69
Peranan Guru Biasa dalam Bimbingan dan Kaunseling Pengumpulan maklumat murid Mengenalpasti masalah kanak- kanak

Topik 3 Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jnlloko

Citation preview

PowerPoint Presentation

Peranan Guru Biasa dalam Bimbingan dan Kaunseling Pengumpulan maklumat murid Mengenalpasti masalah kanak-kanakPeranan Guru Biasa Membimbing murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan tatatertib dan sebagainya.Mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya kebolehan mengikut kemampuan & kebolehan.Mengesan masalah atau keadaan yang boleh menjejaskanpencapaian akademik murid.(sambungan..)Mengembangkan peribadi dan sosial para murid sertamemberi bimbingan dan kaunseling.Menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja yang diamanahkan.Bekerjasama dengan ibu bapa dalam hal perkembangan murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Berkenal mesra dengan ibu bapa supaya dapat mengetahui latar belakang murid.Menyediakan kad rekod himpunan. (Tujuan : mengetahui butir-butir lengkap tentang maklumat murid)Pengumpulan Maklumat MuridPerkhidmatan Inventori & Rekod dalam Bimbingan & KaunselingMenyedia & mengendalikan fail bimbingan untuk setiap muridMengumpul & merekodkan butir-butirberkaitan dengan penilaiandan pentafsiran minat murid.Mengawasi perangkaan & corak kehadiran murid yang dirujuk untuktujuan kaunseling.Perkhidmatan Inventori & Rekod dalam Bimbingan & KaunselingMenyelaras,menjaga &mengemaskinikanrekod murid.Memberi maklumat tentang pencapaian,kemajuan & prestasipembelajaran murid bermasalah untuk tujuan pemulihan.(sambungan..)

Menjalankan kaji selidik yang difikirkan perlu atau bergunauntuk membantuperkembangan murid.Perbezaan Ciri-ciri Peranan antara Guru Biasa dengan Guru KaunselingCiri Peranan Guru BiasaCiri Peranan Guru Kaunseling Mata pelajaran diberi keutamaan. Pembentukan personaliti dititikberatkan. Keputusan ujian menentukan aras potensi pencapaian dalam mata pelajaran. Keputusan ujian menunjukkan keperluan peribadi & pelbagai halangan untuk membuat penyesuaian diri.Ciri Peranan Guru BiasaCiri Peranan Guru Kaunseling Gred merupakan fungsi penilaian bagi pembelajaran mata pelajaran sahaja. Gred menunjukkan pelbagai jenis pencapaian selain pencapaian mata pelajaran, misalnya pencapaian sosial, psikologi, estetik dan lain-lain. Hanya murid yang dapat mempelajari mata pelajaran akan berjaya ke tahap yang tinggi. Pelbagai cara untuk mencapai kejayaan bagi pelbagai kecerdasan amatlah penting. Tidak banyak temu bual secara peribadi dilakukan dengan murid kecuali tentang masalah akademik. Beberapa temu bual secara individu diadakan bagi menyelesaikan masalah peribadi dan masalah akademik.Ciri Peranan Guru BiasaCiri Peranan Guru Kaunseling Jarang merujuk kepada kaunselor atau guru lain tentang kemajuan murid. Masalah pelajar sering dibincang bersama kaunselor dengan guru lain. Tidak banyak lawatan ke rumah dilakukan dan jarang mengadakan pertemuan dengan ibu bapa. Melakukan lawatan ke rumah dan menjemput ibu bapa untuk menghadiri perjumpaan di sekolah. Kurang sensitif terhadap emosi murid. Sentiasa sensitif terhadap emosi keseluruhan murid di bilik darjah dan emosi murid secara individu.Mengenalpasti Masalah Kanak-kanakOrientasi pencegahan Orientasi pencegahan merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini, seperti :

Orientasi pemulihan

Orientasi pemulihan merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk membimbing murid menyelesaikan masalah akademik, misalnya

masalah penguasaankemahiran asas bahasa masalah sosial Masalah SosialJenis Masalah PelajarDi dalam sekolah, pelbagai masalah sering timbul. Bagaimanapun, masalah-masalah pelajar biasanya boleh diklasifikasikan di bawah dua kategori yang utama, iaitu:Masalah Akademik PelajarSebagaimana yang kita ketahui pelajar-pelajar di dalam sesebuah kelas biasanya mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, fizikal, minat, bakat dan sebagainya.

Oleh kerana itu, ada pelajar yang boleh :

Secara umumnya,pelajar-pelajar yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai I.Q. yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor yang dibincang berikut.

Faktor-faktor Masalah PembelajaranFaktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada pekara-pekara berikut:

.

Faktor peribadiFaktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung rapat dengan kemiskinan dan masalah sosial. Kemiskinan keluarga dan persekitaran sosial yang rendah biasanya menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang miskin terpaksa membuat kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan keluarga sehingga mereka tidak mendapat galakan daripada ibu bapa mereka. Tambahan pula, pelajar-pelajar ini biasanya bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang juga menghadapi masalah peribadi yang serupa. Mereka sama-sama tidak mempunyai motivasi yang kuat untuk balajar. Faktor masalah peribadi merupakan satu putaran yang ganas dalam proses pembelajaran mereka.

Faktor Kurang KecerdasanFaktor kurang kecerdasan adalah berkait rapat dengan masalah mental. Pelajar-pelajar yang menghapi masalah mental ini ialah pelajar-pelajar yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Masalah mental wujud dikalangan pelajar disebabkan pekara-pekara berikut:

Faktor mentalMasalah pembelajran di atas boleh diatasi melaui pendidikan pemulihan jika pelajar itu banyak mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat, seperti masalah terencat akal, bantuan guru khas adalah diperlukan untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut dalam sebuah sekolah khas.

Faktor FizikalFaktot fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Murid-murid yang kurang sihat akan menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Oleh itu masalah pembelajaran adalah berkaitan rapat dengan faktor-faktor kesihatan sebagai berikut:Kekurangan makanan yang berzat akan merosakkan kesihatan murid.Mereka yang kekurangan zat makanan biasanya cepat berasa letih.Oleh itu,mereka tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru dengan sepenuhnya.

Kekurangan tenaga belajar juga timbul kerana murid terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menolong ibu-bapa.Mereka akan sentiasa kelihatan letih dan kurang semangat untuk belajar.Murid-murid kurang sihat akan mudah diserang pelbagai jenis penyakit.Mereka sering bercuti sakit dan tidak hadir ke sekolah,maka pelajaran mereka terganggu.Masalah kecacatan fizikal seperti pekak,bisu buta,gagap,sengau,kurang pendengaran ,penglihatan kurang jelas dan sebagainya juga boleh menghalang kemajuan pembelajaran murid.Masalah pendengaran atau penglihatan biasanya boleh diatasi dengan memakai alat pendengaran atau cermin mata.Walaubagaimanapun,bagi kes-kes seperti pekak,bisu terpaksa ditempatkan di sekolah khas.Faktor PsikologiFaktor psikologi adalah berkait rapat dengan masalah emosi.Murid-murid yang menghadapi masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut,benci,diam,malu,tidak berkeyakinan,rendah diri dan sebagainya.Masalah emosi berpunca daripada faktor-faktor masalah yang lain seperti faktor pembelajaran,peribadi,mental dan fizikal.Misalnya,mereka yang miskin mungkin takut dan rendah diri.Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran mungkin ada membenci guru dan sekolah atau menjadi seorang pemalu.Murid-murid yang mempunyai kecacatan fizikal mungkin akan hilang keyakinan diri dalam aktiviti pembelajaran.Faktor-faktor masalah pembelajaran yang dibincangkan di atas boleh menjejaskan prestasi murid dalam aktiviti pembelajaran mereka.Seseorang murid boleh menghadapi lebih daripada satu faktor masalah pembelajaran.Tugas guru adalah mengesan dan membantu murid-murid tersebut mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang mereka hadapi.Cara-cara Mengesan Masalah PembelajaranStrategi pengesanan masalah pembelajaran seeorang murid haruslah menitikberatkan perkara-perkara berikut:Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca,menulis atau mengira dengan menggunakan cara berikut

Senaraikan semua masalah pembelajaran yang dikenal pasti.Mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagonastik.Pemerhatian Guru yang mengajar dalam kelas adalah orang yang paling sesuai membuat pemerhatian ke atas murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran.Melalui pemerhatian,guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran membaca akan menunjuk tanda-tanda berikut:Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran menulis boleh diperhatikan daripada cara mereka memegang alat tulis, gaya anggota semasa menulis dan bentuk tulisan . Secara am, kelemahan-kelemahan penguasaan kemahiran menulis adalah seperti berikut:Murid-murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran mengira boleh diperhatikan daripada tanda-tanda berikut:

Selain membuat pemerhatian ke atas masalah pembelajaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira, guru juga hendaklah memerhati sama ada murid-murid menghadapi masalah peribadi, fizikal, mental atau psikologi. Murid murid yang menghadapi masalah-masalah tersebut boleh diperhatikan daripada tanda-tanda berikut

Daripada tanda-tanda yang dikenal pasti di atas, guru bolehlah menyenaraikan tanda-tanda kelemahan yang diperhatikan dalam suatu borang semak, kemudian mengesahkan melalui ujiandianogstik untuk mengesan punca kelemahannya. Berdasarkan punca kelemahan yang dikesan, guru bolehlah merancang strategi pendidikan pemulihan untuk membantu murid-murid mangatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi, sebagaimana yang akan dihuraikan dalam bab 6.ProfilRekod profil mengandungi rekod keputusan murid berdasarkan hasil sesuatu penilaian sumatif. Rekod ini boleh digunakan untuk mengesan pencapaian pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Ujian dan latihan harianSelain pemerhatian dan pentafsiran rekod prestasi dan rekod rofil murid, guru juga boleh mengesan masalah pembelajaran murid melalui pemeriksaan ke atas keputusan ujian murid dalam latihan harian bertulis. Keputusan ujian dan hasil kerja murid dalam latihan harian akan memberi gambaran yang spesifik tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis dan mengira seseorang murid.Soal Jawab/ KuizSoal jawab / kuiz merupakan cara yang paling cepat untuk mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid. Melalui aktiviti soal-jawab di dalam kelas, bidang kelemahan penguasaan kemahiran membaca atau mengira dapat dikesan dengan serta merta.Aktiviti soal-jwab/kuiz ini merupakan sejenis aktiviti penilaian formatif yang dilakukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, guru seterusnya dapat membettulkan kesilapan murid dan menambah aktiviti pembelajaran bagi kemahiran yang berkenaan.

Masalah Sosial MuridMasalah sosial merupakan masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah khasnya di sekolah menengah pada masa kini.Ia berkait rapat dengan tingkah laku bermasalah murid. Antara salah laku yang berat ialah tingkah laku delinkuen, penyalahgunaan dadah dan tingkah laku tidak bermoral.

1. Ponteng sekolah dan keciciran sekolahPonteng sekolah menjadi amalan biasa, khasnya di sekolah Bandar.Golongan ponteng biasanya terdiri daripada murid-murid yg kurang berupaya mengubahsuai diri mereka dalam iklim persekolahan yang mengutamakan kecemerlangan, prestasi akademik sahaja.Mereka ponteng sekolah untuk melepaskan diri daripada sekolah yang tidak disukaiRamai yang ponteng sekolah akhirnya berhenti sekolah dan berkemungkinan menjadi delikuen juvenil atau pekerja yang kurang berpendidikan dalam masyarakat.Laporan Kementerian Pendidikan (2000)peringkatumur%dalam sekolah%keciciran sekolahSekolah rendah6-1195.3%4.7%Sekolah menengah12-1484.3%15.7%Sekolah menengah atas15-1664%36%Bagi murid-murid yang ponteng atau keciciran sekolah, daya tarikan luar sekolah, seperti permainan video computer, karaoke, pasar raya dan makan pil halusinasi yang membawa keterangsangan terhadap fikiran adalah jauh lebih kuat daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.2. Budaya lepakBudaya lepak yang pada peringkat awalnya dilakukan oleh kutu-kutu jalan telah diikuti oleh remaja-remaja, khasnya golongan murid yang sering ponteng sekolah, termasuk murid-murid keceriaan sekolah.Mereka menghabiskan masa dengan duduk tanpa melakukan sebarang kegiatan yang berfaedah.Sering dapat dilihat di tepi jalan, taman dan tempat rekreasi.TEPI JALANTAMANTEMPAT REKREASIMereka tidak mempunyai visi, kurang berupaya untuk memahami kendiri, tidak berupaya menimbang kebaikan dan keburukan, tidak berupaya merancang masa depan.

3.Delikuen juvenilMenurut Paul K.Jambunathan, delikuen juvenil adalah berpunca masalah social yang ditimbulkan kerana proses modenisasi yang pesat sehingga remaja-remaja kurang berupaya mengubahsuai diri mereka dalam perubahan-perubahan itu.Contoh ialah murid bertindak liar seperti membakar bilik darjah, merosak harta benda sekolah, membuli dan sebagainya.Faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan tersebut ialah:4.Tingkah Laku DelinkuenMerupakan salah satu jenis tingkah laku antisosial atau distruktif, iaitu permusuhan nyata. Ia disifatkan sebagai tingkah laku masalah negative kerana melibatkan tingkah laku yang dapat melukai dan meyakiti orang lain secara lisan atau secara fizikal.Murid yang menunjukkan tingkah laku permusuhan nyata ialah kerana mempunyai konsep kendiri negatif, naluri agresif akibat pengaruh unsur2 negatif daripada rakan sebaya, media massa ataupun sumber teknologi. Punca yang kedua ialah murid berasa kecewa dan tersinggung kerana mendapat penilaian negatif daripada ibu bapa, saudara, rakan dan sebagainya.Vandalisme juga merupakan tingkah laku distruktif seperti merosakkan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah.Murid melakukan vandalisme biasanya ialah murid yang berasa marah dan kecewa kerana mendapat penilaian rendah daripada rakan dan guru.Mereka melepaskan geram dengan merosakkan kemudahan-kemudahan sekolah seperti menconteng dinding sekolah. Untuk mengatasi masalah tingkah laku disruptif yang tersebut di atas, guru harus gunakan strategi dan taktik yang sesuai seperti cadangan berikut:

Menggunakan teknik mendisiplinkan yang sesuai dengan mengikut peraturan-peraturan sekolah dan garis panduan disiplin sekolah.4. Mengajar murid dengan sifat penyayang dan peramah.3. Adakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk memujuk murid menukar tingkah laku distruktif yang tidak diingini.2. Elakkan hukuman dera dan hanya jatuhkan hukuman selepas murid yang berkenaan telah memahami dan rela terimanya.5. Menerap dan memupuk nilai-nilai murni ke dalam jiwa murid.6. Menganjurkan kursus motivasi untuk membina konsep kendiri positif serta keyakinan diri.Menghisap rokok dan penyalahgunaan dadah5. Penyalagunaan dadahDadah ialah sebarang bahan kimia seperti ganja, heroin ,morfin, pil dsbg yang apabila dihidu, dihisap, disuntik atau dimakan akan mengubah fungsi tubuh badan, perasaan atau kelakuan seseorang.Dadah menjejaskan kesihatan diri, keharmonian keluarga serta norma masyarakat dan seterusnya mengancam keselamatan Negara.Pencapaian pelajaran seorang murid yang menagih dadah sudah tentu akan merosot.Program menangani masalah penyalahgunaan dadahDalam melaksanakan program mencegah dan menghapuskan kegiatan penagihan dadah, pendekatan berikut boleh dipertimbangkan:Menganjurkan ceramahMenganjurkan kempen antidadahMengadakan pameran antidadahMenganjurkan pertandingan melukis poster dan menulis karangan berkaitan dengan najis dadahMembimbing murid dengan memberi perkhidmatan kaunselingMengedarkan risalah dan bahan bercetak mengenai najis dadahMenubuhkan jawatankuasa pencegahan kegiatan penagihan dadah.Dalam usaha mencegah dan menghapuskan kegiatan penagihan dadah di kalangan murid, peranan guru pula amat penting. Guru bimbingan harus memerhatikan perubahan tingkah laku murid. Tanda-tanda yang menunjukkan murid terlibat dengan penagihan dadah ialah:Selalu ponteng sekolahPrestasi pelajaran merosotTabiat murid berubah dari baik kepada burukMata berwarna merahSering ke tandasHanya berkawan dengan kumpulan tertentuTidak berminat untuk belajarGuru harus melaporkan kepada pentadbir sekolah sekiranya murid terdapat tanda-tanda di atas.

6. Masalah sosial tidak bermoralMerujuk kepada murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah negatif dan sering melanggar peraturan-peraturan sekolah seperti membaca atau melukis gambar lucah, berambut panjang, bercakap kasar, berkuku panjang, bergaya menjolok mata, membuli murid lain, tidak menghormati guru, tidur dalam bilik darjah, menghisap rokok dll.Salah laku yang lain ialah berbual bual dengan dialek, makan di bilik darjah atau kantin semasa guru mengajar, ponteng sekolah, lewat ke perhimpunan sekolah, tidak membuat tugasan sekolah atau kerap kali menyalin tugasan murid lain.

Punca-punca masalah social tidak bermoralMurid mempunyai konsep kendiri negatif, sikap negatif dan tingkah laku tidak bermoral yang dipelajari daripda keluarga, rakan sebaya, alam sekitar dan media massa.Pengaruh negatif seperti berjudi, bergaduh, bercakap kasar, membaca buku lucah dan sebagainya merupakan unsur negatif yang cepat digemari dan mudah dipelajari.

Punca-punca salah laku yang lainSuasana persekitaran sekolah yang kurang kondusifAktiviti pnp yang membosankanKeadaan fizikal sekolah kurang kondusifPengurusan sekolah bercorak autokratikPendapat dan pandangan murid tidak dapat perhatian pihak sekolahPenilaian negatif yang diberikan mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam.SEKIAN TERIMA KASIH