ke India melaui Bukhara , Samarkand , Bulkh , Khurasan dan Afghanistan . hinggalah ke Sungai Indus, India . Beliau menetap selama lapan tahun di India dan pernah berkhidmat sebagai kadi besar Delhi semasa pemerintahan Sultan Mahmud Tughluq sehingga beliau pernah dihantar olehSultan Muhammad Tughluq dari Delhi sebagai utusan Kesultanan Delhi ke China pada tahun 1342 M .Dalam perjalanan ke China sebagai utusan Kesultanan delhi , beliau singgah di Sumatera dan Jawa ( Indonesia ) pada tahun 1343 M dan telah diberi penghormatan oleh pemerintah tempatan . Semasa di Sumatera , beliau mengunjungi pemerintah Pasai , Malik al Zahir , anak kepada Merah silu ( Malik al Salleh ) . Antara catatan beliau tentang Sultan Pasai , Malik al Zahir ialah ; baginda meneruskan muzakarah fikah Mazhab syafie dan teruslah demikaian sampai waktu asar selesai solat asar baginda pun masuk ke sebelah rumah di situ , dipakainya pakaian baginda sebagai seorang fakih dan dipakainya pakaianya itu juga ke masjid pada hari Jumaat dengan berjalan kaki .Setelah pakaianitu ditanggalkan , baginda memakai pakaian rasminya sebagai yang dibuat daripada sutera dan kutun ( rihlah ibnu Batutah ).

Sebagai penghormatan kepada beliau , Malik al Zahir telah menyediakan sebuah tongkang besar yang dilengkapi dengan peralatan pelayaran untuk beliau meneruskan pelayarannya ke China . Setala lama menetap di China dan melawat Peking dan pada tahun 1347 M , belaiu kembali semula ke Makkah . Pada tahun 1349 M / 750 H , beliau pualng ke negara asalnya , Maghribi . Setelah setahun kemudian 1350 M /751 H , belaiu menerusakn pengembaraannya dengan menyeberangi Laut Mediterranian menuju ke Andalus ( Sepanyol ) . setelah setahun tinggal di Andalus , 1351 M , beliau kembali semula ke Maghribi . Pada tahun 1352 M , beliau mengembara

ke Sudan merentasi padang pasir Sahara dan melalui bebrapa buah negara Afrika . Pada tahun 1353 M , beliau kembali ke Maghribi . Beliau menamatkan

pengembaraannya mengelilingi dunia sejauh kira-kira 120000 KM selam 28 tahun antara 1325 -1353 M / 725 -754 H . Beliau meninggal dunia pada tahun 1377 M ( 799 H ) di Marakish , Maghribi.

Jasa dan sumbangan antaranya ialah beliau telah meninggalkan jasa dan sumbangan yang besar kepada penjelajahan dan penerokaan Islam khususnya dan dunia umumnya . Penjelajahan dan penerokaan yang dilakuakn oleh belaiu meninggalkan catatan sejarah perjalanan dan pengembaraan beliau dalam bukunya yang bertajuk Tuhfah al Nazar fi Gharib al Ansar wa Ajaib al Asfar atau lebih dikenali dengan Rihlah Ibn Batutah ( Pengembaraan Ibnu Batutah ) .Kemudian buku ini dityerjemahkan dalam bahasa Inggeris dikenali dengan the Travels of Ibnu Batutah oleh professor H.A.R.G. bb . Tujuanya adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan

berkenaan dengan ilmu pelayaran atau pengembaraan yang termuat dalam buku tersebut kepada seluruh dunia dan dijadiakn sebagai panduan dalam pengembaraan berikutnya . Tuhfah al Nazar fi Gharib al Ansar wa Ajaib al Asfar ( rihlah Ibn Batutah ) dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi , Sultan Abi Inan al Marini yang berasa kagum dengan cerita cerita serta pengalaman pengalaman Ibnu Batutah di sepanjang pengembaraannya.

Oleh sebab catatan Ibnu Batutah telah hilang sewaktu pelayaran beliau di Lautan Hindi kerana serangan lanun , Ibnu Batutah telah menceritakan semula

pengalamannya kepada Muhammad bin Fuzay al Kalbi , penulis Sultran Abi Inan al Marini . Justeru itu , Tuhfah al Nazar fi Gharib al Asfar ( Rihlah Ibn Batutah ) adalah hasil bersama beliau dengan Muhammad bin Fuzay al Kalbi . Buku ini merupakan

rekod sejarah zaman pertengahan yang sangat penting kerana catatannya merupakan satu antara sumber abad pertengahan bagi berbagai bagai bangsa dan negara yang dilawatinya . Ia juga merakamkan sejarah bagi aspek kehidupan bangsa bangsa pada masa itu seperti agama , budaya , politik dan lain lain . Selepas itu , buku ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa selain bahasa Inggeris seperti bahasa Perancis , Belanda , Jerman dan lain lain.

Pengembaraan Ibnu Batutah telah memberikan persepsi yang baru kepada bidang geografi dan pelayaran . Ia telah member nafas baru kepada pengembara pengembara lain mengikutnay . justeru itulah , beliau digelar The Prince of Muslim Travellers . pengembaraan beliau selama 28 tahun anatara 1325- 1353 M / 725 -754 H juga meletakkan beliau setaraf dengan pengembara- pengembara seperti Marco Polo. terkenal dunia

Beliau adalah seorang pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal di zaman pertengahan . Pengalaman pengalaman beliau selama 28 tahun itu direkodkan dan bukunya telah menarik perhatian sarjana sarjana seluruh dunia untuk dikaji dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk dijadikan sumber bacaan dan sumber ilmuan kepada generasi masa kini dan akan datang.

Az-Zarqali Abu Ishak Ibrahim Bin Yahya At-Tajibiyy An-Naqash dilahirkan di Toledo pada tahun 1028 masihi dan meninggal dunia di Cordova, Sepanyol pada tahun 1087 masihi. Di kenali Az-Zarqali di dunia arab dan di kenali di barat dengan nama ARZACHEL. Berketurunan Arab Sepanyol dan terkenal kerana pencapaiannya dalam pembuatan Astrolab. Krew ilmuan Islam menemui pakar dalam pembuatan Astrolab, Profesor

Wahab Kazem. Dia meneruskan usaha Az-Zarqali dengan pembuatan Astrolab. Menurutnya: Az-Zarqali termasuk dalam golongan ilmuan yang sedikit bilangannya. Dia mampu menentukan pusingan kelompok bintang yang tetap di langit, dan juga bintang 12. Dia telah menghimpun kesemua maklumat ini dalam sehelai kertas sahaja yang dinamakan AL-SOHIFAH AL-ZARQALIYYAH. Helaian ini dingan suatu bentuk kejuruteraan yang sangat rumit dalam ilmu falak. Dia berjaya dalam ilmu pembuatan cakera padat atau AL-SOHIFAH AL-ZARQALIYYAH ini. Ia mempunyai kepentingan yang sangat besar kerana telah ditiru secara menyeluruh dan diterjemahkan dalam bahasa latin. Para ilmuan di Eropah pula telah menggunakan untuk mencari kedudukan barat dan timur kelompok bintang. Terjemahan menurut Profesor Abdul Wahab Kazem, Dia membuat Astrolab menggunakan lakaran asal mengikut manuskrip ahli astronomi silam. Antaranya astrolab AZ-ZARQALI. Astrolab tidak dijual di pasaran tetapi dibuat bagi memenuhi tempahan daripada individu kerana kehalusan dan kemahirannya. Astrolab adalah alat mencerap yang digunakan untuk menentukan dan mengukur kedudukan matahari, bulan, planet dan bintang secara tepat. Keperluan alat ini bergerak seiring dengan keperluan umat Islam ketika itu. Astrolab sentiasa berwajah baru apabila ia sentiasa dikemaskini ahli astronomi berdasarkan tempat cerapan yang dilakukan.

Al-Haitham ABU Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan dilahirkan pada 965 Masihi di

Basrah dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad. Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan

pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi. Ibni al-Haytham seorang ahli falsafah yang terkenal dari aliran falsafah Aristotle. Seperti intelek-intelek yang sezaman dengan beliau iaitu Ibni Sina dan al-Bayruni, Ibni al-Haitham telah mendahului Kant kira-kira tujuh abad dalam mengemukakan satu teori yang disalahhubungkan kepada Kant. Teori itu ialah kebenaran itu tidak boleh dicapai melainkan melalui fikiran-firiran, yang terdiri dari unsur-unsur yang ditanggap oleh pancaindera dan unsure-unsur yang ditanggap oleh akl. Ibni al-Haytham bersetuju dengan Aristotle kerana menurut beliau, Aristotle adalah seorang yang paling bijak menghubungkan perasaan-perasaan dan menyatupadukan di antaranya untuk mewujudkan sesuatu pengetahuan aqli. Pengajian Ibni al-Haytam juga telah menghasilkan satu pendapat yang tidak diketahu oleh Barat melainkan di dalam abad yang lepas. Intisari dari pendapat ini, ialah sesuatu pengertian itu adalah lahir dari perasaan-perasaan dan dari hasilhasil perbandingan di antara perasaan yang baru dengan perasaan-perasaan lama yang serupa yang telah sedia tergambar di dalam ingatan seseorang, setelah itu ia menilai bahawa perasaan yang baru itu serupa dengan gambaran perasaanperasaan lama yang telah terlukis di dalam ingatannya.

Beliau merantau ke Mesir dan Sepanyol tetapi hidupnya banyak dihabiskan di Sepanyol dengan mengendalikan penyelidikan mengenai optik, matematik, fizik, perubatan dan pembangunan kaedah saintifik.

SUMBANGAN IBNU HAITHAM

* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)

Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah hukum pembiasan, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama hukum pembiasan Snell yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

*TEORI PENGLIHATAN (optik)

Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan

cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

*TEORI BIASAN CAHAYA Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton

memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

*AHLI BIDANG FALSAFAH Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional.

*BIDANG ASTRONOMI Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.

*BIDANG FIZIK Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat alAlam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi alDawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-

Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah alMukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.

KESIMPULAN

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan

landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.