60
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102 TAMADUN JEPUN DISEDIAKAN OLEH : ONG ZHI TING WONG LEH YING TEOH MEE YING UNIT : PJK SJKC AMBILAN JAN 2013 NAMA PENSYARAH : EN. MOHD ARMY

Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

titas

Citation preview

Page 1: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWARPERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102

TAMADUN JEPUN

DISEDIAKAN OLEH : ONG ZHI TING

WONG LEH YING

TEOH MEE YING

UNIT : PJK SJKC AMBILAN JAN 2013

NAMA PENSYARAH : EN. MOHD ARMY

Page 2: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Peta Jepun

Negara Jepun terletak di Asia Timur dan terdiri daripada 4 buah pulau utama iaitu, Honshu, Shikoku, Kyushu dan Hokkaido.

Ibu negara Jepun ialah Tokyo.

Jepun atau Nihon/Nippon (日本 ) dalam bahasa jepun juga dikenali sebagai Tanah Matahari Terbit.

Page 3: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Latar Belakang Tamadun Jepun• Penyelidik Arkeologi menunjukkan bahawa manusia

telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi.

• Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea.

• Menyusul zaman ais terakhir pada sekitar 12,000SM, ekosistem Kepulauan Jepun yang kaya menggalakkan pembangunan manusia yang mengeluarkan tembikar terawal yang diketahui semasa zaman Jomon( 縄文時代 , Jōmon-jidai).

Page 4: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Zaman Pra Sejarah

• Budaya Jomon timbul sekitar 11,000SM dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik.

• Jomon membawa maksud ‘corak tali’. Masyarakat tersebut mencipta barangan daripada tanah liat dan membuat corak seperti tali pada permukaan-permukaan barang-barang tersebut.

• Permulaan era Yayoi ( 弥生時代 , yayoi jidai) di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia.

Page 5: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Barangan Tembikar pada Zaman Jomon.

Page 6: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Era Klasik• Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan

pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja Jimmu( 神武天皇 , Jinmu-tennō).

• Pada kurun ke-5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun dari Korea dan China.

• Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan shogun (gabenor tentera).

• Permulaan zaman Nara ( 奈良時代 , Nara jidai) pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian ( 平安時代 , Heian jidai).

Page 7: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Kanji (tulisan Cina)

Page 8: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Era zaman pertengahan• Zaman pertengahan era Jepun telah digubal oleh

pejuang yang dikenali sebagai 'samurai'. • Pada 1185, general Minamoto no Yoritomo( 源 頼朝 )

adalah orang pertama untuk memecahkan tradisi memerintah sehaluan dengan Maharaja di Kyoto, memegang kuasa di Kamakura(di selatan

Yokohama masa kini).• Meskipun era shogun Kamakura kelihatan stabil, Jepun

kemudiannya berpecah menjadi negeri-negeri yang saling berperang lalu menderita dalam Zaman Sengoku ( 戦国時代 , sengoku jidai).

Page 9: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pada abad ke-16, pedagang dan mubaligh Eropah tiba di Jepun buat julung kalinya, lalu memulakan zaman “Nanban”(orang gasar selatan) yang melihatkan pertukaran perdagangan dan budaya yang aktif antara Jepun dan rantau Barat.

• Pada masa yang sama, Oda Nobunaga ( 織田 信長 ), Toyotomi Hideyoshi( 豊臣 秀吉 ), dan Tokugawa Ieyasu ( 徳川 家康 ), mengenakan kawalan yang makin kuat terhadap neger-negeri berperang di Jepun. Akhirnya, Tokugawa menyatukan semula Jepun dengan menewaskan musuhnya di Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600, memindahkan ibu negara ke Edo ( 江戸 ) (sekarangTokyo) lalu menubuhkan era shogun Tokugawa.

Page 10: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Toyotomi Hideyoshi dan istana yang beliau pegang pada Zaman Sengoku Jidai

Oda Nobunaga Tokugawa Ieyasu

Page 11: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pemerintah-pemerintah Tokugawa yang sangsi dengan pengaruh mubaligh Katolik mengharamkan segala perhubungan dengan orang Eropah kecuali bagi perhubungan yang amat terbatas dengan saudagar Belanda di Pulau Dejima.

• Zaman pengasingan ini bertahan selama dua setengah abad, ketika mengalami perpaduan politik yang halus dikenali sebagai zaman Edo ( 江戸時代 , Edo-jidai), dianggap sebagai kemuncak budaya zaman pertengahan Jepun.

Page 12: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Zaman moden.• Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika

Syarikat Matthew Perry memaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa.

• Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68.

• Shogun terpaksa meletak jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja.

Page 13: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Berbagai-bagai idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera.

• Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China di dalam Perang China-Jepun dan Rusia di dalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea.

• Awal abad ke-2o, melihat tempoh singkat “demokrasi Taisho” ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun(1937)

Page 14: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pada tahun 1941, Jepun menyerang pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, mendorong kedua-dua negara ke kancah Perang Dunia II.

• Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, kehilangan keseluruhan koloninya di Asia dan Pasifik.

Page 15: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki

Page 16: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Dalam tamadun Jepun terdapat lapan zaman seperti di bawah.

Zam

anZaman Yayoi (300SM-300 M)Zaman Nara (710-749 M)Zaman Heian (794-1185 M)Zaman Kamakura (1142-1333 M)Zaman Keshogunan AshikagaZaman Sengoku Jidai (1460-1573 M)Zaman Keshogunan Tokugawa (1603-03 M)Zaman Meiji

Page 17: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Nilai Etika dan Masyarakata) Jepun merupakan sebuah negara yang homogeneous iaitu

satu bangsa yang tidak mempunyai perbezaan ras, agama, bahasa dan bangsa.

b) Masyarakatnya mempunyai sikap menjunjung tinggi kepada budaya ilmu serta mempunyai sikap ingin tahu yang kuat terhadap maklumat.

c) Masyarakatnya mempunyai sikap positif pada budaya bekerja.d) Masyarakatnya mempunyai sifat ingin bersaing yang kuat

dalam diri mereka.e) Masyarakat Jepun sering membuat keputusan secara

bersama dan bekerjasama serta tidak mengutamakan kepentingan individu.

f) Masyarakatnya terkenal dengan sifat kesenian yang tinggi di dalam menjalani urusan kehidupan seharian.

Page 18: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Sistem Pendidikan Jepun Sebelum Perang Dunia Kedua

• Pemimpin Meiji sedar bahawa pelajaran penting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Hal ini dilakukan dengan penyerapan teknologi pengetahuan dari negara-negara tersebut.

• Maharaja Meiji menyedari bahawa pentingnya mencari ilmu, terutamanya untuk menjadikan kuasa ekonomi dan militari termoden. Menjelang bulan Jun 1968, Meiji memberikan kebebasan kepentingan mencari ilmu pengetahuan khususnya dari barat.

Page 19: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pelajaran juga dianggap sebagai kunci kunci untuk membina sebuah negara yang kukuh. Beratus-ratus penuntut dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains, pentadbiran dan teknik perindustrian Barat. Pakar-pakar teknologi Barat telah digaji untuk mengajar pelbagai kemahiran kepada rakyat Jepun.

• Setiap daerah mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas wajib menerima pelajaran sehingga 16 bulan. 

Page 20: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Maharaja Temmu juga telah mengarahkan penulisan dua buah buku iaitu Kojiki dan Nihonshoki. Zaman Nara juga dikatakan mempunyai kesusasteraan yang hebat dengan penulisan sebuah buku bertajuk Genji Manogatari yang telah ditulis oleh seorang wanita bernama Murasaki Shikibu.

• Pada zaman Heian, keluarga Fujiwara terkenal dengan peranannya yang memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan kesenian dalam masyarakat Jepun. Antara subjek-subjek yang diajar di terrakoya ialah ajaran confucius, buku-buku klasik Cina, seni lukis, ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki, No, Kyogen dan sebagainya.

Page 21: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Pendidikan Tamadun Jepun Relevan kepada Malaysia

Dasar Pandang ke

Timur

Sikap Cintakan Ilmu

Sains dan Teknologi

Page 22: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

a) Dasar Pandang Ke Timur• Masyarakat Malaysia perlu mengubah sikap dan

melakukan anjakan paradigma agar transformasi merealisasikan Wawasan 2020 dengan berkiblatkan Jepun akan berjaya.

b) Sains dan Teknologi• Menguasai sains dan teknologi sebagaimana yang

dilakukan oleh masyarakat Jepun - penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan tunjang kekuatan.

c) Sikap Cintakan Ilmu• Masyarakat tamadun Jepun - membawa kepada

semangat ingin tahu, pendidikan sepanjang hayat dan kecemerlangan berterusan.

Page 23: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Masyarakat Malaysia perlu berazam untuk setanding

dengan kuasa-kuasa besar lain seperti kuasa Barat

seperti yang dilakukan oleh tamadun Jepun.

• Di Malaysia, pada dahulunya hanya golongan yang

berkemampuan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan

dan mereka yang tidak berkemampuan akan tercicir

begitu sahaja

• Sistem pembelajaran yang menumpukan murid penting

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-

murid tidak keciciran dalam pengajian yang berlangsung

Page 24: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Rumusan

• Kejayaan sistem pendidikan Jepun dibuktikan melalui hasil kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan kadar celik huruf di Jepun ialah 99%!

• Diharapkan dengan asimilasi budaya Jepun ini, cita-cita Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan demi melakukan tranformasi ke arah sebuah negara Islam yang maju dan sebuah peradaban ketamadunan Malaysia yang maju dan disanjung oleh masyarakat sekeliling.

Page 25: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Tokoh- tokoh Tamadun Jepun

Page 26: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Tokugawa Ieyasu• Lahir di Okazaki (31 Januari 1543) • Meninggal di Shizuoka (1 Jun

1616)• Nama asal Matsudaira Takechiyo • Dibesarkan dalam keluarga

peperangan• Merupakan daimyo dan shogun

(Jeneral) di Jepun• Memerintah dari tahun

1600(resminya 1603) hingga turun takhta pada tahun 1605

Page 27: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pada tahun 24 Mac 1603, ieyasu digelar sebagai Shogun dan mentadbir dengan menggunakan sistem Tokugawa Shogunate. Dikuatkankuasa di Jepun selama 200 tahun

sebelum kebangkitan Meiji. Telah menyatukan semua negeri-negeri kecil. Pemerintahan masih bercorak feudal namun

terdapat 3 tahap pentadbiran: Tairo ( majlis penasihat agung), Roju ( majlis Tertua)dan Hyojosho ( majlis kehakiman)

Pemerintahanya dijalankan dengan cara diktator militer yang kejam.

Page 28: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Mengamalkan dasar pintu tertutup (Perdagangan hanya diizinkan dengan kapal yang datang dari Tiongkok/Belanda sahaja)

• Samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa.

Page 29: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Zaman Kegemilangan

• PolitikMembentuk Kerajaan BakufuSatu sistem Samurai berpusat telah dibentuk untuk

mengawal kegiatan tuan tanahKod panduan tatatertib telah diperkenalkanJentera pentadbiran terdiri daripada:

Majlis penasihat AgungMajlis TertuaMajlis Kehakiman

Mengamalkan pemerintahan pemencilan dari dunia luar

Page 30: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• EkonomiPerkembangan ekonomi sangat pesat berasaskan

pertanianAktiviti perniagaan dan perdagangan juga turut

dijalankanCukai tanah merupakan sumber pendapatan bagi

Bakufu

Page 31: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• SosialAgama- Confusionisme- membenarkan

pemerintah yang mutlakMenggalakkan perkembangan pelajaran dan

kebudayaanMaharaja tempat yang paling tinggi, maha agungGolongan rakyat terbahagi kepada 4 kelas:

SamuraiPetaniPetukangPedagang

Page 32: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Zaman Kejatuhan• Politik

Membuat helah supaya maharaja tidak campur tanganAdakan peraturan yang keras- menghukumKelemahan sistem pentadbiran Shogun

• EkonomiSikap Shogun yang boros- kepada aktiviti kesenian-

hidup cara mewahDaimyo- rasuah- mengurangkan gaji samurai-

berhutang kepada saudagarGolongan petani- dibebankan dengan cukai

Page 33: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• SosialGolongan saudagar telah bangkit dan kukuh

ekonominyaDaimyo dan Shogun telah menjalankan pakatan

untuk menentang TokugawaKemasukan buku dari barat- membuka mata

masyarakat Jepun

Page 34: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Kesimpulan

• Kesyogunan Tokugawa berjaya mempertahankan kuasa-kuasa setengah abad sebelum digulingkan pada 1867, maka berakhirlah sejarah feudalisme di Jepun.

• Memberi peluang dalam era modenisasi Jepun dalam era Meiji.

Page 35: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Maharaja Meiji

Page 36: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Maharaja Meiji (3 November 1852- 30 July 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 mengikut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3Februari 1867 sehinggalah hari kemangkatan baginda.

• Nama diri baginda adalah Mutsuhito.• Maharaja Meiji dilahirkan oleh salah seorang gundik

diraja iaitu Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei. 

• Semasa keputeraan baginda pada 1852, Jepun sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan mengamalkan sistem feudal yang didominasi oleh Syogun Tokugawa dan daimyo (tuan tanah) yang memerintah lebih 250 kawasan terpencar di negara.

Page 37: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pada 11 November 1860, baginda secara rasminya telah disytiharkan sebagai Putera Raja dan dikurniakan nama diri Mutsuhito.

• Pada 2 September 1867, baginda telah mengahwini Masako (kemudiannya Haruko).

• Oleh sebab pemerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan Kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji.

Page 38: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Maharaja Meiji adalah simbol kepimpinan dalam era Pemulihan Meiji di mana pemerintahan Syogun Tokugawa digulingkan oleh tentera diraja ketika Peperangan Boshin.

• Maharaja Meiji menunjukkan kekuasaan politiknya yang lebih lama berbanding dengan pemerintah sebelumnya kerana dia adalah monarki Jepun yang pertama yang masih di atas takhta selepas 50 tahun semenjak pelepasan takhta oleh Maharaja Ogimachi pada tahun 1586.

• Selepas kemangkatan baginda, Jepun telah mengalami perubahan dari segi politik, sosial dan industri dan kemudiannya menjadi salah satu kuasa besar di peringkat antarabangsa.

Page 39: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Sumbangan dan Peranan Maharaja Meiji

• Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas kejatuhan era kesyogunan Tokugawa. 

• Di bawah pemerintahan Maharaja Meiji, Jepun telah mengalami perubahan atau evolusi yang besar dalam sejarah negara itu sendiri.

• Banyak perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau sebagai ketua masyarakat Jepun, antara langkah yang paling signifikan ialah dengan memindahkan ibu negara Jepun pada masa itu, Kyoto ke Edo.

• Kemudiannya, pada tahun 1868, Edo telah ditukarkan kepada Tokyo.

Page 40: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Penghapusan Sistem Feudal

• Seterusnya era pemerintahan Meiji juga menyaksikan pengahapusan sistem feudal lama yang dipraktikkan dalam sistem pemerintahan Jepun sebelumnya.

• Oligarki Meiji telah mempengaruhi golongan- golongan daimyo ataupun tuan tanah supaya menyerahkan tanah secara sukarela kepada maharaja yang mana membawa kepada penghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos 1871.

• Sistem hierarki sosial yang diamalkan dahulu juga dihapuskan, dan golongan samurai juga telah kehilangan hak istimewa dan hak mereka menggunakan pedang di tempat-tempat awam.

Page 41: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Pemodenan Sistem Angkatan Tentera dan Laut

• Selain melaksanakan evolusi dalam sistem pemerintahan Jepun, beliau jugatelah memodenkan angkatan tentera darat dan juga tentera laut.

• Sesuai dengan doktrin sebuah negara kaya dan tentera yang kuat, bercontohkan negara dari barat, kerajaan Jepun yang dipimpin oleh Meiji telah memperkenalkan sistem ketenteraan moden yang terdiri dari rakyat biasa( helmin ) yang mana berusia 20 tahun ke atas.

Page 42: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Pendidikan

• Aspek pendidikan juga tidak dilupakan dalam melaksanakan evolusi dalam memperbaharui negara Jepun dan Maharaja Meiji sendiri sedar pendidikan merupakan asas terpenting dalam usaha untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dan militari yang moden dan sistematik.

• Beliau juga berpendapat bahawa pendidkan merupakan asas yang paling penting sekali dalam usaha untuk membina sebuah negara yang kukuh, dan berlandaskan pandangan beliau, pelbagai usaha yang dilaksanakan bagi memastikan aspek pendidikan tidak diabaikan dikalangan rakyat Jepun.

Page 43: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri bagi mempelajari sains, pentadbiran, dan juga teknik perindustrian barat, manakala pakar-pakar, golongan professional,serta pakar teknologi barat telah digaji oleh kerajaan Jepun untuk mengajar berbagai kemahiran kepada rakyat-rakyat Jepun.

• Pada tahun 1871, kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan dan pada tahun 1872 pula, Jepun telah dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran di mana setiap kawasan akan mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan 210 buah sekolah rendah.

Page 44: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Di jepun, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas akan menerima pelajaran wajib selama 16 bulan dan menjelang tahun 1880 terdapat hampir 28 000 buah sekolah rendah dengan jumlah murid yang hampir 2 juta.

• Seluruh sistem pelajaran tertakluk kepada keperluan negara yang mana menuntut rakyat menjadi warganegara yang terlatih dan penuh dengan ilmu pengetahuan serta berdisiplin, dan pada tahun 1890 perintah Diraja mengenai pendidikan telah dikeluarkan yang menyatakan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan institut pengajian tinggi di Jepun.

Page 45: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Undang- undang

• Dalam sistem perundangan pula, sistem perundangan yang moden telah dibentuk bagi mengkaji semula perjanjian yang dianggap tidak adil antara Jepun dengan kuasa barat yang ditandatangani antara tahun 1850-1860-an.

• Gustave Roissonade de Fontorabe dilantik sebagai penasihat Kementerian Keadilan Jepun pada tahun 1873 dan beliau ditugaskan untuk menggubal undang-undang jenayah moden yang dikuatkuasakan pada tahun 1882.

Page 46: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Manakala, undang-undang sivil dan perdagangan yang telah digubal, telahpun diluluskan pada tahun 1888-1889.

• Dan dengan memodenkan sistem perundangan, Maharaja Meiji telah pun berjaya mengatasi masalah-masalah yang timbul berikutan perjanjian berat sebelah dengan negara-negara barat.

Page 47: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Kesusasteraan• Seterusnya, pada waktu pemerintahan Meiji, minat

dalam bidang kesusasteraan barat telah berkembang terutamanya dalam penterjemahan hasil karya tokoh barat yang terkenal seperti Homer, manakala Shakespeare dan Voltair telah mendapat sambutan yang baik, khususnya dari golongan- golongan elit dan penterjemah yang terkenal pada zaman itu ialah Oda Junichiro.

• Beliau telah mendapat didikan di Universiti Edinburgh, berikut ialah hasil karya yang diterjemahkan oleh beliau ;

1) Ernest Maltravers 

2) The Bride of Cammermoor

3) Romeo and Juliet

4) The Last Day of Pompei

Page 48: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Terdapat juga karya-karya lain seperti Round The World in Eighty Days dan A Journey to the Moon secara tidak langsung telah pun merangsang minat masyarakat dan secara tidak langsung memudahkan rakyat menerima segala idea, pengetahuan, sains, pemikiran, pelajaran serta kebudayaan, hasil dari negara barat.

• Selain itu, terdapat juga perubahan cita rasa dalam bidang kebudayaan seperti muzik, seni tari, lakonan san juga seni lukis serta drama, dan kumpulan yang bertanggungjwab memulihkan dan memperbaharui seni-seni warisan tradisional ialah kumpulan Okakura Tenshin dan juga Shimomura Kanzon.

Page 49: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Dalam pada masa yang sama, muzik gaya Barat juga bertambah popular dan disukai.

• Tarian ballroom menjadi kegilaan golongan- golongan elit dan piring-piring hitam ada dijual di pasaran dan minat terhadap alat-alat muzik dan gaya muzik tradisional tidak dilupakan.

• Sebagai contoh,Gagaku yang merupakan muzik diraja yang hanya dimainkan di istana raja diberi keutamaan dalam sesuatu majlis rasmi dan juga upacara keagamaan, manakala instrumen-instrumen tradisional Jepun seperti Shakuhachi(seruling buluh), koto (alat muzik bertali) dan samisen(alat muzik bertali tiga) diberi nafas baru.

Page 50: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pengusaha- pengusaha filem Jepun juga dapat mengutip pulangan yang lumayan hasil daripada filem yang telah dipetik dari adeganka bu ki( seni drama).

• Panggung wayang yang pertama di jepun dibina pada tahun 1903 dan pada akhir era Meiji, industri perfileman Jepun berkembang pesat ditambah dengan penggunaan teknologi yang moden.

Page 51: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Ideologi dan Keagamaan• Selain aspek kesusasteraan, aspek idealogi dan

agama turut dititikberatkan dalam usaha Maharaja Meiji bagi membentuk negara Jepun yang baru.

• Idealogi negara sangat penting dan ianya berperanan meninggikan semangat cintakan negara atau nasionalsime.

• Meiji telah memperkenalkan idealogi ko ku tai yang mana prinsip ini menekankan keunggulan kerohanian masyarakat jepun .

• Rakyat juga diseru supaya menunjukkan taat setia sepenuhnya kepada raja dan negara dan agama Shinto Negara telah dijadikan agama rasmi di Jepun.

Page 52: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Ekonomi Pertanian

• Langkah penting yang diambil oleh kepimpinan Meiji ialah dengan menjalan pemodenan dalam bidang pertanian dan berpendapat bahawa sebuah ekonomi moden berasaskan industri kapitalisme merupakan kunci utama kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme.

• Proses ini didorong oleh beberapa faktor- negara mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat, sektor pertanian tidak dapat menampung semua penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan, kerajaan mengalami masalah kekurangan yang teruk dalam perdagangan luar negeri dan menyelesaikan masalah ini dengan menambah kuantiti dan jenis perindustrian ke negara asing.

Page 53: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pihak kerajaan asing juga menyedari kelas samurai yang begitu ramai perlu diberi pekerjaan kerana pihak kerajaan tidak mampu untuk terus membayar pencen kepada mereka.

• Proses pemodenan ekonomi bermula dengan pembangunan sektor pertanian yang merupakan dominasi dalam hasil jumlah pendapatan Jepun dalam tahun 1870-an dan 1880-an.

• Sistem pembayaran cukai juga mengalami perubahan dengan menggantikan cara pembayaran lama iaitu dengan menghapuskan cara pembayaran cukai dengan hasil tanaman oleh petani.

Page 54: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Oleh sebab itu para petani perlu membayar cukai dengan wang tunai iaitu sebanyak 3 peratus daripada nilai tanah sama ada hasil tuaian baik atau tidak.

• Penuntut dalam jurusan pertanian juga dihantar ke luar negeri dan khidmat pakar asing juga diambil untuk berkhidmat.

• Banyak kawasan baru telah dibuka bagi menggalakkan perkembangan tanaman komersil seperti teh, sutera dan lain-lain lagi.

Page 55: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Ekonomi Perindustrian• Pemimpin Meiji meletakkan asas bagi perkembangan

perindustrian dengan membina industri baru yang berasaskan perdagangan.

• Penekanan telah diberikan dalam bidang industri pertahanan seperti pembinaan kapal, peralatan perang dan lain- lain lagi.

• Industri pertahanan yang terbesar dalam tempoh 1870 hingga 1880 ialah limbungan kapal tentera laut yang terletak di Yokusuka.

• Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan menubuhkan beberapa industri pembuatan seperti kilang penggulungan sutera moden, kilang memintal kapas, kilang benang bulu kambing, kilang simen dan kilang kaca.

Page 56: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Kerajaan telah menyerahkan industri ini kepada beberapa syarikat Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan beberapa syarikat lain lagi kerana memerlukan wang untuk melengkapkan industri pertahanan.

• Hal yang demikian meletakkan asas bagi kewujudan penggabungan industri yang dikuasai golongan pemodal kaya yang dikenali sebagai Zaibatsu.

• Kumpulan Zaibatsu berkembang menjadi konglomerat yang memainkan peranan penting dalam menukarkan Jepun kepada sebuah negara perindustrian.

Page 57: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

Politik• Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan

kerajaan Jepun, pada 3 Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :-i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen;ii. Menggalakkan bidang pelajaran;iii. Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses

pemodenan;iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang

rendah kepada orang- orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam;

v. Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan.

Page 58: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai.• Sistem bayaran cukai secara tradisional dan

rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan.• Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam

sebarang jenis urusniaga. • Satu sistem cukai pusat yang moden telah

ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru.

• Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi.

• Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji.

Page 59: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat.

• Pada tahun 1876, sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat.

• Pemerintah Meiji juga telah menamatkan sistem lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukang, petani dan pedagang.

Page 60: Tokoh- Tokoh Tamadun Jepun

• Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-keistemewaan sebagai rakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.

• Pada 11 Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji (Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis).

• Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.