14
PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR 1 TAJUK 4 PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DALAM P&P DAN PENGURUSAN BILIK PSV DAN HASIL KERJA MURID 4.1 SINOPSIS Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan pembelajaran anak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi murid- murid melalui dalam berkarya. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu digunakan bagi tujuan pengajaran adalah studio seni. Kebiasaannya kemudahan bilik seni atau studio seni memang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan guru. Bab ini akan memperjelaskan dan menghuraikan maklumat berkaitan dengan pengurusan kelas dan galeri bagi mata pelajaran seni visual. Maklumat mengenai kaedah pemilihan karya sehinggalah kepada pengurusan berkaitan penyimpanan barangan dan alatan turut dibincangkan dengan komprehensif. 4.2 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 4.2.1 Memahami pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah 4.2.2 Memahami dan mengetahui proses pemilihan karya dan pengurusan bilik seni yang baik 4.2.3 Memahami dan mengetahui aspek penjagaan, keselamatan penggunaan alat dan bahan bantu secara beretika dan bertanggungjawab 4.2.4 Menghasilkan bahan bantu yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif 4.2.5 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantu serta rekod stok inventori 4.3 Pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan

Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

1

TAJUK 4 PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DALAM P&P DAN

PENGURUSAN BILIK PSV DAN HASIL KERJA MURID

4.1 SINOPSIS

Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan

pembelajaran anak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid

untuk berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi murid-

murid melalui dalam berkarya. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu

digunakan bagi tujuan pengajaran adalah studio seni. Kebiasaannya kemudahan

bilik seni atau studio seni memang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan guru.

Bab ini akan memperjelaskan dan menghuraikan maklumat berkaitan dengan

pengurusan kelas dan galeri bagi mata pelajaran seni visual. Maklumat mengenai

kaedah pemilihan karya sehinggalah kepada pengurusan berkaitan penyimpanan

barangan dan alatan turut dibincangkan dengan komprehensif.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

4.2.1 Memahami pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah

4.2.2 Memahami dan mengetahui proses pemilihan karya dan pengurusan bilik

seni yang baik

4.2.3 Memahami dan mengetahui aspek penjagaan, keselamatan penggunaan alat

dan bahan bantu secara beretika dan bertanggungjawab

4.2.4 Menghasilkan bahan bantu yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan

pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif

4.2.5 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat

dan bahan bantu serta rekod stok inventori

4.3 Pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan

campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan,

gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan

mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga

merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik

darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan

Page 2: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

2

jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran,

prosedur, teknik dan strategi. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan

pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan),

pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan

pembelajaran serta penilaian.

4.3.1 Aktiviti individu, kumpulan dan aktiviti kelas

4.3.2 Aktiviti dalam bilik darjah

4.3.3 Aktiviti luar bilik darjah

4.4 Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid

4.4.1 Susun atur bilik PSV

Pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual ialah suatu aspek yang penting

dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Pendidikan Seni Visual

merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik

Pendidikan Seni Visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang

pembelajaran, ia merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak

interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik

seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,

tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus

pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk

Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin

pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat

berjalan dalam suasana selamat, kondusif dan lancar.

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam

bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum,

pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang

efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi

murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan

strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik

yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid

bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Page 3: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

3

- Susunan perabot

Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam

melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di

mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual

merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan

persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru

perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid

supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk

pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus

bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih

berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

Susunatur perabut yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif

kepada pembelajaran murid-murid sekolah rendah

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam

bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum,

pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang

efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.

Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi

guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang

kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi

memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Page 4: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

4

Contoh Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual

ZON KERJA

KA

BIN

ET

BE

RT

ING

KA

T

LCD

SUDUTPAMERAN KRAFPAPAN INFO

SU

DU

T P

AM

ER

AN

STORA

LM

AR

I GU

RU

zag_layout

Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.

Page 5: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

5

Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks

proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni

hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan

Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk

mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual.

Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan

menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada

seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru

hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain

lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang

dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.

Suasana bilik pendidikan seni visual berupaya memotivasikan murid-murid

Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni visual dan

buat presentasi dalam bentuk folio.

Ambil gambar-gambar berikut:

Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut

Sudut-sudut pameran berkaitan

Zon-zon kerja tertentu

Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan

Ruang-ruang lain yang berkaitan

Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

Page 6: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

6

- Tempat Pameran Hasil kerja

Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks

proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni

hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan

Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk

mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual.

Suasana dalam bilik pendidikan seni visual ini sepatutnya menjadi daya

penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru

bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.

Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh

hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam

bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut

jenisnya contohnya seperti hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi. Karya 2

dimensi sesuai ditampal, dilekatkan dan digantung manalaka karya 3 dimensi

hendaklah disusun di para atau rak bertingkat bagi menjimatkan ruang.

Contoh karya 2 dimensi:

Kolaj Ikat dan celup Percikan

Karya 2 dimensi digantung dan

ditampalkan di tempat yang sesuai

Page 7: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

7

Contoh karya 3 dimensi:

Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan

buat presentasi dalam bentuk folio.

Ambil gambar-gambar berikut:

- Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut - Sudut-sudut pameran berkaitan - Zon-zon kerja tertentu - Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan - Ruang-ruang lain yang berkaitan - Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

Rak sesuai untuk karya 3 dimensi kerana

ia menjimatkan ruang

Page 8: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

8

Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan

dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain

daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga

dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara

perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik

seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin,

pencahayaan, bahan pameran khas, zon kerja dan stor penyimpanan.

Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni

melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan

makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan

kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika

untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang

merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster,

2001).

Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik

pendidikan seni visual dan galeri seni hendaklah sehingga tidak menafikan

dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan.

Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain

sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah

diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan

bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan.

Page 9: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

9

Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna

juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan

karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu

fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk

memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari

luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari

luar masuk ke dalam bilik seni.

Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh

memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula

jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah

dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang

mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping

memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek

tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan

menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis

yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih

luas.

Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan

berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi

membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan

jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa

membuat kerja. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan

boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti

folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas

dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk

diambil.

- Sinki dalam dan Luar Bilik

- Para Gantung

- Almari Pameran

Page 10: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

10

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

Page 11: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

11

4.4.2 Panduan keselamatan

Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan

atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran

dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan

reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Sila lihat senarai nama alat

dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman

anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut

patut disimpan agar ianya selamat.

Contoh:

Minyak Turpentine

Kertas Lukisan

Kain Linen Batik

Kertas Warna

Berus Lukisan

Cecair Thinner

Cat Air Pisau NT Fabrik Dye Carta PSV Pisau Ukir Tanah Liat

Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu

mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-

rakan anda cuba berbincang dan membuat analisis, langkah-langkah yang

boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada

berlaku.

4.4.3 Etika dan tanggungjawab

Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual:

- Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan

seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada

aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan.

- Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan

untuk dibeli oleh sekolah.

- Murid didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis

dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan

karya-karya mereka dari semasa ke semasa.

- Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam

pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada

murid.

- Pengumpulan maklumat bahan hardcopy dan softcopy berkaitan mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Page 12: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

12

4.4.4 Inventori

4.4.5 Penyimpanan

Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok

rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang

terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan

kemaskini.

Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses

penyimpanan dan rekod stok.:-

- Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan

- Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah

- Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan

- Membuat inventori dalam buku stok

- Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir

alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan

bahan habis guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut

dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian, ianya

memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.

Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,

kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan

kepada pihak sekolah.

Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal

hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat

penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang

berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah

dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior )

sahaja.

Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen

langkah keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan

hujah yang relevan.

Page 13: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

13

Peralatan kekal

Contoh Borang untuk penyimpanan stok.

Borang stok untuk peralatan kekal.

Bil

Item ( Peralatan Kekal )

Bil. Unit

Tarikh masuk

Tarikh lupus

1. 2.

Meja guru Meja guru

2 2

13/09/2009 13/09/2010

15/10/2010

Jumlah Item

Catatan

Peralatan tidak kekal

Contoh Borang untuk penyimpanan stok.

Borang stok untuk peralatan tidak kekal.

4.4.6 Etika dan tanggungjawab

Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-

Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan

seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada

aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan.

Bil

Item ( Peralatan tidak Kekal)

Bil. Unit

Tarikh masuk

Tarikh lupus

1.

2.

Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior )

200 dozen

100 dozen

22/09/2009

10/10/2010

Jumlah Item

Catatan

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.

Page 14: Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid

PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

14

Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan

untuk dibeli oleh sekolah.

Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan

mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan

dan zaman menghasilkan karya-karya mereka.

Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam

pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada

murid.

Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh

guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam

mempertabatkan profesion perguruan.

Rumusan:

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami

rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta

penyimpanan dan rekod stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru

matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam

studio sebelum,semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran

diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang

digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas

untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula

boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan

bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli

panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna